Wednesday, March 12, 2008

Melayu Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 11 Mac “ Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR. Petikan dalam Utusan Malaysia 12hb Mac 2008.

Bagi orang Melayu yang waras fikiran dan tidak terikut budaya UMNO yang lapuk itu, memang mereka akan bertanggung jawab dengan apa yang mereka lakukan dalam PRU Ke 12 dengan memberikan sokongan kepada Parti-Parti Pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan Kerajaan Tiga Beranak yang memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional oleh Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Perdana Menteri meraba yang pantang melihat perempuan licin untuk diraba dan di peluknya.
Tetapi orang yang bercakap itu tidak tahu dan mungkin jarang membaca sama seperti Abdullah Hj Ahmad. Sedar tidak akan dia bahawa dalam manifesto “Selamat Aman Makmur” yang mengandungi 23 muka itu tidak ada satu ayat dan perkataan pun yang menyebut akan perihal Barisan Nasional akan meneruskan Dasar Ekonomi Baru malah dalam ikrarnya di muka 5 yang mengandungi 7 perkara tidak langsung menyebut akan usaha untuk mengekalkan 30% kepentingan orang Melayu dalam Ekonomi bukan sahaja meneruskan DEB tetapi rancangan-rancangan pembangunan yang ditaja akan memastikan kepentingan Melayu seperti kelima-lima pembangunan koridor yang bakal menyaksikan orang Melayu hanya sekadar berada di kaki lima.

Maka salah ke orang Melayu mengundi pembangkang jika UMNO/Barisan Nasional sendiri dalam manifesto tidak memberi jaminan akan meneruskan DEB kerana dalam komponen Barisan Nasional jika perkara itu disebut akan ditentang sendiri oleh MCA, MIC dan Gerakan, bukan untuk sekian lama semenjak “Saya Perdana Menteri” mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya, desakan penghapusan DEB dibuat oleh parti-parti campuran dalam Barisan Nasional sendiri?

Dan orang Melayu sendiri tahu, bahawa semenjak DEB mula dilaksanakan dengan persetujuan berbagai Parti Perkauman bukan Melayu, peratus kepentingan orang Melayu hanya 30% walau pun dia mendakwa bahawa Malaysia ini sebuah negara asalnya milik peribumi Melayu, yang sepatut dilakukan masa itu orang Melayu mesti mempunyai kepentingan sekurang 51% dalam sebarang kegiatan ekonomi selaras dengan ukuran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang bakal di iktiraf syarikat Melayu atau bumiputera.

Mungkin Nazri Aziz ini yang suka berbini banyak dan menghabiskan masa di sebuah Pub di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur kurang memikirkan kepentingan Melayu telah terlupa bahawa bila dia beri kesempatan melaksanakan usaha-usaha DEB di Kementerian Pembangunan Usahawan, apa yang dilakukan nya untuk kepentingan Melayu?

DEB atau kepentingan Melayu dari perspektif Nazri Aziz ialah membantu kroninya. Bukankah semua orang tahu yang dia telah memberikan permit teksi, bas dan sebagainya kepada kawan-kawan dan penyokongnya sahaja dan sehingga wang PNS-Perbadanan Nasional-Pernas digunakan oleh proksi beliau bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang melibatkan berpuluh juta ringgit di Hong Kong dan kes rasuah Nazri Aziz di diamkan oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia adalah satu-satu orang yang sanggup menjadi “pencacai” Abdullah Hj Ahmad.

Keputusan DAP menolak DEB sebagai dasar perlaksanaannya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di mana negeri DAP menjadi kerajaan campuran adalah satu langkah yang selaras dengan kehendak beberapa pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk melahirkan negara bangsa.

Sebuah negara bangsa tidak boleh dilahirkan dengan satu-satu kaum mendapat keistimewaan yang tersendiri. Malah dengan ada DAP sebagai pemain politik yang berkuasa dalam beberapa negeri dan pembangkang yang terkuat dalam Parlimen, kehendak Khairy Jamalludin dan Kalimullah Meor Hassan yang berusaha untuk menjual Malaysia kepada Singapura akan hanya tinggal angan-angan.

Mungkin dipihak UMNO akan mengatakan DAP adalah satu alat politik Singapura kerana memang diakui DAP adalah percaturan politik selepas PAP-People Action Party dari Singapura dan UDP-United Demoraktik Party tidak dibenarkan bergerak di Malaysia selepas pemisahan Malaysia. Orang yang tahu akan tahu bahawa dari segi Cinanya mungkin ada persamaan antara PAP dan DAP tetapi segi hubungan perjuangan Parti banyak orang tidak mengetahui bahawa PAP bukanlah satu ahli dalam Sosialis Antarabangsa sebaliknya hanya DAP mewakili Malaysia .

Sebagai satu parti yang memegang ideologi Sosialis Demokrat tindakan DAP tidak menggunakan pakai DEB bukan satu isu perkauman tetapi perjuangannya. Jika orang Melayu mengundi DAP dalam PRU ke 12 baru-baru ini, ini memberikan erti bahawa orang Melayu sudah tidak menerima satu dasar ekonomi terbuka yang bernama kapitalis yang didukung oleh UMNO yang menguntungkan beberapa orang elit politik UMNO seperti Mohd Azim Zabidi yang kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bendahari UMNO yang menggunakan kedudukan membeli kepentingan dalam Sungai Wang dengan harga 200 juta melalui pinjaman peribadinya.

Persoalannya bolehkah orang-orang Melayu yang ahli UMNO dan bukan UMNO mendapat pinjaman sejumlah itu untuk membeli harta tanah? Untuk mendapatkan pinjaman tekun pun yang berjumlah lima ribu ringgit pun belum pasti lulus, ini pula berjuta.

Sang Kelembai: Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia menghantar sms berbunyi “Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right! Jawapan Sang Kelembai: Sudah berapa tahun Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional, UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang dan kalau UMNO buat sesuatu untuk Melayu seperti di Kepala Batas tentu Melayu tidak mengundi pembangkang berketuakan Gerakan lebih baik berketuakan DAP bersesuaian dengan kata-kata lebih baik kenal syaitan yang kita kenal dari kita tahu ada malaikat tapi kita tidak kenal.

26 comments:

Hisham Walat said...

Bila DAP hapuskan DEB di Pulau Pinang...siapakah yang terkesan?...orang melayu kerja kilang?...orang melayu kerja di USM?.... pakcik jual cendol dan laksa?.....SEMUA BUKAN!...yang terkesan ialah PEMUDA UMNO YANG DOK MELANUN KONTRAK SAMPAH, KELAS F dan sebagainya... Padan muka hang pa!...

Anonymous said...

pendapat saya sebagai orang melayu malaysia, sebenarnya orang melayu tak perlu risau pasal perkara tu...selama ini kalau dilihat orang meleyu makin disuap makin meminta-minta tanpa mahu bekerja keras.Ia menyebabkan orang melayu sendiri malas dan akan mengharap sesuatu drpd orang lain.Jadi kita perlu berfikir sampai bila orang melayu harus jadi begini, mengharapkan sesuatu tanpa mahu berusaha.Kita perlu ada anjakan paradigma untuk mengubah nasib orang melayu dengan usaha kita sendiri...

c@rt00n

Anonymous said...

DEB

Dasar
Ekonomi
Barua UMNO

DEB hanya untuk para barua umno sahaja...bukan untuk semua melayu...

Lagi eloklah di buang jauh-jauh termasuk Parti yang memperjuangkan DEB dengan pemimpin2nya sekali..!!!


HMK

Razlan said...

Saudara Sang Kelembai,

Siapa pula yang membuka MARA kepada bangsa lain yang mana antara sebabnya ingin memberikan saingan kepada anak-anak melayu yang mana selama ini keputusan di MRSM tidak pernah gagal.

Pemimpin UMNO mesti berkerja untuk semua, Pemimpin yang mempunyai jawatan di dalam kabinet dan juga wakil rakyat perlu melihat dan menjalankan dasar ini dengan telus. Tidak hanya memilih itu orang UMNO ke .. ini orang UMNO kee .. ini ada kroni kee ..

Oleh disebabkan pemimpin UMNO yang tidak menjalankan tugas DEB ini dengan betul, maka ada sesetengah pihak melihat perkara ini sudah tidak relevan, dan menguntungkan sekumpulan sahaja.

Masa itu sudah habis, dasar yang baik telah di porak perandakan oleh mereka yang tidak menjalankan tanggunjawab mereka sebagai wakil kepada rakyat Malaysia.

Lagi satu, Orang UMNO, sudahlah, jangan la kita mengeluarkan kenyataan yang bongkak dan mengampu lagi, rakyat sudah bosan, sekarang sudah masanya untuk berkerja.

Rakyat sudah bersuara, apa yang rakyat hendak dengar sekarang adalah KEPENTINGAN RAKYAT, bukanya kepentingan parti atau individu, jadi media, bawalah cerita-cerita yang berkepentingan rakyat, sudah .. cukup .. jangan kasi orang meluat !!!!

Anonymous said...

This new CM of Penang was sent to prison defending a Malay. I don't know any UMNO leaders risked going to prison defending non-Malay rights. NEP is a propaganda policy by UMNO meant to enrich the 'privileged' class not the poor Malays. Just compare the treatment meted on our brothers and sisters in UMNOputra-run companies: no opportunity to grow, treated like coolies even their education level is higher than the UMNOputra bosses. Non-malay run companies provide better opportunities and treat us better. The new CM and People Front alliance in Penang will surely would not want to see Malays suffer anymore. UMNO not Gerakan administered Penang in the past. That is the fact and truth. But, who benefited? Malays in the streets? I for one do not believe in the intentions of UMNO when they talk about Malay rights and NEP.

Anonymous said...

Saya sependapat bahawa Pak Lah perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN pada PRU kali ini, siapa yang perlu bertanggungjawab jikalau tidak ketua sendiri, ini adalah satu sejarah pilihanraya paling teruk bagi BN kerana tidak mendapat majoriti 2/3. Jikalaulah salah satu negeri Sabah atau Sarawak jatuh ke tangan BA maka terciptalah secara bahawa Malaysia jatuh ke tangan pembangkang buat kali pertama.

Nampaknya suara rakyat kali ini memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat, bagi saya sudah lama dah perlu ada semangat sebegini oleh rakyat Malaysia. Kita perlu sedar dengan cepat bahawa kita tidak boleh berdiri dibelakang nama parti UMNO yang dikatakan kuat sebelum 07/03/08 walaupun ahlinya rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai perkara2 negatif yang dilakukan oleh ahli UMNO sendiri. Orang melayu tidak menolak parti UMNO tetapi menolak calon UMNO yang mempunyai pelbagai masalah. Sebenarnya ahli UMNO yang akan memusnahkan bangsa melayu, bukanlah seperti mana kata-kata bapa mentua aku daripada UMNO Johor mengatakan anak-anak muda sekarang tidak mengenang jasa pemimpin2 terdahulu yang susah payah mendapatkan kemerdekaan negara dan membangunkan negara ini, anak2 muda ingin memusnahkan bangsa melayu sendiri. Aku tidak setuju sama sekali, kita perlu berfikir sejenak, anak2 muda sekarang suara mereka tidak didengar oleh orang2 UMNO sendiri, org2 UMNO lebih gemar mengumpul harta untuk diri sendiri, menyalahgunkan kuasa, berlagak, rasuah dan bermacam-macam lagi. Platform anak-anak muda masa kini memilih berpolitik ialah di PKR ataupun PAS yang lebih berterbukaan. Lantas mereka dapat memperjuangkan apa selama ini terpendam di jiwa.
DEB salah satu contohnya, dibuat untuk meningkatkan ekonomi org melayu tetapi disalahgunakan oleh org UMNO untuk membolot kekayaan sesama mereka, Org UMNO diatas bertambah kaya tetapi org UMNO dibawah masih lagi seperti dulu, bersorak, bergaduh sesama org melayu kerana perbezaan parti tetapi mereka pernah sedar tidak, SIAPA YANG KENYANG? …. Orang-orang melayu dan hak-hak orang melayu yang termaktub di Perlembagaan akan terhapus oleh tangan orang melayu sendiri.PERCAYALAH. Selagi ada perasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan peribadi melayu yang suka mendengki, kianat, dengan rempitnya, lebih suka hiburan keterlaluan dan dadah. Jangan salahkan bangsa lain kalau kita lemah, tidak maju atau sebagainya. Kadang2 aku terfikir kita menjadi manja, lalai bila kita tahu kita dilindungi oleh haka-hak orang melayu.

Berbalik kepada Pak Lah, Presiden MCA sanggup tidak mahu menjadi menteri kabinet kerana hendak bertanggungjawab kekalahan banyak kerusi oleh MCA. PAK LAH TAK PAHAM LAGI??

Dr Koh, Pemangku Presiden GERAKAN sanggup meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan GERAKAN di kebanyakkan kerusi. PAK LAH TAK PAHAM LAGI?

Sekarang aku samakan Pak Lah dan Samy Vellu gak, Samy Vellu walaupun kalah di Sungai Siput dan ditolak sepenuhnya oleh orang India tetap nak pertahan jawatan Presiden MIC. Pak Lah Tak Paham Lagi?

PAK LAH DAN KHAIRY JALAN KELUAR SUDAH DIBERI, SEKARANG BUKAN SEMUA RAKYAT MELAYU YANG SUKAKAN ANDA KERANA ORANG SABAH DAN SARAWAK KEBANYAKKAN BUKAN MELAYU JADI BERAPA PERATUS ORANG MELAYU DIA MELAYSIA SOKONGKAN ANDA.

LETAK JAWATAN WAHAI PAK LAH. KALAU DULU 2004 ANDA KEREK MENGATAKAN PASAL ANDA BN MENANG BESAR JADI ANDA KENA TANGGUNGJAWAB BILA BN KALAH BESAR KALI INI.

the indie story said...

Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Sila baca artikel seterusnya di:

http://theindiestory.blogspot.com

tQ

TukangKritik said...

orang melayu pulau pinang tak boleh disalahkan kenapa mereka mengundi pembangkang.DEB dimansuhkan pun tiada masalah kerana dengan dasar DEB itulah menyebabkan orang melayu pulau pinang merempat, dimana orang melayu tinggal, berapa ramai peniaga melayu pulau pinang berbanding melayu kelantan yang bertebaran dikelantan dan seluruh malaysia, berapa iman asdala orang pulau pinang berapa ramai pegawai kerajaan melayu dari pulau pinang, apa yang naka dibanggakan sangan dengan DEB. orang umno je yang untung itupun pemimpinnya

Anonymous said...

DEB bukan kah dasar yang di keluarkan oleh kerajaan Persekutuan? Ianya buka ciptaan kerajaan negeri dan pada hemat saya kerajaan negeri tiada kuasa nak merobah , apatah lagi membaatalkan DEB!! Saya rasa kenyataan Lim Guan Eng merepalan political statement. Mana2 Kerajaan negeri yang tidak ingin mengikuti dasar kerajaan persekutuan, harus mencari dana sendiri untuk pembangunannya!! Dapat sesiapa terangkan sedikit tentang perkara ini!!!!

Anonymous said...

Saya rasa bangga membaca komen Sang Kelembai. Ini bermaksud usaha UMNO memutar belitkan tindakan kerajaan campuran di Pulau Pinang tidak akan berjaya dengan mudahnya.The NEP has left a very bitter legacy for Malaysians and it is time to go forward. No Malaysian will dispute the need to ensure those who are disadvantaged and poor are helped. What we do not want to see is the abuse of power, cronyism and corruption that have become the hallmark of its implementation

yatim said...

The more they talk, the more they showing to Rakyat how stupid and dumb they are. They are just stupid. They can not put forward a proper proposal. Only can talk racial rheotic without thinking. UMNO were the puppet masters in Pinang politics all this while, what have they done. They only interested in filling their pockets and their cronies pockets.

Anonymous said...

Saya menyarankan supaya malaysiakini dibuka kepada public tanpa sebarang yuran kerana ia sangat berguna untuk menepis segala tohmahan BN melalui media tempatan yang ternyata di kongkong 100%. Sajak beberapa hari ini saya tidak lagi berminat untuk membaca media surat khabat tempatan termasuk berita dari TV3 & TV1

Anonymous said...

Menyampah pada Abdullah Hj. Ahmad, DAP jadi 'hero' Melayu. Meludah ke langit, jatuh atas muka sendiri.

Anonymous said...

I AM A MELAYU PULAU Pinang and I am now 58 years old seing ELECTION passed by after the UNION JACK.SINCE THE TRIUMPH OF THE PARTY PERIKATAN Imean the sailing boat ICON where malay leaders are patrotic sincere,honest and god fearing.But now before Oposition took over 4 states missing TERENGGANU.The leaders are corrupted self interest greed and
HYPOCRITES.THE CHANGE IS VERY MUCH WELCOME.


Zainul ADNAN

ManKilau said...

Mamanda perdana menteri tu ta wau lam ya. nko katalah pa pun x gna. alat bntuan dengar tu da kat kheri. betri kat kalimulah. waya kat patrick.. nko sape...

Anonymous said...

Pulau Pinang bebas DEB

Di negeri asal pak lah dia berkata
Ketika kuasa KM disahkan mula
Orang P. Pinang patuhilah sahaja
Tiada guna nangis bengkak mata

Konon DEB tidak telus dikata
Bebas DEB dalam ucap utama
Guan Eng selaku KM bersuara
Dasar perjuangan DAP dikota

Atas prinsip, guan eng bersuara
Barulah inspirasi parti menjiwa
Agenda DAP terjunjung kepala
Jatuh bangun DAP tetap bersetia


Hal demikian hamba menjangka
Pada ahli DAP dibukti janji kata
Tetapi musa hitam lain pula cara
Di WPI agenda DEB dinyah saja

Musa hitam dan guan eng berbeza
Musa serta sealiran, jati diri tiada
DEB idea parti tidak pula percaya
Gaya caturan musa undang bahaya

DAP adik PAP singapura, tahu kita
Bermentorkan Singapura boleh aja
Manfaat besar WPI buat Singapura
P.Pinang fotokopikan telah terduga

serling
[12.03.08]
rabu
.....

Anonymous said...

Apabila DAP menolak DEB, ia pasti meninggalkan kesan kepada kaum tertentu, tetapi apa yang dikatakan oleh Sang Kelembai, adakah DEB betul betul mengguntungkan sesuatu kaum atau hanya sesetengah pihak, tepuk dada tanya selera. Tidak perlu BN risau, yang saya pasti, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng taklah sebodoh mana. Bagi menerajui sebuah kerajaan, anda perlu mendapat mandat dari semua kaum kerana malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Jika hanya kaum tertentu mendapat faedah, sudah pasti pilihanraya akan datang, tampuk pimpinan akan bertukar tangan. Wahai warga melayu Pulau Pinang, janganlah anda risau, berilah peluang kepada ketua menteri yang baru ini. Kepada saya, ada persaingan/perbandingan baru ada kemajuan.

Anonymous said...

Pengasas DEB adalah tokoh-tokoh politik seperti Tun Razak dan Tun Ismail yang mempunyai tatartertib dan minda yang disanjungi. Namun selepas lebih 35 tahun nasib kebanyakan orang-orang Melayu tetap dalam keadaan yang terdesak dan kesempitan. Adakah kita wajar memberi masa lagi untuk UMNO meneruskan 'perjuangan' mereka, atau kita cuba memberi peluang dan mandat kepada orang lain untuk menrealisasikan falsafah DEB, walaupun dalam format yang lain ? Kalau 35 tahun masih tak mencukupi, berapa tahun yang diperlukan lagi ? Adalah pemimpin kita masih intact dengan penyokong akar tunjang mereka yang masih menunggu keajaiban sekian lama ni ? Adalah DEB sekadar satu senjata supaya hanya golongan tertentu yang mempunyai kelebihan akses dapat memonopolikan peluang-peluang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat biasa ?
DEB tak salah. Yang salah tu orang yang melaksananya.

Anonymous said...

12th March 2008

Dato' Seri,

Let me take this opportunity to thank you and the party's leadership for the faith in me and the chance to contest in Jerlun as a Barisan Nasional candidate. With the blessing and hard work of the party's leadership and machinery as well as the people of Jerlun, I have won the elections and am now a new Member of Parliament.


However, sadly enough, my victory is rendered meaningless in view of the defeat that Umno and the Kedah BN suffered in the hands of the opposition. Apart form Kedah, four other states as well as the Federal Territories also received similar humiliation in defeat.


In fact your own state of Penang was wrested by the DAP from the BN. Kelantan is again under Pas rules. In other states, the BN also suffered a similar humiliation when the level of BN support by the people has tremendously reduced. This, Datuk Seri, has never happened in the history of BN rule.


The sole intention of my letter to you is meant to save UMNO and BN from being rejected further by the people and from being no longer relevant to our religion, race and nation.

Dato' Seri, the people are unhappy and the message from them is very clear, and that is they have rejected you as the nation's chief executive.

Contrary to your claim that you still have the support of Umno and other component parties, the reality is that even our own party members had reneged in their voting pattern by supporting the Opposition and inflicting the BN its defeat.


Dato' Seri, when the people held street demonstrations you openly dared them to resort to the ballot boxes to demonstrate.

They took your challenge by coming out, especially tho people in the Peninsular, and they demonstrated their feelings by voting us out at the BN at State and Parliament levels.

It is therefore clear that your leadership and your handling of the issues faced by the people and the nation are no longer accepted. Let's not deny the truth just for the sake of keeping your seat as Prime Minister.


For the love of this country and the people, I beg that you take responsibility for the defeat. We can save UMNO, the BN and the nation only if you relinquish your positions as Prime Minister and the President of UMNO.

Dato' Seri, I hope you will understand that I make this plea with the intention of salvaging a very dire situation. A move has been made to woo the BN representatives to join the Opposition. The enemy needs just 35 seats more to topple the government of your leadership.


If you do not resign in the near future, I fear that the situation will become untenable and that the Malay support for Umno and BN will be a thing of the past.


This plea I make without malice, and I am aware that your reaction and that of other UMNO members could very well be hostile.


But come what may, I am prepared, for the sake of the Malays and UMNO, to face the consequences of my action. With all humility, I leave my fate to Allah SWT.


Dato' Seri, I am sure that you will do the right thing for the sake of the people and the nation. May Allah SWT bless you for the sacrifice you make by stepping down.

Wasallam

Yours Sincerely

Mukhriz Mahathir
Jerlun Member Parlament

Anonymous said...

betu tu sang kelembai.. saya sokong.. apa guna DEB klu yang mengusai ekonomi hanya sebilangan kecil melayu je?

Anonymous said...

sedih dengan buta hatinya penyokong umno
semalam penyokong umno berdiri mendabik dada mengatakan kepada lim kit siang biadab dengan sultan perak
lim kit siang seorang cina memang tak berjiwa melayu sementelahan pula partinya mendokong kesaksamaan sesama kaum walau berbau kecinaan partinya
hari ini satu dunia boleh lihat kedurhakaan seorang pemimpin umno yang katanya umno memperjuangkan semangat kemelayuan,
pemimpin ini shahidan kasim telah dengan bongkaknya mengangkat wak dol sebagai lebih tinggi dari tuhan dan sultan,
dikatakan dia telah diwatikahkan oleh maharaja abdullah ahmad badawi sultan bagi negara malaysia
sesiapa dikalangan orang bn yang durhaka dengan dekri dari alsultan ini akan diambil dari tindakan tatatertib
akan disingkir atau sila angkat kaki dari bn/umno
betapa kuatnya dekri itu hingga sesiapa tidak boleh disanggah
dan tengahhari td raja perlis telah menitahkan datuk dr md isa sabu sebagai mb perlis berkuatkuasa serta merta
maka marah la shahidan kasim kerana berani sungguh raja perlis melangar dekri dari al sultan malaysia abdullah ahmad badawi
maka bersiap lah tuanku raja perlis kerana mungkin tuanku akan dibuang negara oleh alsultan malaysia ini
sesungguhnay sultan melayu yang harus di hormati adalah sultan abdullah ahmad badawi sahaja
semua sultan dan raja2 di malaysia hanya boneka
semua kuasa eksekutif hanya berada di hujung keris umno yang kini tersisip kemas di pinggang alsultan abdullah ahmad badawi
inilah satu2 parti yang betul2 mempertahankan melayu aku amat kagum dan taksub dengan semangat dan kesungguhan umno mempertahankan melayu acuan alsultan ahmad badawi
dimanakah panglima hulubalang melayu umno panglima hisammudin
adakah telah bersedia panglima hisamudin menyerang istana perlis kerana beraninya raja perlis melawan alsultan abdullah
mana hamba sahaya dan pahlawan2 umno seluruh negara telah bersiapkah semua untuk menyinsing lengan mempertahankan melayu acuan umno ini
kesian hamba sahaya umno kerana menyangka mempertahankan melayu zaman hang tuah rupanya melayu acuan umno
inilah rupa sebenar penyelamat melayu yang mana melayu penang tah tidak duk terjerit2 mempertahankan deb yang dicipta sekian lama untuk menjaga ekonomi melayu sehingga melayu manja
melayu kini telah lupa bagaimana nak membanting tulang
terlalu manja dengan bantuan melebih2
antara sebab melayu susah nak maju adalah kekangan deb yang menyekat minda melayu maju
30% adalah had kemajuan yang dibenarkan untuk melayu
manakala selebihnya untuk lain2 bangsa
mana mungkin kita maju dengan 30% itu
30% ini dikuasai oleh pemimpin2 melayu yang menerima komisen dari projek2 besar
projek2 yang langsung tidak memberi faedah kepada orang melayu di kampung2 dan luar bandar
insaflah hamba sahaya umno buka mata lihat sekeliling
adakah semakin maju bangsa anda selama 50 tahun ini
memang pada asalnya deb agak memberi anjakan kepada melayu
tetapi 20 tahun terkebelakang ini bangsa melayu semakin mundur bukan semakin maju
bangsa lain semakin berkembang kerana mereka menguasai 70% dari deb
dan mereka mempergunakan 70% ini dengan sebaik mungkin
pemimpin2 mereka menjaga kaum mereka dengan bersungguh2
pemimpin2 melayu menyimpan duit komisen untuk diri dan kroni sahaja
jadi amat berterima kasihlah kepada dap jika dia ingin mengunakan sebahagian sahaja deb
tanjung tokong adalah kawasan majoriti melayu di penang
tanjung tokong juga kawasan paling mundur di penang
salah siapa itu
adakah deb membantu mereka ?
sama sekali tidak
yang memerintah dulu terang2 parti cina gerakan
gerakan memerintah mengikut acuan pm
pm melayu umno
tetap melayu tanjung tokong mundur daif
kini lim km baru penang telah memberi perhatian serius dengan masalah tanjung tokong ini
mengapa pm yang mmg anak jati penang tak pernah ambik tahu tanjung tokong
adakah kerana bukan umno km maka diabaikan sahaja melayu tanjung tokong?
kini melayu tanjung tokong telah bersuara
singkirkan parti yang bersengkokol dengan umno
parti yang sama sekali tidak melihat mereka
parti yang hanya pandai berjanji
kini lim akan memberi sinar baru kepada penduduk tanjung tokong
jika berjaya lim dengan misi pembaharuan dan pemulihan tanjung tokong ini maka berkuburlah untuk selama2nya bn di penang
aku menyeru kepada semua kerajaan negeri dibawah br
jadikan pegangan kerajaan anda adil dan berkebajikan
abaikan segala provokasi bn
nasihat dan asuh agar penyokong br agar memekakkan telingga dan mebuta kan mata dari semua provokasi perkauman bn
jangan bimbang semua kerajaan br
jika yang provokasi dan membuat kacau hanya mereka
maka kekacauan itu akan memakan diri mereka sendir
teruskan dengan perancangan anda semua
hanya rakyat negeri anda sahaja yang tahu apa masalah dan hasil dari pemerintahan anda semua
teruskan dan jangan buat statement kepada mana2 media kerana mereka merupakan racun kepada br selama ini
kita berkerja diam2 ubi,diam2 berisi
semoga berjaya dengan matlamat adil berkebajikan anda semua

Anonymous said...

Perbincangan berunsur perkauman dan agama akan berterusan selagi ada perbalahan politik. Sejarah sering mengungkitkan gejala-gejala sedemikian rupa yang sering kali menguntungkan beberapa ahli yang berpengaruh dan tamak.

Anonymous said...

Semua perlu ingat Ketua Menteri baru ini pernah dififnah dan dipenjarakan kerana mempertahankan seorang gadis melayu.Beliau telah mengkorbankan pangkat sebagai YB, mengkorbankan keluarga, mengkorbankan masa depan beliau, untuk seorang gadis Melayu yang dibuli oleh UMNO.

Adakah siapa- siapa dalam UMNO pernah
mengkorbankan apa- apa untuk Melayu? Ada siapa-siapa dalam UMNO pernah dipenjarakan kerana orang Melayu?
Jawapannya tidak.
Mereka tidak dihukum walaupun rasuah.

Anonymous said...

Saya cukup meluat dengan gelagat mamak tongkang India yang mengaku diri sebagai Melayu. Tak malu ke depa? Mereka sanggup menjual maruah bangsa dan harga diri hanya semata-mata ingin dilihat sebagai Melayu UMNO.

Kebanyakan juga segan untuk menggunakan bahasa ibunda mereka seperti Tamil hanya kerana mereka kurang selesa menonjolkan identiti keturunan dan bangsa mereka yang sebenar.

'Melayu' ciplak ini lebih lantang suaranya berbanding dengan yang asli. Demi kedudukan dan harta, makhluk Allah yang tebal muka ini sanggup melupakan asal-usulnya sendiri dengan memandang rendah kaum sebangsa dan seagama.

Padan muka depa yang BN kalah teruk di P. Pinang!

Anonymous said...

Sang Kelembai.. ni ada satu cerita. Kat Malaysia ada 2 jenis anjing. Satu anjing bela dan satu anjing terbiar. Anjing bela ini cukup mewah kerana selalu diberi makan..pendek kata semua cukup. Anjing terbiar ni pulak tak bertuan. Sendiri fahamlah..makan mau cari sendiri bang. Apabila tuan anjing yang dibela tadi jadi arwah..innalillahirajiun..maka anjing tadi mula lah menyalak dan mungkin mati kebulur tak lama lagi sebab tak pernah hidup susah.Anjing terbiar tadi..steady bang..ada tuan lagi baik..tak ada tuan..fine..biasa macam tu. So Sang Kelembai..anjing itulah yang sekarang ni menyalak di Pulau Pinang apabila DEB nak dihapuskan..So Sang Kelembai tau kan,,sapa ajing yang menyalak tu!
Hidup Melayu....

saxo69 said...

Lim Guan Eng dedahkan beliau telah temui pelbagai penyelewengan yg dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan telah tubuhkan panel penyiasat untuk siasat pnyelewengan ini. Mesti tak lena tidur puak2 UMNO PP yg buat perhimpunan hari tu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia