Monday, March 24, 2008

UMNO baru kenal perlembagaan Negeri

Bila “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai Perdana Menteri mengatakan bahawa isu pelantikan Menteri Besar itu tidak berperlembagaan dan kemudian dituruti dengan satu kenyataan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan di Perak yang akan membuat memorandum untuk menghalang Raja Perak bersetuju melantik Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak yang mengandungi enam orang bukan Melayu atau ringkas orang Cina, maka rakyat yang tidak tidur dan cerdik sedikit dengan mereka-mereka ini bertanya? Apa faktanya?

Adakah benar Pemangku Raja Terengganu sudah melantik seorang Menteri Besar yang tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu. Maka ini bererti undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri Terengganu sekian lama dari sebelum Merdeka telah dinodai oleh Sultan Terengganu kerana semua orang tahu dalam soal pelantikan seorang Menteri Besar adalah kuasa mutlak Sultan dan dia boleh memilih siapa sahaja dan hanya selepas Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi dalam sebuah negara Merdeka, Menteri Besar itu mestilah seorang ahli Dewan Undangan Negeri.

Maka jika Ahmad Said bukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri maka Sultan sudah mencabuli dan melampau haknya sebagai seorang Sultan dalam negeri Terengganu dan pelantikan Ahmad Said tidak boleh diterima dan batal.

Khabarnya persoalan ialah kerana Ahmad Said bukan nama yang dicadangkan oleh Presiden partinya yang kebetulan masih menjadi Perdana Menteri. Maka surat yang dihantar kepada Sultan atas sifat apa? Jika dia hantar atas sifat Perdana Menteri, maka Sultan boleh menolaknya kerana Terengganu bukan diatasi kuasa jajahan Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya jika dibuat atas nama Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional untuk meminta Sultan melantik nama yang dicadangkan maka jika surat itu tidak dilayan dan sudah diketahui umum bahawa tidak diperkenankan maka sewajarnya Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional memohon menghadap Sultan supaya penjelasan empat mata dapat diberikan dan diperbincangkan. Kerana jika Sultan menolak cadangan itu sudah pasti ada alasannya jika didedahkan akan mencemarkan nama UMNO atau Perdana Menteri sendiri.

Akhirnya bila selalu sangat menjual Islam Hadhari yang bermaksud ada had dan ada harinya oleh Abdullah Hj Ahmad dan di ikut secara membuta tuli oleh pemimpin UMNO Terengganu, ini lah kesudahannya bila sampai memerlukan sikap hadhari di dalam diri menghadapi krisis, Hadhari akan ditinggal di kaki lima atau koridor, kerana Hadhari ialah menerima qada dan kadar Allah kerana semuanya di tangan Allah yang menentukan.

Jika sudah ditakdirkan hilang jawatan dalam sekelip mata, bukan sahaja kerana kecuaian manusia tetapi sudah pasti ketentuan Allah. Akhirnya Islam Hadhari lebih dihayati oleh bukan Islam yang bernama Koh Tsu Kon yang menerima keputusan kekalahan dengan tangan terbuka dan secara “budiman” menyerahkan tugas Ketua Menteri kepada pengganti yang datang dari Parti lain dan sekutu Barisan Nasional.

Berbeza dengan Imam Besar Islam Hadhari di peringkat Negeri Terengganu bila mana tidak dapat membaca keadaan dan situasi bila Pemangku Raja terlalu lewat atau tidak memanggil terus masuk menghadap bagi menerima watikah dilantik ke jawatan Menteri Besar. Masalahnya dia masih mengharap, sebaliknya jika dia benar-benar semua kerana Allah, sewajarnya dia menghantar surat meletakan jawatan Menteri Besar supaya jalan penyelesaian demi kepentingan umah atau biasanya digunakan dalam UMNO kepentingan Parti UMNO lebih mendahului kepentingan diri dapat dilaksanakan.

Setengah orang yang mahu memahami isu Menteri Besar Terengganu akan bertanya adakah Ahmad Said bila menjadi Menteri Besar mewakili peribadinya atau nama UMNO Terengganu. Jika nama peribadinya sewajarnya di pecat dalam UMNO tetapi jika dia berkata, dia mewakili UMNO Terengganu, maka di mana salahnya? Bukankah UMNO Terengganu masih lagi menguasai Kerajaan Terengganu dan Ahmad Said sendiri adalah salah satu dari Lima Ketua UMNO Bahagian yang bergelar Yang Berhormat dari empat yang mewakili Dewan Negeri.

Pemikir-pemikir UMNO mungkin terlupa bahawa Terengganu adalah antara negeri yang termasuk terawal dalam Malaysia dalam Negeri Melayu Beraja menghadapi masalah pelantikan Menteri Besar atau bermasalah dengan Menteri Besarnya selepas Perak, dan kemudian Pahang dan Negeri Sembilan.

Bagaimana di dalam sejarah Malaysia yang mengamalkan dasar demokrasi terpimpin, tidak ada sejarah akhirnya orang politik menang bila cuba untuk menjadikan raja hanya sekadar boneka. Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan termasuk Johor. Kesemua negeri-negeri ini akhirnya Raja yang menjadi pemutus dalam isu haknya yang dijamin oleh British bila persetujuan menjadikan negeri sebahagian Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian bertukar kepada nama Malaysia di tahun 1963.

Kesimpulan maka perlu Abdullah Hj Ahmad dalam Kerajaan Tiga Beranaknya yang disokong oleh pemimpin UMNO yang penuh plaster satu badan, jika tidak menyokong kepimpinan Abdullah Hj Ahmad, BPR akan digunakan membuka plaster itu maka akan ternampak segala kudis dan pekong yang membalut wajah-wajah mereka. Menerima hakikat pelantikan Ahmad Said adalah kuasa Sultan melalui Pemangku Rajanya dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.

Dan belajarnya kepada insiden yang berlaku dalam negeri Sabah di pertengahan tahun 1985/86 bila mana ada usaha cuba menggulingkan kerajaan majoriti mudah kerajaan Parti Bersatu Sabah oleh USNO dan Berjaya dengan bersemboyankan kepentingan Melayu dan Islam berakhir pembubaran Dewan Negeri dan kemudian diadakan Pilihan Raya semula dan berkeputusan PBS memenangi semula dengan majoriti dua pertiga.

Jika di Amerika Syarikat ada dua elemen penting yang menentukan keputusan Presiden ialah Ketua Staf Rumah Putih dan Penasihat Keselamatan, maka begitu juga di Perdana Putra, pejabat yang jarang dimasuki oleh Abdullah Hj Ahmad kerana banyak kerja dibuat di Sri Perdana, maka penasihat-penasihat selaku Ketua Staf Seri Perdana yang bernama Zaki dan penasihat keselamatannya yang bernama Vincent supaya jangan bermain bunga api kerana bunga api boleh menjadikan kebakaran.

Dan yang terpenting perlu di ingat bahawa Ahmad Said sudah menerima surat watikah sebagai Menteri Besar, dan bagi mengujudkan kerajaan dia memerlukan satu barisan Exco dan sekiranya dia mengambil kesemua 6 ahli dewan negeri dari PAS itu sebagai Exco dan dia berhak melakukan kerana dia tidak berparti maka terbentuklah satu kerajaan. Jika sudah terbentuk satu kerajaan dia mula berkuasa secara undang-undangnya dan Perlembagaan Negeri.

Maka kuasa untuk memberhentikannya ialah Dewan Undangan Negeri yang akan membuat usul undi tidak percaya. Katakan jika notis itu sudah dibuat, dia tidak boleh dilakukan dalam masa yang sama majlis mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negeri dan memerlukan tarikh dan masa yang lain. Soalnya dia boleh mentadbirkan negeri tanpa mengira soal majoriti dalam Dewan Negeri dan penghujung selaku Menteri Besar, dia memohon kepada Pemangku Raja untuk membubarkan Dewan Negeri.

Maka persoalan hendak membuat di MAGERAN di Terengganu hanya sekadar angan-angan kerana setiap undang-undang MAGERAN hendak diluluskan di Parlimen dengan keadaan Kerajaan Tiga Beranak tidak menguasai dua pertiga dalam Parlimen maka bagi meluluskan adalah terlalu sukar bertambah pula kuasa muktamadnya kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu sendiri.

Sang Kelembai: Nampak sangat UMNO ini bekerja dengan orang dan bukan dengan dan kerana UMNO. Sewajarnyalah UMNO sudah dipanggil OKU bukan bermaksud orang kurang upaya tetapi Organisasi Kurang Upaya, sehingga orang UMNO di Perak sampai terlupa bila dia berkuasa sekian lama di Perak apa dia buat dengan orang Melayu di Perak dan siapakah orangnya yang memberi harga premium tanah untuk Universiti Tunku Abd Rahmat atau TAR Kolej dengan harga RM1 (satu ringgit) Lim Kit Siang ke?

4 comments:

Law reform said...

perlembagaan persekutuan jadual kelapan bahagian satu seksyen 4
" pada melantik seorang menteri besar, raja boleh menurut budi bicaranya mengenepikan mana-mana peruntukkan perlembagaan negeri ini yang menyekatnya memilih seorang menteri besar, jika demikian itu pada pendapatnya, perlu dilakukan untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya setuju dengan Sang Kelembai..orang-orang tertentu dalam UMNO ni "perasan" dia orang pakar undang-undang..pegi dah.

Tuanku Sultan Azlan Shah..Sultan Perak ialah bekas Ketua Hakim Negara beb..sampai YB Lim Kit Siang pun akhirnya Kow Tow..Yang Mulia Raja Nazrin Shah berkelulusan Phd beb.. Raja-raja Melayu ni bijaksana beb..

Wa memang tak setuju langsung dengan idris Jusoh dan konco-konconya. Sampaikan upah orang pasang kain rentang.."Kami Nak Idris Jusoh..Natang.." Sang kelembai boleh rujuk berita tv3 semalam. Bedebah betul..sapa natang yang dia maksudkan tu..Kalau dia orang maksudkan :natang" tu Raja dia orang..memang biadab sangat..patut buang negeri je..itu pun tak taulah kalau ada Raja negeri lain yang sudi terima pekong-pekong macam ni.. Setuju dengan pandangan Kelembai..Raja-raja mempunyai banyak hak yang kita sebagai rakyat biasa mungkin tak tau..tak diberitahu dan tak nak ambil tahu. Dah terantuk baru terngadah. Last..kalau masih berdegil juga..bawalah kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Hakim yang arif akan tentukan berdasarkan peruntukan perlembagaan negeri..sapa yang benar dan sapa yang temberang. Yang benar tetap benar walau dipertikaikan..yang salah tetap salah walu diselindungkan. Hidup Melayu.. HIDUP BLOG SANG KELEMBAI.

Pak Ma'on said...

saya respek tulisan datuk..pada hari ini , united malay nation organisation semakin kurang hajar dan biadab..saya sebagai seorang melayu sangat malu ketika diajukan persoalan oleh seorang bangsa asing ; "LKS satu orang baru buat mesyuarat tak mau datang majlis perlantikan, lu semua melayu kata kita tak tau adat dan biadab.tapi bila itu umno tak setuju sama istana punya decision, u melayu semua diam saja!"...lantas untuk mengkaver malu itu saya jelaskan kepada apek itu ; " alo tauke, itu united malay nation organisation dari belum malaya merdeka mmg sudah kasi malu sama melayu..saya bukan melayu united malay nation organisation tau!...saya melayu tau adab punya.." ini PM united malay nation organisation kalau zaman hang tuah dulu, konfem jahanam dan rabak belah belakang dia disula dek pengawal sultan..

Anonymous said...

Masalah dengan orang UMNO ni ialah mereka menyangka mereka lah yang paling berkuasa di Malaysia.. mereka lah yang perjuangkan nasib bangsa dan agama, mempertahankan kedaulatan Raja-Raja... tetapi pada hakikatnya mereka juga lah yang merosakkan kepercayaan rakyat malaysia...
Dulu majoriti rakyat mungkin berbangga dengan UMNO... tetapi pada hari ini... UMNO dah menjadi OKU... tepat apa yang penulis kata... Organisasi Kurang Upaya....
Punca kelemahan UMNO adalah kerana pucuk pimpinannya yang lemah dan tidak berwawasan. tetapi kaki ampu sentiasa menulang-julang namanya seolah-olah kelemahan ini bukan salah Pak lah...
Nampaknya UMNO dah tak relevan lagi selagi Pak Lah menerajuinya...
Seorang imam besar hadahari yang kerap menipu...

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia