Sunday, April 27, 2008

Malaysia jadi sosialis

Dewan Rakyat mula bersidang. Bagaimana agaknya anggota pentadbiran awam dan penyokong kerajaan Barisan Nasional akan berdepan dengan 82 orang pembangkang yang terdiri dari berbagai aliran politik yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat hampir sama dengan muafakat yang memberi maksud sudah dipersetujui satu-satu maksud dan perkara untuk dilaksanakan. Dan biasanya pakatan dan muafakat bercorak sementara. Dengan itu jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dia lebih kurang dikenali sebagai konspirasi rakyat atau “conspiracy” satu perkataan yang begitu popular di tahun reformasi 1998.

Kerana UMNO punya Presiden dan Malaysia punya Perdana Menteri jika di ibarat sebagai sebuah komputer yang CPU nya berasingan, apa akan terjadi kepada komputer itu? Sudah pasti tidak boleh menerima arahan. Begitulah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” kerana CPU berada di Tingkat Empat, Perdana Putra, dan orang-orang yang berada di Tingkat 4 itu hanya memikirkan bagaimana hendak mengaut dan mencari kekayaan sementara Abdullah Hj Ahmad masih berkuasa terutama “master main” nya Kamalludin Ahmad dan Khairy Jamalludin Abu Bakar banyak soalan tidak menjawab soalan.

Pertanyaan dan persoalan utama sekarang adakah benar ADR-Ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional akan melompat menyokong parti campuran dalam Parti konspirasi yang di Ketuai oleh Anwar Ibrahim?

Jika benar mereka di Tingkat 4, kelulusan hebat-hebat khasnya seorang lelaki Cina yang bernama Vincent Lim Kian Tick; dan berjawatan Setpol - Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad, sudah lama desas desus itu ditamatkan atau sudah tidak lagi menjadi gosip politik sehingga menyebabkan semua orang menggelabah dan ada yang mengatakan tidak boleh dipandang ringan.

Kenapa Barisan Nasional kalah teruk di enam negeri yang termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . Jawapannya mudah? Kerana sekian lama Barisan Nasional memerintah semenjak 50tahun yang lalu, bukan kah dari Perikatan ke Barisan Nasional dan sebelumnya di zaman penjajah, musuh utama pemegang kuasa samada British atau UMNO/Barisan Nasional ialah “perang kelas” dalam masyarakat Malaysia dalam di semua peringkat kaum.

Kerana pemikir seperti Zulkefli Abdul, Anuar Zaini dan penagih arak Kalimullah Meor Hassan yang gambar menengok arak tersiar dalam satu blog, apakah agaknya yang di nasihatkan kepada Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Imam Besar, Islam Hadhari-ada had dan ada harinya. Mereka-mereka ini agaknya yang mencadangkan PAT- Penagih Arak Tegar Zaid Ibrahim menjadi Menteri, kerana kemungkinan Tingkat 4 dan nama-nama di atas adalah sewaktu dengan penagih arak dan bolehlah diambil kesimpulan selama ini Abdullah Hj Ahmad mendapat nasehat dari orang mabuk yang lebih merupakan “air berkata-kata”

Berbalik kepada soalan dakwaan akan terdapat ADR yang sudah bersedia melompat ke pihak pembangkang, jawapan tidak mungkin kerana bagi mereka yang tahu ilmu politik akan menyedari ideologi yang di pegang oleh parti-parti yang menguasai kerajaan dan pembangkang.

Barisan Nasional sebuah parti walau pun di dominan oleh UMNO yang mendakwa sebagai Parti Nasionalis Melayu, dia tidak ada kurangnya dengan 14parti yang lain kecuali PGRM-Parti Gerakan Rakyat Malaysia khasnya sekutu rapat MCA dan MIC ia itu sebuah Parti yang melambangkan klas kapitalis dan birokrat.

Itu sebab bakal pemimpin UMNO mesti di kalangan orang yang bersekongkol dengan sistem kapitalis yang menjadi asas perjuangan dan dipertahankan oleh UMNO. Kerana perwujudan kelas dalam UMNO itu yang menyebabkan berpuluh tahun ahli-ahli UMNO menjadi hamba kepada penguasa yang memiliki harta dan kekayaan. Dan sistem kapitalis dan borjuar pegangan UMNO inilah menjadikan mereka yang tidak setaraf di anggap musuh atau hanya perlu digunakan sahaja untuk mengekalkan kuasa si penguasa.

Sudah beberapa kali dikatakan akan tiba masanya, lembu-lembu UMNO akan sedar dirinya membesarkan UMNO, pada awal nya tanah yang kering kontang, ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini yang menjadi pembajaknya tetapi bila tanah menjadi sawah atau hasil pertanian, kesemuanya hasil pembajakan itu tidak dinikmati oleh ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini sebaliknya mereka disembelih oleh tuan-tuan tanah yang terdiri dari pemimpin UMNO yang bertaraf pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar kerana mempunyai lembu baru.

Kekalahan UMNO kerana dasar-dasar terlalu mempertahankan sistem kapitalis dan pemilik tanah seperti yang dilakukan oleh Mohd Khir Toyo tanpa rasa dan perasaan kemanusiaan menggunakan kekuatan Kerajaan Selangor mengusir setinggan-setinggan tidak kira Melayu, China atau India atas nama pembangunan towkey - towkey pemilik tanah, lainlah tanah-tanah itu untuk kepentingan projek kepentingan awam saperti membuat sekolah atau hospital yang boleh dimaafkan.

Kebanyakan tindakan UMNO dan Barisan Nasional dalam bentuk ekonomi tidak menguntungkan kepentingan rakyat seperti mana aspirasi bapak dan datuk mereka yang berjuang untuk Kemerdekaan ini, sebaliknya nikmat kemerdekaan hanya diperoleh oleh segelintir orang termasuk pemimpin-pemimpin UMNO atau untuk anak dan menantu, itu sebab jarang didapati pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang tidak memiliki rumah dengan harga sejuta ringgit, walau pun rakyatdan orang ramai tahu latar belakangnya.

Kehadiran PKR - Parti Keadilan Rakyat yang mana gabungan saki baki pemimpin Parti Rakyat Malaya yang berpegang kepada ideologi Sosialis Saintifik atau sosialis ilmiah yang bersemboyankan Keadilan, sudah pasti PKR akan meneruskan ideologi yang sama dan sekarang bekerjasama dengan DAP-Demokratik Action Parti atau Parti Tindakan Rakyat yang berfahaman Sosialis Demokrat, dan untuk sementara waktu ini PAS-Parti Islam Setanah Melayu yang dahulunya berjuang untuk kepentingan fundamentalis Islam, ikut sama secara diam kecuali di Kelantan mengamalkan sosialis Islam.

Ini memberi pengertian bahawa sikap Pakatan Rakyat itu ialah mendasari tujuan-tujuan kelas dan memperjuangkan menghapuskan pengenalan kelas tampa mengira kaum, agama dan sebagainya. Bila DAP menawarkan satu jawatan kepada bekas anggota Gerakan, dia bukan satu yang pelik dan menghairankan kerana pada asal penubuhannya PGRM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan ialah mempertahankan penindasan kaum buruh dan perjuangan kelas di tahun menjelang PRU 1969 kerana UMNO dianggap sebuah parti feudal yang tidak membela kaum buruh. Boleh dikatakan tindakan itu macam sirih pulang ke ganggang.


Malaysia sudah melihat bahawa masyarakat kelas menimbulkan banyak masalah dalam proses 50 tahun Kemerdekaannya. Kerana prasangka-prasangka dari golongan yang berkuasa atau kelas menengah misalnya yang tidak wujud di Malaysia selepas DEB-Dasar Ekonomi Baru ditamatkan. Maka itu sebab kelas-kelas ini telah bergabung dalam PRU ke 12 menumbangkan penguasaan 2/3 UMNO/Barisan Nasional di Parlimen.

Kesimpulannya jika ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional hendak menyokong Parti Pembangkang sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang dengan undi tidak percaya, ini memberi pengertian bahawa mereka sudah bersedia untuk hidup dalam era yang berbeza, dari kapitalis kepada sosialis. Dan diharapkan isu perkauman sudah tidak menjadi agenda besar bagi Malaysia yang akan menjadi negara maju.

Maka janganlah sekarang ada orang-orang Melayu yang kaya, begitu juga orang kaya lain sama ada dia China, India akan marah dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan Campuran akan tindakan-tindakan yang merugikan mereka seperti tanah mereka akan diambil, lesen mereka mungkin dibatalkan kerana dalam sebuah negeri sosialis, tidak akan wujud lagi kehidupan yang merupakan pengasingan kelas antara proletariat yang mewakili rakyat miskin dengan borjuis yang mewakili golongan kaya.

Sang Kelembai: Barisan Nasional perlu menerima hakikat bahawa kebangkitan rakyat kerana perjuangan kelas dalam PRU 12. Telah tiba masanya Barisan Nasional mencari pemikir membincangkan aliran perjuangan kelas di Malaysia, jika rakyat menerima Pakatan Rakyat atas sebab bagi membuktikan bahawa sudah tamat isu perkauman dan tidak perlu lagi perjuangan untuk Melayu, China dan India. UMNO/Barisan Nasional harus bangga kerana itu adalah satu kejayaannya walau pun UMNO/Barisan Nasional terpaksa di pindahkan ke Muzium Negara.

20 comments:

Anonymous said...

artikel yg menarik

Anonymous said...

Tidak ada isu yang saya tidak setuju dalam isu ini. Tetapi pada pendapat saya, apa pun sistem yang digunakan untuk rakyat, ianya mesti mengikut realiti. Keputusan yang berlaku semasa PUR12 bukannya kerana perbalahan kaum, tapi kerana perbalahan antara kelas.

Paling penting buat masa ini adalah bagaimana untuk mengurangkan jurang antara elit di dalam UMNO dan ahli biasa.

Anonymous said...

Why do people feel that the kerajaan 3 beranak is a thread? That the attacks is always back and fort on the 2 sons, and the 4th floor. Pak Lah is clean. but yet many people throw dirt at him. If there is no any truth in the matter. then speak out for the public!

Unknown said...

Teruskan perjuangan brother Sang Kelembai.Teruskan berkata yang benar walaupun pahit saperti hempedu. Walau seakan tanah menghimpit kiri dan kanan. Hanya Allah menilai amalan kita.Jihad yang paling tinggi ialah berkata benar pada raja atu president yang zalim dan dibunuh kerana amalan itu. Saya memohon agar Allah menguatkan brother sang kelembai dan menambah berganda ganda ilmu saudara.
Akhi fi Islam
AhmadHadeed Al Muslimin

Editor said...

sistem ekonomi kapitalis adalah agenda yahudi untuk merosakkan umat Islam. Kita patut sedar dan kembali kepada sistem ekonomi Islam.

Anonymous said...

lagi bagus kalau jadi sosialis,,tak payah susah ambik buruh asing,,

Sutera Timur said...

Apa yang berlaku kini saling tidak tumpah seperti apa yang pernah berlaku diterengganu pada thn 1999 dulu.Perebutan kuasa tanpa mengendahkan kehendak rakyat telah menjerumuskan terengganu kpd pembangkang. Saya rasa ianya sangat baik sbg satu pengajaran kpd rakyat dan pemerintah keseluruhannya ketika itu.Pesepsi rakyat kini sangat jelas pemerintah yang korup dan mementingkan diri hanya akan menyebabkan rakyat menolak spt yg berlaku pada PRU12.

Tok Kemuning said...

Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kepentingan orang melayu disalah gunakan oleh orang melayu yang merupakan ahli parti UMNO sendiri untuk kepentingan diri jangka singkat. Contoh paling mudah lihat sahaja peluang perniagaan yang diwujudkan dengan kerjasama UMNO bahagian. Didapati orang UMNO yang tidak pernah terlibat dengan perniagaan mendapat lesen atau tempat tetapi disewakan kepada orang lain. Manakala orang melayu yang benar benar merupakan peniaga kecil tidak mendapat bantuan yang sebenarnya malah terpaksa menyewa daripada orang UMNO dengan kadar yang lebih tinggi. Manakala orang melayu dari kalangan parti pembangkang sudah biasa susah dan berniaga dengan penuh cabaran tanpa sebarang bantuan. Mereka ini kerana merupakan orang melayu dari kalangan yang menyokong pembangkang tidak dibantu malah ditindas. Walau bagaimanapun mereka adalah orang melayu yang lebih tinggi semangat niaganya. Maka dengan itu apabila kerajaan sendiri mula menindas bangsa melayu kerana berlainan fahaman politiknya maka lahirlah generasi Melayu Lain yang lebih kuat daya tahannya.Melayu dari kalangan UMNO adalah golongan yang sentiasa memerlukan bantuan.

Sekarang ini apabila 5 negeri dan 1wilayah telah juga dikuasai pembangkang maka kerajaan memerintah persekutuan juga melaksanakan polisi yang sama. Tetapi menindas negeri dan wilayah yang dikuasai pembangkang pula. Percayalah hasilnya akan dapat melahirkan pula negeri dan wilayah yang lebih boleh berdikari dan tidak bergantung penuh pada kerajaan persekutuan. Negeri dan wilayah ini menjadi lebih kuat. Sudah tiba masanya konsep menindas bangsa sendiri dan negeri sendiri dihapuskan. Malah konsep pemerintahan sebenar yang menghormati hak asasi orang melayu dan warganegara, negeri dan wilayah hendaklah diamalkan sepenuhnya. Ini memberi lebih faedah dan kekuatan pada UMNO dan negara jangka panjang. Janganlah menjadikan berlainan fahaman politik untuk menindas satu sama lain. Jadikanlah berlainan fahaman politik untuk melahirkan polisi dan perlaksanaan yang lebih berkesan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Anonymous said...

Salam, en. zaharin, saya saarah hj. ali bashah, puteri bhgn seputeh, wilayah per. Saya berjumpa dgn en zaharin, semasa di pwtc tahun 2000, masa itu puteri masih baru,dari situ saya juga mengikuti perkembangan dan bertanding ketua puteri malaysia 2004, macam macam saya lalui, saya taknak buka pekung didada, apa jadi pd bangsa saya, sebabnya pada saya mudah, setiap perjalanan kita adalah ketentuan tuhan dan ada hikmah disebaliknya, kita tak tahu, janji kita ikhlas. Pada saya, semua pemimpin ada agenda hanya Rasulullah saw, shj agendanya utk umatnya. Pada saya ikhlas, kalau benar Khairy Jamaludin tidak memegang apa apa jawatan dan tidak bertanding ketua pemuda, mungkin saya masih menyokong Perdana Menteri, kalau tidak saya tak nampak pilihanraya akan datang BN masih boleh menang, sebenarnya pakatan rakyat pun sama, kita mengikut agenda anwar ibrahim, yg sebenarnya hanya ingin membalas dendam, pada saya lagi membahayakan orang melayu. Siapa pun yg menjadi perdana menteri, kalau sebagai tunggak tidak mempunyai keyakinan dalam membuat setiap keputusan memang kita sebagai pengikut akan hancur.Pemimipin yg layak kita ikut ialah mereka yg tidak mudah dengar kata org, tapi boleh menerima pendapat org lain utk dinilai tanpa kepentingan sendiri dan mempunyai pendirian tetap dan tegas. Jangan cari pemimpin yg boleh dijual beli, sebabnya nanti kita kena jual. Saya mengikuti semua blog termasuk chedet, ex pm kita, saya nak bersikap neutral dan blog marina, pula saya dapati hanya sesuai utk kelas tertentu kerna beliau jarang nak dengar komen pembaca melayu, susah juga. Kita kena faham, masalah yg kita hadapi sekrg kena sesuaikan dengan semua lapisan, tapi saya nak komen cuba ketengahkan blog en zaharin, saya nampak sesuai juga dibaca. Kerana kita mahukan pandangan yg sesuai dan kita rumus sendiri utk penilaian. sekian. http://www.saarahali.wordpress.com

Anonymous said...

Saya suka artikel macam nie.saya sokong.... bongkarkan apa yang diorg buat...kita dok bwh dok kena tipu ngan media tv je...apa yang kerajaan buat semuanye betoi dah nak naik muak dah...yang lain tak betoi...

Azzah 'Izzat' AR said...

salam en zarin,

saya dah tengok sang kelembai di TV.. macam tak puas je bercakap ek.. pengacara 'terlampau teruja' kot?

saya ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan..

selamat!

Anonymous said...

cayalah.. malam tadi kat RTM 1dlm rancangan BLOG.

U memang POWER

din merican said...

Zaharin, apa khabar? Salam dari saya. Artikel ini kritikal terhadap Badawi dan kroni kroni dia. Saya ingat saudara sudah pindah ka camp belah sana.---Din Merican

Loque said...

saya sering membaca post2 entry saudara..
walaupon saya baru saja berumur 15 tahun..
saya berpendapat bahawa islam hadhari yg dibawa oleh pak lah tidak patut kerana pak lah sendiri patut mencerminkan budaya islam hadhari itu sendiri.

Anonymous said...

Salam,
Artikel yang menarik dan tajam akal. Saya rasa pendapat saudara ada kebenarannya. Rakyat Malaysia kini mempunyai cita rasa yang berbeza daripada cita rasa orang dahulu. Mungkin itulah hasil daripada sistem pendidikan nasional kita.

Bung Karno said...

Sdr Zahrin,

Saya minta izin untuk muatkan keratan berita dalam Malay Mail 6May 2008.

Di bawah tajuk "Ruckus over rising Rulers" ada keratan ini :

At a Press conference, Karpal argued that the palace cannot order the State government to reinstate him and that Nizar was at fault for bowing to pressure.

He said a "disturbing" trend of Rulers interfering in State government business is emerging and cited the recent crisis in Perlis and Trengganu over the appointment of the Mentris Besar, and now in Perak.

" In Selangor too, the pressure is building up, " he said, blaming the weak Federal government as the main reason why rulers are emboldened to "interfere" in executive matters.

"During Mahathir's (former PM Tun Dr Mahathir Mohamad) time, there was no such interference because he would not allow it. In fact, he curbed their powers and removed their immunity.

"The Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) is weak and so the Rulers are cashing in," Karpal said.

Saya macam tak percaya laporan MM ni.

Walaupun benci, tapi Karpal Singh rindu dengan Tun Mahathir !!!!
Dia setuju dg Tun bahawa weak Federal Govt is no good for the country.
MB Perak ni jadi budak belasahan Karpal je.
Paklah ni lemahhhhhhh patut diganti
Tapi Karpal ni dah lawan raja !!!!!

Benn said...

sang sesunggut,
saya ada tengok rancangan kat RTM malam tu, saya rasa apa yang dikatakan oleh sang kelembai memang tepat dan banyak maksudnya tapi si pengacara tu asyik nak potong je... perkara2 yang sensitif. saya rasa RTM masih tak telus lagi.... macam takut dgn bayang2....

Anonymous said...

kembali kepada sistem ekonomi islam...

Anonymous said...

Umno is still relevant, just need to change the current leader.

Anonymous said...

Tahniah di atas keberanian mendedahkan segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin negara tersohor kini.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia