Jika UMNO/Barisan Nasional dalam PRU ke 12 dengan tiba-tiba kalah hampir enam negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya menang satu kerusi. Maka setengah orang kata bahawa itu adalah sama dengan Tsunami yang melanda di tahun 2005, memusnahkan bukan sahaja Aceh tetapi banyak negeri yang terlibat tidak terkecuali Malaysia.
Bagi mengibaratkan apa yang berlaku dalam landskap politik Malaysia, kekalahan itu sebagai Tsunami tidaklah begitu tepat. Mengapa kita tidak mengambil contoh yang mudah dan diketahui umum bagaimana tenggelamnya kapal Titanic.
Titanic adalah kapal yang dikatakan paling canggih pada tahun dibuat hampir 100 tahun dahulu. Jika Titanic dengan kehebatannya hasil buatan kapal itu yang di ilhamkan oleh beberapa pakar yang terdiri dari ahli fizik, kimia, kejuruteraan dan disiplin ilmunya, begitulah UMNO yang dibentuk dan ditubuhkan berdasarkan kepada nasionalisme Melayu yang tertindas selepas perang dunia ke dua dan kedatangan British di pertengahan tahun 40an.
Hari ini UMNO tidak terus menjadi Titanic yang tenggelam terus dan meninggalkan sejarah. Tetapi UMNO mesti mengambil iktibar sejarahnya Titanic yang karam terlanggar air batu atau Iceberg di tengah lautan.
Kalau Titanic bermegah dengan kehebatannya, begitu UMNO bukan sahaja dia megah tetapi berlagak keakuan. Dan jika Titanic tersalah tafsir akan soal air kerana air itu yang menyebabkan tenggelamnya kapal itu setelah bocor terlanggar “iceberg”. UMNO juga khasnya pemimpin melihat rakyat seperti itu, bila tidak mengindahkan akan perihal kemarahan rakyat yang sedang beremosi beberapa bulan sebelum PRU antara isunya penembakan Polis kepada orang awam di Terengganu, Demonstrasi Bersih dan Hindraf, Kenaikan harga keperluan hidup dan bahan bakar termasuk elektrik dan air.
Jika pereka Titanic cuba untuk menafikan rahsia alam dengan kebesaran penciptanya yang mempunyai rancangan teknologi alam mendahului akal manusia, itulah kesudahannya. Bila mereka mengagungkan kapal ciptaan mereka sehingga membuat pengakuan kapalnya tidak akan tenggelam. Inilah yang terjadi kepada “Saya Perdana Menteri” dan “Saya ada di sini” Abdullah Hj Ahmad yang dibantu oleh Perdana Menteri De Facto yang terdiri anaknya sendiri bernama Kamalludin Abdullan dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dengan bantuan mereka-mereka tingkat 4, Perdana Putra.
Sekarang Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa kekalahan UMNO adalah disebabkan kerana sabotaj. Satu tuduhan yang tidak ada pembuktian, bukankah ketua gerombolan mensabotaj UMNO di ketuai oleh anak dan menantunya sendiri?
Jika anaknya tidak sabotaj dan menantunya tidak campur tangan dalam soal pemilihan menjadi calon UMNO, seperti khabarnya Mohd Khir Toyo terpaksa di ugut oleh orang perantaraan Khairy Jamalludin Abu Bakar untuk dia selamat dan kekal menjadi Menteri Besar di Selangor mesti meletakan nama-nama yang disenaraikan. Harap-harap Mohd Khir Toyo akan menjawab perkara ini dalam blognya.
Titanic sehingga hari ini, tidak ada alasan untuk mengatakan dia tenggelam kerana sabotaj sebaliknya semua memperakui akan perihal kesombongan Kapten kapal itu yang tidak mahu menerima pesanan atau isyarat yang diberikan bahawa akan terdapatnya seketul “iceberg” yang dianggarkan beratnya hampir 300 tan di tengah Lautan Altlantik, dan dengan kepercayaan teknologi kapal itu dia terus meluru meredah lautan tanpa menghiraukan pandangan.
UMNO/Barisan Nasional yang mengangkat Abdullah Hj Ahmad menjadi Kapten, bukan tidak diberi taklimat oleh pegawai-pegawai perisikan malah dengan telus memaklumkan akan perihal anak dan menantu akan menjadi sumber kekalahan Barisan Nasional. Malangnya bila disebut nama anaknya Kamalludin Abdullah dan menantu kesayangan Khairy Jamalludin Abu Bakar, maka dengan sendirinya taklimatnya terhenti dan kesampaian untuk dibentangkan bagi kewaspadaan.
Maka bila Mohd Azim Zabidi dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan taklimat yang diberikan oleh Mohd Najib Tun Razak dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional akan perihal maklumat perisikan dari Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh di pakai dan telah berbohong atau pendek katanya bahawa mereka tersebut dari SB-Special Branch dan MIO-Military Intelligent Service telah mensabotaj. Inikah orang yang dimaksudkan oleh Abdullah Hj Ahmad.
Bagaimana pun cubalah kalau tidak ada kekerapan, cuba sesekali membaca buku Art of War yang ditulis oleh Sun Zi atau juga dikenali Sun Zhu dalam bahagian serangan dan strategis yang antara menyebut akan peribahasa “Suatu Pasukan yang kebingungan dan kacau bilau memberikan kemenangan kepada musuhnya.
Kekalahan UMNO/Barisan Nasional bukan berpunca daripada sabotaj tetapi kerana kebingungan dari Abdullah Hj Ahmad sampai ke ahli UMNO di peringkat bawah termasuk mereka-mereka yang memperakui sebagai ahli Strategis bila mana memasangkan papan kempen yang berbunyi “Hanya Satu Pilihan” yang memberi pengertian para pengundi hendak membuat keputusan apa, sama ada hendak terus ber-Perdana Menteri seorang yang kaki tidur, yang mementingkan perniagaan anak dan menantu, yang meneruskan rasuah yang berleluuasa dan seorang pemimpin yang suka meraba.
Akhirnya itu keputusan rakyat bila menolak referendum yang ditulis oleh tingkat empat di Perdana Putra. Dan sekarang setelah kalah UMNO/Barisan Nasional tidak mahu menerima alasan yang terpenting ia itu “bersatu”. Dahulu UMNO menjadi parti yang kuat kerana slogan Bersatu Bersetia dan Berkhidmatnya yang akhirnya tidak dihayati dia menjadi satu Parti Politik yang lemah kerana itu ia dengan mudah dikalahkan.
Hari ini, sama seperti waktunya tenggelam kapal mewah Titanic yang telah di adaptasi dalam sebuah filem percintaan. Jelaslah UMNO/Barisan Nasional kalah bukan disebabkan kurang kemampuan, kerana kurangnya Bersatu. Jika semua pemimpin saling mencurigainya, akhirnya apa yang berlaku sekarang bila akhirnya di kalangan ahli-ahli UMNO saling bertempur sama sendiri daripada melawan musuhnya.
Begitulah UMNO masih lagi tuduh menuduh dan menyerang orang yang tidak berkenaan seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah, dan segala ini berkesudahan kerapuhan UMNO itu dapat dengan mudah dieksploitasi oleh parti-parti lawan.
Kesimpulan antara yang tersirat dalam filem Titanic yang boleh di adaptasi oleh UMNO seperti berikut:
1 Perancangan strategik seperti mereka ditingkat 4, Perdana Putra, dan Yayasan Kajian Strategik Melayu yang di ketuai oleh Zahid Hamidi seperti merasa tidak bersalah, tiada ada perasaan menyesal, tidak mahu merenungkan kesalahan yang telah berlaku sebaliknya membiarkan ahli-ahli UMNO berlari dan menyelamatkan diri sendiri.
2 Kapten UMNO/Barisan Nasional tidak juga merasakan bahawa reputasi tidak seperti yang dibayangkan dalam tahun 2004. Dia masih memimpikan jika dia bersara dan berhenti - aku tidak mencari harta bertimbun, akan dapat nikmati kerana itu adalah sebaliknya. Sehingga saat akhir UMNO hampir hancur dan tertolak ke jalan tebing yang dalam, dia masih seperti menunggu satu kematian. Terlalu angkuh.
3. Dan hari ini di lihat dengan Menteri-Menteri kabinet bayangan kehendak anak dan menantu seperti Ismail Sabri dan adanya penagih arak tengar sudah tembak menambak sama sendiri untuk menyelamatkan diri.
Maka tidak hairanlah dalam keadaan huru hara kapal Titanic akan ada orang terjun sendiri menyelamatkan diri bila perahu penyelamat tidak mencukupi hanya orang-orang bodoh yang terdiri penumpang dalam buritan bawah atau “deck” kelas ekonomi yang masih berdoa untuk memohon diselamatkan. Dan mereka ini ahli-ahli UMNO yang buta huruf.
Akhirnya terdapatlah akan kisah percintaan seperti Jack dan Rose atau Abdullah Hj Ahmad dan Mohd Najib Tun Razak yang tidak mahu lepas satu sama lain dan tak peduli dengan sekitar yang berlaku? Betapa ego nya cinta buta mereka.
Sang Kelembai: Satu kebodohan yang terserlah waktu Zainuddin Mydin yang layak jadi penjual cendol kat Sungai Petani ialah dalam masa kempen PRU selama 13 hari itu, dia asyik sibuk mendendangkan lagu selepas berita di Klasik Nasional lagu Malaysia Baru yang mana BN tidak terlibat menggunakan slogan itu sebaliknya satu Malaysia terpampang gambar Anwar Ibrahim dengan tulisan Harapan Baru Malaysia. Jadi siapa yang mensabotaj sebenarnya.
No comments:
Post a Comment