Nampaknya marah sangat orang-orang Melayu di atas sikap ADR Karpal Singh yang mempertikaikan masalah keputusan Raja di Perak dan ucapan Yang Di Pertuan Agong. Sehingga beberapa perkataan yang agak luar biasa digunakan oleh beberapa orang khasnya pemimpin UMNO dan ada yang berduyun-duyun ke Balai Polis membuat laporan.
Sikap membela Raja itu, adalah satu langkah yang terpuji dan mengikut adab resam orang Melayu tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa dengan tiba-tiba orang Melayu hendak membela Rajanya? Semua orang tahu semenjak bertahun-tahun generasi pasca kemerdekaan tidak banyak mengerti apa hubungan Raja dengan dirinya sendiri sebagai rakyat.
Tetapi tidak boleh juga dipersalahkan rakyat, kalau kita rajin membaca tentu akan terbaca tulisan-tulisan yang berbunyi Bandar Di Raja. Apa maksudnya Bandar Di Raja itu? Adakah Raja tinggal di situ atau semua penduduk itu semua orang-orang yang ada hubungan dengan Raja, agaknya beberapa kali dalam setahun Raja itu melawat setiap rumah atau kedai yang ada dalam Bandar Di Raja itu? Atau berjumpa rakyatnya.
Di tanah tumpah Sang Kelembai sejak 56tahun dahulu, walau pun pagar istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu hampir rapat dengan rumah pusaka keturunan Sang Selembai belum sekali setelah berumur 56 tahun Sang Kelembai masuk ke dalam Istana yang dinamakan Istana Besar itu. Walau pun Sang Kelembai seorang yang berketurunan dari suku orang lingkungan agaknya kerana Raja sudah tidak memakai lagi perkataan rakyat raja dan rakyat yang dahulu dijaga oleh Raja sebagai pelindung sudah banyak di ambil alih oleh orang lain khasnya orang politik.
Dahulu rakyat boleh masuk dan keluar Istana raja, di Seri Menanti, cerita orang tua-tua dahulu raja yang di panggil Yang Di Pertuan Besar bertindak sebagai wakil rakyat. Raja dengan senyum akan menentukan hari berjumpa rakyatnya, di samping bertanya khabar hal kampung juga mendengar apa pertolongan yang dikehendaki oleh rakyatnya. Maka banyak surat-surat sokongan raja dihantar kepada yang berkenaan, kepada Hospital, Pejabat pelajaran dan kebajikan masyarakat untuk disokong permintaan dan pertolongan rakyat malah sampai ke peringkat meminta kerja.
Tetapi hari ini semuanya sudah tiada, yang ada ialah Raja hanya boleh berjumpa pembesar-pembesar dan orang bergelar sahaja dan jika rakyat hendak berjumpa raja sudah pasti menggunakan orang tengah, dan biasanya orang tengah ini rapat dengan raja tidak akan menyampaikan masalah rakyat kerana masalah rakyat tiada memberi keuntungan maka lebih baiklah pembesar-pembesar istana ini membawa orang-orang yang boleh memberi keuntungan kepadanya khususnya yang sedang melobi nak dapat anugerah yang bergelar Dato.
Itu sebab bila rakyat hendak membela rajanya dia berfikir dua kali, Sudahlah kuasa tidak ada lagi kepada Raja dan Raja pula tidak pernah hendak ambil tahu hal rakyat, kalau tidak mengambil tahu rakyat seluruh negeri sekurangnya ambil tahu soal rakyat di luar pagar Istana. Bagaimana pun semenjak 62 tahun kononnya UMNO sudah menjaga anda ia itu meminjam ayat di kad jemputan UMNO yang terbaharu, selama 62 tahun juga rakyat perlu bertanya setelah 62 tahun orang Melayu membela Rajanya dari Malayan Union hingga ke Kemerdekaan 1957 membawa ke Malaysia dan hari ini tahun Milenium, apa yang Raja jaga rakyatnya khasnya orang Melayu dan ugama Islam? Tanyalah pada Raja yang berada di negeri Melayu beraja.
Karpal Singh mungkin betul dan mungkin salah, tetapi banyak betul dari salah. Soal yang dibangkitkan kepada Raja Perak ialah soal konvensyen Raja Berperlembagaan.
Kalau mengikut kajian Mohd Ashraf Ibrahim dari UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia dengan nyata bahawa gagasan mengujudkan Raja Berperlembagaan bukan idea UMNO atau orang Melayu sebaliknya pandangan yang dibuat dalam memorandum Malayan Union oleh Persatuan China Seberang Laut yang diketuai oleh Tan Cheng Lock yang kemudiannya menubuhkan MCA-Malayan Chinese Association.
Orang Cina yang tahu bahawa sebenarnya untuk masa satu kurun lamnya semenjak Inggeris menjadi kolonial yang di undang oleh Raja Melayu, yang sebenarnya yang memerintah ialah Residen dan Penasihat British. Jika asal usul Raja Berperlembagaan yang dicadangkan selepas gagasan Malayan Union yang tidak berjaya diwujudkan oleh British, kemudian bertukar dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya Federation of Malaya, konsep yang asalnya Raja Berperlembagaan sebenarnya ialah Raja menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau dalam sistem demokrasi yang bakal di amalkan dalam Malaya yang merdeka.
Maka di sini, jelaslah bahawa keadaan hari ini sudah menjadi terbalik yang kononnya Raja terpaksa bertindak mengikut nasihat kerana adanya perkataan nasihat khasnya dalam tugas yang di Pertuan Agong. Tetapi sebenarnya nasihat Raja hendak di ambil dalam semua keputusan dan bukannya Raja kena menerima nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri, itu yang sebenarnya semangat Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan untuk menjadi persekutuan.
Kenapa nasihat Raja kena diminta dalam semua keputusan orang politik yang memegang jawatan Menteri besar dan Perdana Menteri? Jawapannya mudah kerana orang-orang Melayu yang membuka negeri ini mengikut ilmu bagaimana menjadi satu negeri dan mengangkat keturunan datuk nenek moyang Raja menjadi Raja nya dan jika Negeri Sembilan terpaksa mencari raja di Pagar Ruyong di Sumatera Barat setelah perhijrahan besar-besar orang Minangkabau ke Negeri Sembilan yang dahulunya namanya mengikut nama daerah seperti Rembau, Jelabu dan Naning.
Dalam kes Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak dalam pelantikan seorang Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kedua pihak ia itu Kerajaan Perak dan Sultan Perak di mana Sultan hanya menentukan hukum hakam agama Islam dan pentadbirannya tetapi kerana Setiausaha Majlis kebiasaannya ialah Pengarah Jabatan Agama Islam, maka Raja berpendapat bahawa dia berkuasa untuk melantik Pengarah, Jabatan Agama Islam, sebenarnya Raja telah membuat satu kesilapan bila dia melantik Pengarah, sewajarnya dia melantik Setiausaha Majlis Agama Islam Perak dahulu dengan sendirinya dia akan menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam bukanya dia melantik Pengarah seperti amalan biasa.
Dalam kes Karpal Singh vs Sultan Perak, bukankah isu besar sangat, dia menjadi besar kerana kurang cerdik Pembesar UMNO menjawabnya. Bukankah mudah jika pemimpin UMNO ini cerdik sikit hanya sekadar berkata,
Kita(orang-orang Melayu/Islam) bersyukur dengan Allah kerana sudah dibukakan hati Karpal Singh untuk menerima Negara Islam kerana dahulu dia pernah berkata langkah mayat saya dulu untuk menegakkan Negara Islam, kerana bukan kerana keyakinan kepada Negara Islam tentulah tidak mungkin Pengerusi DAP bermati-matian memperjuangkan kehendak Menteri Besar Perak dari PAS bagi menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam itu, Apa sekali pun walau dan apa caranya Islam yang hendak di bawa oleh PAS di Negeri Perak, UMNO memberikan sokongan kepada tindakan DAP mempertikaikan keputusan itu.
Sang Kelembai: Dalam akta tugas Menteri dan Timbalan Menteri ada menyebut bahawa Menteri hendak dibantu oleh seorang Ketua Setiausaha yang akan memberikan nasihat tetapi Menteri boleh menolak nasihat itu. Pergi tanyalah semua Menteri-menteri berapa banyak yang mendengar nasihat Ketua Setiausaha yang mewakili perkhidmatan awam dan profesion masing-masing sebaliknya semua tidak mahu mendengar nasihat Pegawai Kerajaan, itu sebab UMNO/Barisan Nasional ditolak rakyat kerana lebih banyak mendengar nasihat dari anak, anak menantu, saudara mara dan khasnya pegawai Tingkat Empat (bukan west wing) Perdana Putra, Putrajaya.

17 comments:
kelam kabut sungguh puak-puak UMNO mahu membela raja.. satu tindakan yang patut dipuji... laporan polis saja tidak cukup.. sepatutnya karpal ditembak dengan senapang gajah...
jangan lupa menyeret sekali PAK LAH.. kerana dia juga seorang penderhaka.. bukan kepada raja tapi kepada agong.. AGONG... lihat saja kes pelantikan menteri besar terengganu sebelum ini.. bukan ke sama saja apa yang karpal dah buat..
hai melayu.. mudah sungguh lupa...
Saudara,
I was very disappointed with Umno tindak tanduk recently. Start with RPK, and then now Kapal S. Kononnya both have made sedition remark and causing problem to public security and harmony.
Well.. there are couple of questions they need to ask Pak la and Najip. They both seems to be "makan cili tidak tahu pedas"
1. Pelantikan MB Terengganu, Umno has made a lot of sedition remark to Sultan .... remember the "Natang" word ? And pak la himself did said "Unconstitutional" on regard of pelantikan MB ? Why no action has been taken so far ? but action being taken to those are no Umno/BN supporter ?
2. What abt Najip himself ? Sedition remark from him widely documented that in the days preceding Operasi Lallang in October 1987, Najib Razak then as the head of Umno Youth, made a speech at a rally in Kampung Baru where he vowed to bathe his keris in the blood of Chinese Malaysian citizens.
And this speech was delivered against a background of banners by Umno Youth saying such things as ‘May 13 has begun’ and ‘Soak it with Chinese blood’.
The above are only 2 examples ..... both examples by far menyakit teringga bila mendengar !!
Ulasan yg menajamkan minda.Kita semua turut melatah pada permainan yg dapat mengalihkan perhatian dari isu besar yg sebenar seperti :- kenaikan harga barang , Attantuya , rasuah , Ahli Parlimen di pukul , RPK etc etc. Perut aku lapar bang...nak makan nasi beras naik harga..duit bas sekolah naik..tepung naik... tolong laa..
Yg jadi Pak turut pun bergegas buat polis report..Daulat Tuanku , Hidup Melayu...Melayu nak makan skrg nie susah beb..sedar la sikit.Tolong buat report polis suruh mereka mereka nie ahli ahli parlimen FOKUS PADA MASAALAH RAKYAT.
Bukan Karpal Singh dengan Sultan Perak. Ini UMNO cuba nak berpura pura pertahankan Sultan. Mudah lupakah rakyat perangai UMNO semasa masalah perlantikan MB Perlis and Terengganu? Memang tidak. Kami tidak mudah lupah.
sk,
tok brahim ali ejek kenapa ahli parlimen melayu baik dari pas atau pkr senyap je pasal kes ini...ie 'ketuanan melayu'
tak pulak dia sambung pasai nuar brahim...kat mana pendirian pak sheik ni bab ketuanan melayu!
kata nak jadi pm bulan sepuloh ni...bagitahulah kita mcam mana dato nak bela melayu
Saudara SK,
Maaf, menyimpang sikit.
Awang dimaklumkan dan difahamkan bahawa proses pengeluaran SIJIL HALAL yang dulu dipertanggungjawabkan kepada JAKIM kini telah diserahkan autoriti pengeluaran kepada Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Sebuah syarikat swasta.
Apa ke hae nya yeaoppp? Tindakan tersebut akan mengakibatkan proses penilaian halal haram sesuatu makanan itu akan diorientasikan kepada keuntungan. Mungkin kebarangkalian barang-barang makanan yang diragui kehalalannya disahihkan HALAL kerana mendapat bayaran yang lumayan. Apa sudah jadi dengan prinsip dan pegangan Syariah. Mengapa Perdana Menteri (AAB) boleh meluluskan perkara ini?
Mohon pihak terbabit tolong jawab. Antara input-input kedai kopi yang Awang dengar ialah Khairy Jamaluddin adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan HDC. Jika ini benar, KJ ni memang tak habis-habis nak rosakan kepentingan Ummah demi memenuhi temolok sendiri. Jika tidak, sila jelaskan kedudukan sebenar.
sila lawati http://www.awangmaya.blogspot.com
Awang Maya
Tiada siapa melawan siapa... Yang menjadi persoalan ialah dimanakah MELAYU berada...? Jangan dijolok sarang tebuan. Api yang marak jangan disimbah minyak...
Kepada semua YB-YB banyak perkara penting yang perlu diselesaikan. Bukan perkara yang boleh membakar negara...
Kesian karpal, ada ke orang yang sanggup nak back up dia dalam hal ini. Yang paling saya nak tau, apa pendapat ahli PR lain yang berbangsa melayu? Serba salah kah, antara mahu mempertahankan Raja atau Karpal?
Salam, en zaharin,
Karpal singh kena baca rukunegara, Kesetiaan kepada raja dan negara dan Kesopanan dan kesusilaan, kena faham tu nak jadi rakyat malaysia, kita orang melayu sekat depa nak makanke, yg susah sgt nak tunjuk hormat, depa tak belajaq kot tak pegi sekolah dimalaysia, karpal singh pi sekolah disingapura, suruh depa pi pindah office lawyer kat sanalah, kita hormat depa dan depa pun kena hormat kita orang melayu, susahlah nak cakap dengan bahasa melayu betul depa tak faham, maaflah en zaharin.
saarah hj.ali bashah
Karpal Singh sebenarnya cemburu dengan kuasa raja-raja. Mungkinkah karpal hendak jadi sultan juga dengan gelaran Maharaja Karpal Singh!
Salam sejahtera buat sangkelambai. Setahu saya sangkelembai berasal dari Perak. Menurut cerita orang dulu-sulu sangkelembai ni tak boleh ditegur, sapa yang tegur nanti orang yang tegur tu jadi BATU. Tapi Sangkelembai yang berasal dari Nogori ni lain sikit, ada power Intelektual komentar. Syabas Pak Zahrin.
Saya juga tertarik dengan kupasa sangkelembai dengan isu raja ni. Rupanya selama ni orang melayu seperti mendapat semangat kebangkitan memperjuangkan Intitusi Raja/Sultan.
Kalau zaman kesultanan Melaka mereka ini semua mungkin menjadi kesayang istana. Apa tidaknya Raja mereka dilindungi anta keselamatan istana terus terjamin.
Tapi kali lain sedikit. Isu yang di timbulkan bukan kecil tapi ayat 'PENDERHAKAAN DAN PENGHINAAN kepada Sultan. Kalau zaman kesultanan dulu kemungkinan Karpal sudah tentu dihukum dengan hukuman yang amat berat. "Pantang melayu menderhaka kepada Sultan".
Selepas peristiwa tuan Karpal yang mencetuskan kekecohan ini maka terjadilah pembelaan yang luar biasa. Berbondong-bondong laporan polis dibuat. Bukan saja di Perak malah terbabit pulak lain-lain negeri. Ini yang dinamakan KETUANAN Melayu Pantang Dicabar.
Kemudian banyak le pulak yag keluar kat paper. Terpampang wajah perjuang melayu yang membuat laporan. (ini sebagai bonus untuk menunjukkan merekalah yang benar-benar memperjuang kan bangsa. Mereka jugalah yang sebenarnya berkerja kuat untuk parti. Mereka jugalah sebenarnya yang bakal dan akan dicalonkan pada Mesyuarat Agung akan Datang.. wallahhualam.
Tapi mereka sebenarnya lupa akan peristiwa pencalonan MB Perlis dan Terengganu? Apa bezanya golongan yang menentang Pilihan Raja dengan isu di Perak?
Paling dasyat di Terengganu Melayu sendiri menentang Istana malah menghina secara terang-terangan dengan begitu semangat untuk menolak pilihan Sultan.
Paling menghiris ada sepanduk yang berbunya "NATANG" (binatang) yang ditujukan kepada pihak Istana. Apakah orang Melayu atau pihak perti yang memperjuang bangsa MELAYU/ISLAM TIDAK pulak membela Sultan/Raja mereka?
Apakah ertinya perjuangan mereka semua ini?

Rasuah Politik Pasca PRU-12?
Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat ("PR") untuk melompat parti.
written by KJ
Untuk seterusnya sila layari www.rembau.net
Berarak ngan sepanduk tertulis "natang" tu lagi teruk. Pastu oleh orang melayu plak, yang seharusnya tahu beradat. Remembering Al-nakba: 15 Mei 1948.
http://tuklong-ns.blogspot.com/
Apa pasal sekarang tiba2 Sultan nak concern pulak pasal hak dia sebagai ketua agama...Kenapa masa zaman Dr Mahathir dulu Sultan2 kecut perut tak bersuara apa pun (double standard), bukan seorang sultan, bahkan 9 sultan senyap sepi apabila Mahathir langgar dengan jelas peraturan agama dan adat istadat melayu. Saya dah bosan tengok pemimpin2 Melayu, Mufti2 Melayu dan Raja2 Melayu memperbodohkan rakyatnya sendiri...Yang rakyat melayu nya pulak, rela mengikuti system feudal dengan taat 'membabi buta' beratus tahun walaupun system itu jelas2 tidak memberi menafaat langsung pada agama dan bangsanya.
Berbezanya peranan dan personality 'King of Thailand', yang mana rakyatnya lebih di utamakan dulu daripada mana2 pemimpin negara...Raja nya berkuasa, pemimpinnya takut, hormat dan taat pada Raja nya. Malukan bila dibandingkan dengan Raja Siam yang seorang itu dengan Tanah Melayu yang mempunyai sampai 9 sultan dengan hanya jumlah penduduknya kurang dari 27 juta (55% melayu) berbanding dengan jumlah penduduk Thailand 63 juta.
Alahai...Selama hari ni pun Sultan2 semua nya pro Umno, mana ada yang pro pembangkang!!! Soal "fulus" yang di utama kan mengatasi lain2 nya. Kita ada 9 Sultan2 di Tanah Melayu yang sepatut nya menjadi pelindungan Agama Islam....soalan nya betul kah Sultan2 ni ambil tahu pasal Islam. Saya amat ragu sekali dengan amanah yang di laung-laung kan ini.
Cuba kita hayati betul2 apa yang sudah terjadi pada agama islam di Malaysia....iaitu dengan melihat akhlak muda-mudi melayu islam kita dan akhlak pemimpin2 elit melayu islam, hiburan hedonistic siang malam melalui segala saluran kerajaan melayu, budaya munafiq dalam kehidupan harian rakyat melayu islam, system pendidikkan kerajaan melayu yang mengutama kan dunia semata-mata dan menghumbankan jauh kefahaman berkaitan akhirat.
Kita hari ini, terutama nya orang2 melayu seharus nya menilai dan menyedari apakah dengan ada nya begitu ramai (9 orang) sultan2 di negara Melayu yang besarnya "sekangkang kera" ini sebenar2 nya memberi manfaat (faedah) atau sebaliknya kepada Agama Islam dan orang2 Melayu secara am nya? Cuba kita lihat keadaan hari ini... apakah ia nya bertambah baik atau pun bertambah buruk dan parah keadaan Agama Islam dan orang2 Melayu nya? Jawapan nya tentu le bertambah BURUK, KRONIK DAN HARU-BIRU.
Takkan tugas Sultan2 hanya mengistiharkan mulanya hari berpuasa dan beraya saja!!!....apa kah itu saja tugas sebagai ketua dan pelindung agama islam!!....Setahu saya semenjak puluhan tahun dari merdeka lagi sampai le ke sekarang ni...Semua Sultan2 Melayu termasuk Mufti2 (pak pacak) yang berdamping dengan mereka 'sengap dan membisu seribu bahasa' dalam Membela, Mempertahankan dan Menegakkan Agama, Keadilan dan Kebenaran apabila bertembung dengan PM yang zalim...satu contoh Memali dan kes DSAI. Dalam banyak2 hal kemungkaran, ketidak adilan, kezaliman dan kemaksiatan....apa yang rakyat nampak adalah Sultan2 turut bersubahat, bersetongkol dan terlibat secara terus atau tersembunyi dengan pemimpin2 Umno yang zalim itu...dulu, sekarang dan selama-lama nya..
Sesungguhnya pemimpin UMNO ingin menjadi juara apatah lagi pemilihan UMNO hampir tiba. Sokongan ahli bawahan agar terus melihat mereka sebagai 'pejuang Melayu' amay penting terutama dalam keadaan gawat sekarang. Kita tunggu lihat juara antara juara.
Jenerasi Muda tunggu dan lihat , jika di biarkan negara Malaysia akan jadi macam negara Nepal runtuh nya sistem berraja ....
Post a Comment