KUALA LUMPUR 31 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim hairan mengapa UMNO mahu mengenakan tindakan terhadapnya hanya kerana beliau bertindak mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada dikritik.
Katanya, sejak empat tahun lalu, Perdana Menteri telah dikritik, dihentam dan dihina secara peribadi, tetapi hari ini menjadi satu kesalahan jika ada pihak yang ingin membelanya.
Di atas kenyataan yang disiarkan di akbar Mingguan Malaysia pada 1hb Jun 2008, semua rakyat maklum khasnya orang Islam bahawa sewajarnya Islam Hadhari -ada had dan ada hari dilarang di aktifkan di Selangor dan mungkin Pulau Pinang. Kerana ini sudah di akui oleh Imam Besar nya Abdullah Hj Ahmad bahawa Islam Hadhari bukan satu agama, yang juga “Saya Perdana Menteri” dan “saya masih di sini” ia itu di Seri Perdana kerana di sana saya terpaksa mendengar apa-apa keputusan muktamad Perdana Menteri dec facto yang bernama Kamalludin Abdullah yang juga anak saya, maka pengisytiharan Kerajaan Selangor atau nanti Pulau Pinang dalam Parti Campuran tidak memerlukan perkenan Sultan dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Selangor dan Pulau Pinang.
Dalam ajaran Islam Hadhari yang di anjurkan, di mana minuman arak tidak menjadi haram kerana anak Imam Besar sendiri khabarnya termasuk dalam golongan penagih arak tegar dan ajarannya barang siapa yang menjadi penagih arak tegar maka dengan sendirinya akan mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau terus menjadi Menteri atau menjadi Pengerusi di dalam badan-badan berkanun.
Perhatikan nama-nama besar yang dilantik oleh kelas penguasa dalam Badan Berkanun atau GLC, kesemuanya diketahui ramai sebagai adalah penagih arak tegar. Nama Pengerusi TNB-Tenaga Nasional Berhad jika dia menjadi penagih arak tegar, mungkin boleh dimaafkan kerana itu budaya kaumnya yang dikenali dengan etnik Iban dan dia pula tidak beragama Islam, tetapi bagaimana dengan Pengerusi Telekom Malaysia yang namanya jelas sudah pasti beragama Islam dan ada hubungan keluarga dengan Imam Besar Islam Hadhari, khabarnya sampai peringkat mesyuarat Lembaga Pengarah TM pun bawa bekal arak, begitu juga sudah diketahui umum bagaimana Pengerusi MAS yang juga beragama Islam menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi syarikat penerbangan itu memesan dan dibekalkan arak yang khususnya untuknya bila dia menaiki pesawat.
Kesimpulannya sekarang semua yang menguasai negara ini dikalangkan orang Islam bermazhab Islam Hadhari, pernah dikatakan Imam Besar juga pernah didapati berada di kawasan botol-botol arak yang bertaburan. Itu sebab di dalam UMNO sendiri selepas bekas Setiausaha Agongnya yang juga anak seorang sheik di Perlis boleh dikelaskan sebagai penagih arak tegar, kini UMNO masih lagi menyimpan seorang penagih arak tegar yang memegang jawatan Bendahari UMNO. Kalau senang-senang pergi ke daerah Bangsar, Kuala Lumpur . kemungkinan akan bertemu dengan nya dan lihatlah sendiri.
Dan terakhir dalam merealisasikan ide Islam Hahdhari di mana penagih arak tegar mendapat tempat dalam kerajaan ialah pelantikan PAC oleh Parlimen atau Jawatankuasa Akaun Awam yang juga pengerusinya oleh penagih arak tegar.
Itu sebab tindakan Ismail Sabri tidak hadir majlis perasmian acara yang di pengerusi oleh Mokhzani Mahathir menjadi persoalan yang mana satu afdal atau prinsip? Tidak payah hadir kerana tidak jadi ahli UMNO atau tidak payah hadir kerana Pengerusinya penagih arak? Yang mana nak ikut, Islam Hadhari atau ahli sunnah waljamaah, mana yang utama,
Maka hari ini lengkaplah Islam Hadhari dengan Imam Besarnya berpegang kepada sajak Mencari Damai Abadi melengkapkan misi dan visi yang di cita-citakan oleh Kalimullah a/l Masheerul Hassan supaya UMNO ini dikuasai oleh orang-orang yang menjadi penagih arak kerana Imam Besar penagih arak tegar yang menjadi penasihat Abdullah Hj Ahmad ini akan dinobatkan sebagai Panglima Setia Mahkota yang bergelar Tan Sri dalam minggu hadapan.
Berbalik kepada kenyataan di atas, Penagih Arak tegar Zaid Ibrahim yang mana pada masa PRU-12 berada di Australia dan tidak campur tangan langsung dalam PRU itu, dilantik menjadi Menteri atas kehendak Perdana Menteri de facto Kamalludin Abdullah jelaslah menunjukkan kebijakan peguamnya tidak menunjukkan kebijakan politiknya.
Inilah tokoh-tokoh yang akan disebut dalam masa 10 dan 20 tahun akan datang akan menjadi penyebab kehilangan dominan Melayu dan berkuburnya UMNO. Kenapa tidak? Tidak kah dia faham bahawa Hakim-hakim adalah lantikan yang mewakili Yang Di Pertuan Agong berdasarkan prinsip amalan dahulu bahawa soal keadilan terletak di tangan Raja Pemerintah sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.
Konvensyen sistem monarki itu berpindah kepada raja berperlembagaan maka dengan sendirinya Hakim tetap kekal di bawah bidang kuasa raja dan hanya mencalonkan diserahkan kepada Perdana Menteri tetapi jika ada satu badan lain yang menyiasat dan mengesyorkan pelantikan Hakim, maka lebih baiklah di pinda sahaja Perlembagaan Malaysia atas bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan jadikan Raja-Raja Melayu seperti Pesuruhjaya Sumpah sahaja.
Hari ini dia tidak faham sistem berorganisasi, Menteri Penagih Arak Tegar yang dilantik dan dipertahankan oleh seorang anak ulama dan cucu Ariffbillah dalam kabinet kerana dia ahli UMNO. Perlembagaan UMNO mempunyai susun aturnya untuk ahlinya dan termasuk yang sewajarnya dipatuhi.
Dalam bab ini penagih arak tegar ini sudah melanggar arahan yang dibuat oleh Setiausaha Agong UMNO yang menjalankan tugasnya di bawah fasal 9.8.4. Perlembagaan UMNO antara lain bertanggung jawab kepada Presiden.
Kebodohan yang ketara oleh Menteri Penagih Arak Tegar ini menujukan dia bukan seorang peguam yang hebat, kekayaan yang diperoleh kerana banyak tugas-tugas guaman ULC-Umno Link Company khasnya UEM diserahkan kepadanya dan keuntungan itu dia boleh melantik peguam-peguam yang baik dengan gaji yang tinggi. Itu sahaja.
Bertambah pula sekarang Abdullah Hj Ahmad dan Perdana Menteri De Facto Kamalludin Abdullah banyak masalah undang-undang, dari kes penjualan minyak untuk makanan sehingga kepada penglibatan Scommi dalam beberapa kepentingan perniagaan kerajaan Maka dengan sendiri penagih arak tegar ini boleh memberi nasihat undang-undang. Itu sebab dia berusaha sangat untuk adakan Suruhanjaya Kehakiman yang melantik Hakim. Jika setelah Abdullah Hj Ahmad tidak menjadi Perdana Menteri, bolehkah dijamin kes-kes yang di bawa ke Mahkamah yang melibatkan Abdullah Hj Ahmad, anak dan menantu, yang Hakim-hakim itu tidak berterima kasih kepada Abdullah Hj Ahmad dengan sebab dia berada menjadi Hakim kerana ada suruhanjaya itu? Sendiri tanya sendiri jawablah.
Sang Kelembai: Menjadi kebiasaan bahawa setiap orang akan mempertahankan seorang lagi jika orang itu persamaan dengannya. Maka jangan jadi hairan jika Menteri Penagih Arak Zaid Ibrahim ini hendak mempertahankan Abdullah Hj Ahmad kerana dia amat mengetahui bahawa selagi Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO maka terpeliharalah kesemua penagih arak yang tegar atau pun tidak. Hanya diminta dijauhkan Allah jangan semua keputusan kepentingan rakyat diperbuat di atas meja yang botol-botol atau gelasnya tengah berlaga dan jangan lupa kes JAWI menangkap budak Islam disko, siapa yang membebaskan?
4 comments:
Saudara sang Kelembai,
saya amat bersetuju dengan pandangan saudara, Bagaimanakah seorang penagih arak tegar boleh dilantik menjadi menteri yang menjaga undang-undang. Apa akan jadi sekiranya ketika dia membuat keputusan itu dia tengah mabuk?
http://suaragenerasimuda.blogspot.com
assalamualaikum....
dari pembacaan saya dari penulisan sang kelembai,saya dapat membuat kesimpulan bahawa..
1. zaid ibrahim kaki arak
2. pengerusi TM kaki arak
3. pengerusi MAS kaki arak
4. mokhzani mahathir kaki arak
adakah ini benar?..sekiranya benar,gelaplah masa depan bangsa melayu...sekiranya saya salah,tolong betulkan...saya nantikan jawapan dari sang kelembai..wassalam
pengerusi mas bukan ke idris jala. dia kan memang non muslim.
pengerusi tm siapa ye..mokhzani memang ada rupa orang ketagih arak...klu dah majoriti pemimpin umno kaki botol, kenapa tidak beralih saja kepada pas yang dah tentu meletakkan perjuangan islam sebagai teras dan alquran dan hadis sebagai panduan.. semenya kerana dakyah media pro kerajaan...meletakkan islamphobia kepada bukan islam di malaysia..
Adakah salah melantik menteri yang minum arak(kalau betul dia minum arak?. Adakah runtuh sesebuah negara dengan adanya menteri yang minum arak? Sila jelaskan...
Post a Comment