Thursday, June 05, 2008

Macam-macam ada

Hari ini tajuk utama berita surat khabar adalah mengenai kenaikan harga minyak tetapi ada bermacam berita lagi yang patut juga di ambil perhatian.


Dengan tiba-tiba Abdullah Hj Ahmad pelajar universiti yang “drop out” dalam bidang ekonomi kemudian beralih kepada pengajian Islam dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dan sering berkata “Saya Perdana Menteri” dan “Saya Masih Di sini” dengan pencapaian utama adalah membawa masuk Islam Hadhari yang atas garisan panduan meletakan Menteri dan pembantunya yang mempunyai latar belakang seorang penagih arak dan kalau boleh dalam kategori tegar seperti Zaid Ibrahim dan Kalimullah a/l Masheerul Hassan.


Berdasarkan pandangan pemabuk-pemabuk dan kaki botol ini itulah keputusannya. Dan agak aneh bila bayaran tunai kepada pengguna yang berhak mendapat pulangan tunai tahunan setiap kali membaharui cukai jalan dibayar melalui Pos Malaysia? Bukan Pos Malaysia sudah dimiliki oleh keluarganya dengan nama ECM-Libra di mana nama-nama Kamalludin Abdullah dan Kalimullah a/l Masheerul Hasaan ada kaitan dengan pembelian yang dipanggil ular lidi menelan naga. Maka nampaknya Abdullah Hj Ahmad masih lagi hendak mengutamakan perniagaan anak beranak dan kroni. Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.. Itu tanya dengan AmerSham.


Dalam hiruk pikuk kenaikan minyak pula Abdullah Hj Ahmad mengambil kesempatan mengurangkan cukai perkhidmatan lima peratus dari RM 300 ribu hasil jualan kepada RM 3 juta. Ini pun permainan silap mata Abdullah Hj Ahmad, kenapa dia tidak mahu menunggu dialog bajet setiap tahun untuk berjumpa dengan pengusaha restoran supaya memorandum diserahkan dan umumkan kepada rakyat semasa pembentangan bajet? Kenapa main suka-suka nak menaik dan menurunkan cukai perkhidmatan dan bagaimana nanti kalau semua orang buat aduan kurang jualan kerana cukai perkhidmatan ini termasuk hotel dan “home stay” yang jualan ratusan ribu sahaja setahun.. Agaknya Abdullah Hj Ahmad bukan PM Malaysia tetapi PM Koboi Malaysia .


Sebabnya kerana aduan itu hanya datang dari satu Restoran yang bernama Lotus, sebuah restoran bukan Islam milik orang Hindu tetapi pemilik atau towkey cukup baik dan bersahabat dengan Abdullah Hj Ahmad, dahulunya kesemua katering di rumahnya atau majlis hari raya dibekalkan oleh restoran Lotus. Tetapi sekarang kerana beberapa restoran mamak yang memang dikenali milik orang Islam seperti Pelita dan DeKayu telah menguasai pasaran, maka hasil jualan Lotus telah berkurang. Maka pemilik Lotus kerana ada hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad membuat aduan dan itulah keputusannya.


Kenaikan minyak ini yang menarik bukan kerana kenaikannya tetapi jumlah penjimatan itu ialah RM 13 Billion, makanya Abdullah Hj Ahmad masih lagi percaya dengan no 13, dan apa cara pun akan dicari no 13 bagi kesesuaiannya seperti berlaku di Sabah sejumlah 13 perkara disetujui terima. Wal-hal no 13 lah yang menyebabkan Barisan Nasional kalah tempoh hari bila dia dibubarkan pada 13hb Februari 2008. ini satu perangai pelik Abdullah Hj Ahmad, dia berfikir seperti datuknya yang ahli falak tetapi dia entah lah.


Harga minyak sudah naik, ada yang untung dan ada yang rugi. Yang untung ialah pembekal minyak kerana minyak yang tersimpan dibeli dengan harga lama tetapi dapat dijual harga baru. Mana-mana orang yang bijak macam Scomi yang hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad tentu sudah membeli minyak dengan Petronas harga-harga lama tapi sekarang mula dijual dengan harga baru. Itu sebab rakyat sejauh mana ada kebencian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed tetapi dalam perkara nak tubuhkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih yang melibatkan Abdullah Hj Ahmad mesti disokong.


Sebenarnya tidak perlu dinaikkan harga minyak di Malaysia , sebaliknya kita terpaksa mengurangkan peratus penjualan minyak mentah kita yang sedia ada, di mana minyak untuk kegunaan dalam negeri ditingkatkan kepada 70 peratus dan selebihnya untuk eksport. Tetapi sebaliknya jadi terbaliknya di mana minyak mentah kita di eksport hampir 80 peratus keluar negeri dan kegunaan dalam negeri hanya dalam purata 20 peratus. Maka kita terpaksa membeli dari luar negeri dan bila membeli luar negeri tentulah menggunakan kapal dan kapal itu milik Singapura yang dijenamakan dengan Scomi, maka dengan sendiri Malaysia sedikit sebanyak memberi makan kepada rakyat Singapura.


Tetapi jika kita menjual minyak mentah kita, mana lagi hasil selain dari kelapa sawit. Hasil pembuatan kita sudah lama nazak hanya hendak tunggu mati sahaja. Kita tidak lagi menjadi pengeksport hawa dingin yang terkenal, semuanya sudah berpindah ke negera lain. Maka minyaklah sahaja untuk menampung kewangan bagi menyara hidup negara ini.


Ini bertambah pula lagak Abdullah Hj Ahmad yang hendak hidup bergaya, semuanya hendak hebat termasuk kapal terbang eksekutif yang baru dan ubah suai rumah kerajaan menelan belanja berjuta ringgit. Kos sara hidup kerajaan memang sudah sedia tinggi dan dia terus bertambah tinggi kerana polisi-polisi yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad.


Sebagai contohnya kenaikan usia bersara kepada 58 tahun kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Sepatutnya ada mekanisme bagi tujuan perlaksanaan mereka yang layak. Dari segi keperluan dan sokongan ketua jabatan di boleh seseorang bekerja hingga 58 tahun dan dia berada dalam keadaan sihat dan jawatan itu tidak boleh di isi oleh orang lain kerana tidak ada kemahiran atau seperti di Hospital, banyak alat kelengkapan yang dibeli dengan harga berjuta ringgit tetapi hanya seorang dua sahaja yang mengendalikannya, maka selagi tidak ada pengganti yang bertauliah, penjawat yang menjaga mesin itu boleh terus bekerja walau pun berusia 60 tahun jika dia sihat.


Tetapi hari ini, semuanya pukul rata sehingga ke peringkat buruh am dan pemandu kereta dan sebilangan sudah mula sakit dengan kencing manisnya dan darah tinggi akhirnya banyak pejabat menyimpan sahaja mereka kerana tidak boleh digunakan tetapi kos gaji mereka meningkat setiap tahun, dan kos itu semuanya ditanggung oleh rakyat melalui berbagai cukai yang dikenakan. Ini cara fikiran ahli ekonomi yang drop out yang menjadi Menteri Kewangan.


Sang Kelembai: Kesian juga tengok cara berfikir orang Malaysia bila diberi tahu kenaikan harga minyak semua pergi membeli minyak sebelum jam 12 malam seolah-olah minyak yang dibeli tidak akan digunakan esok. Bukankah lebih baik setiap pengguna kereta sekarang kena bersikap macam cerita lucu ini: Bila orang Melayu beli kereta, dia akan tanya berapa laju kereta itu tetapi bila orang China hendak membeli kereta, dia akan bertanya berapa tahan kereta itu dan berapa jimat minyaknya tetapi bila sampai kepada orang India, dia akan tanya berapa banyak boleh isi penumpang? Yang mana satu anda? Melayu , Cina atau India atau bangsa Malaysia yang membeli kerana laju, tahan lama dan kurang minyak dan boleh isi satu keluarga.

7 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Abang Zaharin,

Seperti biasa maklumbalas dari Abang Zaharin berisi mantap dan tepat namun kebanyakan rakyat Malaysia umpama 3 berok makyeh yang membisu, memekakkan telinga dan membingungkan akal fikiran masing masing terhadap segala pendedahan sensasi yang Abang Zaharin lakukan!

PM Paling Menyusahkan Rakyat terus rakus mentekadarah hasil minyak negara bersama kroni kroni Laknatullahnya!

Entah apa lagi bala bencana nak menimpa kita ni?

Anonymous said...

Sdra Zaharin

boleh ulas "saleh Abas saga" iaitu penjelasan terkini dari ayahnda TDM

Sutera Timur said...

Dahsyat....dahsyat.... betulke ecm Libra sekarg dah beli Pos Malaysia.... Jadi apa yg dibuat walau membebankn rakyat rupanya menguntungkan pemerintah 3 beranak nilah...Hai tak tahu dah nak memikir sepatutnya pemimpin membantu rakyat ...tapi sekarg dah terbalik.. apa nak jadi dgn dunia sekarg..Tak takut kah nanti disoal diakhirat nanti....Tak terfikir dek akal AAB sanggup buat demikian......

CUCU TOK KEDU said...

Sdr Zaharin ... Apa nak dihairankan dalam negara yang ditakbir oleh Kerajaan berideologikan 'KRONILISME' dimana menjadikan rakyat sebagai pengemis dan pengiaga muflis!

Unknown said...

“AKU ANAK MELAYU” Aku ada 5 org adik beradik dalam keluarga dan aku yg paling sulong yang berasal dari negeri paling utara di Malaysia. Aku dan adik ke2 masih menuntut di IPTA,3 org lagi masih menuntut di sekolah menengah dan rendah. Ayah bertugas sebagai tukang kebun/tebang pokok dusun mengambil upah RM30 sehari yang bekerja 6 hari seminggu.Ayah mempunyai kereta DATSUN 150Y yang dah nak relai (buruk) tapi banyak berjasa kepada kami sekeluarga sehingga kini,Ayah terpaksa menggunakan kereta untuk mengangkut alatan-alatan bertukang.Jarak tempat kerja Ayah dgn rumah kami adalah 60KM darab pergi dan balik bersamaan 120KM yang memerlukan kos minyak RM20 sehari pada harga minyak petrol RM1.92 seliter,baki RM10 dibawa balik dan diberi kepada Ibu utk perbelanjaan harian.PADA HARI INI dengan kos minyak yang naik,kereta DATSUN Ayah yang paling banyak berjasa kepada kami, memerlukan RM30 sehari utk jarak 120KM.Ayah terpaksa bekerja dalam jarak yang jauh demi keluarganya. Persoalan yang timbul difikiran kami adik-beradik mcm mana kami nak menampung kos perbelanjaan harian kami,makan dan minum,PELAJARAN kami adik-beradik. Walaupun kami mendapat bantuan PTPN dari kerajaan,dengan bantuan itulah Aku dan adik ke2 dapat belajar dan dengan hasil bantuan itulah kami berdua menampung perbelanjaan adik-adik kami yang masih kecil dan bersekolah disamping pendapatan Ayah yang tidak seberapa. Adakah aku perlu berhenti belajar di IPTA? Dan mencari kerja untuk membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh Ayah. Adakah nasib yang sedemikian juga akan berlaku kepada anak-anakku pada suatu hari nanti?

Anonymous said...

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada rakyat Malaysia. Satu demi satu bala datang menimpa. Selepas ini, entah bala apa yang bakal tiba. Mungkin inilah balasan akibat tersalah pilih kerajaan.

Usahlah dipersalahkan Abdullah Badawi diatas apa yang terjadi. Salahkan diri sendiri. Anda yang memilihnya. Bak kata beliau "rakyat yang memberi mandat kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri". Beliau tidak minta pun untuk menjadi Perdana Menteri tetapi Mahathir yang melantik beliau dan disokong oleh jemaah menteri dan sekalian ahli UMNO yang ada. Jadi, kenapa hendak salahkan beliau?

Pada hari parlimen dibubarkan, beliau tidak mempunyai kuasa pun. Beliau adalah rakyat biasa. Rakyat sebenarnya yang berkuasa pada waktu itu. Tetapi malangnya, rakyat yang tidak tahu menghargai kuasa yang ada. Majoriti rakyat jelata kurang bijak menggunakan kuasa yang ada. Maka diberikan kuasa itu kepada Abdullah Badawi pada hari pengundian. Maka berkuasalah Abdullah dan bermaharajalah si Abdullah itu.

Apa lagi yang mampu kita buat? Mendesak Abdullah berundur? Jangan mimpilah! Sampai kering air liur pun saya yakin Abdullah tidak akan berundur dalam masa terdekat ini. Beliau tidak akan mendengar rintihan rakyat kerana beliau sudah pekak dan beliau tidak akan melihat penderitaan rakyat kerana beliau sudah buta.

Suka atau tidak, terpaksalah kita tunggu hingga ke hari pemilihan UMNO kalau-kalau ada undi tidak percaya terhadap Abdullah atau ada pertandingan kerusi Presiden UMNO.

Kalau gagal juga, terpaksalah sekalian rakyat tunggu hingga saat Parlimen dibubarkan kembali (selewat-lewatnya 5 tahun akan datang) untuk kita membuat pilihan yang bijak bestari. Itupun kalau semangat masih membara.

Sekian, terima kasih.

Oleh: Sadik Sigajiwa
http://bukalahmindamu.blogspot.com/

CUCU TOK KEDU said...

Sang Kelembai! Awok jangan beriya sangat menyumpah. Nanti habis semua pemimpin UMNO jadi batu. Sekarang ni mereka jadi hantu. Bukan sebarang hantu. Hantu seharu-haru kata orang tempat kon.

layari blog kon sesekali

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia