Kerana jika dia seorang pemimpin politik yang siuman dan berilmu, sudah pasti dia berkata bahawa banyak alasan yang menyebabkan saya bertanding daripada berkata tidak ada alasan kenapa tidak bertanding mempertahankan jawatannya.
Antara alasan yang boleh diberikan oleh nya ialah terpaksa meneruskan memegang jawatan Presiden UMNO kerana hendak bertanggung jawab membetulkan akan kesilapan yang berlaku sehingga rakyat dan ahli UMNO menolak UMNO/Barisan Nasional dalam PRU ke 12.
Sejarahnya perjalanan UMNO dan negara, kesemua Perdana Menteri meletakan jawatan kecuali Tun Razak Hussein setelah mendapat kepercayaan dari ahli parti UMNO dan juga Majlis Tertinggi UMNO akan memberikan sokongan kepada penggantinya.
Tunku meletakan jawatan selepas Tun Razak Hussein di akui diterima oleh ahli UMNO, Tun Husseein Onn juga meletakan jawatan setelah kesemua Naib Presiden UMNO dirundingkan dan menerima Tun Dr Mahathir Mohamed dan begitu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan satelah dia merasakan Abdullah Hj Ahmad boleh mengambil tanggung jawab bagi meneruskan kesemua program yang dirancang.
Sebenarnya orang-orang di luar komuniti UMNO, sangat mengalu-alukan kenyataan Abdullah Hj Ahmad itu, dia memberikan andaian bahawa ada kebenaran bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah berpakat dengan Anwar Ibrahim untuk kerajaan ini berpindah kepada Pakatan Rakyat atau kerajaan campuran di peringkat Persekutuan dan UMNO hanya menjadi parti serpihan memerintah hanya Terengganu, Melaka dan Johor sahaja atau Sabah jika Ketua Menteri tidak melompat. Tetapi rasanya dia akan melompat apabila kepentingan sudah tidak terjamin atau Kerajaan Federal yang baru memberi jaminan kepentingan tidak diganggu.
Melihat senario hari ini, apakah yang ditakuti oleh Abdullah Hj Ahmad, jika dia mempunyai latar belakang agama, sudah pasti dia lebih mengetahui hukum dan hakam pemimpin sepertinya dari sudut agama, Tetapi ada perkara lain dari Allah yang di takuti oleh Abdullah Hj Ahmad. Apakah perkara itu? Perkara tersebut adalah perniagaan anaknya yang sudah mencecah nilai RM5 Billion
Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan seperti mana pendahulunya yang pernah menjadi Perdana Menteri, di mana anak-anak, kaum kerabat dan menantu tidak mencari keuntungan dari jawatan itu dan mengaut perniagaan yang bukan haknya, maka sudah tentu terlalu sukar mencari seorang pengganti yang boleh memastikan dan menjamin segala urusan perniagaan anak tidak terganggu dan di ganggu.
Maka siapakah pilihan Abdullah Hj Ahmad, yang pasti bukan Najib Tun Razak atau, Muhyiddin Yassin jauh sekali Tengku Razakeigh Hamzah, kalau ada pun Nor Yaakob dan Zaid Ibrahim tetapi kedua mereka tidak ada kedudukan di dalam UMNO, akhirnya terpaksalah digunakan Anwar Ibrahim, seorang yang memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Jika melihat rekod Anwar Ibrahim dalam kempen PRU dan ucapan-ucapan di mana, dia langsung tidak menyentuh soal perniagaan atau terlibatnya Abdullah Hj Ahmad dalam membesarkan perniagaan anaknya. Serangan Anwar Ibrahim tidak seperti menyerang Tun Dr Mahathir Mohmad dalam soal KKN-Kroni-Korupsi dan Nepotisme,
Serangan Anwar Ibrahim hanya tertumpu kepada Najib Tun Razak, walhal Anwar Ibrahim bukan seorang yang bodoh bila mana tidak mengetahui bahawa pembelian senjata perang itu ada hubungan dengan kewangan politik UMNO dan bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan sejumlah 1.5 billion wang UMNO diserahkan kepada Abdullah, dan transaksi pembelian itu berlaku di waktu Abdullah Hj Ahmad sudah menjadi Presiden UMNO, bukankah kes senjata Perang itu tidak sama dengan pembelian kapal terbang Penerbangan Malaysia yang dirundingkan oleh Air Bas dan Boeing dengan Kamalludin Abdullah Badawi pemilik Scommi. Kenapa Anwar Ibrahim tidak membongkar isu ini, satu teka-teki yang menarik.
Dan terbaharu kenapa Anwar Ibrahim membisu seribu bahasa bila dua nama yang disebutkan sebagai perasuah sudah diberi anugerah Tan Sri oleh Abdullah Hj Ahmad.
Hari ini, dengan berbagai kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, jelaslah Mohd Najib Tun Razak hanya sekadar menggigit jari jika dia berperasaan sendiri untuk menjadi Perdana Menteri bila dia sendiri tidak boleh membaca bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah ada pilihan nya. Dan UMNO sudah bersedia sekadar menjadi tukun di dasar laut dan adalah malang bagi UMNO kerana walau pun sudah menjadi tukun, ikan pun tidak hendak datang.
Abdullah Hj Ahmad sudah bersedia untuk menjadikan UMNO bermasalah, itu sebab dari mulut dia sendiri tidak sekali pun menafikan akan kenyataan Anwar Ibrahim yang mengatakan ada Ahli-Ahli Parlimen yang melompat. Semua dakwaan hanya disangkal oleh yang punya badan atau ketua parti yang berkenaan. Tidak terdapat langsung kenyataan dari Abdullah Hj Ahmad sendiri dalam hal lompat dan loncat ini?
Cerita terbaharu MCA - Malaysian Chinesse Assocition menafikan akan keluar dari Barisan Nasional. Tetapi hakikatnya MCA memang akan keluar kalau tidak hari ini mungkin esok dan bulan-bulan berikut. Kenapa dia hendak keluar dari Barisan Nasional? Jawapan mudah bahawa MCA yang pada awal nya bukan parti politik, dia hanya sekadar Persatuan Perniagaan China, sehingga hari semua orang tahu bahawa MCA hanya alat untuk kapitalis dan kapitan China.
Jika golongan perniagaan yang menguasai MCA merasakan bahawa kepentingan mereka tergugat di bawah pentadbiran UMNO dan akan berlaku pertambahan senarai peniaga Cina yang muflis, adakah MCA hendak kekal lagi dalam Barisan Nasional.
Semua parti politik tahu, bahawa Abdullah Hj Ahmad dan Anwar Ibrahim dua-dua budak Amerika. Tetapi Amerika hanya memberikan sokongan kepada yang dirasakan akan bertambah kuat. Saddam Hussein asalnya budak Amerika tetapi Amerika yang menggantung dia, bila dia cuba melawan dan tidak mendengar cakap Amerika.
Begitulah Abdullah Hj Ahmad yang yang dikelilingi oleh Oxbridge Mafia dan sebahagian berada di Tingkat 4, Perdana Putra yang sekarang dinasihatkan membuat sesuatu peralihan kuasa darinya bukan kepada Najib Tun Razak tetapi kepada Anwar Ibrahim dan dia akan berlaku bila-bila masa mulai sekarang.
Rakyat Malaysia khasnya orang-orang Melayu jangan menggunakan sentimen Yahudi atau kepentingan Zionis jika Anwar Ibrahim dilantik atau akan menjadi Perdana Menteri ke enam selepas satu PR kecil diadakan. Terimalah hakikat Malaysia sebuah Negara yang kecil dan masih lagi mengamalkan ekonomi budak atau menjadi hamba kepada kuasa asing kerana penasihat Abdullah hj Ahmad adalah Musa Hitam di mulutnya anti neo kolonialisme tetapi perbuatan ke arah itu.
Kita (orang-orang di dalam UMNO) juga bersedia dibodohkan bila-bila masa oleh Abdullah Hj Ahmad dan UMNO, yang terbaharu ialah memberikan rebet minyak yang dibayar oleh Pejabat Pos, walhal kerja yang boleh di mudahkan ialah bayar sahaja baki rebet itu berdasarkan kepada mana-mana cukai jalan di bawah RM 500, ini bererti pemilik kenderaan membawa sahaja geran kereta atau rakyat diminta membuat My kad supaya JPJ-Jabatan Pengangkutan Jalan mudah membayar baki yang mesti diterima.
Sang Kelembai: Akan prasangka baik dengan niat Anwar Ibrahim kerana kita semua mesti mempunyai kepercayaan bahawa apa jaminan yang diberikan kepada Abdullah Hj Ahmad ialah semata-mata janji-janji politik dan kita lihat berani ke tidak Pakatan Rakyat mengujudkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih yang melibatkan juga Tun Dr Mahathir Mohamed.
No comments:
Post a Comment