Minggu lepas diberitakan dari London yang Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO telah berkata, bahawa dia tidak akan musnahkan UMNO yang bapanya terlibat membinanya.
Tetapi di tanah air Malaysia, tidak pula ada apa-apa berita yang menyatakan bahawa dia cuba hendak musnahkan UMNO, percakapan politik di mana-mana hanya sekadar mempersoalkan kenapa dia tidak berbuat sesuatu untuk UMNO supaya jangan di musnahkan oleh Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Perdana Menteri Malaysia” dengan kerajaan tiga beranaknya.
Setuju atau tidak bahawa kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU ke 12 ialah kerana beban dari dasar-dasar yang di buat oleh Abdullah Hj Ahmad dan yang ketara bahawa dasar-dasar itu dibuat oleh anak dan menantu untuk kepentingan perniagaan keluarga mereka.
Sekarang Abdullah Hj Ahmad sudah menjadi “Part of the problem” dalam UMNO. Dan anehnya setelah Islam Hadhari yang dibawa masuk menjadi dasar kerajaan sehingga pengajaran baru ialah menteri-menteri kabinet terdiri yang mesti seorang penagih arak tegar, dalam Islam ajaran Muhamad s.a.w. arak satu minuman yang terlarang sama ada boleh memabukkan atau tidak tetapi kepada Abdullah Hj Ahmad perkara Menteri kabinetnya yang minum arak secara terbuka seperti Zaid Ibrahim dikira macam minum air sirap.
Berbalik kepada kenyataan Najib Tun Razak yang menganggap jika dia melawan jawatan Presiden UMNO atau menyampaikan perasaan ahli-ahli UMNO kecuali yang berkepentingan sebagai memusnahkan UMNO. Maka jika fikiran itu ada kepada bapaknya yang bernama Tun Abd Razak Hussein, sudah pasti UMNO tidak sampai ke sampai 62 tahun, sudah dikuburkan selepas tahun 1969.
Ini memberi pengertian darah Tun Razak Hussein dalam perjuangan UMNO tidak ada kepada Najib Tun Razak malah boleh dikatakan bau badan Tun Razak Hussein pun tidak ada, walau dia mendakwa anak Tun Razak Hussein kerana jika berdarah Tun Razak Hussein sudah pasti di mengetahui bagaimana Tun Razak Hussein sendiri menyampaikan pandangan dan keputusan pramuka-pramuka(pemimpin UMNO) selepas Peristiwa 13 Mei untuk Tunku Abd Rahman Putra, seorang Putra Malaysia yang berjasa supaya berhenti dan meletakan jawatan Perdana Menteri.
Adakah masa itu Tun Razak Hussein berkata bahawa dia tidak mahu musnahkan UMNO yang UMNO itu sendiri membesar di atas kepimpinan dia sebagai orang kedua dalam UMNO hanya semata-mata untuk menyokong Tunku Abd Rahman Putra yang ditolak oleh rakyat dan menang satu pertiga dengan sokongan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Serawak?
Tun Razak Hussein bukan sahaja Putra Titiwangsa seperti gelaran diberi oleh Tan Sri Sharif Ahmad tetapi dia juga Putra Malaysia, Putra UMNO yang berjasa besar, dia sendiri menyampaikan bahawa Tunku Abd Rahman Putra sewajarnya bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Tunku Abd Rahman Putra pula sebagai Bapa Kemerdekaan, juga Putra Malaysia menerima pandangan itu dengan hati terbuka dan memaklumkan akan bersara sebaik sahaja Parlimen di aktifkan semula dan darurat Peristiwa 13 Mei ditamatkan.
Moralnya Tunku Abd Rahman memberi kata dua kepada rakyat, jika mahu dia bersara dari jawatan Perdana Menteri, rakyat mesti bersatu padu dan hidup dalam aman damai dan harmoni seperti sebelum 13 Mei dan keduanya mesti menerima Tun Razak Hussein sebagai penggantinya.
Rakyat menerima cabarannya, tidak sampai satu tahun, segalanya seperti biasa dan Tunku Abd Rahman Putra mengambil tarikh pertabalan anak saudaranya menjadi Yang Di Pertuan Agong sebagai alasan peletakan jawatan dan tidak bertanding memegang jawatan Presiden UMNO. Itu riwayat Tunku Abd Rahman Putra.
Bagaimana riwayat Abdullah Hj Ahmad, dia hanya sibuk mempersoalkan pengalihan kuasa dan bukan peralihan kepemimpinan. Peralihan kuasa dan peralihan kepemimpinan dua perkara yang berbeza.
Jika dia berkata sedang membuat peralihan kuasa, soalnya apa ada kuasa dengan Najib Tun Razak, sewajarnya dia sudah menukar Najib Tun Razak menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi persiapan memahami isu keselamatan dalam negeri walau pun Najib Tun Razak sudah 10 tahun menjadi Menteri Pertahanan.
Memang amalannya seseorang yang hendak menjadi orang No 1 dalam negeri ini mesti mengetahui keselamatan dalam negeri. Itu sebab kebanyakan Timbalan Perdana Menteri memegang portfolio itu kecuali Tun Huseein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamed, jawatan itu disandang oleh Ghazali Shafie. Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim memilih sendiri portfolio semada dia menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Hari ini pemimpin UMNO sibuk membuat kenyataan baiah kepada Abdullah Hj Ahmad dan ini mungkin ajaran baru Islam Hadhari, kerana dalam ajaran Islam, dikalangkan pengikut hanya diperlukan baiah hanya sekali tetapi ini setiap kali berjumpa akan ada majlis baiah. Cuba baca artikel ini bagi yang tidak mengetahui maksud baiah untuk di fikirkan:
Dalam literatur bahasa kata baaya’ahu mubaaya atau bererti berjanji kepadanya, kata mubaayaah berarti perjanjian. Perjanjian adalah segala sesuatu yang dijanjikan kepada Allah, dan segala kesepakatan antara manusia juga sebuah janji. Inilah makna bahasa dari kata baiat.
Makna ini juga terdapat dalam berbagai kesempatan dan peristiwa dalam sunnah, di antaranya pada baiat Aqabah kedua yang merupakan peristiwa paling menonjol di mana janji setia dari kaum Aus dan Khazraj untuk senantiasa menolong dan membela Rasulullah SAW. Kerana itu, kewajiban para duat adalah menegakkan janji-janji setia seperti ini untuk saling bantu-membantu dalam kebaikan, saling menolong dalam kebajikan, saling bahu-membahu dalam hal yang makruf serta saling dukung-mendukung dalam kebenaran untuk menegakkan agama Allah, melaksanakan syariat-Nya serta menerapkan hukum-Nya.
Dan betapa indahnya perkataan Ibnu Taimiyah kepada muridnya tentang bentuk perjanjian ini dan bagaimana ia menjadikan orang-orang yang berkomitmen terhadapnya dalam barisan para mujahidin fisabilillah, Tetaplah engkau di atas janji setia kepada Allah, engkau mencintai dan mendukung orang-orang yang berwala kepada Allah dan Rasul-Nya dan engkau membenci kepada orang yang membenci Allah dan Rasul-Nya, engkau saling tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa dan jangan saling tolong menolong dalam dosa dan kebatilan, jika kebenaran bersama ku engkau menolong kebenaran dan aku berada di atas kebatilan maka engkau tidak menolong dalam kebatilan. Barang siapa yang konsisten dalam hal ini maka ia bagian dari para mujahidin di jalan Allah yang menghendaki agama ini seluruhnya milik Allah dan agar KalimatNyalah yang tertinggi.
Sang Kelembai: Pesanan SMS kepada kawan-kawan, Abdullah Hj Ahmad menjadi Part of The Problem dalam UMNO dan Malaysia dengan ikrar sokongan oleh MT-empty UMNO kepadanya- bukan Part Of The Solution, Jangan jadi Titanic. Kapal tengah nak karam, penumpang kelas mewah masih berdansa/tango dan kelas mewah itulah ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1 comment:
Saya setuju dengan anda, Najib bukan mewarisi darah Tun Razak. Tetapi darah jenis Dato' Hishamudin.
Mereka berdua, adalah ahli politik, yang pandai bermain kata-kata. Tetapi bukan pejuang yang tulen, yang mampu mengangkat maruah Melayu.
Saya rasa Pak Lah sudah hilang identiti, Apakah yang Pak Lah pejuangkan, maruah bangsa Melayu atau menjaga status sebagai PM ?
Kini, rakyat bertambah pening dan sengsara memikirkan gelagat PM, TPM dan para pengampu yang mengejar kuasa yang tidak menjamin kesenangan dihari kemudian (dunia dan akhirat)
Post a Comment