Friday, August 22, 2008

Bendera-Terbalik dan Tertonggeng

“Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad Nampak marah sangat dengan penulis blog yang mencadangkan Bendera Malaysia yang sewajarnya bernama Sang Saka Persekutuan yang di asaskan dari bendera Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menunjukkan 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat telah bersetuju dengan pemerintahan dan pentadbiran secara satu Kerajaan Pusat dan satu Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep sistem demokrasi berasaskan satu pilihan raya yang bebas bagi menjadikan semua rakyat satu kuasa yang berdaulat.

Sekian lama UMNO dan Barisan Nasional menggunakan tarikh 31hb Ogos, sebagai Hari Kemerdekaan sebaliknya Hari Kemerdekaan sudah lama tidak ditiadakan sebaliknya dipanggil Hari Nasional.

Kenapa dipanggil dan diwartakan 31hb Ogos setiap tahun sebagai Hari Nasional selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969? Sebabnya Kerajaan masa itu yang diterajui oleh Tun Razak Hussein meminta supaya setiap rakyat dari berbagai keturunan bangsa, baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan etnik dari Sabah dan Serawak menyedari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kemerdekaan Sabah dan Serawak melalui Malaysia, mereka mempunyai saham dalam perjuangkan Kemerdekaan tersebut dan ini adalah satu tarikh Kebangkitan Nasional yang pertama dalam Negara ini.

Tetapi hari ini, UMNO masih lagi berusaha untuk melenyapkan fakta-fakta sejarah yang menunjukkan pemimpin Cina dan India, dan begitu juga pemimpin Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, di Sabah dan Serawak sama-sama berjuang bagi Kemerdekaan sama ada Malaya, Sabah dan Serawak sebaliknya hanya menonjolkan UMNO sahaja yang berjuang untuk Kemerdekaan.

Berbalik kepada cadangan penulis blog yang mencadangkan supaya Bendera Malaysia dipasangkan dalam keadaan terbaliknya atau bahasa betulnya ia itu menonggeng yang di atas menjadi ke bawah, yang memberi erti warna biru yang mengandung bulan dan bintang yang sepatutnya sebelah kiri dan di atas akan bertukar ke bawah dan ke sebelah kanan.

Cadangan itu hanya sebagai protes penulis dan meminta sokongan di kalangan orang yang hendak menyokong. Penulis itu mempunyai alasan dia sendiri seperti yang dinyatakan dalam blognya.

Soalnya sekarang, bukan sahaja penulis itu tetapi juga kepada mereka-mereka yang ikut sama hendak melakukan pemasangan bendera menonggeng itu, boleh kah di anggap tidak patriot atau bersemangat kasih sayang pada Negara ini atau menghina diri dan rakyat?. Adakah dia seorang yang kurang ajar dan adakah perlu polis hendak mengambil tindakan yang sewajarnya saperti arahan “Out Going” Perdana Menteri itu?

Bendera atau dari sudut ketenteraan dipanggil panji-panji, adalah satu yang perlu dihormati dan di jaga. Ini adalah perlambangan buat negara. Itu sebab banyak negara penjajah khasnya dari barat tugas utamanya apabila mendarat di mana-mana negeri yang bukan wilayahnya akan memasang benderanya seperti yang berlaku di Pulau Pinang bila Francis Light mula bertapak di sana dan pendaratan tentera Amerika di Okinawa dalam Perang Dunia Kedua.

Bagaimana pun bendera dan panji-panji akan menjadi dihormati dan kuat bukan sahaja ia jaga dan dihormati tetapi pemegang bendera itu atau seorang yang diberi tanggung jawab menjaganya mestilah sanggup mati kerananya. Dalam sejarah peperangan Islam sendiri banyak kisah terdapat bagaimana panji-panji Islam yang berwarna Hitam itu disambut oleh seorang pejuang Islam yang lain jika pemegangnya mati atau cedera dan seterusnya begitulah.

Maka di sini di soal, siapakah pemegang bendera atau panji Malaysia itu yang bernama Jalur Gemilang? Sudah pasti orang itu bernama Abdullah Hj Ahmad yang selalu mengatakan “Saya Perdana Menteri” yang bakal menjadi “Outgoing” Perdana Menteri yang mengatakan selepas bulan Jun 2010 “saya sudah tidak ada di sini”

Sebagai pemegang panji Jalur Gemilang itu adakah Abdullah Hj Ahmad seperti yang dia kata “Apa yang mereka marah sangat dengan bendera Malaysia”? Mereka minta bendera kita digantung terbalik dan ini adalah perbuatan yang menghina diri kita sebagai rakyat Malaysia. Adakah Abdullah Hj Ahmad tidak menghina diri dia sebagai rakyat Malaysia.

Adakah perbuatannya tunduk dengan kehendak Singapura bagi membatalkan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau dan menjadikan Wilayah Iskandar Malaysia sebahagian projek penjajah bentuk baru dan kemudian diakui oleh seorang Menterinya sebagai tidak menguntungkan Melayu melayakkan beliau menjadi seorang pahlawan Malaysia?

Begitu juga dalam zamannya membenarkan syarikat milik Negara atau government link company dikuasai oleh pelabur asing khasnya Singapura, bagaimana dengan Telekom Malaysia, satu entiti bukan sahaja komunikasi sebaliknya keselamatan negara, bukankah Indonesia dan Thailand sudah belajar akan kesilapan itu bila zaman Soeharto dan Thaksin membenarkan Singapura menguasai syarikat komunikasinya sehingga menyebabkan rakyat bangkit menentangnya.

Maka tidak sewajarnya seorang saperti Abdullah Hj Ahmad yang berjawatan Perdana Menteri menjawab persoalan isu itu seperti iklan jinomoto hanya mengikut sesedap rasa, malah sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri dia juga mesti mengetahui bahawa Pemuda UMNO dan menantunya pernah membakar bendera Amerika di KLCC kerana kononya membantah tindakan Amerika di Lebanon menindas orang Islam. Apakah perasaan Amerika? Tetapi peristiwa itu macam siri Drama Minggu Ini yang pernah ditayangkan di RTM tahun 80an itu, Amerika tidak mengambil kisah.


Jika Abdullah Hj Ahmad cerdik sedikit, sepatutnya dia berkata bahawa perbuatan itu amat tidak sesuai dilakukan dalam saat kita hendak menyambut Hari Kemerdekaan dan saya merayu jangan lakukan, Tak payahlah nak kata “kurang ajar” atau suruh polis siasat. Kes pembakaran bendera di Kuala Terengganu dekat nak masuk satu tahun, sehingga kini tidak tahu apa kesudahan, sudah dibicarakan kes itu atau si pembakar bendera sudah merengkok dalam penjara.

Sebenarnya tidak ada rakyat yang hendak menghina negerinya dan juga tidak ada orang yang siuman hendak meremehkan panji negaranya tetapi kita sendiri ia itu merujuk kepada kerajaan pimpinan Abdullah Hj Ahmad, adakah sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga panji-panji itu yang bernama Jalur Gemilang itu?

Sang Kelembai: Semasa Sang Kelembai di Jakarta pada 12hb hingga 20hb Ogos 2008, ditanya oleh seorang ahli politik Indonesia, bagaimana korupsi di Malaysia Pak Zaharin? Sang Kelembai menjawab, penyakit korupsi berjemaah di Malaysia sudah mula berjangkit seperti penyakit SARS, yang berbeza koruptor Indonesia melakukan korupsi di waktu siang itu sebab KPK-Komisi Pembenteras Korupsi dapat mencari koruptor dengan mudah termasuk jajaran Menteri dalam kabinet SBY tetapi di Malaysia banyak korupsi berjemaah berlaku di waktu malam, itu sebab BPR-Badan Pencegah Rasuah susah hendak menangkap koruptor kerana hari sudah malam dan sudah gelap dan ditambah pula BPR pun tidak bekerja malam.

5 comments:

sarah said...

Salam en. zaharin,

Apa maknanya kemerdekaan, sekiranya rakyat banyak mempertikaikan pelbagai isu semasa, pada saya kemerdekaan hanya tinggal sebagai menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang mendapatkan kemerdekaan kepada rakyat.

Tiada istilah merdeka lagi, yang boleh diucapkan dan dibanggakan apabila fenomena tumbangnya beberapa kerajaan negeri kepada pembangkang.

Maka seharusnya, pemimpin yang ada mengambil iktibar kemerdekaan sebagai satu perjuangan dengan penuh keinsafan dan penuh sifat malu dan perlu berusaha untuk menambat hati rakyat yang gusar dan gundah gulana dan jadi caca marba dalam setiap segi, kehidupan, ekonomi, institusi kekeluargaan, jenayah sosial, korupsi, kroni yang saya hampir pasti dan takut akan makan diri.

Buka minda sebagai pemimpin yang bersifat terbuka, insyallah berjaya.

ikhlas, saarah hj ali bashah.

wahai....permatang pauh http://www.saarahali.blogspot.com

Anonymous said...

well dato, its a very nice expalnation! i really hope that Doalla Badawi reads this.. adn im really sure that this " outgoing prime minister" doesnt know what is the meaning of hanging the flag upside down and why we hang it in that way! dun worry, he would neva understand anything at all.. anyway... is time to leave PM, so long.. and gud bye... adios!!!!

Ab Razak Hj Ahmad said...

Marah sangat bendera terbalik. Akhlak, perangai, pemikiran terbalik dan songsang tak de siapa nak kecoh pulak.

Last year ada sorang rakyat Malaysia hina lagi Negaraku (published kat Youtube lagi....) senyap camtu je....!!! Biasalah melayu mudah lupa..

cheqPelesit said...

Dizaman kanak kanak bendera terbalik tiada apa apa berlaku tetapi dizaman dewasa keadaan politik tidak stabil baru pertikai bendera terbalik. Berapa ramai kaum dimalaysia peruk nasi terbalik tiada pemimpin hirau tambahan tekan demi tekan lagi. Orang kampong zaman berzaman hargai kemerdekaan kerana mengharapkan pemimpin dapat merubah nasib masa depan dalam semua segi bukan bertahan kemerdekaan hanya menyambut dimalam hari dengan hiburan serta kanak kanak melabarkan bendera. Siapa yang ramai menyambut malam merdeka baru baru ini dihadapan pemimpin negara iaitu Warga negara Indonesia dan Bangladesh sahaja kenapa kerana pertujukan percuma. Kenapa rakyat malaysia kurang pada malam tersebut??? Cakap ekonomi untuk siapa ada kah untuk orang kampong yang masih sewa rumah atau orang kampong yang masih menyewa dibawah rumah orang. Merdeka untuk siapa...??? ada kah merdeka untuk orang kampong tinggal ditepi sungai atau di hutan rimba. Merdeka hanya untuk orang kasta kelas pertama. Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, kelantan yang paling memahami merdeka kerana mereka telah belajar erti kemerdekaan sepanjang hidup.

Anonymous said...

Sepatut rakyat boleh ketepikan emosi antara politik dan hari merdeka. Bendera mesti tetap pasang kerana kita tinggal di negara ini. Cari makan, tidor baring, kawin, beranak-pinak etc semuanya disini. Jadi kena perlu banyak2 bersyukur sebelom Allah tarik semula apa yang sebenarnya semua hak DIA. Bukan dari BN atau pembangkang. Jangan perasan. Sesiapa yang meyokong BN atau parti pembangkang itu hal peribadi masing2 terhadap parti2 itu.
ML

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia