Saturday, August 23, 2008

Turun Padang Cari Belalang

Tidaklah diketahui mana punca dengan tanpa sebab “Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad, tiba-tiba teragak nak naik Komuter KTM dari Serdang ke KL Sentral. Kata setengah orang, macam nak buang perangai atau tabiat sahaja.

Isu KTM dan LRT Star, Putra termasuk Monorel dalam perkhidmatan bukan isu baru, malah sudah bermasalah semenjak dilancarkan 10 tahun dahulu. Bila Abdullah Hj Ahmad buang tabiat naik Komuter KTM dan LRT Putra, banyak orang memikirkan apa yang sebenarnya hendak dipantau olehnya.

Rakyat masih tidak lupa akan kenaikan minyak di tahun 2006 yang kononnya kenaikan itu akan digunakan bagi tujuan meningkat pengangkutan awam termasuk menambah jumlah gerabak perkhidmatan tersebut. Dan antara yang mendapat nikmat perniagaan membekal gerabak baru dan baik pulih dari kenaikan minyak untuk pengangkutan awam itu adalah syarikat Scommi yang khabarnya anak Abdullah Hj Ahmad ada kepentingan.

Dan dengan tidak bersebab Menteri Pengangkutan buat kenyataan fasal nak balik tender membaiki pulih gerabak KTM-Komuter yang diberikan kepada sebuah syarikat kerana gagal menyiapkan. Bagi rakyat bukan jumlah gerabak sahaja yang dia hendak tahu yang dibuat dengan tidak dibuat tetapi berapa kosnya dan pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan atau KTM Berhad bagi tujuan pembaikan itu.

Dan di sinilah sepatutnya BPR-Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan atas cara rasuah berjemaah di Malaysia yang dilakukan di malam hari.

Sebenarnya bagi memantau apa yang dilakukan oleh “Outgoing” Perdana Menteri bukan sebahagian tugasnya. Walau pun berbunyi turun padang tetapi sebenar itu bukan turun padang tapi mencari simpati di kalangan rakyat yang tak sedar akan isu nasional yang sebenarnya atau dia mencari peluang untuk belalang yang menjadi Perdana Menteri De Factonya.

Seorang Perdana Menteri yang baik dia hanya sekadar mencadangkan satu ide yang berkepentingan rakyat seperti dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dahulu, setelah projek itu siap terserahlah kepada Menteri yang menjaga kepentingan dan tanggungjawab projek itu bagi memantaunya.

Yang perlu dipantau ialah sama ada projek itu siap atau tidak satelah wang pembayar cukai atau wang rakyat dibelanjakan sekian banyak bagi satu-satu projek, seperti projek Monorel di Putera Jaya yang masih terbengkalai dengan tiang-tiang seperti projek di monorel yang tak siap di Jakarta.

Jika di Jakarta projek monorel yang di angankan itu masih tidak berjalan walau pun protype sudah dilaksanakan di Taman Mini Indonesia, boleh dimaafkan kerana pemerintah Indonesia ada keperluan lain yang mendesak tetapi tidak di Malaysia, wang kenaikan minyak yang berjumlah 3 million untuk pengangkutan lebih pada cukup untuk meneruskan projek itu.

Tetapi kenapa Abdullah Hj Ahmad tak memantau projek itu? Itulah dikatakan orang bahawa “gajah depan mata buat tak nampak tetapi nyamuk di seberang hendak ditangkap. Bukan lebih baik tangkap sahaja gajah di depan mata, besar pun besar dari nyamuk yang kecil dan jauh itu.

Sebenarnya soal kesesakan waktu puncak di kesemua perhentian dan juga kesesakan dalam gerabak Komuter dan LRT, adalah satu amalan biasa di mana-mana negara yang menggunakan sistem pembaikan pengangkutan awamnya, sama ada di Singapura, Bangkok, Hong Kong, Tokyo mahu pun London melalui model pembinaan sistem Komuter, LRT dan Monorel.

Isu yang dibangkitkan oleh pengguna pengangkutan tersebut ialah kecepatan masa ke tempat mereka tuju. Kalau seorang pengguna KTM Komuter dari Seremban, bayangkanlah berapa banyak perhentian yang komuter patut berhenti dan masa sampai ke Kuala Lumpur Sental, Bukankah lebih baik jika KTM Berhad terus menggunakan Gerabak KTM dari Seremban dan sebaliknya dan akan berhenti ke stesen yang terpilih sahaja seperti Kajang dan Serdang dan terus KL Sentral, di mana penumpang ke tujuan lain seperti Rawang dan Sentul boleh mengambil transit dari Komuter yang datang dari Klang atau Seremban sendiri.

Dan ini boleh dilakukan oleh LRT Putra dan Star dengan mengurangkan jumlah perhentian yang dia berhenti dan menjadikan KL Sentral sebagai tempat menyuraikan penumpang dari arah Seremban dan Pelabuhan Klang.

Masalah yang dihadapi oleh pemimpin Kerajaan termasuk Abdullah Hj Ahmad ialah tidak mahu menengok atau memerhatikan negeri yang lebih dulu menggunakan sistem pengangkutan LRT-Light Rail Transit.

Sebagai contoh kenapa tidak belajar cara Bangkok dalam perlaksanaan projek LRTnya. Cuba perhatian perkara yang agak mudah sekali ia itu pembelian tiket untuk menaiki LRT,di mana di LRT Bangkok, walau pun kaunter diadakan di mana-mana stesen tetapi mereka tidak menjual tiket sebalik hanya menukarkan wang kertas kepada syiling, supaya memudahkan pengguna membeli tiket di mesin-mesin tiket automatik. Dan ini sudah pastikan menjimatkan masa pengguna dari beratur membeli tiket di kaunter dengan kerani kaunter terkial-kial hendak membayar wang baki tiket.

Begitu juga, memang Kuala Lumpur sudah melakukan kesilapan reka bentuk stesen kesemua stesen LRTnya termasuk Komuter. Jika di mana-mana negeri lain yang menggunakan sistem LRT seperti juga Bangkok, kesemua stesen LRT tempat pejalan kakinya disambungkan terus ke pejabat atau kompleks membeli belah.

Kita ambil dua stesen sebagai contoh. Station LRT-Putra di Abdullah Hj Hukum, sepatutnya Stesen itu menyambungkan tempat perjalanan kaki ke Mid Valley tetapi cubalah tengok sendiri bagaimana reka bentoknya atau juga di LRT-Star di PWTC. Jika dilihat aras tempat pejalan kakinya boleh disambung terus ke kompleks The Mall tetapi tidak dilakukan, maka berlaku hujan bersesaknya pengguna di bawah stesen, begitu juga cara ke arah tempat-tempat transit.

Kesimpulannya yang pengguna Komuter dan LRT hendak ialah bukan kerusi empok dalam gerabak-gerabak Komuter dan LRT tetapi kemudahan-kemudahan yang ada seperti kawalan keselamatan di landasan, di mana pengawal keselamatan tidak mencukupi bagi memastikan pengguna tidak keluar dari garisan yang dibenarkan dan membolehkan dia memberi isyarat gerabak boleh bergerak kerana bukan sedikit insiden pengguna tersepit bila pintu ditutup dan anak atau suami dan isteri yang tertinggal.

Akhirnya yang terpenting ialah setelah kerajaan mengambil alih kesemua LRT dan Monorel, sangat sesuai dan tepat masanya kajian dibuat terhadap harga tambangnya termasuk satu sistem harga yang bersepadu dan boleh digunakan kepada semua pengangkutan kawal selia Syarikat Pasarana Negara Berhad.

Sang Kelembai: Tun Razak Hussein masa jadi Perdana Menteri, suka juga buat lawatan mengejut tetapi jarang sekali dia bawa jurukamera atau pemberita TV sebaliknya selepas dia melawat secara peribadi tanpa diketahui orang, lepas itu baru dia minta taklimat di Bilik Gerakan Negara oleh pegawai yang berkenaan. Banyak pegawai terpaksa ditukarkan selepas taklimat kerana banyak memberi taklimat bohong. Maka bertanyalah kita semua rakyat Malaysia kepada “Outgoing” Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad, adakah dia lupa semua ini kalau dia mengaku pernah bekerja dengan Tun Razak Hussein?

3 comments:

cheqPelesit said...

Sebenarnya Perdana Menteri belajar naik LRT tu sebab dah merasai ini selepas tarikh 16/09/2008 akan jadi bekas Perdana Menteri Malaysia maka jika tidak belajar pada masa kini bagimana nak merasai masa dah nak tiba tiada ada kereta rasmi serta pemandu rasmi. Sebab tu belajar daripada sekarang supaya tidak kekoh serta mujarab. Perdana Menteri sudah ketahui detik detik dah pun tiba.

Anonymous said...

Abg zaharin memang idola saya...

From,
WCK

dizzy boy said...

saudara zahrin,
sy sikit pun tak terkejut ttg pak lah turun padang,pak lah hanya allocate lg wang pd anak menantunya.tak cukup beri wang tmpohari hari.pak lah turun padang adalah kerja bodoh,wag royaliti minyak telah pun di kebas oleh scomi n konco2nya,maka infrastuktur perkhidmatanawam masih sengkek dan tak betul keadaan sebenarnya.sy berharap rakyat malaysia yg sayangkan negara bangun dan bangkit melawan gelak laku Pak lah dan menteri kabinet dapurnya.semuanya korup sama sekali.Pak lah bukannya pakar ekonomi,pak lah pakar pindah randah(golongan kaum badwi).sy juga keras mengutuk perbuatan pak lah akibat kekalahan p.pinang di tgn DAP,jasa org veteran UMNO pak lah tidak penah hargai langsung,sebab itulah UMNO dan BNkalah teruk dlm PRU12,mlm ini kita dpt saksikan sendiri kekalahan pilihanraya Permatang Pauh.itulah tanda2 akhirnya pemerintahan Pak Lah dan konco2nya.Taktik amat kotor dr BN dan UMNO pd pilihanraya permatang pauh pd masa ini.sekarang rakyat memilih calon bukannya parti,rakyat memilih calon individu,kerana rakyat dah hilang arah sebenar tujuan Parti BN dan UMNO itu sendiri.salam buat sangkelembai yg byk kutuk dan hentam pak lah habis-habisan.Tahniah untukmu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia