Sunday, August 10, 2008

Islam Bukan Sekadar Di Peluk

Kenapa agak nya dengan tiba-tiba setengah orang Melayu/Islam marah-marah dengan Majlis Peguam kerana menganjurkan satu Forum yang bertajuk Memeluk Islam.

Khabarnya yang dijemput hadir termasuk juga orang Islam boleh dikira sebagai sarjana dalam bidang agama dan undang-undang memberikan pandangan mereka.

Bukan kah itu satu perkara yang baik, supaya mereka-mereka yang tidak mengetahui falsafah Islam dan perundangan akan dapat bertanya dan bertukar fikiran.

Di mana silapnya? Mungkin kerana “mind set” yang dibina oleh orang yang membantah forum itu, bahawa forum itu akan menyentuh soal-soal yang tertulis dalam perlembagaan, tetapi pihak penganjur sudah menjanjikan perkara itu tidak dibincangkan.

Persoalan yang dibahaskan oleh pihak peguam khasnya mereka yang terlibat dalam isu-isu perundangan soal tidak serumahnya memeluk Islam di kalangan individu bukan Islam, yang mungkin terdiri dari seorang anak, seorang suami atau seorang isteri.

Apa yang kita perhatikan selama ini, bahawa terdapat individu bukan Islam yang memeluk agama Islam dengan tidak terlebih dahulu memaklumkan kepada keluarganya. Maka bila berlaku kematian dia menimbulkan masalah kepada keluarga si mati.

Bagaimana isu mati di dalam Islam di kalangan individu bukan Islam bukanlah satu isu besar tetapi yang lebih besar ialah soal kebajikan keluarga yang ditinggalkan oleh individu yang memeluk agama Islam dan ini agak isu yang mungkin hendak dibincangkan dan bertukar fikiran supaya satu titik pertemuan penyelesaian dapat diperbuat dari segi budaya, sosial dan undang-undang nya.

Katakan seorang individu yang memeluk Islam kerana perkahwinan lain dengan orang Islam, di mana dia meninggalkan isterinya dan anak-anak yang masih beragama asal. Jika dalam keluarga Islam mungkin tidak menjadi masalah kerana undang-undang mencukupi untuk pembelaan kepada isteri yang di aniayai tetapi bagaimana dengan bekas isteri yang tidak beragama Islam, siapa yang hendak membelanya dan perlulah satu undang-undang dibuat bahawa setiap pendaftaran perkahwinan bukan Islam, walau pun berlaku kepada kedua pihak yang bertukar agama kepada Islam, undang-undang membenarkan perkara itu boleh didengar di Mahkamah Sivil atau Syariah. Itu sebagai satu contoh agaknya isu tertunggak yang belum selesai.

Bagaimana pun orang-orang Islam kena menerima hakikat bahawa Islam sebuah agama wahyu dan Al Qan sudah melengkapkan segala dan jika tidak ada pertunjuk dari al-Quran, boleh dirujuk kepada hadis dan jika tidak ada juga di dalam hadis rujuklah kepada sunnah nabi dan akhirnya kesemuanya keputusan diperbuat berdasarkan kepada sandaran hujah-hujah yang lain seperti fatwa.

Maka kesimpulan yang perlu juga orang Islam mengambil perhatian ialah kebajikan kepada mereka-mereka yang memeluk agama Islam dengan keluarga yang ditinggalkan dalam agama yang asal. Sudah pasti kita juga tidak akan menerima jika kita tidak beragama Islam dengan hati terbuka jika segala harta sepencarian kita hilang begitu sahaja sekiranya suami atau bapak kita memeluk agama Islam kerana kita memahami bahawa segala harta Islam yang tidak dituntut akan terserah ke Baitul Mal atau dengan senang hati dia mewakafkan harta itu.

Maka ini perkara-perkara yang perlu kita selesaikan untuk menjadi Islam bukan satu ugama penindas dan tidak berlaku adil kepada yang bukan Islam.

Bagaimana pun orang-orang Islam berhak untuk menentang sebarang forum atau percakapan yang boleh menggugat ugama Islam ke peringkat melekehkannya seperti yang cuba hendak dihalalkan oleh beberapa orang yang berselindung di Majlis Peguam.

Tidak sewajarnya isu beberapa individu Islam yang bertukar ugama lain diperalatkan menjadi modal satu perjuangan yang menunjukkan bahawa Islam itu tidak adil. Islam memang membenarkan setiap individu yang bernama manusia memilih agamanya sendiri tetapi dia tidak berlaku waktu ini kerana kebenaran itu hanya berlaku di zaman permulaan Islam sahaja.

Itu sebabnya Islam mengeluarkan istilah “murtad” dan dari segi hukum Islam seorang murtad boleh dikenakan hukum bunuh kerana dengan keadaan murtad itu dia boleh mendorong perpecahan dan juga bencana kepada masyarakat dan yang terpenting dia sudah pasti menjadi musuh Islam kerana setiap agamanya baru di anuti, digambarkan oleh sebagai agama yang lebih baik dari Islam seperti yang dilakukan oleh beberapa orang sudah murtad.

Kesimpulan nya yang terjadi dalam forum anjuran Majlis Peguam itu bukan niatnya tetapi istilahnya yang menggunakan perkataan memeluk Islam jika dia menggunakan perkataan seperti Forum Keadilan Mereka Sebelum dan Selepas Memeluk Islam mungkin tidak memberangsangkan kemarahan orang-orang Islam dan tidak menghadirkan orang-orang yang dikira hadir dalam forum tersebut bagi tujuan memburukkan Islam.

Majlis Peguam sewajarnya pergi membuat kajian di Sabah dan Serawak kerana di sana terdapat beberapa kes perbandingan isu soal memeluk Islam (meminjam istilah Majlis Peguam). Dalam tahun 70an beribu-ribu orang di masukan Islam yang terdiri dari mereka yang tidak beragama dan juga sudah beragama Kristian. Tetapi tidak terdapat kes atau berita ada perebutan mayat mereka yang sudah memeluk ugama Islam, walau pun terdapat dalam keluarga mereka bermacam-macam anutan agama, dan khasnya di Sabah adalah satu perkara biasa jika ada mereka mengaku mempunyai hubungan keluarga seperti sepupu yang berlainan agama.

Kenapa di Sabah, masyarakat boleh menjadi tenteram dan aman sejahtera dalam soal beragama, setiap mereka walau tidak berpendidikan tinggi dan tinggal di luar bandar masih lagi mempunyai budaya dan beradab? Tidak ada seorang rakyat Sabah yang beragama Islam kerana cinta dan sayangnya dengan lelaki atau perempuan tidak beragama Islam keluar dari Islam. Bagaimana harta-harta peninggalan si mati yang beragama Islam tidak menjadi isu bertelingkah keluarga. Mungkin kerana mereka ada Mahkamah Anak Negeri.

Sang Kelembai: Teringat kata-kata Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun bila dimajukan soalan apakah tindakannya kepada mereka yang telah memeluk ugama Islam masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak Islam, seperti berjudi, minum arak dan ada antaranya makan babi, jawapan beliau ialah “Kita tidak berapa peduli dengan apa yang dilakukan, kerana dah beri pelajaran agama melalui USIA (United Sabah Islamic Association) yang penting bahawa anaknya yang bakal lahir, adalah anak Islam dan yang kita hendakkan ialah meramaikan generasi Islam di Sabah. Dan inilah ditakuti banyak orang bukan Islam di mana-mana.

4 comments:

Doosan said...

i refer to the near riot incident involving Bar council forum,& this double confirm for many yeras my believe that IS this religion a peace loving religion?it seems besides terrorism,violent,street demonstration i strongly believe either this people dont understand the religion,or simply express and prove their salvage instint to the whole world--katak di bawah temburong mentality.Why is there a bersanding/persanding in a malay wedding ceremony???as this is 1OO% HINDU ceremony!what religion was for the malay before the change?ANSWER openly loud & CLEAR then...

anakrimaumalaya said...

Assalamualaikum wbt Sahabat.

Agree dengan pandangan tuan hamba, kesian tengok sifat yang ada pada orang melayu di negara kita ni. mereka cepat naik angin dan tak suka berfikir dengan bijak sebelum bertindak. Mempunyai penyakit psycho yang dipanggil Paranoia (buruk sangka).

Sepatutnya cerdik pandai kita seperti ulama dan peguam islam hadir sisi forum tu, dengar hujahan mereka dengan teliti dan perbetulkan jika ada kekeliruan yang timbul bukan mengamuk tak tentu pasal.

Nabi tak mengajar kita dengan cara begini, Allah jugak memerintahkan kita agar adil dan bijaksana memerintah di muka bumi ciptaanya.

Melayu...melayu kenapalah kita jadi macam nie. cepat mengelupur, tak guna akal dan kebijaksanaan.

Jangan emosi nanti kebodohan dan kebiadapan yang timbul. Islam tak ganas dan bongkak. Islam itu cantik, bertolak ansur pada perkara2 yang boleh dan tegas pada perkara yang tak boleh. Maksudnya jika nak berbincang apa salahnya, mungkin dengan cara itu kita boleh tunjuk pada mereka yang non muslim bahawa islam itu sempurna dan cantik berbanding dengan agama mereka yang mereka anuti. Mereka tidak jahat tetapi mereka tak faham so beri peluang mereka hujahkan setakat mana kefahaman mereka tentang islam dan kita betulkan jika ada yang kurang, samada dari sudut agama ataupun legal.

Kalau boleh sambil kita berhujah kita berdakwah dengan memdedahkan tentang kecantikkan dan kepentingan berkaitan keadilan dalam islam kepada mereka tak mustahil dengan dakwah kita itu Allah bukakan hati mereka untuk memeluk islam kan besar pahalanya bukan nak bertelingkah dan mengikut nafsu syaitan dimana kesabaran dan keimanan kita.

Nabi Muhammad saw pada zamannya islam dihina malah lebih teruk tapi baginda dengan bijak mengunakan akal fikiran untuk mengatasi perkara ini. Beliau akan berperang jika islam ditentang dengan keganasan.

Konon nak berjihadlah tu. Menjerit jerit menunjukkan mereka itu kuat dan bersatu, cuba tanya dah berapa orang kafir yang mereka dah pimpin sehingga mengucap kalimah syahadah.

Wahai sahabat-sahabatku kita ini dok asyik menyerang dengan agresif pada satu pihak yang sepatutnya boleh mengunakan pendekatan yang murni dan muhibbah. Tapi kita lupa bahawa ramai anak melayu telah mengkafirkan diri mereka (murtad) adakah kita sedar. Kenapa kita tak bertindak secara agresif pada gejala gejala ini. Akidah orang kita pun makin lama makin hancur kita tak sedar atau nak tunggu ada badan NGO ke persatuan non muslim dedahkan baru nak mengamuk. Dah terlambat masa tu. Nasi bukan jadi bubur tapi jadi kerak dan basi.

Tolong pandang pada masalah seperti MURTAD, sumbang mahram, zina dan bunuh nyawa bayi tak berdosa (jahiliyah moden), punk, pelakon lucah bluetooth (boleh ditonton free), web lucah melayu (malaysiansex.ning.com) dan banyak lagi penyakit soSIAL yang berjangkit pada umat melayu yang sekarang ni sudah hampir pupus tamadunnya.

Sama samalah kita berdoa agar ALLAH saw melindungi agama, bangsa melayu dan tanahair kita.
dan mohonlah pada ALLAH agar negara kita tak diturunkan bala yang dahsyat seperti negara lain kerana kemurkaannya atas perbuatan dan sifat buruk hambanya yang hina lagi keji.

pedang.jihad@gmail.com

Anonymous said...

untuk makluman sang kelembai, isu perebutan mayat ini memang berlaku di sarawak,cuma ianya tidak lah dibesar2kan seperti mana di semenanjung.mungkin disebabkan faktor geografinya yang luas.Saya mencadangkan kepada saudara membuat tinjauan terlebih dulu sebelum mencadangkan nya kepada pihak lain ke sarawak ini..khususnya di kawasan ulu baram dimana terdapat juga komuniti muslim minoriti. saya menulis hal ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang pernah bertugas di kawasan tersebut.

suratkhabarlama said...

Saya sebenarnya kurang bersedih jika non-muslim mempertikaikan agama Islam, ini dapat kita fahami kerana mereka jahil tentang Islam.

Dan bukan sedikit juga mereka yang yang non-muslim dan berniat serong terhadap Islam, akhirnya memeluk Islam dan menjadi pendakwah Islam seperti yang berlaku kepada Brother Yusuf Estes di USA.

Yang sedihnya apabila orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam dan mempertikaikan ajaran yang suci ini.

Tugas kita adalah melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah. Samada berjaya atau tidak Allah yang tentukan bukannya kita.

Teruskan usaha saudara mengkritik untuk kebenaran. Samada mereka nak ikut atau tidak, sekali lagi Allah yang tentukan.

Sekurang-kurangnyanya tuntutan fardhu kifayah telah dijalankan.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia