Wednesday, August 27, 2008

Komen Pilih Raya kecil - Permatang Pauh

Keputusan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh atau P-044 sudah diketahui umum. Calon dari PKR-Parti Keadilan Rakyat yang menggabungkan diri dengan nama Pakatan Rakyat yang bernama Anwar Ibrahim berjaya menguasai kerusi itu, yang selama ini diwakili oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail.

Walau pun Wan Azizah Wan Ismail hampir berjaya menjadi Corazon C. Aquino Malaysia pada PRU yang ke 12 tempoh hari, menang dengan majoriti melebihi 13 ribu undi tetapi suaminya yang menggantikan hanya sekadar boleh menambah dua ribu undi sahaja.

Disebabkan orang-orang UMNO kurang berfikir menggunakan otak sebab selalu menggunakan kepala lutut, maka tidaklah ada kenyataan dari pemimpin tertinggi yang hendak berkata bahawa dengan kekuatan yang ada pada PKR dan kebetulan Pulau Pinang di bawah pentadbiran parti pembangkang, jumlah majoriti yang di peroleh telah cukup memuaskan hati kami dalam Barisan Nasional, di mana telah menyekat jumlah majoriti yang lebih tinggi dari itu dan BN masih dapat mempertahan penyokong yang sedia ada.

Kekalahan Barisan Nasional mempunyai berbagai faktor dan analisa berdasarkan mata yang memandang, ilmu yang ada dan juga mengikut kata hati. Bagaimana pun ilmuwan politik akan bersepakat bersetuju bahawa dalam PKR-Permatang Pauh yang menyebabkan BN kalah adalah kerana strategi yang digunakan pada awal sudah salah.

Itulah menghairankan banyak orang, bila mana Najib Tun Razak menjadi Pengarahnya, kebetulan dia Menteri Pertahanan, menjadi pertanyaan banyak orang termasuk ilmuwan politik kenapa aplikasi ketenteraan tidak digunakan dalam politik. Bukankah panduan yang terbaik digunakan ialah ilmu yang ada dalam buku Sun Tzu Art Of War. Dan sebahagian panduan itu boleh disesuaikan di masa kempen PKR-Permatang Pauh.

Dalam sebahagian tulisan Sun Tzu ada menyebut - jadi, penguasa yang berfikiran terbuka harus selalu berhati-hati saat menghadapi masalah dan perang dan jenderal yang pintar harus selalu waspada dan peduli. Hal ini adalah cara untuk memastikan keamanan Negara dan mempertahankan kekuatan serta keutuhan pasukan:(Baris 12.42 dan 12.43 dari Bab 12 pada Attacking with fire)

Di sini penguasa adalah Outgoing Prime Minister Abdullah Hj Ahmad dan yang dimaksudkan Jeneral adalah Najib Tun Razak. Adakah mereka terbuka dan berhati-hati dan Jeneral berwaspada dan peduli?

Pada awal lagi BN/UMNO tidak menghadapi PKR-Permatang Pauh secara strategi yang lengkap. Jika dilihat cara bekerja BN/UMNO mereka walau pun dibekalkan dengan berbagai data bagi memudahkan usaha menggempur musuh tetapi dalam saat berlakunya kempen mereka tidak membuat kajian terperinci untuk mengidentifikasikan sebanyak mana sokongan sedia ada kepada calon BN/UMNO.

Kemudian barulah dikaji secara identifikasi menganalisis kekuatan penyokong PKR dan mencari jalan bagaimana membuat pendekatan setiap kelompok pengundi yang berbagai ragam dan masalahnya.

Bagaimana kemungkinan strategi telah berlaku kesilapan awal, bila isu bagi menjatuhkan moral calon yang dilawan oleh BN/UMNO dengan mengatakan dia terlibat dengan hubungan seks terlarang dalam konteks Islam dan budaya Malaysia.

Sebenarnya BN/UMNO terlupa bahawa dalam satu pilihan raya umum, pendirian pemilih atau pengundi adalah berdasarkan tawaran apa yang boleh dibagikan oleh Parti Politik yang bertanding atau calon individu yang mempunyai tawaran yang lebih baik dari parti politik berdasarkan sudut memandang dan fikiran pengundi.

Maka bila mana PKR memberi tawaran untuk menumbangkan kerajaan dengan tawaran Malaysia Baru yang membanteras rasuah, kroni dan penyelewengan, dia satu tawaran yang boleh diterima oleh pengundi berbeza dengan UMNO yang pada bulan 8hb Mac 2008 lebih kurang lima bulan dulu menawarkan Selamat-Aman-Makmur yang ditolak oleh 80 kawasan Parlemen dan beberapa Dewan Negeri telah tidak ditawarkan semula pada PKR-Permatang Pauh. Ini memberi makna bahawa BN/UMNO tidak konsisten dalam tawaran kepada rakyat, di mana dimulakan di tahun 2004 dengan Cemerlang Gemilang dan Terbilang.

Bagaimana para pengundi di Permatang Pauh menerima calon BN/UMNO. Jika tawaran kepada pengundi tidak konsisten? Tetapi PKR terus kekal dengan konsisten untuk ke Putera Jaya walau dipandang sinis oleh penyokong BN/UMNO. Itu sebab tawaran Rakyat Di Hatiku tidak menyentuh rakyat kerana rakyat tahu bahawa BN/UMNO hanya menggunakan rakyat untuk pemimpin menambahkan kekayaan dan kepentingan peribadi dalam memegang jawatannya.

Soal calon PKR melakukan seks terlarang bukan satu isu sebaliknya tidak diindahkan oleh pengundi di Permatang Pauh, kerana BN/UMNO tidak mengetahui bahawa rakyat juga tahu bahawa melakukan seks terlarang ini dilakukan oleh pemimpin UMNO. Bukankah terdapat seorang Menteri kabinetnya yang gendernya perempuan pernah secara terbuka dikatakan oleh Exco Puterinya waktu dia memimpin Pergerakan Puteri mengamalkan budaya seks terlarang yang dikenali dengan lesbian.

Apa bezanya seks terlarang bernama Homoseksual dengan Lesbian? Tidak ada apa bezanya kerana kedua mengadakan hubungan seks sejenis. Yang berbeza kerana calon PKR menentang BN/UMNO maka dia menjadi salah tetapi bagaimana yang mengamalkan lesbian?. Dia angkat oleh Imam Besar Islam Hadhari-Ada Had ada hari Outgoing Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad menjadi Menteri, dan orang UMNO ramai-ramai memilih dia menjadi ahli Majlis Tertinggi dan sekarang segala haji dan lebai yang berada dalam UMNO di Parlimen Pengerang sudah mengangkat dia menjadi Ketua UMNO Bahagian. Adakah ini sikap pemimpin UMNO?

Itu sebab kerana semuanya lupa, jika dibuat tuntutan PKR supaya Menteri itu pula mengangkat sumpah tidak mengamalkan perbuatan seks terlarang? Bagaimana? Adakah berani Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membuat akuan sumpah di mana-mana masjid dengan niat untuk menafikan fitnah dan tohmahan itu.

Di dalam Islam mengangkat sumpah bagi menafikan perkara-perkara yang tidak benar tidak menjadi kesalahan dan jika bersumpah junjung AL Quran pun bagi menafikan tidak berkahwin dua pun tidak menjadi kesalahan bagi tujuan menjaga keharmonian rumah tangga walau pun sebenar sudah berkahwin dua dengan syarat membayar dendanya dengan berpuasa tiga hari atau memberikan jamuan kepada anak-anak yatim bagi membatalkan sumpah palsu itu.

Tetapi dia menjadi haram dan berdosa jika kita bersumpah dengan perkara yang mengaku bermaksiat dan mengaibkan diri sendiri sehingga menjejaskan nama keluarga dan keturunan seperti perbuatan zina atau hubungan seks terlarang. Maka tidak payah mana-mana pakar agama untuk memberi apa-apa komen terhadap sumpah mengaku diri di zina atau di liwat kerana isu nya, perbuatan bersumpah itu sendiri sudah berdosa dan haram.

Sang Kelembai: Kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sebenarnya kebencian rakyat kepada Abdullah Hj Ahmad terlalu tinggi, jika tanah tumpah darah sendiri sudah tidak mempedulikan pemimpin latar belakang cucu ulama ariffilah dan anak ulama bagaimana yang lain. Dan yang menambah bodohnya BN/UMNO ialah meletakan gambar Imam Besar ini dengan keadaan melambai tangan yang bermaksud Selamat Tinggal kerana bakal beristirahat di Perth, Australia selepas pencen PM. Orang UMNO yang menganga sendiri-sendiri.

9 comments:

Anonymous said...

komen yang bernas dari orang yang berpengalaman terima kasih

Nostradamus said...

Karamnya “Titanic”(BN) di Malaysia? (Tayangan baru bermula!)

Titanic (BN) Malaysia dianggap tidak boleh tenggelam semasa dilancarkan dahulu. Sungguhpun terlanggar tungkul air batu pada 8 Mac 2008, ia masih sukar dipercayai bahawa ia akan tenggelam. Apabila segala usaha untuk menyelamatkan kapal didapati sia-sia, Kaptennya (DSAB) berdiri bersendirian menunggu qadar dengan muka penuh dukacita. Dia masih berharap Carpentier atau lain-lain kapal berhampiran akan datang menyelamatkan penumpang-penumpangnya. Amatlah sedih ketika itu, melihat Kaptennya menembak beberapa mercun penyelamat untuk memberi isyarat kepada Carpentier tetapi Kapten Carpentier (DSNTR) masih tidak yakin Titanic dalam keadaan kecemasan.

Dalam tayangannya, ada babak percintaan antara Leonardo DiCaprio (DSAI) dan Kate Winslet Azizah). Azizah enggan meninggalkan kekasihnya walaupun terdapat beberapa kejadian yang memungkinnya meninggal kekasihnya dan menyelamatkan diri. Dia memegang kuat kepada harapan agar kedua-dua mereka akan dapat mengharungi bencana yang ditimpa dan akan diselamatkan dari tragedi tersebut. Kedua-dua mereka melalui seksaan mental dan emosional dan diakhirnya tinggal Azizah sahaja yang bercerita berkenaan seorang seorang lelaki yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan beliau.

Tentang anak-anak kapal Titanic (Little Napoleons) yang menguruskan kapal dan sahabat-sahabat mereka yang kaya dan berwatak korporat, adakah anda nampak muka-muka cemas mereka semasa kapal sedang tenggelam? Ramai antara mereka berebut-rebut menyelamatkan diri untuk meninggalkan kapal dan antara mereka yang kaya-raya, baru tersedar bahawa wang tidak dapat membelikan segala-galanya termasuk satu tempat duduk diatas bot penyelamat untuk menyelamatkan diri (Hijrah TDM). Tetapi bukan semua yang berperangai bagitu. Ada beberapa di antara mereka (Napoleon) yang masih berani mempertahankan nama Titanic dan tayangannya menyambung semula.

Terdapat sepasang orang tua (MIC & PPP) yang terbaring di katil menunggu kapal tengelam yang ditinggalkan mereka oleh anak-anak muda dan tidak larat pula bergerak menyelamatkan diri. Terdapat juga pemain-pemain muzik (MCA, PBB, LDP, PBRS, PRS, SAPP, SPDP, SUPP, UPKO) yang masih memainkan lagu-lagu kapal Titanic, demikianlah sayangnya mereka kepada muzik Titanic. Juga terdapat anak-anak kapal (GERAKAN) yang masih bekerja di bahagian bawah kapal yang cuba menutup kebocoran tetapi akhirnya mati dengan menganggap diri mereka wira tampa mengetahui kapal sudah tidak dapat diselamatkan dengan hanya menutup kebocoran kapal.

Adakah anda ketahui siapakah Direktor tayangan Titanic (BN)? James Cameron (TDM).

Adakah anda ketahui siapakah penulis skrip? Masih TDM.

Adakah anda ketahui tayangan ini dipernunjukan serata dunia?

Adakah anda ketahui Malaysia mempunyai ramai pelakon-pelakon lelaki dan wanita dan pembantu-pembantu seniman dan seniwati.

Tak apalah, ia cuma sebuah tayangan. Tayangan sebenar baru bermula.

http://patek1472.wordpress.com

knh said...

Sang Kelembai menulis:
"Tetapi dia menjadi haram dan berdosa jika kita bersumpah dengan perkara yang mengaku bermaksiat dan mengaibkan diri sendiri sehingga menjejaskan nama keluarga dan keturunan seperti perbuatan zina atau hubungan seks terlarang. Maka tidak payah mana-mana pakar agama untuk memberi apa-apa komen terhadap sumpah mengaku diri di zina atau di liwat kerana isu nya, perbuatan bersumpah itu sendiri sudah berdosa dan haram."

Diharapkan saudara boleh memberikan bukti nas al-quran atau hadis berkaitan hal ini. Berdasarkan ilmu agama hamba yg cetek ini, telah diceritakan dalam kisah nabi tentang seorang perempuan yg mengaku berzina telah mengadap Rasulullah utk mengaku telah melakukan zina dan telah disuruh bersumpah. Wallahualam.. Tq

nalapambu said...

Ada 4 fakta penting yg menyumbang kepada kekalahan UMNO di PRK P. Pauh.

1.Pada PRU12 yg lalu ramai ahli BN berpaling tadah mengundi parti lawan. Ini berlaku kerana rakyat tidak puashati dgn kepimpinan DSAAB.
Keadaan ini belum pulih lagi.

2. Sikap perkauman yg di tonjolkan oleh UMNO telah menyebabkan kaum cina dan india membenci UMNO.
Sebagai contoh, isu babi, DEB, ketuanan melayu dan akhir sekali isu UiTM.

3. Petugas2 PRK UMNO bersikap 'ada wang ada kerja'.

4. Kempen dari RTM, TV3 dan akhbar arus perdana terlalu melampau, meyebabkan rakyat naik benci.

Wak Kiyai said...

Bukan gunakan 'Attacking With Fire' tetapi kena baca Ground. 'Dead Ground.'

iman said...

Kekalahan di Permatang Pauh bukan di sebabkan kebencian rakyat pada Abdullah tapi kebencian kepada UMNO, MIC, MCA dan lain-lain parti komponen yang pakai lutut sebagai otak.

cheqPelesit said...

Seluroh Dunia yakin sepenuhnya anwar ibrahim akan menang ahli Parlimen Permatang Pauh termasuk juga umno/bn walaupun buat tak tahu tapi tak apa itu perangai pemimpin umno sahaja tidak termasuk pemimpin MCA/GERAKAN/MIC lebih matang dalam caturan politik. Ahli umno bahagian permatang pauh kebanyakan tidak ketahui mereka menjadi ahli umno. sebab tu la pemimpin cawangan atau bahagian tidak kenal ahli ahli. Jikalau kenal tentu ribu ahli kena tindakan displin kerana menyokong PKR dan tentu umno bahagian permatang pauh dibubar tidak cukup bilangan ahli umno. sebab tu la pemimpin umno diam berjuta bahasa.

bat8 said...

sang kelembai

Tak apalah AAB menolak keputusan PRK matang pauh itu signal untuk dia berhenti.

Tak lama lagi akan diadakan satu lagi PRK. Kali ini akan di adakan di sanglang perlis.

Walaupun kawasan ini adalah kubu kuat PAS, UMNO boleh mencuba sekali lagi untuk membuat upset. Mungkin ia boleh dijadikan medan bagi UMNO menebus kesilapan di PRK matang pauh.

Kalau UMNO menang di sanglang, kita semua kena akui bahwa isyarat PRK matang pauh dulu bukan signal nak suruh AAB berhenti.

Kalau kalah, memang sah lah isyarat nak suruh AAB berhenti. Kalau dia masih berkeras tak mahu turun, terpulanglah kepada ahli UMNO camne nak buat.

Yang pasti kalau tak buat apa-apa, maka terimalah padahnya dalam PRU 13 nanti.

bat8

Anonymous said...

Anwar’s Trojan Horse

The Real Judas

Anwar Ibrahim wants BN to think the defections before 16 September are going to come from Sabah and Sarawak. This explains the focus and frenzy surrounding MPs from East Malaysia. Their movements are being monitored, text messages have been swirling about en bloc defections and some, like Yong Teck Lee and Bernard Giluk Dompok, have been dropping broad hints about wanting to abandon the BN ship.

But the unsuspecting BN leadership is completely unaware of Anwar’s actual game plan. Sabah and Sarawak are the great diversions - Anwar’s red herrings. Sure, he may eventually end up with some defectors from East Malaysia, but the real trigger that he wants to pull will be right under UMNO’s nose. For Anwar, he needs to start with a bang. Something that will cause all other smaller component parties to tremble and quake in their boots leaving them with little choice but to jump en masse.

What Anwar wants to do is to show that he can go for the big scalps. Not your SAPP or UPKO small number of MPs, but from the senior UMNO front bench. What better way of triggering a mass exodus from BN than to show that you have top leaders from BN’s biggest party crossing over into PKR? This is the big bang that Anwar has been working on. Two or three front benchers from UMNO plus five other second tier leaders will be enough to precipitate chaos and panic within the BN ranks. It will be the catalyst of a free-for-all ship abandonment as though sailors have spotted a plague-infested rat on deck.

So, who has Anwar marked as the real Judas in this most audacious of power grab in the history of Malaysian politics. Its not that difficult to answer. Think of someone most hard done by Abdullah Badawi and Najib Razak’s gentleman’s agreement to transfer power in 2010. Someone who had political wind in his sails after the March election only to now see his future in doubt as UMNO gets ready to pick younger leaders in its annual congress. Someone who way back when, had the most coziest of cozy relationship with Anwar.

Yes, Anwar is targeting Muhyiddin Yassin to be the Judas. Muhyiddin is said to have lined up at least three other front benchers and a handful more from the back benches. Many of these MPs are fed up of both Abdullah and Najib, and see the grass being far greener with Anwar. Many of them were also ardent Anwaristas when the Opposition Leader was climbing up the greasy pole of UMNO politics.

These crossovers are said to be mutually beneficial in more ways than one. Anwar knows that the current composition of Pakatan MPs in Parliament is almost half Malay and half non-Malay. If he only manages to woo non-Malay BN MPs to defect, he will effectively head a non-Malay dominated government. This would be hard for the Malay-majority electorate to accept not to mention institutions like the royalty, military, armed forces and civil service. Anwar, therefore, desperately needs Malay MPs to defect from BN. In order for this to happen, he needs a Malay BN leader with enough seniority to attract others to follow suit. Hence, Muhyiddin.

But that’s not all. Anwar has already over-promised his buddies in DAP. He knows that he has to make Lim Kit Siang one of his Deputy Prime Ministers. That’s not going to sit well with Malays, whether they are UMNO, PAS or PKR supporters. Regardless of the muhibbah rhetoric coming out of Pakatan and its acceptance by the Bangsar Starbucks Melayu, the heartland and grunt Malays cannot stand Kit Siang. To them he and his party stand for everything that is anti-Malay.

That being the case, Anwar has to counter-balance Kit Siang’s appoitment as DPM with a heavyweight Malay politician as another deputy. Of course he could appoint Hadi Awang and complete the unholy trinity of Pakatan parties as PM and two DPMs, and he probably would offer Hadi the post anyway. But he knows that Hadi cannot be trusted. After all, it is Hadi and Nasharuddin Mat Isa that almost tore PAS out of Pakatan with their secret rendezvous with Abdullah. Anwar has neither forgiven nor forgotten this act of betrayal by Hadi. He also knows that during the Permatang Pauh by-election, it wasn’t Hadi that came to pinch hit for him in the last few days to turn Malay opinion around in the light of Saiful Bukhari’s religious oath that he was buggered by Anwar. Hadi came briefly, gave a 10 minute speech complaining of a cough and hot footed it out of there. Instead it was Nik Aziz Nik Mat that came to Anwar’s rescue, using his aura as a pondok alim to persuade the faithful in Permatang Pauh not to believe Saiful’s oath.

Anwar’s preferred choice as DPM from PAS is not an MP. He is the man that whispers instructions into Nik Aziz’s ear and he was the most senior PAS leader present when Anwar was declared winner after all the votes were tallied. Husam Musa cannot, for now, join a federal government because of state duties in Kelantan, but he is very much the bridge that Anwar wants to cultivate in PAS.

So with the bad blood between Anwar and Hadi, even if Anwar offers Hadi a DPM post it would be out of courtesy to keep Pakatan together. Which means he would need another senior Malay leader to be a third deputy and the de facto most senior deputy with Anwar’s full confidence and trust. He could appoint Azmin, but many would be uncomfortable with that prospect. So who better than Muhyiddin - a senior cabinet minister with experience in government. An UMNO warlord who can attract support from UMNO Malays and prevent Anwar from looking too dependent on non-Malay support. And most crucially, someone who Anwar trusts because back in the days of Anwar as DPM, when he said jump, Muhyiddin jumped.

If BN leaders are looking at East Malaysia for potential jumpers, they are looking far away from where the threat really is. Anwar has secured Muhyiddin and its merely a matter of timing. Muhyddin has to deliver Anwar a handsome number of MPs in return for being made DPM under Anwar. That, according to sources, is underway and the count is increasing by the day.

The plan is simple yet clever. Obvious yet deceptive. BN is about to lose the kingdom from right under its nose.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia