Buletin Utama TV3 baru - baru ini telah menyiarkan kenyataan DS Samy Vellu yang memohon agar sebarang tindakan yang mahu diambil oleh aktivis Agama Hindu tidak merosakan perpaduan kaum dan juga menjejaskan prinsip kebebasan agama dan juga perlu menghormati Agama Islam. Satu kenyataan yang diperbuat oleh seorang Menteri bagi meredakan isu yang hangat dibincangkan. Sebenarnya kenyataan sedemikian sepatutnya datang dari seorang Perdana Menteri yang mengilhamkan Islam Hadhari. Jika DS Sammy Vellu berada di tahun 2100, tidak ada sebab rakyat masa itu termasuk Melayu menerima beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam masyarakat majmuk kerana kenyataan yang meredakan dan faham maksud perlembagaan.
Beliau tidak membuat kenyataan yang memberi ruang kepada orang lain untuk memanipulasikannya seperti kenyataan untuk mengkaji semula Perlembagaan terutama dibawah fasal 121(1) ia itu bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.
Adalah malang bagi orang Melayu yang beragama Islam, perjuanggan yang diperbuat oleh Almarhum Tan Sri Ahmah Mohamed Ibrahim (peguam yang membela kes Natrah) selama 32 tahun akan terhapus dan hilang sekelip mata hanya disebabkan sesorang yang bukan Islam memeluk Islam tetapi tidak menghebahkan bahawa dia sudah menjadi Islam.
Kita jarang mempersoalkan kenapa ada Majlis Pernikahan, kenapa mesti ada khenduri makan-makan, yang mana si miskin akan mengadakannya dengan cara miskin dan yang berada atau kaya membuat dihotel yang perbelanjaan pulohan ribu. Ini semata-mata ada untuk mengelakkan adanya Fitnah dan terkandung dalam hadis rasulllah supaya setiap pernikahan mesti ada pemberitahuan. Jadi kerana pihak yang mengislamkannya, tidak menghebahkan dan juga tidak mengiklankannya didalam akbar, maka terimalah padahnya. Apa pun ini kelemahan itu sepatutnya tidak menjadikan Islam dan Perlembagaan menjadi korban kelemahan dalam sistem pentadbiran.
Malang kita telah punya seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada ilham dan kerana ilhamnya itu menyebabkan keadaan tidak menentu dan menyebabkan semua orang mangambil peluang diatas kenyataanya bersabit isu Moorthy atau Mohamed Bin Abdullah, supaya perlembagaan dikaji semula termasok peruntokan 121(A).
Sewajarnya kenyataan "Tumpang Semangkok" yang diperkataan oleh DS Mohamed Khir Toyo menyentuh soal ini dielakkan. Rakyat dari semua lapisan kaum dan agama dinasihatkan supaya jangan tumpang semangkok dalam isu tersebut yang akan menjejaskan perpaduan kaum dan pembinaan bangsa Malaysia berteraskan RUKUN NEGARA, dan bukan mengatakan bahawa budaya mengkritik pemimpin ini menunjukan bahawa itu sebagai satu tingkah laku tidak setia kepada parti (maksudnya UMNO dan perjuangannya)
Ini perbezaan antara DS Sammy Vellu dan DS Mohamad Khir Toyo. Mungkin DS Sammy Vellu yang beragama Hindu lebih faham perjanjian Piagam Madinah berbeza dengan DS Mohamad Khir Toyo yang tak faham sejarah dalam kepimpinan Islam. Bukankah ada satu kisah, bagaimana seorang sahabat Nabi yang dilantik menjadi Khalifah, bila beliau menyeru kepada pengikut dan umat yang bakal dipimpinnya supaya beliau ditegur jika melanggar perjanjian amanah, (bukannya berkerja kerana saya tetapi bekerja bersama saya) ketika diangkat menjadi pemimpan.
Maka bangun satu orang yang mengatakan " bahawa dia akan meluruskan pemimpin itu dengan pedang" namun pemimpin itu tidak pula mengatakan bahawa sifulan itu tidak setia kepadanya atau perjuangan menegakan kalimah Allah sebaliknya bersyukur dengan adanya sifiulan hendak meluruskan dengan pedang.
Mungkin dan sudah pasti Dr Mohamedd Khir Toyo tidak diajar waktu beliau belajar menjadi doktor gigi bagaimana nak jadi Menteri Besar dan memegang Amanah. Memegang amanah itu termasuk jangan ada hutan warisan, di balak kemudian menyusahkan orang ramai, ada tanah simpanan Melayu diambil atas nama pembangunan tapi tidak diganti dan bermacam - macam lagi perkara yang melukai rakyat. Ini semua adalah perbuatan yang dikira zalim dan kalau mahu tahu apa hukuman orang zalim.. tanya Mufti, insyaallah dia akan terangkan tetapi jangan tanya Dtk Abd Rahman Palil, EXCO yang menjaga agama.
Sang Kelembai: Presiden Soekarno pernah mengatakan diwaktu kejatuhanya "Bahawa Seorang Pemimpin dibina atau disiapkan oleh pengikutnya bukan oleh dirinya" dan dia jadi begitu (kerana kejatuhannya) disebabkan oleh orang sekelilingnya termasuk Lt Kol Untong. Fikir-Fikirkanlah kata-kata warisan itu.
Wednesday, January 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment