Monday, January 23, 2006

SANG KELEMBAI 19012006

Jika dikatakan bahawa Perdana Menteri yang ada sekarang ini, sebagai Lost Control, tentu kita semua dianggap biadap dan tidak bersopan tetapi itulah hakikat kenyataannya, sehingga sesiapa sahaja dengan sewenang-wenangnya boleh mempertikaikan sesuatu perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah dan Mahkamah yang memutuskan pekara bukan sebarang Mahkamah, ia itu Mahkamah Rayuan.
Dalam kes terbaru ialah keputusan yang buat oleh G Sri Ram di Mahkamah Rayuan terhadap kes Fawziah Abd Karim lawan Metramac terhadap ketidakadilan pembayaran pampasan kepada syarikat asal yang diberi konsesi.

Maka tokoh usahawan bumiputra yang diperbuat secara "Mee Maggie" (instant) oleh Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat kenyataan mempertikaikan keputusan bertulis yang buat oleh Hakim sebagai satu perhakimannya yang tidak benar.
Kenyataan kedua tokoh usahawan itu kepala (dahulunya seorang Menteri) dan satu lagi ekor (waktu berkuasa di Renong, memaki hamun eksekutif Melayu) telah membalas secara terbuka dengan mengatakan bahawa keputusan hakim itu tidak betul .
Maka mereka pun menerangkanlah untuk menegakkan kebenarannya. Soal menerangkan itu tidak salah, tetapi mempertikai keputusan dan membuat pembahasan awam keputusan yang buat oleh hakim bererti orang itu telah menghina Mahkamah.
Sekarang kita semua ingin melihat apakah yang akan diperbuat oleh Peguam Negara, kerana hakim sudah pasti tidak akan membuat aduan polis dan kenyataan terbuka dalam soal ini.
Jawapan sudah diketahui umum. Perkara itu akan didiamkan kerana yang terlibat adalah seorang Tun dan seorang Tan Sri dan secara automatik mereka adalah orang kenamaan. Orang Kenamaan secara undang-undang tidak kebal tetapi segi kebiasaanya menjadi kebal.

Bagaimana pun tidak akan ada penyelesaian bila mana Peguam Negara meminta Polis dan Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan kerana gesaan Peguam Negara itu tidak khusus.
Apa yang mahu disiasat? Menghina Mahkamah atau penyelewengan di dalam pembayaran wang pembayar cukai kepada kedua penyamun tarbus itu, yang dikatakan oleh Hakim sebagai mengelirukan kerana sekejap ada duit, sekejap tak ada duit sehingga Kementerian Kewangan bertukar menjadi biskut.
Inilah sikap kerakusan seorang yang pernah berkuasa, tidak memperdulikan apa yang hendak dilakukan , tambahan pula kepada orang kecil seperti Fawziah Karim.

Bila kes dibawa ke Mahkamah Rayuan, kedua mereka itu tidak pula bertikam lidah menegakan keadilan mencari kebenaran sehingga keputusan secara keterangan bertulis yang tidak sepatutnya disangkal mahu di pertikaikan.

Soalnya sekarang, kita meminta Perdana Menteri menunjukan kekuatannya supaya memberikan sokongan kepada BPR dan Polis bagi menyiasat dan mengheret mereka ke Mahkamah, dan jika Suruhanjaya Penyiasatan kes Ketuk Katampi sudah selesai, eloklah diwujudkan suruhanjaya bagi isu ini kerana ini juga melibatkan "Kepentingan Awam". Walaupun Perdana Menteri merasa terhutang budi, kerana dengan permainan politik Daim Zainuddin, beliau sewaktu itu telah menggunakan Shahidan Kassim untuk memaksa Tun Dr Mahathir Mohamed melantik sesorang bagi mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, sungguhpun ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed berjanji tidak akan melantik Timbalan Perdana Menteri sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO dalam tahun 1999 namun Daim Zainuddinlah yang telah berjaya meletakkan DS Abdullah Ahmad Badawi. Tun Dr Mahathir Mohamed masih hidup.. boleh tanya kepadanya, jika dia tidak menafikan, maka benarlah perkara ini.

Sang Kelembai: Selalu Ingatkan Pemimpin, Jangan Pandang Orang Macam Sampah, Apabila Sampah masuk dalam mata baru tahu nilai sampah.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia