Monday, January 23, 2006

Sang Kelembai 21012006

Sejarah Malaysia tahun 2020 akan di ingati kerana insiden 10 orang Menteri kerajaan campuran kita yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Pak Lah sendiri adalah "anggota pentadbiran awam" dan mengetahui bahawa dalam perkara -perkara yang melibatkan perlembagaan, ianya boleh diputuskan oleh anggota kabinet sahaja dan pindaan perlembagaan tersebut hendaklah juga telah dipersetujui oleh ahli-ahli partinya di Dewan Rakyat dan seterusnya mendapat kelulusan Dewan Negara. Sekiranya Seri Paduka YD Agong tidak memperkenankannya dalam satu tempoh tertentu ia tetap akan jadi undang-undang negara ini.
Hari ini juga kita dapat melihat Ketua Pemuda dan Ketua Wanita bertelagah dalam memperkatakan pendirian masing-masing atas isu pindaan Perlembagaan 121 (1A). Bagi mereka yang menonton berita di TV pastinya akan ketawa sumbing melihat arah parti itersebut yang "gah" mendabit dada mendakwa mereka disokong oleh majoriti orang - orang Melayu. Kesimpulannya, apa sahaja jawapan menyejuk hati yang dibuat oleh oleh menteri-menteri UMNO, yang jelas menteri - menteri bukan Islam secara senyap sudah memperakui bahawa ada orang lain yang menjadi Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang ada sekarang ini hanyalah sebagai budak suruhan. Pendek kata mereka sudah tidak ada hormati lagi pada beliau termasuk partinya sendiri.

Dua isu besar minggu ini cukup untuk memberi petanda yang jelas mengenai permasalahan negara dan ini sebenarnya menjemput orang miskin untuk hadir dan mengambil bahagian dalam berfikir. Ahli teori pergolakan masyarakat, Eric Hoffer, mengatakan bahawa perubahan-perubahan suatu bangsa ditentukan oleh orang-orang terbaik dalam bangsa tersebut (ilmuwan, seniman, negarawan, industriawan, pengusahawan) dan orang yang terburuk seperti kaum miskin, kaum terpinggir, pengangguran dan kaum kecewa.

Hari ini pengabungan antara syarikat kerajaan (GLC), Avenue Capital Resources Berhad dengan Ecm Libra milik anak menantu Perdana Menteri dilihat sebagai satu insiden luar biasa. Ini adalah kerana selaku Pengerusi Khazanah Holding, beliau sendiri boleh dipersoalkan. Bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh meluluskan satu syarikat GLC yang mempunyai harta tanah yang berharga RM 3Billion ( Kesemua Pejabat Pos di Bandar dan Luar Bandar) bergabung dengan satu syarikat pelaburan kewangan. Anehnya orang yang meluluskan pergabungan itu adalah juga Menteri Kewangan dan dengar khabarnya kerajaan terpaksa membayar kepada ECM Libra sejumlah RM200 juta kerana saham Avenue Capital Resources Berhad adalah lebih rendah dari ECM Libra.

Pelik dan Ajaib tetapi benar. Avenue Capital Resources Berhad asalnya milik Philleo Allied yang mempunyai lesen yang diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Syarikat ini telah berjaya memperolehi projek pengswastakan Pos Malaysia. Hari ini Philleo Aliled Bank sudah digabungkan atau di telan oleh Maybank sungguhpun syarikat itu pula masih lagi dimiliki secara tidak "atas kertas" oleh Singapura.

Setelah syarikat Singapura menguasai berbagai kepentingan termasuk yang strategik, maka Singapura di masa - masa akan datang tidak perlu lagi berperang ldengan Malaysia dan Malaysia tidak perlu pula untuk membesarkan Angkatan Tenteranya termasuk berbelanja berbillion ringgit untuk membuat pengkalan di Johor. Singapura tetap dengan pendiriannya, untuk tidak membenarkan pembinaan tambak Johor tetapi dalam masa yang sama Singapura dibenarkan berluasa menguasai ekonomi Malaysia.

Dahulunya, rakyat rasa aman dan bahagia menetap di negara ini kerana mereka meletakan kepercayaan yang tinggi terhadap pasukan keselamatan termasuk pihak perisikan.Pernah suatu masa dahulu pihak perisikan telah memaklumkan bahawa seorang yang dilantik sebagai Setiausaha Akbar kepada Timbalan Perdana Menteri adalah agent (ayat yang tepat tali barut Singapura), maka demi keselamatan Negara, orang itu diberhentikan serta merta. Tetapi sekarang tali barut itu bukan sahaja tidak boleh disingkirkan malah berada dipintu gerbang orang berkuasa. Ini samalah seperti meletakan musang dalam reban ayam.

Jika Tun Razak Hussein bangun dari kubur, kemungkinan besar beliau memohon untuk dimatikan semula kerana tidak dapat menahankan kesedihan melihat kemusnahan bangsanya yang bakal terjadi, perlarian dalam negeri sendiri akibat perbuatan mereka yang tidak berfikir panjang mencari kekayaan setelah beliau Allahyarham tUN Abdul Razak berkerja keras bagi memakmurkan bangsa sehingga tempoh untuk berubat kesihatanya dilupakan.

Sang Kelembai: Marilah kita berdoa kepada Allah jangan sampai ECM Libra buat "proposal" pengswastaan Seri Perdana termasuk jawatan Perdana Menteri setelah tidak ada lagi yang boleh diswastakan kepada ECM Libra.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia