Memo adalah singkatan dari perkataan Memorandum yang mengandungi pergertian, 1) Nota atau surat peringatan tidak rasmi, 2) Surat pernyataan dalam hubungan diplomat dan akhirnya dan yang ke 3) Memo berbentuk kommunikasi yang berisi saranan atau cadangan, arahan, atau penerangan dalam subjek tertentu.
Dari itu apakah yang menjadikan semua orang seperti kena histeria, bila ada Menteri menghantar memo kepada Perdana Menteri?.
Dari itu apakah yang menjadikan semua orang seperti kena histeria, bila ada Menteri menghantar memo kepada Perdana Menteri?.
Memo adalah satu budaya kerja yang diamalkan oleh pejabat kerajaan dan syarikat korporat samada dari kerani hinggalah ke pegawai atasan, begitu juga pegawai atasan ke peringkat kerani kerana meno adalah saluran perhubungan dalaman. Malah Perdana Menteri pun tiap-tiap hari hari menerima berbagai Memo daripada Menterinya atau Pegawai Kanan untuk sebarang keputusan.
Seperti mana pernah dinyatakan, terserahlah kepada Perdana Menteri sama ada mahu mengambil tindakan atas memo tersebut, samada setuju, ditolak atau dikaji semula malangnya Perdana Menteri kita sekarang ini sudah diketahui umum sebagai orang yang mengambil masa terlalu lama untuk membuat tindakan atas Memo yang dihantar. Kita tidak tahu dimana silapnya? Mungkin Perdana Menteri sendiri yang perlu menjawabnya kerana itu adalah cerita dari Kelab Golf yang di bawa oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Soal Menteri-Menteri yang menghantar Memo bukan satu kesalahan dan satu perbuatan yang luar biasa kerana telah menjadi amalan biasa untuk Menteri-Menteri akan menghantar Memo kepada Perdana Menteri dengan maksud yang dikatakan tadi. Yang berbeza kali ini ialah Menteri secara beramai menghantar Memo dalam satu subjek mereka semua ada kepentingan.
Mungkin mereka terpaksa menghantar Memo tersebut kerana bimbang semasa mesyuarat kabinet, Perdana Menteri tertidor dan ini dikatakan pernah berlaku mungkin kerana keletihan semasa Mesyuarat Kabinet yang mana Perdana Menteri ambil "NAP" (badan tegak tapi tidur) sebentar sehingga disedari perbahasan itu tidak didengari oleh beliau.
Bagaimana pun jangan salahkan Menteri-Menteri bukan Islam itu, kerana mereka bukan sebarang orang, mereka Menteri, jika mereka bodoh dan kurang cerdik mereka sepatutnya elah diberikan input oleh pegawai penyelidikan parti masing-masing dalam mengenai isu tersebut. Bagi orang-orang mengampu khasnya pemimpin UMNO yang menyerang mereka itu, ini jelas menunjukan mereka itu golongan yang tidak menggunakan akan budi dan tidak berfikiran sihat. Persoalan mereka sepatutnya kenapa insiden ini boleh berlaku?
Jika mereka sedar, siapakah yang sebenarnya memberi peluang untuk perkara itu didebatkan, kalau bukan Presiden Parti (UMNO) itu sendiri. Ini berlaku apabila Presiden Parti UMNO sendiri membuat kenyataan bersetuju untuk mengkaji akta atau undang-undang yang sedia ada yang menyentuh isu mayat orang yang masuk Islam tapi tidak menyatakan secara spesifik bahawa dalam apa cara sekalipun pindaan perlembagaan tidak boleh di laksanakan. Jika dari peringkat awal Presiden UMNO sudah berkata demikian, maka tidak adalah bola tanggong yang membolehkannya disepak oleh Menteri-Menteri bukan Islam ke dalam jaring sehingga dari Presiden sampailah ke peringkat mengampu, orang UMNO terkelip kelip macam cicak berak kapor.
Apa pun satu yang pasti adalah badan perisikan beliau lemah berbanding dengan pentadbiran sebelum ini. Kerajaan sebenarnya telah melalui perkara yang sedemikian, duhulu apabila Pemuda UMNO bangkit dan membuat tunjukan perasaan sehingga wujud Operasi Lalang dan Perdana Menteri sudah dimaklumkan lebih awal oleh pihak perisikannya bagi mengelakkan perpecahan parti yang akan memalukan diri beliau sendiri. Begitu juga isu satu seminar yang menyentuh soal yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia dan Indonesia yang dianjurkan oleh NGO dan Parti Pembangkang. Seminar itu dapat dielakan bila Perdana Menteri mengarahkan Pemuda UMNO menentang seminar itu, sehingga seminar tersebut dibatalkan. Pihak perisikan juga sudah dimaklumkan akan impilikasi jika Barisan Bertindak Melayu mengadakan perhimpunan di Kampong Baru, sehingga Perdana Menteri mengarahkan untuk diadakan di PWTC.
Oleh itu semua rakyat mesti bertanya dengan pihak perisikan, adakah mereka gagal mengesan usaha-usaha yang diperbuat oleh Menteri-Menteri kerana perbuatan itu bukan secara spontan. Kenapakah pegawai-pegawai perisikan tidak memberi taklimat kepada Perdana Menteri, supaya Perdana Menteri boleh menyekat perkara itu sebelum menjadi isu yang menjejaskan maruah Perdana Menteri itu sendiri lantas melahirkan kesan yang mendalam dalam semua perkara termasuk kestabilan politik, ekonomi, perpaduan kaum dan keselamatan.
Bagaimana pun Menteri-Menteri bukan Islam sudah berjaya mengambil peluang "tumpang semangkok" (pinjam ayat DS Mohamad Khir Toyo) kerana secara nyata orang Melayu mesti dijaga seperti zaman kolonial dahulu, kamu ambil tanah dia termasuk tanah simpanan Melayu, tidak ada siapa pun yang kisah, kamu tukarlah Dasar Pelajaran Kebangsaan, dia tak kisah, kamu rompaklah syarikat GLC, dia tak kisah dan macam - macam lagi yang merugikan Melayu tetapi jangan kamu sentuh dan usik agamanya.
Dalam perkara ini DS Rafidah Aziz betul, betapa pun dia kecam, dia menganggap perkara itu tidak luar biasa, hanya sekadar pandangan, keputusan muktamad adalah pada Perdana Menteri dan tidak timbul isu itu seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Dalam perkara ini DS Rafidah Aziz betul, betapa pun dia kecam, dia menganggap perkara itu tidak luar biasa, hanya sekadar pandangan, keputusan muktamad adalah pada Perdana Menteri dan tidak timbul isu itu seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Masalah UMNO ada Menteri 23 orang tetapi semua macam keldai, yang hendak memikirkan melalui otak di kepala memang tak ada. DS Rafidah Aziz mungkin secara simbolik telah mengeluarkan otak yang mungkin tersangkut di lututnya apabila dia membuat pembedahan lutut sebelum Hari Raya tahun lalu. Sebagai rakan sejawat dalam kabinet, kesemua mesti bertindak seperti aur dengan tebing, bukan macam Mohd Nazri Aziz seperti beruk dapat bunga.
Itu sebab orang-orang UMNO kena faham apa itu Barisan Nasional, kerana yang sebenanya kerajaan yang ada, adalah Kerajaan Campuran dari berbagai parti, sama seperti rojak, mana bahan yang terbanyak, itulah yang kita terasa, kalau timun yang banyak, tenggelam lah taugeh sungguhpun semua bahan perlu ada bagi menamakannya rojak.
Sang Kelembai: Kalau pergi Muzium Negara, di sebelah belakang, biasa buat tabik hormatnya pada patung Frank Swettenham kerana apa yang dia tulis 110 tahun dahulu mengenai mentaliti orang - orang Melayu masih serupa dan tidak berubah. Hari ini sama seperti zaman kolonial dahulu, apa yang yang perlu dijaga hanya agama dan pemimpin jangan di sentuh.
No comments:
Post a Comment