Sekali membaca berita kes Nyonya Tahir, seorang anak yang dilahirkan oleh keluarga Melayu tetapi dibesarkan dalam keluarga berbangsa China dan akhirnya mengamalkan agama dan budaya penjaga angkatnya, seperti tidak ada apa-apa yang menarik. Nyonya Tahir akhirnya mati dan disemadikan menuruti agama yang dianutinya.
Sebaliknya cerita dan berita itu, satu ikhtibar dapat kita hayati bersama. Dalam pembicaraan bagi menjelaskan kedudukan di mana kubur yang hendak ditanam, maka terdapat sepupunya yang hadir dan masih mengamalkan agama Islam dan budaya Melayu. Soalnya apakah semasa hayat Nyonya Tahir, masyarakat dan kaum keluarganya tidak ada tahu dan peduli mengenai kisah beliau. Kenapa sekarang baru hendak mengambil tahu setelah beliau mati?
Dalam tahun awal lima puluhan, terdapat kes seorang anak perempuan bukan Islam dipelihara oleh orang Melayu dan kemudian dibesarkan secara Islam dan semasa mahu dikahwinkan timbul isu walinya yang membawa tuntutan ibu yang asal. Ibunya mungkin faham situasi itu dan menerima hakikat yang sebenar tetapi di atas sikap keprihatinan kumpulan agama anutan ibunya, satu tindakan undang-undang menuntut hak penjagaan telah dibuat , dan keputusan mahkamah berpihak kepada ibu asalnya. Keputusan itulah yang menyebabkan berlaku rusuhan dan kematian kepada mereka yang tidak berdosa dan mati sia-sia.
Moralnya ialah sikap Melayu, masih tidak berubah, peribahasa lama masih kekal diamalkan ia itu "sudah terantuk baru tergadah". Hari ini orang Melayu/Islam baru sedar bahawa kelalaian kita menyebabkan ada pihak yang mengambil peluang.
Soalnya yang mengambil peluang tidak bersalah, yang salah adalah Melayu/Islam yang lalai, tetapi anehnya yang lalai seperti orang-orang UMNO dan Melayu/Islam cuba hendak menyalahkan orang lain. Maknanya orang Melayu/Islam tidak mengetahui apa itu keadilan?. Tidak adil bagi sesiapa hendak menuduh 9 orang Menteri itu sebagai tidak betul bila menghantar Memo, termasuk menghina Islam dan mencampuri urusan Islam. Mereka hanya mahu keadilan yang menyentuh kepentingan kumpulan mereka, termasuk cara individu yang sudah berkahwin memeluk Islam seperti kes Mohamad Abdullah@Moorthy, kerana sudah pasti selepas mengucap shahadah, perkahwinan Mohamad Abdullah sudah terbatal dengan isterinya yang masih beragama Hindu.
Sewajarnya pihak-pihak yang sayang Islam mempertikaian - pihak yang mengislamkan seorang individu, kenapa tidak dijelaskan impilkasi dengan pertukaran agama itu. Sepatutnya orang Islam marah dengan pihak berkuasa yang bertindak mengislamkan Mohamad Abdullah kerana perbuatan Mohamad Abdullah mempersendakan Islam itu sendiri, dimana beliau semasa hayat masih pergi ke Kuil Hindu dan tidur dengan isteri yang tidak Islam. Nasibnya baik kerana dalam masa pengislamannya, beliau tidak mendapat anak. Kalau dapat anak, bagaimana pula senario itu harus dilihat?
Inilah yang agaknya yang diminta dan dipertimbangan oleh 9 Menteri itu. Itu sebab, kita perlu mendengar dulu alasan-alasan mereka, bukan seperti keldai-keldai dan beruk dalam kabinet Islam Hadhari.
Aneh dalam pertikaian itu, lebih banyak yang mendesak supaya 9 Menteri itu meletak jawatan dan maki seranah yang tidak menunjukan sopan santun dan budaya kita (Datuk Rais Yatim patut berkempen Budi Bahasa kepada Jemaah Menteri dulu) sebagai orang Melayu. Jika Biro Agama UMNO berfungsi, Islam Hadhari dihayati itu akan membantu kematangan kita hidup dalam masyarakat.
Di masa Tun Datu Mustapha, Datuk Harun (Allahyarham, semoga Allah Cucuri Rahmat keatas Rohnya-AlFatiha) ditanya adakah dia sedar bahawa orang-orang yang tidak beragama di Sabah ia itu pengamal Pagan yang diIslamkan olehnya masih kekal dengan perbuatan yang bercanggah dengan Islam seperti makan babi, yang diharamkan kepada orang Islam. Dengan spontan beliau menjawab, "Itu tidak penting kerana yang penting adalah anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi Islam, dan hari ini ibu bapa mereka yang telah diIslamkan oleh Tun Mustapha melahirkan anak-anak Islam. Lebih menghairankan lagi anak-anak ini lebih Islam dari anak Islam yang dilahirkan bergenerasi dulu. Kesimpulanya Tun Mustapha berpandangan jauh terhadap bagaimana hendak memperkembangkan syiar Islam.
Hari ini, cuba kita tanya, apa Pusat Islam buat? Sungguhpun mereka semua tidak boleh disalahkan kerana mereka ada Menteri, maka persoalan utama yang harus ditanya, apakah yang dibuat oleh Menteri yang jaga hal ehwal Agama Islam termasuk Penasihat Agama kepada Perdana Menteri. Mana dia Ngo Islam? Kalau ada pun PERKIM tetapi berapa banyak bantuan yang kerajaan beri atau orang-orang Islam derma kepada PERKIM untuk tujuan menjaga kebajikan orang - orang Islam.
Oleh itu selain dari hanya menyalahkan orang lain, cuba kita salahkan diri orang Melayu/Islam atau apa yang kita sebut sebagai muhasabah diri. Muhasabah diri mesti ada dari seorang Perdana Menteri membawa ke akar umbi termasuk orang Islam keturunan lain.
Sang Kelembai: Teringat Kisah, bagaimana orang Kandazan masuk Islam, bila makan dia minta sup babi dan bila ditegur oleh pelayan restoran itu bahawa dia tahu sifulan itu sudah beragama Islam, maka dijawab oleh sifulan itu, saya bukan makan babi, saya minum kuah saja"
No comments:
Post a Comment