Kerajaan telah bersetuju menerima cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis supaya diwujudkan satu suruhanjaya bagi pemantauan tatatertib polis. Ini adalah yang pertama di dunia. Polis moden yang dibidankan oleh Sir Robert Peel lahir di London pada tahun 1829. Ketika itu berlakunya gangguan ketenteraman awam yang memuncak hasil perubahan sosial yang berlaku akibat tekanan kemiskinan dan proses perindustrian kota. Bagi menangani masalah itu maka " The London Metropolitan Police" di tubuhkan.
Tugas Polis yang dibentuk itu memperkenalkan tiga unsur ke dalam dunia polis moden dan juga dipakai oleh Polis Diraja Malaysia, 1: Pencegahan kejahatan, yang dianggap lebih baik daripada menghadapinya sesudah terjadi. 2: Pencegahan kejahatan atau 'deterrence' ingin dicapai melalui penyiasatan dan 3: kawalan preventif. Untuk itu anggota polis hendaklah berada ditengah masyarakat dengan cara berpatrol secara terus-menerus di semua kawasan yang ditentukan ('beats").
Dalam pada itu, pembentukkan masyarakat yang "mengerti" atau "informed society in police matter" adalah penting untuk dikembangkan, kerana hubungan antara polis dan masyarakat adalah diibaratkan seperti "ikan dan air". Masyarakat perlu tahu betapa kompleksnya urusan kepolisan dan sekiranya ini tidak difahami maka ini akan menyulitkan lagi tugas polis.
Dunia kepolisan global kini telah menerima konsep yang diperbuat oleh Dr William Tafoya seorang pakar FBI dalam permasalahan masa depan (expert on the future). Beliau telah menegaskan "High technology is irrevocably transforming the world into "a global village", The world"s police force are affected by the same economic, social and political forces that drive technological change. If this assessment, changes in traditional police function seem inevitable..." dan dengan ini PDRM yang mengamalkan konsep "berakar peraturan" dan sekaligus juga "berakar perilaku" (rule-based dan behavior-based) harus melakukan perubahan - perubahan teknologi dan bukan hanya di lihat dari sudut perubahan permukaannya sahaja.
Perlulah disedari bahawa kerja Polis adalah sebagai penguatkuasa undang-undang, sangat berbeza dengan Hakim, peguambela, doktor dan sebagainya. Pekerjaanya menuntut supaya dia berhadapan dengan masyarakat, orang dan manusia, yang baik-baik, dengan orang yang tidak baik atau jahat. Polis tidak boleh berkerja secara birokrasi yang boleh disamakan dengan bagaimana hendak meminta lesen penjaja, mohon tanah. Sekiranya selepas ini PDRM mempunyai badan pemantau tugasnya, maka dengan sendirinya Akta Polis dan Undang-Undang sudah tidak berguna lagi dan keseluruhan struktur PDRM akan bersimpang siur saperti mana traffic jam yang ada di negara kita ini. Siapakah yang hendak menyelesaikan simpang siur itu kalau dia sudah terikat mati?
Sang Kelambai: Salepas Suruhanjaya Pemantau Polis diwujudkan, PDRM mesti meletakan kelulusan minima menjadi Konstable Polis sekurangnya Lepasan Diploma kerana setiap anggota PDRM mesti memahami apa dia "Civil and Political Right (hak-hak sivil dan politik), kedua Social and Economic Right (hak-hak sosial dan ekonomi) dan ketiga Collective Right (hak-hak kolektif suatu bangsa) yang meliputi hak-hak untuk membangun, atas masyarakat, sumber asli dan warisan budaya bangsa.
No comments:
Post a Comment