Monday, January 30, 2006

Sang Kelembai 29012006

Kira-Kira 30 tahun dahulu di Dewan Rakyat, Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Sekarang Tun) selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mempertahankan Pasukan Polis yang dibawah tanggungjawabnya apabila dikritik hebat oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Kritikan itu berpunca kepada cara polis memenangi kes rompakan, pembunuhan dan komunis. Polis sewaktu itu dianggap lembab dalam menjalankan penyiasatan kes. Ketika itu kekuatan PDRM hanya sekadar 40,717 orang sahaja.

Hari ini Polis dikritik lagi. Mereka di kritik bukan bukan kerana lembab menjalankan siasatan seperti dalam kes bunuh, rompakan dan sebagainya,kerana dalam soal ini Polis telah berjaya menyelesaikan banyak kes - kes tersebut dengan kadar yang memuaskan khususnya apabila di bantu oleh masyarakat, tetapi hari ini Polis dikritik kerana melaksanakan usaha-usaha benteras jenayah.

Ironisnya, sekarang ini mereka yang ditahan tidak boleh ditelanjangkan untuk tujuan pemeriksaan badan dan juga tidak boleh ditampar jika memaki hamun pegawai penyiasat dalam sesi penyiasatan termasuk jika penjenayah itu meludahnya.

Maka tidak hairan lagi nanti, akan datang jika ada tunjuk perasaan (demonstrasi jalanan) yang mengganggu ketenteraman awam, jika polis dipanggil, dia bukan datang dengan "water cannon" atau pungkis dan belantan tapi polis akan datang dengan membawa sekumtum bunga ros untuk diberi kepada pendemonstrasi dan mungkin akan beri coklat atau mineral water.

Hari ini kejayaan Polis dalam melawan demonstrasi jalanan dalam tahun 1998 -2000 akan dibalas jasanya dengan diwujudkan satu suruhanjaya memantau kelakuannya.

Alasannya di Australia, Singapore dan Hong Kong sudah ada badan tersebut.Semua orang tidak mempertikaikan supaya Polis diawasi dalam tugas sehariannya tetapi bila kerajaan sendiri mengesahkan bahawa masalah polis sudah kronik sehingga diwujudkan Suruhanjaya atas nama penambahbaikan, ini satu perkara yang jadi tandatanya?

Dua pegawai atasan PDRM sudah memberikan pendapatnya, dan sesuai dengan atur caranya, segala yang tidak sesuai dalam cadangan suruhanjaya akan dikemukakan secara bertulis mengikut displin jabatannya.

Disini polis ada hak, setiap polis adalah manusia, mereka bukan anjing, jauh sekali perlu dijaga macam binatang.

Perasaan Polis yang terguris ini akan memberi kesan yang buruk, disebabkan orang yang mencadangkan supaya satu badan pemantau diperbuat bukan orang berfikir panjang dan lebih banyak meniru.

Jangan hairan pada pilihanraya tahun yang mendatang undi-undi Pos Polis tidak akan berpihak kepada kerajaan, dan jangan terlalu sombong kerana pilihanraya umun 1999 telah menyaksikan undi-undi Pos dari Polis tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Contoh yang baik adalah undi IPK Kuala Lumpur yang DAP bertanding, berapa undi Pos Polis yang ada berpihak kepadanya- baca sendiri laporan pilihanraya umum 1999.

Mengapakah kerajaan, jika ada masalah kelakuan dan tatatertib polis tidak memindahkan sahaja Bahagian TataTertib PDRM ke Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Jika kita meniru Australia, polisnya semua orang putih, ikut Hong Kong, polis semuanya China, Ikut Singapore.. 99% China menjadi Polis walau pun dia negeri Majmok.

Secara logiknya UMNO telah mengesahkan bahawa orang Melayu jika menguasai satu organisasi seperti Polis, banyak masalahnya rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dan kesimpulannya Melayu tak boleh dibagi kuasa.

Oleh itu sewajarnya Kerajaaan memberi peluang dan jika perlu jangan buat sekatan kepada pegawai-pehawai Polis dari keturunan China, India dan sebagainya naik pangkat dan jika dia ada kebolehan, bagikan dia hingga ke jawatan Ketua Polis Negara supaya polis tidak lagi menjadi satu entiti orang Melayu.

Sang Kelembai: Anjing yang menyalak biasanya tak menjaga Tuan, Anjing yang berpusing mengeliling Tuan, itulah yang sebenarnya menjaga Tuan.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia