Demang Lebar Daun bersetuju perjanjian itu dengan memberi syarat, jikalau "anak cucu raja dahulu mengubahkan dia, anak cucu patik pun mengubahkan dia". Hari ini Singapura sudah tidak lagi milik kesultanan Melayu, ia jatuh kepada bangsa imigran, berpunca kerana Tengku Hussein telah menjualkan Singapura kepada Raffles dengan harga 60 ribu pound seterling.
Tunku Abd Rahman Putra Alhaj(Almarhum) sedar akan kesilapan Raja Melayu yang gelap mata dengan wang, yang menghancurkan anak cucu keturunanan Melayu dan itu sebab tidak ada keperluan bagi beliau untuk membantu keturunan Tengku Hussein yang disisihkan oleh Singapura dan apa yang terjadi dengan keturunan Tengku Hussein sebagai balasan atas perbuatan datuk nenek moyang mereka. Pembentukan Malaysia dan memasukan Singapura dalam Persekutuan Malaysia di tahun 1963 bertujuan menggembalikan kuasa Melayu di Singapura tetapi terpaksa disingkirkan dari Malaysia dua tahun kemudian kerana sikap pemimpin Singapura yang biadap itu, berpunca dengan pilihanraya umum 1964, bila Lee Kuan Yew dengan Parti PAP menyertai bertanding di Parlimen Bangsar dan menang.
Jika tidak kerana pandangan jauh Tunku Abd Rahman, kemungkinan Malaysia Malaysian.. semboyan yang dibawa oleh PAP berjaya di Tanah Melayu.
Pilihanraya umum 1969 menyaksikan Perikatan tewas di Pulau Pinang dan dapat berkuasa di Selangor dan Perak hanya kerana perpecahan parti pembangkang yang tidak bersatu dan Perikatan boleh memerintah kerana status quo walau kekurangan kerusi majoriti di Dewan Negeri.
Hari ini Singapura menghantar nota kepada Malaysia, berhubung penerusan kerja ditambak Johor. Dari segi akalnya, Singapura yang punya cerdik pandai dan pencinta alam sekitar sepatutnya menyokong pembinaan tersebut yang mengakibat perubahan tambak yang memudahkan aliran air di Selat Teberau.
Tetapi Singapura ada pandangan lain, dia mempunyai kepercayaan jika tidak hari ini, akan datang satu masa dia akan berperang dengan Malaysia atau Malaysia berperang dengan dia.
Teorinya mudah, Singapura tidak ada keikhlasan dan tidak mempunyai kepercayaan dengan Malaysia, mereka tidak mahu menjadikan ikatan tradisi sebagai kekuatan perhubungan dengan Malaysia. Sentimen perkauman yang dibuat oleh Singapura bertujuaan untuk menunjukan bahawa mereka adalah pembela kaum China khasnya yang berada di Malaysia dan orang Melayu akan memerangi orang China.
Walau pun teori ini tidak diterima pakai di Malaysia, kerana dengan Dasar Pelajaran dan Pendidikan, gaya hidup Malaysia dan kompromi politik, ramalan itu tidak akan berlaku di Malaysia tetapi untuk kepentingan tokoh politik China dalam PAP mereka memainkan api tersebut.
Untuk mempertahankan Singapura, prinsip Sun Tzu Art of War mungkin diguna pakai,bahawa penyerangan awal lebih baik maka logistik diperlukan dan mungkin "attack is the best defence" Tambak Johor pernah diletupkan oleh British dalam perang kedua bagi menyekat kemaraan Jepun, tetapi Jepun dapat memulihkan tambak dalam masa yang singkat untuk membawa bala tenteranya. Dan teori itu agaknya dipakai oleh Singapura, kerana menyerang Malaysia lebih mudah dengan adanya tambak Johor daripada adanya jambatan yang menyebabkan putus hubungan.
Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr Ismail Abd Rahman, yang boleh mengajar Singapura. Dizaman dia Malaysia tidak bergantung kepada Singapura baik dari segi lojistik dan perhubungan. Singapura tidak kemana pun dengan kekuatan tenteranya, peperangan dengan Malaysia akan membawa peperangan agama, bukan peperangan bangsa. Dengan kedudukan geografinya, tidak semudah itu mereka mahu menjadi Israel di Asia Tenggara, dan pemindahan tenaga buruh yang murah ke China dan sekatan terus China dan Taiwan, akan memberi kesan kepada Singapura.
Kepimpinan Malaysia harus juga sedar mengenai strategi penaklukan ekonomi yang mungkin dirancang hebat oleh Singapura untuk "survival" mereka. Kita perlu sedar mengenai pembabitan Singapura dengan pembelian - pembelian saham dalam GLC dan PLC, syarikat Malaysia. Kekuatan ekonomi juga mungkin menjadi senjata penaklukan mereka.
Sang Kelambai: Pak Lah dan anak menantu kena faham kata Demang Lebar Daun kepada Seri Teri Buana..jangan sampai ahli UMNO melaksanakan janji itu.
No comments:
Post a Comment