Macam tak percaya apabila sebuah surat khabar berbahasa Melayu menyiarkan berita pandangan pemimpin Malaysia terhadap projek Jambatan Tambak Johor sedangkan semua orang tahu bahawa syarikat milik UMNO tersebut berkepentingan dan berkuasa ke atas akhbar yang banyak berkiblatkan Singapura.
Kenapa Singapura begitu kurang ajar dan juga biadap terhadap kita? Sedangkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed, sungguhpun beliau terkenal dengan sikap "brutal", Singapura sedikit pun tidak mengindahkannya, inikan pula era kepemimpinan yang lembik dan mengikut telunjuk anak menantu, sudah tentu akan dipermainkan oleh mereka.
Satu masa dulu pernah tersiar gambar seorang Timbalan Perdana Menteri Singapura, mengusik topi Perdana Menteri Malaysia, yang boleh kita diibaratkan topi itu seperti kepala diusik oleh mereka. Kalau kepala pemimpin Malaysia boleh diusik oleh pemimpin yang lebih rendah kedudukanya, bayangkan kepala pemimpin yang lain-lain khususnya seorang yang pernah menjadi talibarut Singapura yang kini amat berpengaruh ke atas orang - orang politik di Malaysia sekarang ini.
Hari ini semua orang merasa hairan atas kapisiti apa Khairy Jamaluudin dari ECM Libra mewakili Malaysia di sidang ekonomi Davos. Agaknya Malaysia sudah tidak lagi mempunyai pakar-pakar ekonomi dan tak perlu menghantar Menteri, cukuplah anak menantu Perdana Menteri Malaysia mewakilinya. Ini umpama Malaysia sudah ada Putera Mahkota.
Malaysia mesti menunjukkan yang kita berkuasa berdasarkan kedaulatan sebagai sebuah Negara yang Merdeka. Jika Malaysia sebuah negara awal, memberikan pengiktirafan kedaulatan dan kemerdekaan Singapura, dan Singapura tidak mahu menghormati kita maka sewajarnya Malaysia mengambil keputusan yang "brutal". Projek itu perlu diteruskan berdasarkan hak Malaysia di Wilayahnya.
Singapura hendak menggunakan isu tambak Johor untuk "barter trading" seperti dalam kes tanah keretapi. Dalam soal ini berikan saja tanah itu kepada Singapura, kerana tanah itu pun hendak ditelan oleh penyamun yang kira nak menyamun sahaja tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
Walaubagaimanapun, dengan kesombongan dan ketidakikhlasan Singapura, Malaysia akan terus memberi bekalan air ke Singapura kerana itu konvensyen antarabangsa. Malah Israel sendiri terus membekal air ke Palestin walau pun kedua mereka berperang.
Sehingga hari ini hipokrasi Singapura, dengan tidak menyokong projek itu terserlah. Disamping alasan kepentingan pertahanannya, mereka tidak mahu perkembangan ekonomi Singapura dalam sektor pelancongan dapat dinikmati oleh Malaysia khasnya Johor Bharu.
Ini adalah kerana jika ekonomi Malaysia khasnya lembah Johor Bharu berkembang, ini mampu menguncupkan ekonomi Singapura dalam sektor sektor pembuatan. Penguncupan sektor pembuatan ini akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti pengganguran. Penguncupan ini dijangka boleh berlaku akibat berkurangnya permintaan dalam negeri kerana jambatan baru tersebut kemungkinan akan menyebabkan pembanjiran rakyatnya ke Malaysia untuk membeli - belah. Rakyat Singapura akan lebih tertumpu untuk membeli belah di Johor Bharu atau terus ke Kuala Lumpur, yang hanya memakan masa perjalanan 3 jam 40 minit perjalanan sahaja.
Rakyat Singapura pun sedar bahawa sistem sosialis demokratik yang diamalkan oleh kerajaannya satu masa akan runtuh juga, seperti kerajaan di Eropah Timur yang berfahaman Komunis. Orang-orang China di Singapura amat cemburu dengan orang China di Malaysia, di Singapura tidak ada apa-apa nikmatnya menjadi rakyat Singapura keturunanan China, selain bangga mempunyai kloni sekangkang kera. China di Malaysia, bebas berpolitik, bebas beranak sebanyak mana, bebas meletak tokong dalam rumah, bebas pelihara anjing, dan bebas segalanya melainkan batasan undang-undang.
Sang Kelembai: Baca manuskrip Munsyi Abdullah akan terlibat Sir Stamford Raffles dalam syarikat rahsia China di Singapura.
No comments:
Post a Comment