Bila King Ghaz (nama panggilan Tun Mohd Ghazali Shafie) bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 1973-1981 dikritik kerana kelemahan Polis (PDRM) dalam beberapa isu di tahun 70an, beliau telah membuat pendekatan dengan cara menambah angggota PDRM, menubuhkan Unit Udara Polis, melengkapkan Polis dengan lojistik yang moden termasuk membekalkan kenderaan peronda polis jenis Alfa-Romeo dan yang terpentingkan menaikkan gaji Polis.
Hari Polis (PDRM) dikritik lagi, satu suruhanjaya telah buat dan telah mengemukakan beberapa cadangan. Cadangan yang dikemukakan pula tidak sama seperti cadangan yang yang pernah King Ghaz buat bagi mengatasi kritikan yang ada hari ini.
Kalau dulu isu anak Polis tidak dapat belajar sepenuhnya kerana keluarga berpindah selalu, maka diwujudkan MRSM khas untuk anak-anak Polis, maka warga Polis dapat merasakan bahawa mereka dibela oleh Menteri dan Kerajaan yang membayar gajinya.
Tapi Menteri yang jaga Polis pada hari ini . . lain pula halnya.
Dalam satu isu,terdapat kelainan dalam pendekatannya. Dalam isu Ladang Tabung Haji, Ahli-ahli Parlimen tidak bersetuju supaya syarikat perladangan Tabung Haji disenaraikan dalam bursa termasok BBC, tapi sampai ke tangan "DIA" , diputuskan untuk disenarikan.
Hari ini kelab BBC di ketuai oleh Dato Shahrir A. Samad semacam beri sokongan kepada kenyataan Persatuan Polis yang tidak bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya Pemantau Kelakuan Polis. Sungguhpun pun Menteri berkenaan sudan memberi jaminan bahawa pandangan semua pihak termasuk Persatuan Polis akan di ambil kira, namun jawapan sudah diketahui, kalau cakap Ahli Parlimen yang dia menjadi Presidennya pun dia tak dengar, inikan pula cakap Persatuan kerana yang dia akan dengar hanya seorang orang punya pandangan.
Cakap-cakap kedai kopi termasuk di Lotus depan Nikko Hotel, memang benar Perdana Menteri pernah berkata bahawa "Khairy tidak bodoh nak campur urusan kerajaan" tapi mereka bercakap sebaliknya "Memang Khairy tidak bodoh, yang bodoh Pak Lah, kerana mendengar cakap Khairy, satu Malaya dah bercakap fasal Khairy dengan kerakusanya tapi dia masih diam"
Sekarang semua orang menumpukan perhatian kepada dua percakapan Perdana Menteri di awal tahun ini, ia itu "keadilan untuk semua," dan "semua pandangan diambil kira". Dalam Islam sendiri sudah dimaklumkan bahawa kerosakan satu bangsa adalah disebabkan oleh dua orang, ia itu ulamak dan pemimpin.
Hadis Rasulullah yang diriawayatkan oleh Abdullah bin Amr mengatakan , Allah tidak akan menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang - orang berpengetahuan (ulamak). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang - orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang - orang bodoh ini akan memberi fatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan. Apa pula halnya dengan kepimpinan Had Hari?
Dalam ciri kepemimpinan Islam dua perkara perlu diperhati oleh jemaah kepada pemimpin yang berugama Islam. Semua orang mukmin perlu memahami dua perkara yang sama, sama ada dia pemimpin atau tidak ia itu fasik dan munafik. Fasik bermaksud orang-orang yang berilmu termasuk ilmu agama tetapi tidak menjalankan tugas atau tanggung jawab sepertimana ilmu yang ada pada diri dia dan sorang yang dikira munafik ialah tidak bertindak mengikut ilmu, sebalik bertindak berdasarkan fikirannya.
Oleh itu yang menjadi senda gurau Islam Had Hari sekarang ini ialah cara pendekatan dan perlaksanaanya terutama sekali para pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri dan Menteri Besar, itu sebab UMNO boleh digelar sebagai Parti yang berjuang tampa Iman.
Sang Kelembai: Sepatutnya Suruhanjaya mencadangan agar diperbanyakkan Pondok Polis di kawasan perumahan dan kampung, ikut cara Polis Jepun yang dipanggil "tonarigumi" dan membenarkan Polis kunjung mengunjungi ke rumah dalam sektornya.
1 comment:
satu pandangan yg sangast2 best....patut DIA tak boleh rasmi bola 7 sebelah..benda tu suruh ketua cawangan saja buat
Post a Comment