Selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan setelah Tun Abdul Razak Hussein diangkat menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO diawal tahun 70an, tugas pertama beliau, ialah memahamkan "Dasar Parti (UMNO) Menguasai Kerajaan" dengan terbentuknya Manipol 11 Mei. Sebab itu Tun Razak Hussein sangat dihargai dan dijulang oleh rakyat berbagai kaum, khususnya ahli UMNO kerana pendekatan memerintah mengikut kehendak parti.
Semenjak itu perjalanan Kerajaan selalu dikawal oleh parti melalui Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun. Semua perwakilan akan bercakap tanpa teks dan tidak dikawal oleh Pengerusi - pengerusi Badan Perhubungan UMNO kecuali mendengar pandangan dari rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Itu sebab nama-nama Dato Syed Zain dari Johor dan Ujang Ajak dari Negeri Sembilan akan tetap dikenang dalam sejarah perjuangan UMNO kerana kedua mereka dan yang beberapa yang lain akan bercakap mengikut rentak UMNO dan kehendak perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.
Bagi mendapat semangat persaudaraan dikalangan ahli Majlis Tertinggi, mesyuarat selalu diadakan di Seri Taman, kediaman Perdana Menteri dan berterusan sehingga ke zaman Tun Hussein Onn, amalan itu terhenti semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden dan jauh sekali wujud amalan memanggil pegawai-pegawai atau professional Melayu, berbincang dalam minum teh petang atau makan malam yang diadakan.
Hari ini UMNO dikejutkan dengan satu dasar baru iatu "Kerajaan Menguasai Parti", yang dahulu dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara bersembunyi tetapi di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dasar "Kerajaan Menguasi Parti" ini di perbuat secara terbuka. Kesemua dasar-dasar tidak pernah berasas kepada keputusan Perhimpunan Agong UMNO atau perbincangan dalam kertas-kertas Majlis Tertinggi UMNO (dahulu digalakkan ahli Majlis Tertinggi membuat kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi). Itu sebab UMNO sekarang sudah menjadi lemah, bukan sahaja Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi malah ahli UMNO juga turut ikut senyap dan tidak mengambil penyertaan yang lebih luas dalam satu-satu dasar.
Perkara ini bertambah ketara bila melihat kenyataan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam berhubung isu Undang-Undang Keluarga Islam kepada DS Sharizat Abd Jalil. Memandang Menteri itu tidak pernah berjuang diperingkat awal, komitment terhadap parti memang tidak ada, seperti TS Musa Mohamed yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan 1999-2004, yang hilang begitu sahaja dan hidup dengan pencen Menteri tanpa perlu bertungkus lumus macam ahli UMNO di kampung - kampung dan desa.
Ditambah pula Menteri itu dari segi tertibnya bersikap kurang ajar bila bercakap dengan penuh kesombongan kepada media dalam memperkatakan soal undang-undang. Percakapan yang tidak berhemah oleh seorang yang dipanggil Professor dan ahli ugama, adalah satu perkara yang menghairankan tetapi tak boleh disalahkan dia.. kerana dia orang Perdana Menteri, kemungkinan Perdana Menteri telah mengajar secara begitu.
Menteri UMNO yang hendak berjuang dalam kabinet Islam Had Hari sudah kebingungan dan rasa cemburu dengan Menteri-Menteri bukan UMNO kerana selalu mereka membuat keputusan dari segi parti mereka secara kolektif berbeza dengan UMNO, sehingga sudah sampai ke pengetahuan di luar bilik kabinet, bahawa urusan kerajaan dan Kementerian boleh diuruskan secara bersurat tapi bila masuk ke peringkat bercakap soal politik dengan Perdana Menteri tidak ada ruang untuk perbincangan kerana sudah diketahui jawapan Presiden UMNO ialah, "I Know" atau saya tahu.
Sang Kelembai: UMNO akan terus mendukung BIAWAK HIDUP termasuk dua Menteri bernama Nazri Aziz dan Azmi Khalid jika pemimpinnya diperingkat mana sekali pun sudah terkena sindrom "I Know"
No comments:
Post a Comment