Hari ini 8hb Februari 2006, genap usia Almarhum Tunku Abd Rahman Putra yang ke 103 tahun. Marilah kita bersama menyedekahkan Al~Fatiha kepada Almarhum sebagai pejuang bangsa dan memaafkan kesalahannya jika ada. Bagai mana pun beliau tetap akan tercatat sebagai anak bangsa yang telah banyak membuktikan dengan kata dan perbuatan pengorbanannya kepada UMNO. Beliau telah banyak kehilangan harta benda termasuk rumah dan sebagainya semata-mata kerana UMNO.
Jika sekarang ada orang berkata bahawa beliau telah berkorban demi UMNO, beliau tetap tidak akan dapat mengatasi pengorbanan Almarhum Tunku dalam menguruskan UMNO hingga jadi parti yang kuat dan berkuasa sampai ke hari ini. Ini adalah kerana beliau tidak mempunyai niat lain selain dari berkhidmat demi bangsanya maka tiadalah dapat anak dan menantunya mengambil peluang atas kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri yang amat berkuasa dalam masa orang - orang Melayu masih diselimuti oleh fahaman monarki dan feudal.
Dalam ucapan perpisahan sebagai Presiden UMNO di tahun 1970, beliau telah mempertahankan keputusannya melantik Menteri-Menteri yang dituduh oleh musuh politiknya berasaskan kawan dan penyokong setia tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mereka dilantik atas jasa - jasa yang disumbangkan dalam UMNO dan telah menunjukkan nilai perjuangan yang tinggi serta telah memainkan peranan menjadikan UMNO parti yang dihormati tanpa menghiraukan kepentingan peribadinya.
Sekarang kita jauh berbeza. Terdapat sebilangan besar kepimpinan negara yang tidak mempunyai apa-apa jasa kepada UMNO, apa lagi berkorban demi UMNO dilantik menjadi Menteri UMNO . Perlantikan Nazri Aziz, Azmi Khalid, Shafie Afdal, Abdullah Zain, Shafie Salleh, Mustapha Mohamad antara nama dalam kabinet Islam Had Hari yang hanya menggunakan UMNO macam kuda tungggan dalam "Merry Go Round" yang selalu terdapat di "Funfair", sudah terhibur (mencari kekayaan) maka ditinggal kuda tunggangan itu.
Mereka hanya hadir dalam kabinet kerana menjadi Penyokong Perdana Menteri dan bukan sebagai orang yang boleh memberikan cadangan untuk kepentingan bangsa. Kalau Perdana Menteri bersikap "I Know" mereka pula mempunyai sikap " I Don't Know" atau "Tak Tahu".
Pernah dikatakan, sekiranya Tun Razak Hussein dihidupkan semula hari ini, beliau akan mohon dimatikan kerana tidak tahan melihat gelagat warisannya hancur akibat perbuatan pemimpin hari ini. Sebaliknya jika Almarhum Tunku Abd Rahman Putra pula dihidupkan semula, beliau akan menyesal kerana sewaktu beliau berkuasa beliau tidak membantu anak-anaknya , anak angkatnya termasuk anak menantunya untuk menyamun harta-harta negara ini seperti mendapatkan saham-saham kerajaaan, kontrak-kontrak dan apa sahaja yang boleh dengan kuasa yang ada pada dirinya. Sepatutnya ini semua boleh diberikan kepada kaum kerabatnya dan mungkin juga boleh meminta anak menantunya menasihati beliau dalam mengatur pentadbiran negara ini.
Hari ini tanah anugerah kerajaan di Jalan Bukit Tunku akan dijual oleh anak - anak Tunku. Ini tidak menjadi satu kesalahan kerana kerajaan sendiri tidak pernah bertanya apakah bantuan yang boleh dan diperlukan oleh anak kepada seorang yang telah banyak berjasa kepada negara. Begitulah nasib yang berlaku ke atas Almarhum Tunku Abd Rahman Putra, dan tidak salah dugaan beliau di suatu masa nanti orang Melayu akan hilang jati dirinya.
Sang Kelembai: Dulu-dulu Mahasiswa terjerit sana-sini membantah pencen RM 4000 Tunku, Tetapi Mahasiswa itulah yang sekarang jadi Menteri, jadi Pegawai Kerajaaan yang mengkhianati Melayu dengan Rasuah dan Menjual Tanah Air.
No comments:
Post a Comment