Friday, February 10, 2006

Sang Kelembai 10022006

Di awal tahun ini, dua personaliti menjadi sasaran Berita dalam Media Elektronik termasuk media Siber dan Akhbar Arus Perdana. DS Mohd. Khir Toyo diserang secara berterusan oleh Berita TV3 dengan penyiaran yang memaparkan berita bergambar mengenai aduan-aduan rakyat dalam permasalahan sosial dan dengan penumpuan terhadap hal - hal yang berkaitan dengan alam sekitar.
Personaliti kedua DS S Samy Vellu, bermula dalam isu menghantar Memo bersama sembilan rakan kabinet lain kepada Perdana Menteri berhubung isu kebebasan agama dan pindaan perkara 121(1a) sehingga membawa kepada kedudukan beliau sebagai Menteri yang tidak bertanggung jawab terhadap keretakan - keretakan jejambat MRR2 dan yang terbaharu sekarang adalah jejambat Prolintas.Salah satu punca kelemahan kepemimpinan mereka ialah kerana mereka tidak disokong oleh pembantu atau penasihat-penasihat politiknya. Inilah yang terjadi kepada kepada kedua - dua orang pemimpin tersebut.
DS Mohd Khir Toyo sepatutnya telah membuat kenyataan bercorak politik dan mengambil langkah permulaan dengan mengucapkan terima kasih kepada TV 3 atas berita-berita yang menyentuh masalah di wilayah pemerintahanya. Tindakan jawapan bercorak politik ini perlu kerana pandangan kumpulan K3P (penuntun-pendengar-pembaca) yang ada sekarang seperti mempunyai agenda tersembunyi di belakang penyiaran beberapa kisah di Selangor. Ini terjadi kerana dikatakan DS Mohd.
Khir Toyo hanya ada beberapa ekor anjing yang menyalak-nyalak berlagak sebagai penjaga tuan, tapi sebenarnya beliau tidak ada seekor pun anjing yang berpusing-pusing mengeliling beliau tanpa menyalak tetapi akan bertindak jika ada orang cuba menerkam tuannya.DS Sammy Velllu seorang Menteri yang kurang membaca sejarah bila dia mempertahankan perbuatan menghantar memorandum tersebut dengan caranya tersendiri, ini hanya akan mengundang masalahnya terhadap dirinya sendiri.
Seperti mana pernah dikatakan kalau dia baca sejarah, khas sejarah selepas Kemerdekaan Malaysia, beliau akan terjumpa kisah 15 tahun dahulu apabila UMNO pernah menghantar Memo kepada Raja-Raja Melayu yang menyentuh soal kuasa-kuasa atau ringkasnya kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mendesak untuk meminda Perlembagaan.

Tidak ada seorang pun Menteri-Menteri UMNO yang hendak berpihak kepada Raja-Raja Melayu. Oleh itu sewajarnya DS Samy Vellu menjawab dengan tegas bahawa apa bezanya memo dari kumpulan sembilan Menteri kabinet kepada Perdana Menteri dengan memo UMN0 kepada Raja-Raja Melayu. Kalau Raja pun boleh di hantar memo oleh UMNO, ada pula salahnya memo yang di hantar oleh DS Samy Vellu kepada Perdana Menteri.

Seperti yang kita ketahui, institusi kerajaan Melayu beraja itu lebih memberi jaminan kepada kedudukan dan kuasa orang - orang Melayu, jika hendak dibandingkan dengan Institusi demokrasi berparlimen. Kesimpulanya pemimpin Melayu terutama di dalam UMNO, samalah dengan pengikut Shah Iran dulu, mengangkat Shah Iran sebegitu hebat hingga Shah Iran terlupa masalah rakyat dan akhirnya Mahkota Merak di simpan dalan Muzium.
Begitu juga orang Melayu, khasnya UMNO. Kalau mereka berterusan dengan sikapnya anjing menyalak menjaga Tuan dengan tidak mengambil kira bahawa negaranya sekarang sedang diserang oleh "rasuah subversif" ia itu terdapat golongan tertentu yang merompak kekayaan negara yang dilakukan dengan secara terbuka untuk dialihkan kepada syarikat asing. (seperti dengan banyaknya kepentingan Khazanah Holding diJual kepada Singapra) itulah perbuatan yang sebetulnya perbuatan "subversif" dalam erti sebenarnya jika dibandingkan dengan isu masalah Selangor yang disiarkan oleh TV3 atau isu DS Samy Vellu.
Sang Kelembai: Adakah pemimpin UMNO sekarang, mempunyai komitmen yang tinggi kepada orang - orang Melayu? Mereka tidak semestinya berfikir elitis, meskikah kita boleh menjaring matahari kerana sekarang pemimpin UMNO sudah tidak satu nafas, satu asprasi dan satu perasaan dengan rakyat yang dipimpin.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia