Wednesday, February 15, 2006

Sang Kelembai 14022006

Di sebabkan orang Islam di larang meraikan Hari Kekasih ( Velentine Day ) yang di anggap sebagai hari meraikan kejatuhan Islam di Sepanyol, maka hari itu telah digunakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi bagi merombak kabinet Islam Had Hari - nya, yang bersandarkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, yang hampir berusia 24 bulan semenjak Pilihanraya Umum 2004.

Mengenai rombakan kabinet yang baru di umumkan, maka terperanjat berok beberapa orang yang memikirkan bahawa rombakan kali ini akan menyaksikan satu perubahan besar. Sungguhpun acapkali diucapkan oleh Pak Lah bahawa "style beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir" tapi nampaknya tidak ada perbezaan yang ketara cuma sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed, sekiranya ada orang yang menangis di hadapannya, kemungkinan dia akan berubah fikiran tetapi bagi DS Abdullah Ahmad Badawi, walau DS Abd Kadir Sheikh Fadzir mungkin sudah menangis di hadapannya beliau tetap juga digugurkan dalam kabinet kerana beliau tewas dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO dan setelah tewas beliau lantang menyerang Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kerana tidak bertindak secara adil dan telus dalam membasmi politik wang.

Sepatah kata, DS Abdullah Ahmad Badawi adalah dari spesis yang memaafkan tetapi tidak lupa dan ini menjadi padah kepada Menteri Penerangan tersebut. Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah pun dimaklumkan bahawa beliau tidak akan dilantik semula menyertai Jemaah Menteri dan secara spontan alasan berhasrat untuk meletakan jawatan digunakan.
Jika beliau berakal sikit maka dia tidak perlu beliau meletakan jawatan sebaliknya membuat pengumuman bahawa beliau memohon untuk tidak disenaraikan lagi sebagai jemaah Menteri. Insiden meletak jawatan seperti apa yang dilakukan oleh DS Abd Kadir Sheikh Fadzir, dalam saat rombakan kabinet ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Rombakan kabinet ini, bukan sahaja satu pasukan Perdana Menteri bagi perlaksanaan RMK ke 9 tetapi adalah kabinet yang akan menghadapi Piliharanraya Umum 2008/9. Berdasarkan orang yang ada, kabinet ini tidak menunjukan kemampuan untuk membawa Barisan Nasional ke arah yang lebih baik untuk menang besar dalam pilihan raya tahun-tahun kehadapan.

Macam satu pasukan bola, apa yang kita dapati bahawa sebilangan besar pemain-main sudah tidak diminati lagi oleh penonton dan ada setengahnya pula tidak langsung menunjukan prestasi yang cemerlang. Kapten pasukan mengekalkan Nazri Aziz hanya kerana beliau adalah orang DS Mohd. Najib Tun Razak dan ini telah terbukti dengan meminta DS Mohd Najib Tun Razak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu DS Anwar Ibrahim pecat sebagai Ahli UMNO.

Apakah releven Nazri Aziz untuk jadi Menteri yang menjaga undang - undang sedangkan terdapat dua insiden besar yang mengugat kredibilitinya : kenyataannya dengan BPR berhubung isu permit teksi dan terakhir mempertikaikan keputusan mahkamah dalam isu Moorthy.

DS Azmi Khalid yang berkahwin secara berselubong dan bertukar-tukar tempat dikekal menjadi Menteri hanya semata-mata kerana rakan sebilik Perdana Menteri masa menuntut di Universiti dahulu, seorang yang nak kahwin pun takut menghadapi kenyataan, inikan pula nak tadbir negara. Mungkin perpindahannya ke Kementerian lain adalah, kerana semua orang tahu bahawa kebanyakkan suku sakatnya mendapat kepentingan dalam meluluskan kemasukan pekerja asing termasuk menantunya yang berasal dari Pakistan.

Dalam isu DS Tengku Adnan Mansor jadi Menteri semula, satu persoalan yang sendiri tanya, sendiri jawab adalah siapa menumpang tuah siapa. Sebenarnya Datuk Zulhasnan Rafiq sudah memberi tahu kawan-kawan rapat dengan beliau bahawa beliau akan dilantik menjadi Menteri WP.
Ini sudah diketahui semenjak tiga bulan dahulu lagi dan berdasarkan hubungan isteri beliau dengan Allahyarham DS Endon Mahmood, mungkin ada amanat dari DS Endon Mahmood supaya beliau dilantik menjadi Menteri, tetapi perlantikkan D Zulhasnan Rafiq, ini akan menjadikan UMNO Wilayah Persekutuan bermasalah dan pelik.

Ini adalah kerana Pengerusi Perhubungan yang menang MT tidak dilantik jadi Menteri dan D.Zulhasnan Rafiq, Ketua UMNO Bahagian pula menjadi menteri. Ini pasti akan menjadi satu bentuk komformiti mengenai kata-kata orang mengenai DS Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mengamalkan persahabatan dan kronis. Oleh itu untuk menaikkan D Zulhasnan Rafiq jadi Menteri, maka dilantiklah DS Tengku Adnan Mansor kejawatan Menteri kerana jika tidak, DS Abdullah Ahmad Badawi akan menambahkan musuh dengan ahli-ahli UMNO di Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu terdapat pula salah saorang ahli UMNO bertaraf Menteri yang tidak pernah tengok cermin besar, namanya Datuk Mustapha Mohamad. Walau pun semua orang telah memperlinya sebagai "Menteri Lima Minit, Menteri Timbang dan Menteri yang tidak pernah berubah, cakap tak pernah betul, akhirnya tercampak ke Kementerian Pengajian Tinggi, menjaga budak-budak akil baligh.

Sebenarnya D Mustapha Mohamad tidaklah hebat macam DS Rafidah Aziz. Perdana Menteri mempertahankan Rafidah untuk kekal dalam Kementerian yang sama kerana kebolehan dan pengalamannya. Bagi D Mustapha Mohamad, yang sifunya Tun Daim Zainuddin, jelas fikiran pakar ekonomi itu sudah tidak diterima pakai dalam merancang dasar ekonomi, kerana beliau sendiri tidak pernah berada di akar bawah.

Akhirnya kabinet yang ada hanya sekadar nak jaga hati kawan, nak jaga hati penyokong, nak bagi Menteri-Menteri UMNO buat duit sikit sebelum pencen dengan menggunakan sisa - sisa kedudukan sebagai Menteri. Berdasarkan cara rombakan dan nama-nama Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen nampaknya kabinet ini dirunding dengan DS Mohd Najib Tun Razak. Maka kali ini isteri (sudah meninggal dunia) anak dan menantu tak campur, kerana semua orang tahu sekiranya terdapat campur tangan maka berapa nama seperti Shaziman, Wan Farid pasti tersenarai sebagai jemaah menteri "kabinet menantu".

Sang Kelembai: Terima Kasih dengan Memo 9 Menteri bukan UMNO yang memasukan isu Khairy Jamaludin dalam Memo itu, kalau tidak sudah pasti Maya Karin pun dilantik jadi Senator.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia