Satu perkara yang orang tidak ambil perhatian atau terlepas pandang ialah cara Perdana Menteri mengumumkan kabinet "valentine" beliau. Perdana Menteri tidak menyebut langsung bahawa beliau sudah mengadap SPB Yang DiPertuan Agong dan telah diperkenan oleh baginda atas berapa perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri.
Bagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri kerana sepatutnya pembantu-pembantu beliau menasihati beliau supaya didahulukan sebutan bahawa beliau sudah mengadap SPB Yang DiPertuan Agong dan sudah di perkenankan ke atas perlantikan tersebut.
Itu sebab Majlis Angkat Sumpah, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri tidak diumumkan tarikhnya serentak dengan pengumuman tersebut seperti mana dilakukan sebelum ini. Turut menjadi amalan sebelum ini ialah sekiranya seseorang itu belum menjadi ahli mana-mana Dewan Dalam Parlimen, individu tersebut akan dikatakan bakal dilantik menjadi Menteri sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Senator.
Sekarang kecuh khasnya ahli UMNO di Selangor akan perihal tidak ada seorang pun Menteri Kabinet "Valentine" datang dari Selangor kecuali DS Aziz Shamsudin, Ahli Parlimen Shah Alam yang tidak boleh hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor kerana beliau adalah ahli dan Ketua UMNO Bahagian di Perak.
Untuk tempoh dua tahun ini dan sehingga pilihan raya yang akan datang, maklumat-maklumat kerajaan Persekutuan tidak dapat diperolehi oleh Badan Perhubungan kecuali perkara-perkara dibincangkan di Majlis Tertinggi UMNO.
Sekiranya pengamalan dasar sekarang ini ialah parti menguasai kerajaan, ia bukan menjadi satu masalah tetapi semua orang sudah mengetahui, bahawa UMNO hari ini dikuasai oleh Kerajaan dan kerajaan itu dipangku oleh seseorang yang dibantu oleh anak menantu, yang kini menjadi jutawan ECM Libra secara "instant".
Jutawan "mee segera" ini suduh memperbagaikan minatnya dari pemain polo yang tak mampu disertai oleh semua orang , kerana belanja makan kuda sahaja dalam sebulan boleh menampung makan sebuah keluarga miskin di Hulu Tembeling selama setahun, kepada bola sepak yang dipermainkan oleh budak kampong, sebagai mahu menunjukan sikap "pemuda masuk kampung".
Berbalik kepada isu angkat sumpah tadi, jika nama-nama itu dipersembahkan kepada SPB Yang diPertuan Agong, adalah menjadi kebiasaan untuk tidak menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri maka akan dicadangkan nama-nama Menteri yang datang dari negeri SPB Yang Di Pertuan Agong, oleh kerana sekarang ini Perlis menjadi SPB Yang DiPertuan Agong, maka bertuahlah Perlis mendapat dua orang Menteri walaupun kedua-keduanya tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian di Parlimen Perlis.
Itu sebab di masa-masa lalu jumlah Menteri atau Timbalan Menteri dari sesebuah negeri akan bertambah jumlahnya berdasarkan siapakah raja yang menjadi Yang DiPertuan Agong.
Oleh itu jika Selangor nak kan banyak orangnya menjadi Menteri, tunggulah giliran Selangor menjadi SPB Yang DiPertuan Agong.
Kabinet baru sudah diberi tahu hala tujunya. Kabinet sebelum ini yang belum mencapai usia 24 bulan telah di rombak untuk menyegerakan manifesto cemerlang, gemilang dan terbilang. Sungguhpun begitu kabinet baru ini tidak akan menyaksikan apa - apa perubahan sekiranya semua Menteri kabinet khasnya dari UMNO masih di jangkiti dengan penyakit.....diperingkat Perdana Menteri penyakit "I Know" dan diperingkat Menteri penyakit " I Dont Know.
Menteri-Menteri yang dikenali sebagai Menteri-Menteri Nato (No Action Talk Only) dua sudah direhatkan. Tetapi masih terdapat Menteri-Menteri lain dikekalkan seperti DS Rais Yatim, DS Azmi Khalid, Dtk. Mustapha Mohamed, Dtk Shafie Afdal termasuk beberapa Timbalan Menteri yang ponteng selalu seperti Dtk. Abd Rahman Bakar,yang jarang berada dipejabat dan DS Mohd. Shariff Omar yang kita tak tahu apa tugas di Kementerian Pertanian Dan Asas Tani.
Kesimpulannya, hari ini ahli-ahli yang ada jawatan,jangan tergila-gila nak jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak ada jaminan mereka boleh naik pangkat atau di beri pangkat, salah hemat terbuang pangkat. Bagi ahli UMNO-UMNO di akar bawah mereka tidak akan terasa kesan, siapa yang di lantik dan siapa di buang kerana memang mereka tahu sebilangan Majlis Tertinggi itu menghadapi sindrom "Yes Sir" walau pun dia pilih oleh hampir 2500 perwakilan UMNO.
Ahli-ahli UMNO sekarang sudah sedar, bahawa mereka adalah lembu, kalau tarafnya baik menjadi kuda lumba, matanya di tutup kecuali boleh memandang ke garis penamat, yang jadi "jockey" dapatlah sikit tapi yang untung besar ialah towkay kuda. Nasib kuda kalau sudah tidak boleh berlumba lagi atau sudah cedera, towkay kuda arahkan tembak sahaja atau jadi kuda tontonan dekat zoo.
Sang Kelambai: Barang siapa pernah dilantik jaga Kewangan, tidak seorang pun yang selamat masa depannya dalam politik. Cuba fikir kenapa? Kewangan ialah Baitul Mal. Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Daim Zainuddin, Tun Dr Mahathir dan berapa banyak Timbalan Menteri Kewangan yang hanyut begitu......kaji sendirilah.
No comments:
Post a Comment