Akhirnya sepertimana janji Allah kepada umatnya bahawa dia akan memastilan Islam dengan ayatnya di larang jual dengan sebarang harga, maka ditakdirkan datanglah pertunjuk Allah akan ketentuan perkataan mulut, hati dan perbuatan benar atau salah.
Kekuatan Kalimullah Hassan sehingga Pemuda Umno yang berkeris itu minta Biro Agamanya untuk membuat kenyataan yang sepatutnya sekurang-kurang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bersuara.
Malang sekali si fulan ada kepentingan dengan Kalimullah yang menjadikan dia kaya. Sudah pasti suara bukan setakat tersekat-sekat tapi sudah pasti langsung tak keluar.
Disinilah sepatutnya kita dapat menilai anak menantu Presiden UMNO yang terjerit sana dan terjerit sini mengenai masalah orang - orang Melayu. Dapat kita sebanrnya melihat pendirian beliau dalam isu kawan karibnya yang menghina Islam. Sebenarnya si fulan itu sama taraf dengan keling mabok todi. Bercakap tapi tak faham apa dia cakap.Dalam sejarah peradapan UMNO hampir 60 tahun, inilah pertama kali UMNO mempunyai Presiden lembik dan lemah, sungguh pun dahulu ada sesaorang yang bernama Hussein Onn.
Sungguhpun beliau dikatakan lembik dan lemah tetapi beliau tegas dan ketegasan ini sampai sekarang diingat oleh generasi sezamannya.Itu sebab orang tak ambil perhatian terhadap usaha membasmi rasuahnya. Sudah tiga tahun berlalu takkan dua orang sahaja yang yang diambil tindakan, seorang exco dan seorang Menteri yang mana kedua - dua mereka itu pula bukan merugikan harta khazanah rakyat, seorang kerana politik wang dan seorang beli dan jual saham dalam syarikat GLC.
Tapi sekarang rasuah sudah dihalalkan sebagai contoh KSN berkata " bahawa jangan lihat kekayaan pegawai kerajaan adalah kerana rasuah tapi mungkin dia mewaris harta keluarganya". Soalnya pegawai-pegawai Kerajaan itu orang ramai tahu mana datangnya termasuk asal usul keluarganya. Tidak semena - mena punyai kereta anak beranak bernilai dua tiga juta, rumah banglo dua tiga tempat, maka terjadilah pertanyaan dan persoalan dikalangan rakyat.
Sekarang, KSN sudah sedia memberikan jawapan untuk pegawai kerajaan sekiranya ditanya macam mana mereka boleh kaya. Jawapannya mudah ia itu mewarisi harta keluaraga dan siapa nak persoalakan lagi. Maka sesuailah Malaysia dengan Perdana Menteri dan KSN yang dipanggil "dua serupa".Membasmi rasuah bukan macam perang. Perang ada General, ada logistik dan ada strategi dan yang penting ada musuh yang nampak. Musuh itu pula macam mana ? Nak menghancurkan kita dengan menyerang kita atau dia nak jadikan kita jajahan takluknya. General suruh perang rasuah tapi musuhnya berselindung di Perdana Putra dan bila nak tembak dia menyorok di belakang general. Macam mana nak buat. Kalau seorang yang patriotik dan tahap nasionalism dia tinggi, dia akan tembak kedua-kedua sekali, kerana general dan perasuah boleh dicari tapi apa yang dilakukan oleh perasuah akan menghancurkan generasi dan bangsa.
Itu sebab dari pasang signboard "Masyarkat Bermaruah" lebih baik kita pasang "Masyarakat Tanpa Rasuah", soalnya berani tak Pak Lah arahkan Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga memasangnya iklan tersebut dengan tambahan perkataan seperti ini, "bermula dengan saya, anak menantu dan keluarga", jawabnya sudah tentu tidak, kerana isu NST berpunca dari rasuah saham yang diberikan oleh Kalimullah Hassan kepada anak menantunya yang bernama Khairy Jamaluddin dan dibenarkan Abdullah Ahmad Badawi dengan meluluskan Avenue Capital dikuasai oleh ECM Libra . Pengajaran isu rasuah ini samalah dengan cerita anjing dengan bayang - bayang, kerana rasuah dianggap kurang sekarang adalah kerana tak ada projek pembangunan apa-apa, bukan kerana pembenterasan rasuah yang diamalkan oleh kerajaan Islam Had Hari.Sudah nasib orang Melayu punya pemimpin yang bertaraf si pekak dengan si tuli. Sudah dikatakan berapa kali Kalimullah itu agen Singapore tetapi kerana pemimpin sudah dirasuah, mereka diam sahaja kekenyangan. Untuk tidak double standard, KDN sudah pasti akan mengantung penerbitan NST, maka puas hatilah Kalimullah dan Brendan Pereira kerana NST tertutup.
Sang Kelembai: Macam mana orang di Menara 38, Bangunan UMNO tak nampak, surat khabar milik UMNO tapi bagi orang lain uruskan. Pelik tetapi Benar. sebabnya orang-orang UMNO sudah hilang "Falsafah Perjuangan UMNO"
No comments:
Post a Comment