Dua buah negara dalam Asean sedang bergolak, dan pergolakan itu ditujukan kepada Ketua Kerajaan masing-masing, yang seorang bergelar Perdana Menteri dan seorang bergelar Presiden. Kedua-dua Negara itu tidak dijajah oleh British. Maka cara kebangkitan rakyatnya mengikut corak dan budaya negara mereka sendiri. Jika diamati keduanya berpunca dari satu masalah yang sama yakni perlembagaan.
Begitulah keramatnya "Perlembagaan" bagi negara tersebut, kemungkinan kedua negara tersebut sudah "buta huruf sifar", tetapi seperti mana orang- orang Islam, yang penting ialah dia simpan Al Quran di rumah (sekurangnya senaskah dan surah yasin) bagi mengesahkan dia Islam. Soal baca atau tidak, itu soal kedua,
Tapi jarang-jarang warganegara kita simpan Perlembagaan di rumah jauh sekali nak membacanya dan begitu juga Ahli UMNO. Sungguhpun sudah menjadi ahli bertahun, rupa Perlembagaan UMNO pun dia tak tahu. Jadi nak bincang apa dengan ahli-ahli UMNO yang buta huruf dalam Perlembagaan UMNO, perlembagaan parti mereka sendiri.
Sebagai seorang warga Negara Malaysia kita mesti mengetahui Perlembagaan Negara, sebagai Ahli UMNO, perlembagaanya mesti dibaca dan faham, maka jadilah ahli UMNO orang yang berguna kepada parti.
Di Filipina, rakyatnya kata tindakan Presiden mengistiharkan Dharurat tidak berpelembagaan. Di Thailand, Perdana Menteri di tuduh membelakangkan Perlembagaan dengan membuat dasar bagi tujuan melengkapi perniagaan keluarganya.
Isu di Thailand hampir sama dengan di Malaysia, kerana sebilangan besar rakyat dan parti politik di Thailand tidak berjuang atas landasan agama, bangsa sebalik tumpukan kepada kepentingan "Negara". Di Malaysia, dengan taraf kebodohan rakyat khasnya orang-orang Melayu ini maka kita telah membolehkan semenjak era Tun Dr Mahathir Mohamad lagi apa yang dikatakan "menggunakan Perlembagaan (Malaysia dan UMNO) untuk membuat dasar bagi bertujuan untuk melengkapkan perniagaan keluarganya.
Disebabkan dia bergerlar "Perdana Menteri" dan punya kuasa 1/3 di Parlimen maka tidak ada siapa yang berani mempersoalkan kuasa-kuasa beliau dalam membuat dasar walau pun dasarnya sama dengan apa yang dilakukan oleh Thaksin Shinawatra. Kita cuba perhatikan bajet yang ada sekarang ini, sebilangan besarnya untuk kepentingan anak menantunya dalan industri kewangan. Apakah mereka lupa kemakmuran negara harus di ukur dengan kemakmuran rakyat dan bukan untung kertas syarikat - syarikat ataupun perolehan kewangan kepimpinan negara ini.
Bagaimana beliau boleh membenarkan beberapa syarikat kerajaan (GLC) dijual kepada Singapura dan yang terakhir adalah untuk membuat keputusan bagi menyerahkan satu syarikat Singapore mengendalikan penghantaran Bill Telekom yang melibatan kutipan berjutaan ringgit setahun.
Itu adalah perkara-pekara yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru berkuasa dalam tempoh tiga tahun dan belum lagi 10 tahun. Kalau 10 tahun nescaya akhirnya nanti Malaysia dan orang Melayu yang ada hanya "Seluar Dalam" kerana mengikut cakap-cakap di Coffee House Hotel lima bintang anak Perdana Menteri sudah ada Jet Peribadi yang disimpan di Pert Australia dimana mahligainya juga ada disana.
Dan mengikut kata Pelancong-Pelancong Malaysia yang balik dari London, memang mereka nampak kereta-kereta anaknya yang memilik Scommi di London mencecah harga kereta sebanyak RM 15juta. Belum lagi cerita - cerita saksi-saksi yang nampak menantunya yang hebat itu berpoya-poya dengan seorang artist samada di Singapura atau di Bangsar.
Bila Perdana Menteri yang datang dari UMNO ini hendak mertabatkan bangsa melayu? Mungkin sebenarnya beliau hanya mahu memertabatkan anak dan menantunya sahaja yang juga dari berbangsa Melayu.
Jadi terimalah hakikatnya kini penggunaan perlembagaan yang ada hanya untuk digunakan buat anak dan menantunya sahaja.. Mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan kuasa Perlembagaan dan bapak mereka sebagai Perdana Menteri. Maka makna tak ada berkompromi bagi pemimpin Islam Had Hari ini melaksanakan apa sahaja untuk mereka yang ada kepentingan.
Masih kuat kedengaran sajak abadi beliau "aku tidak mencari harta bertimbun"(kerana yang bertimbun itu sampah) tapi "aku mencari harta berpeti-peti"(kerana peti selalu digunakan oleh lanun-lanun dan perompak) "aku tidak mencari duit berjuta-juta" sebaliknya "aku mencari duit berbillion" dan akhirnya "aku tidak mencari kawan untuk berpoya-poya" sebenarnya "aku mencari kawan-kawan untuk menjual harta negara"
Sang Kelembai " Kalau tengok perangai Abdullah Ahmad Badawi ini, apa yang perlu kita lakukan? 1). Membiarkan kerakusan yang berterusan? 2) Menyingkirkan dia secara demokrasi. 3) Diam dan tunggu takdir apa jadi pada Tanah Air dan "orang Melayu. Jawab dalam hati.
No comments:
Post a Comment