Wednesday, March 01, 2006

Sang Kelembai 01032006

Apakah yang akan terjadi kepada negara kita hari ini, jika mereka yang berkuasa atau yang tidak berkuasa seperti Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai wang tunai sebanyak RM 800 juta, menjadi Pengerusi Petronas di awal tahun penubuhannya. Tercatat dalam sejarah bagaimana susah mereka -mereka berusaha untuk menubuhkan Petronas termasuk merangka aktanya sekali.
Cabaran terbesar ialah para pemodal minyak yang mengetahui potensi minyak, sanggup menawarkan RM 500 juta ( nilai masa itu) kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah supaya jangan meneruskan usaha mewujudkan satu perbadanan minyak yang melibat kuasa carigali, sebalik hanya membuat satu Akta sekadar mengawal dan menerima royalti seperti berlaku di Brunei dan Indonesia.

Tapi jika Khairy Jamaludin keluaran Oxford menjadi CEO Petronas pada masa itu, sudah jelas tawaran itu akan diterimanya, sebagaimana sekarang banyak syarikat GLC terjual kepada Singapura kerana ada peranannya. Kepentingan negara kini jatuh nombor sepuloh bagi yang berkuasa tapi kepentingan diri yang diutamakan,

Hari ini Petronas menjadi kebanggaan Malaysia, bukan sahaja sebagai sumber hasil tetapi sebagai bukti anak bangsa Melayu yang diberi peluang menguruskan satu syarikat strategik berjaya melakukannya dan jika terdapat orang-orang Melayu yang tak sedar diri dalam Petronas, mereka hanya kes yang terpencil.

Malangnya Petronas sebagai sumber hasil tidak lagi berperanan sebagai tempat melahirkan usahawan Melayu, Ada Melayu yang hanya dilantik sebagai pengedar minyak di stesen yang didirikan, yang dapat francias jika tak kaya hanya senang hidup kerana perniagaan di stesen minyak itu hanya memerlukan kebolehan "tahu mengira" atau tahu matemetik sahaja.

Umum sudah tahu bukan sahaja di kalangan Petronas malah cakap-cakap orang ramai, bahawa semua perniagaan strategik di Petronas sudah dimiliki sepenuhnya oleh Scomi yang dikuasai oleh Kamal Bin Datuk Seri Abdullah Badawi, Setiap tender dalam Petronas mestilah di rujuk kepada Scomi seperti juga tender-tender lain di Keretapi Tanah Melayu. Kalau Scommi tidak mahu, maka baru peluang ada untuk kepada yang lain, Jika Scomi mahu tender itu.. maka yang lain macam iklan KFC "sehingga menjilat jari".

Hari ini minyak naik... kata orang yang tak kan naik hanya satu, ia itu "Air Hujan" tapi sudah di proses maka air hujan yang menjadi air bersih akan dijual juga dan taukeh air sekarang ini mahu harga air dinaikkan. Masya-Allah yang kalau Allah punya pun dia nak jual, maka tak kan negara mereka tak boleh jual.

Orang Melayu memang terkenal menjadi usahawan yang tidak perlu bekerja keras, dia jual petai, petai tidak pernah ditanam, dia jual pucuk paku atau cendawan, dia tak pernah tanam, jadi kalau dia tak tanam, dia gunakan kuasa macam filem melayu ia itu "Kuasa Demang". Bukan sahaja Demang yang rakus tapi termasuklah anak-anak buah Demang dan kadang kala terdapat kaum kerabat Demang sendiri yang terlibat. Senang-senang tengok filem Melayu yang hitam putih, akan kita dapat iktibarnya.


Maka berkatalah "Demang" hasil kenaikan harga minyak akan di serahkan kepada rakyat dengan cara meningkatkan mutu pengangkutan awam, jumlahnya RM 4.4 Billion. Maknanya pengguna yang menggunakan minyak sekarang adalah korban kepada keputusan Syarikat Pasarana Negara Berhad yang menguruskan Rafid, LRT, Monoreel dan Komuter, yang membeli bas dan gerabak baru, termasuk membayar hutang.

Bayangkan seronoknya berbelanja wang orang, belilah apa sahaja dan sudah tentu sudah ada komisyenya, untunglah yang jadi agen atau broker menjual Bas yang berselerak di Kuala Lumpur sekarang, sehingga tidak terfikir tindakan menggunakan tiket RM2 untuk sehari itu akan terus merugikan Rafid kerana tiket itu boleh digunakan berkali-kali. Jangan hairan kalau kita tengok ada pengutip tiket Rafid, sebab harga RM2 boleh digunakan satu hari, kalau yang second hand boleh dijual RM1.00 maknanya kita untung RM1. Usahawan tanpa usaha.

Sekarang minyak sudah naik dan tak akan turun lagi. Ini adalah kerana tidak ada klausa yang mengatakan bahawa harga minyak akan mengikuti harga antarabangsa, kalau naik maka minyak kita naik kalau turun maka minyak kita akan turun harga. Yang ada ialah kalau naik, harga naik kalau turun, harga tetap kat situ malah mungkin naik. Kalau kita renung kembali, ke tahun 1970, mereka-mereka yang terlibat merangka Petronas harus terkilan melihat keadaan hari ini, baik terima sahaja "rasuah" itu. Mereka tak ambil rasuah kerana kepentingan negara tapi orang kemudiannya yang tanpa modal fikiran dan usaha dengan senang-senang merosakkan Petronas. Jadi bila "Demang" kata minyak kita masih murah maka dia kena baca dulu sejarah minyak di Brunei, Indonesia dan Thailand kerana mereka semua hanya menerima royalti minyak dari syarikat cari gali sementara di Malaysia yang terima royalti minyak ialah negeri-negeri yang Petronas terlibat dalam cari gali.

Sang Kelembai: Nampaknya Demang semenjak kesunyian ini tidak dapat bezakan antara ayam dengan itek.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia