Saturday, March 04, 2006

Sang Kelembai 03032006

Dalam perjanjikan Kemerderakaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, selepas 10 tahun baharulah Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Ke arah itu maka kerajaan telah mengadakan beberapa program "Bulan Bahasa Kebangsaan" bagi melengkapkan pemahaman rakyat mengenai keperluan satu bahasa, satu bangsa dan dengan itu wujudlah slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" . Peranan penting ke arah itu diberikan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka, satu agensi di bawah Kementerian Pelajaran.

Hari ini kerajaan, yakni kerajaan yang tidak pernah berubah, kalau ada pun dari Perikatan kepada Barisan Nasional membuat pengumuman lagi mengenai perkara yang sudah termaktub hampir 40 tahun dulu. Persoalanya ini wujud sekarang adalah kerana kerajaan mengamalkan budaya yang dipanggil "Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari", maka terpaksa mereka membetulkan cara terkencing itu, kerana di mana sahaja rakyat sedang merancang untuk mengencingkan UMNO dan Barisan Nasional, apabila tibanya masanya.

Pindaan Akta itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu kerana terdapat isu yang lebih besar seperti kenaikan harga barang, pengangguran, dan "macam-macam ada" masalah rakyat hari ini. Baru tiga tahun, kerajaan yang berlandaskan Islam yang ada "Had: dan ada "Hari" memerintah apa yang ketara ialah rakyat sudah dipecahkan mengikut kelas, ada kelas kaya, kelas menengah dan kelas rendah atau dipanggil kelas "paria". Rakyat-rakyat di kelas menengah dan paria inilah yang menyokong Barisan Nasional kerana mengharapkan kerajaan melindungi mereka dan menjadi payung pada rakyat.

Namun bila payung sudah gagal memenuhi hakikat kehadirannya, air sudah mula tembus dan cahaya panas tidak dapat lagi di halang ,maka payung ini akan dibuang begitu sahaja. Disinilah agaknya isu Bahasa Melayu boleh memberi peranan mengalihkan pandangan rakyat khasnya orang Melayu supaya tidak berganjak menyokong UMNO teras Barisan Nasional.

Tapi bagi orang Melayu yang dah tua-tua bolehlah berfikir panjang tapi yang muda, macam mana? Cuba tengok kehadiran demonstrasi, semua muda-muda belaka kalau ada yang tua, mereka termasuk golongan paria yang dipinggirkan. Ini adalah kerana yang muda-muda tahu bahawa isu Bahasa Melayu, samalah seperti tengok cerita filem hitam putih "Charlie Chaplin" atau siri-siri Filem P. Ramlee "Bujang Lapok dan Labu Labi", semua yang diperbuat oleh pihak yang mahu mendaulatkan bahasa Melayu, lawak belaka.

Apa yang tak lawak, cuba tengok sudah beberapa banyak nama Kementerian di tulis dan di perbesarkan akronim dengan nama dalam Bahasa English, contohnya Kementerian Kewangan, dahulunya dipanggil "Perbendaharaan" sekarang dipanggil "MOF" yang bermaksud Ministery Of Finance, dahulu ada percubaan Mindef ia itu Minstry Of Defence untuk ditukar ke Kementah yang bermaksud Kementerian Pertahanan tapi akhirnya kekal dengan "MINDEF", kalau nak tahu mana-mana Kementerian yang dah bertukar nama kebahasa Inggeris, tengoklah nama - nama pendek laman web mereka.

Oleh itu jika rakyat hendak dialihkan pandangan dalam isu harga berasaskan petrolium naik, ini satu kerja yang sia-sia. Sebenarnya isu itu, tidak akan menjadi masalah besar jika ada kepandaian mengendalikan situasi seperti orang dulu-dulu.

Ini bukan kali pertama negara menghadapi isu kenaikan harga. Sudah banyak kali, masa zaman Tun Razak dan Tun Hussein dan juga di zaman Tun Dr Mahathir. Sebelum satu-satu dasar diperbuat yang menyentuh perasaan rakyat, satu plan bertindak turut dirangka. Kebiasaannya antara yang berperanan dalam merangka pelan tindakan ini ialah Jabatan Perang Saraf di JPM. Jabatan ini yang bertindak dan memberikan rangka perancangan penerangan dalam bentuk perang saraf bagi membolehkan sesuatu dasar itu dilaksanakan, tetapii malang jabatan sudah ditutup lama hampir 20 tahun sudah.
Tahun 70an, negara menghadapi inflasi, harga barang melonjak naik, kerajaan terpaksa menghadapi kebangkitan rakyat, maka terjadi isu Baling tapi kerajaan larikan isu itu dengan mengadakan kempen "Anti Sorok", maka semua rakyat menerima kenyataan bahawa barang-barang keperluan jadi mahal kerana disorok. Adalah dua tiga gudang menjadi mangsa tapi yang penting ini mengendurkan ketegangan rakyat. Itu cara orang-orang dulu menghadapi apa yang dipanggil "crisis management"

Kemarahan rakyat hari ini datang kerana di undang oleh kepimpinan kerajaan yang kurang cerdiknya, khas pegawai di JPM membuat pengumuman kenaikan harga minyak, hanya sekadar kenyataan sahaja. Mungkin Perdana Menteri dapat nasihat dari menantu kebanggaannya yang berkelulusan Oxford pakar ekonomi, jutawan "pucuk paku" tak payah tanam, ambil saja dan jual. Adapun cerita gosip bahawa jutawan pucuk paku ini sudah mengalami penyakit atau sindrom "angau" semenjak bercinta dengan pelakon, pengacara yang glamour, kata setengah orang, sudah diperkenalkan kepada "Pak Lah" di Genting Highland "calon madu anaknya". Apa pun ini setakat gosip, tak tahulah betul atau tidak, jika tak ada penafian kira betulah itu. Satu kemajuan dalam konsep Islam Had Hari.

Sepatutnya jika JPM cermat sikit buat kerja, sepatutnya pengumunan yang diperbuat oleh Kementerian Kewangan hanya menyentuh bahawa kerajaan telah membatalkan "subsidi" harga minyak sahaja dan kemudiannya Petronas buat kenyataan, lanjutan dari pembatalan itu kerajaan telah meluluskan kenaikan harga 30 sen.

Jika ini dibuat, maka tidaklah ada demonstrasi rakyat atas kenaikan harga minyak, kerana sudah pasti malulah siapa nak menganjurkan kerana dalam fahaman islam..hanya orang-orang fakir sahaja yang berhak dapat duit atau barang Baitulmal. Jadi jika diadakan demonstrasi, maka lah boleh dipanggil sebagai wajah-wajah subsidi. Namun malang sekali melihat alasan Perdana Menteri bahawa wang subsidi itu dikembalikan semula kepada rakyat dengan mempermodenkan pengangkutan awam. Soalnya kenapa penduduk di Gua Musang, di Hulu Tembelang dan di cerok rantau pendalaman yang tak ada perkhidmatan RAFid, LRT dan Komuter termasuk menanggung kos bagi sara hidup bergaya dan mewah orang di Kuala Lumpur, yang mahukan Bas berhawa dingin, LRT yang moden.

Sang Kelembai: Walau harga minyak naik, rakyat Malaysia hanya sekadar macam iklan KFC "hingga menjilat jari" kerana minyak-minyak itu dijual kepada broker secara penjualan hadapan. Jika harganya dahulu se tong RM 80, bayang keuntunganya, yang dapat jadi agent tu siapa? Tanya sama PETRONAS.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia