Isu kenaikan minyak, masih lagi menjadi satu agenda utama kepada semua orang, baik di kota, di desa dan pendalaman. Nampaknya usaha-usaha kerajaan khas parti memerintah seperti UMNO dan Barisan Nasional memberikan penerangan masih tidak upaya meredakan isu itu.
Sebenarnya kalau kerajaan merancang secara strategik berkempen memberikan penjelasan kepada rakyat, akhirnya rakyat akan terima tetapi malangnya kerajaaan tidak berbuat sebegitu. Bayangkan bagaimana mudahnya Kementerian Penerangan yang dapat Menteri baru memberikan penerangan terhadap isu harga minyak. Hanya sekadar mencetak hasil wawancara di TV 1 dengan TPM DS Mohd Najib Tun Razak yang diberi tajuk "Ubah Gaya Hidup".
Disebabkan tidak menggunakan tenaga Profesional yang dalam bidang "kempen dan pengiklanan" tajuk tersebut yang berbunyi "Ubah Gaya Hidup" yang di tiru daripada kempen Kementerian Kesihatan untuk membasmi seks rambang khasnya "hubungan sejenis" yang menyebabkan Aids dan HIV, isinya tidak menjadi menarik di baca, betapa pun ada maklumat yang berguna didalamnya.
Sebenarnya tidak ada sebab rakyat nak "Ubah Gaya Hidup" di sebabkan kenaikan harga minyak. Semua rakyat menyedari bahawa mereka kini hidup di tahun 2006 dalam abad ke 21. Masalah berbangkit ialah kerana kerajaan sendiri tidak memberi motivasi kepada rakyat supaya meningkat taraf hidup. Pemikir-pemikir yang merancang idea rancangan pembangunan lima tahun yang di kenali sebagai Rancangan Malaysia telah menggunakan pendekatan psikologi dan motivasi serta berbagai istilah dicipta untuk diperkenalkan kepada rakyat. Antara yang terkenal ialah "Semangat Berkerja-Kaya, Semangat Tak Apa-Papa".
Malang hari ini Kerajaan tidak hendak menggunakan konsep itu, sehingga mereka terlupa bahawa konsep "Modal Insan" yang dilaungkan sebagai satu dasar baru, sebenarnya adalah dasar lapok dan hanya sekadar di rekon-kan sahaja macam kereta lama di baik pulih. Dahulu pereka istilah tidak begitu banyak, tidak adalah yang mencadangkan istilah "Modal Insan" sebaliknya yang digunakan adalah istilah "JayaDiri". Konsep Jayadiri samalah seperti Modal Insan sekarang, di mana setiap rakyat di seru supaya menggunakan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan taraf hidup.
Bila TPM menyarankan ubah gaya hidup, persoalan apa yang hendak diubah dan siapa yang nak kena ubah timbul. Pada rakyat yang susah, adakah mereka perlu berubah dari miskin ke kaya, atau bagi yang kaya raya macam Kamal Abdullah Badawi dan Khairy Jamaludin apakah mereka terpaksa berubah dengan menjual jet dan mahligai di Pert dan London ataupun mengurangkan hidup berpoya - poya di Singapura? Apakah mereka sepatutnya memulakan langkah untuk hidup sederhana. Adakah kita harus minta Menteri-Menteri supaya ubah gaya hidup, berubah dari keselaluan bercuti di luar negeri dan ada yang setengahnya menghisap curut yang harga sebatang boleh membeli beras untuk makan sebulan bagi satu keluarga 9 orang di Hulu Tembeling kepada gaya hidup yang lebih "moderate".
Oleh kerana Kabinet Had Hari yang mentaliti "Labah-Labah" yang mahu menjaring jika ada peluang untuk melengkapkan kekayaan keluarga, maka Shafie Afdal, yang sudah tidak afdal lagi menjadi Menteri yang jaga Hal Ehwal Pengguna hanya layak jaga perahu penambang dekat jeti di Sempurna, Sabah kerana beliau hanya tahu mengeluarkan browser yang layak dibaca oleh budak-budak tentang penjimatan perbelanjaan keluarga. Sebenarnya Kementerian beliau harus lebih pro aktif dalam menangani isu ini.
Kementerian mampu mengawal kenaikan mendadak harga barangan dengan mempastikan rakyat dapat memberi laporan secara hotline atau sms. Ini boleh dilakukan dengan membuat iklan senarai harga barang-barang yang terkawal mengikut bandar dalam akbar atau di saluran internet. Jika terdapat perlanggaran sepertimana yang dikatakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi "Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengaut keuntungan berlebihan. Ini mampu membenteras mereka yang dikatakan menangguk di air keruh.
Tetapi masalahnya Menteri ini kurang akalnya dan pendek pendekatannya. Mungkin ini disebabkan badan yang rendah itu, sehingga dia tidak berbuat apa-apa. Rakyat sedang memberi tumpuan untuk melihat satu kerajaan yang karismatik kepemimpinannya dalam menjawab persoalan isu kenaikan minyak ini.
Sebenarnya soalan yang sepatut di tanya oleh Perdana Menteri pada diri beliau sendiri ialah, kenapa rakyat tak percaya apa yang dia cakap, tidak seperti Tun Dr Mahathir bila menangani isu gawat ekonomi di tahun 1998 dan reformasi.
Kenapakah rakyat termasuk ahli UMNO berkerut dahi bila mendengar dia bercakap dalam TV atau "face to face", dimana salahnya, pakaian , bahasa , jawapan , intergriti atau wajah yang kadang kala macam baru bangun tidur. Maka eloklah Perdana Menteri cari pakar imej consultant, supaya beliau nampak beketrampilan, segak dan bergaya. Dan bagi menyejukkan hati rakyat , eloklah beliau memulakan arahan agar semua Menteri yang tinggal di Putrajaya naik Bas Rafid yang berhawa dingin itu atau pakai basikal ke Pejabat.
Sang Kelembai: Sepatutnya kerajaan kena bandingkan pendapatan kapita rakyat di negeri - negeri yang kita buat perbandingan harga minyak termasuk jumlah kereta dalam negeri itu. Agaknya Kerajaan terlupa tahap pendidikan rakyat sekarang bukan serendah SPM, bukan sekadar boleh menulis, membaca dan mengira tapi rakyat sudah boleh berfikir.
No comments:
Post a Comment