Nampaknya kerajaan sedang behempas pulas dalam perang psikologi bagi mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu kenaikan harga minyak. Setiap hari melalui media perdana, sama ada RTM atau TV3 mereka berlumba - lumba menyiarkan berita-berita sensasi dan mengambil peluang mengalihkan kemarahan rakyat dari isu kenaikan harga minyak keapda pencemaran air di Lembah Klang.
Maka berperananlah Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar turun padang melawat lokasi penyebab pencemaran itu. Jika niat tak betul, pasti akan tak betul, begitulah yang terjadi kepada Menteri yang jaga alam sekitar ini, kemana sahaja ke kawasan punca masalah beliau pergi dengan helikopter towkay pelupus sampah.
Kalau ikut bab rasuah, itu boleh di panggil rasuah, kerana Menteri sudah dirasuahkan dengan menaiki helikopter towkay yang hendak di ambil tindakan. Samalah macam polis yang mengejar perompak, naik kereta perompak yang baru lepas merompak bank.
Akhirnya berkatalah Menteri itu, "tiada undang-undang" yang boleh diambil kerana limpahan bahan kimia itu bukan disengajakan dan kemudian menyalahkan tempat pelupusan sampah di tempat lain. Inilah cara Menteri Valentine bertindak. Dalam isu "BigFoot" dia hanya sekadar menafikan kewujudkan makluk itu, tidak pula bercadang untuk bermalam di hutan Panti yang dikesan wujudnya pergerakan makhluk itu.
Berbeza dengan isu tempat pelupusan sampah ini dan towkay yang sediakan helikopter. Dtk Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor itu tidak berupaya menyediakan kemudahan helikopter bagi membuktikan dakwaannya bahawa makhluk tersebut berada di Johor.
Isu kenaikan minyak tidak akan berakhir, khabarnya Kerajaan Kelantan sedang timbang menimbang bagi membubarkan dewan negeri untuk diadakan satu pilihanraya umum negeri, kerana isu-isu kenaikan harga barang ini boleh merangsang rakyat memberikan sokongan kepadanya.
Soalnya sekarang kenapakah jadi begini kepada satu kerajaan yang berslogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"? Sehingga menjadikan slogan itu bahan ketawa dan lucuan. Bagi orang yang dekat dengan pintu kuasa, seperti pegawai kerajaan dan setengah orang politik yang berjawatan mereka tahu bahawa mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka tidak dapat lagi bertindak sebagai penasihat kepada Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Terdapat elemen lain yang berjaya dan dipercayai oleh Perdana Menteri.
Sudah tidak menjadi rahsia tertutup lagi bahawa ada setengah pegawai di Pejabat Perdana Menteri cuba menjadikan pentadbiran di Perdana Putra sebagai "White House". Di sini mengikut sumbernya, di tingkat empat Pejabat Perdana Menteri diletakan berpuluh-puluh pegawai muda yang sebilangan besar dicadangkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai penasihat-penasihat kepada Perdana Menteri untuk menilai sesuatu membuat keputusan yang bakal dibuat oleh Pak Lah.
Bagi menghalalkan tindakan mereka ini, Jabatan ini dipanggil sebagai "Policy Centre". Disinilah segala surat atau memo yang dihantar di nilai dan didrafkan sebagai keputusan Perdana Menteri. Itu sebab, kata setengah orang, jika satu-satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, jika masih tidak terbuka envelopnya atau dibaca oleh Perdana Menteri, alamat surat tersebut akan ada tangan hantu yang mengambilnya.
Kalau surat-surat itu kroni hantu, insyaallah akan ada susulan tetapi kalau surat sebaliknya, lebih baik lupakan sahaja. Itu sebab ada orang mengatakan kenapa Sang Kelembai tak tulis terus kepada Perdana Menteri, sebabnya Perdana Menteri tidak akan baca, macam Sang Kelembai tulis dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Kumpulan pegawai muda yang bertopengkan jawatan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri dan menghalal tindakan dengan menggunakan jabatan yang dipanggil "Policy Centre ini amat berkuasa. Mereka bertindak macam Mafia dan sebilangan besar mereka di bawah telunjuk Khairy Jamaludin.
Pegawai-pegawai ini telah memusatkan kuasa mereka dengan boleh memberi arahan kepada mana-mana Kementerian termasuk agensi berkuasa seperti EPU, syarikat kerajaan berkepentingan kecuali Keselamatan dan Pertahanan . Itu sebab jangan kita hairan bila meliaht kesemua CEO mempunyai hubungan dengan mereka-mereka di Policy Centre itu, kerana mereka berkuasa kepada semua termasuk Menteri-Menteri atau Menteri Besar. Maka dengan sendiri pegawai-pegawai ini diberi karpet merah jika bertemu dengan Menteri-Menteri dan ada maklumat mengatakan ada Menteri Besar terpaksa menunggu Khairy Jamaluddin di Lapangan Terbang.
Bagaimana pun jangan hairan, Kerajaan Indonesia pun terpaksa memberikan laluan protokol kepada Khairy untuk berjumpa dengan Presiden Indonesia. Soalnya sekarang, siapakah yang sebenarnya memerintah Malaysia? UMNO mengaku dia parti yang memerintah, Barisan Nasional kata di punya kerajaan di pusat dan negeri kecuali Kelantan.
Hari ini pula Majlis Tertinggi UMNO sudah jadi macam "Pesuruhjaya Sumpah" hanya tukang cop "rubber stamp" bagi menghalalkan tindakan Presiden mereka. Sebenarnya siapa yang berkuasa dalam era Had Hari ini? Siapa yang nak dapat tender kerajaan, siapa yang nak kena lantik jadi Senator, siapa yang nak jadi Pengerusi Badan Berkanun terpaksa akur kepada beberapa kumpulan kronis ini. Jika DS Abdullah Ahmad Badawi di cabar dalam pemilihan UMNO atas dasar nak menyelamatkan UMNO, kumpulan ini sudah sehat dengan hidup senang lenang, yang menyesal tak kesudahan ialah DS Abdullah Ahmad Badawi yang dah mula secara senyap tak bercakap lagi soal Islam Hadhari kerana sudah jadi Islam Had Lari.
Kumpulan Sahabat yang bertindak dahulu sebagai sebagai perisai atau benteng politik DS Abdullah Ahmad Badawi KINI sudah pun bertukar arah, ikut sama menyerang ketua mereka yang dipanggil Pak Lah itu. Khabarnya atas kehendak Pak Lah sendiri dengan ucapan beliau jika semua kumpulan sahabat tidak membantunya kerana Khairy Jamaluddin, biarlah dia hidup mati, sudah senang dengan menantunya itu. Maka banyaklah general dalam kumpulan sahabat ini sudah buat sembayang taubat kerana rasa bersalah memberikan sokongan kepadanya dan yang terkenal ialah Dtk Zahidi Zainul Abidin dari Perlis.
Sang Kelembai: Mempertahankan Pak Lah dalam status quo di tahun akan datang akan mengakibatkan UMNO bakal ditolak rakyat. Kalau Pak Lah undurkan diri secara terhormat, UMNO akan selamat, namun ruang untuk berubah tetap terbuka - intai - intai lah..Pak Lah

No comments:
Post a Comment