Itu sebab setiap orang yang hendak menggelarkan dirinya ahli-ahli politik, mesti memahami sejarah sepenuhnya kalau tidak jangan pandai bercakap dan berkata, kelak nanti orang akan tahu, kita ini sebenarnya tidak membaca. Begitulah jika di ibaratkan perbuatan menyimpan fail-fail oleh pegawai kerajaan setiap keputusan kerajaan untuk dilaksanakan dikatakan sebagai tindakan sebagai "Napoleon Kecik".
Ini adalah kerana semua orang tahu bahawa Napoleoan Bonaparte adalah seorang tentera yang terlatih menjadi pegawai tentera Perancis, dia bukan Lans Koperal atau Sarjan macam Hitler atau Idi Amin, dia Leftenant (Lieutenant) , dan dia berjaya hingga dapat menggelar diri dia sebagai "Maharaja" dalam kerjajaya sebagai Pegawai Tentera di Perancis.
Tidak pula tertulis bahawa Napoleon itu pernah berlagak macam pegawai kerajaan berkerja di bawah orang kemudiannya menyimpan ke semua arahan arahan perang. Sebaliknya Napoleon yang berkerja kuat dan genius dalan bidangnya.
Bila Napoleon dikatakan begitu, maka orang mula bertanya, apa yang disuruh kepada Napoleon oleh pegawai atasannya dalam zamannya sebagai pegawai tentera yang dia simpan sehingga kemudiannya Perancis menerima akibat buruk dan kalah dalam setiap peperangan. Maka sebenarnya sikap menyimpan arahan atau bertindak bertentangan dengan kehendak pegawai diatas tidak boleh disamakan atau dirujuk dengan Napoleon Bonaparte. Sepatutnya semangat yang ada pada Nepoleon digalakan dan dijadikan contoh oleh pegawai kerajaan tetapi mestilah jangan sampai tak sedar diri dengan kuasa.
Ahli sejarah walau tidak bersetuju tetapi patut menerima hakikat bahawa kejatuhan Napoleon dalam zaman kemuncaknya boleh terbahagia kepada 2 sebab utama, sungguhpun banyak terdapat banyak sebab- sebab lain. Pertama kerana melantik kroninya iaitu adiknya sendiri sebagai Raja di Sepanyol dan kedua cita-cita atau perancangan membabi butanya untuk pergi menyerang Russia di musim sejuk.
Atas kedua sebab tersebut dan banyak lagi sebabnya lain, rakyat Perancis mula mengurangkan sokongan mereka kepada Napoleon sehingga British dapat mengusir beliau dan sehingga terdapat percubaan keduanya untuk berkuasa semula gagal dan menyebabkan dia buang ke Pulau St Halena. Itu adalah penjara British untuk pembesar-pembesar negara yang dia jajah dan di antaranya termasuk Sultan Abdullah dari Perak, turut juga dibuang disana.
Bagi pemimpin yang cuba menggunakan andaian Napoleon, cuba musahabah diri kerana sebenarnya kejatuhan Napoleon adalah disebabkan perangai membawa kroninya dalam beberapa perlantikan. Macam sekarang, pada mula dulu ada usaha anak menantu hendak diletakan menjadi CEO di Khazanah Holding, kemudian beralih meletakan pegawai-pegawai kerajaan yang juga kroni dan dengan anak menantu menamakan kroni untuk kesemua perlantikan CEO syarikat kerajaan berkepentingan. Ini juga termasuklah Menteri-Menteri yang pernah membakar jambatan dan anehnya ada Menteri berkerja secara berduet dengan isteri mentadbirkan Kementerian. Soal berduet ini sudah dimulakan oleh Perdana Menteri semasa hayat isterinya hidup, tetapi sekarang dia berduet pula dengan anak gadisnya. Mata orang memandang dan otak mereka masih berfungsi.
Hari ini setelah hampir tiga tahun pentadbiran Era "Islam Ada Had Dan Ada Hari" belum nampak apa-apa dari perancangan fikiran Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang. Sebaliknya terdapat pula perancangan macam Napoleon mengerahkan beribu askar Perancis menyerang Russia di musim sejuk. Di mana askar itu mati bukan kerana perang tapi kerana sejuk.
Begitulah jugalah sekarang ini, bila kerajaan hendak memajukan sektor pertanian dengan peruntukan wang berbillion dan cuba nak ikut cara negeri-negeri yang maju dalam sektor pertanian seperti Amerika, Jepun dan Thailand.
Disebabkan tanah di luar bandar masih lagi dikuasai oleh orang Melayu berbeza dengan tanah dibandar, di mananya asal tanah kerajaan tapi difaraidkan kepada orang bukan Melayu oleh pemimpin Melayu dan kerajaan cuba untuk memenangi hati orang tua-tua di kampung dimana semua usaha itu tidak akan membawa mobiliti kepada mereka sebalik membazir dan gimmik sahaja.
Dikatakan membazir ialah semua negara yang maju dalam sektor pertanian telah dimulakan dengan memajukan sektor perindusterian dahulu. Dengan kemajuan perindusterian, keuntungan dari soktor itu dibawa memajukan pertanian. Masalahnya di Malaysia sekarang sektor Perindusterian seperti tidak diendahkan lagi sehingga Dasar Perindusterian Negara 1995-2005 sudah lama tamat masih belum dibaharukan.
Soalnya jika hendak dimajukan Pertanian hanya berdasarkan tanah sekangkang kera, apa hasil yang kerajaan dapat? Sepatutnya ahli fikir ekonomi di EPU sepatutnya sudah menyediakan plan pertanian dengan penyatuan tanah pertanian yang memakai konsep Felcra di luar bandar dan kemudian Kementerian Pertanian mestilah membuat R & D atau membeli benih dari negeri luar untuk dibahagian kepada petani-petani.
Soalnya kenapa Kementerian Pertanian tidak menyenaraikan import pertanian yang berjumlah RM 10 billion setahun itu. Jawapan mudah kerana jika ada AP yang dikeluarkan maka ada orang tengah dan orang tengah itu mesti ada pegawai kerajaan yang hubungan dengan orang tengah tersebut dan lazimnya orang tengah ini serampang dua mata.. orang politik dia kenal, orang kerajaan pun dia kenal. Maka mudahlah AP itu dilluluskan macam AP kereta. Maka sampai kiamat pun dasar pertanian ini tidak akan tercapai selagi Kementerian Pertanian tidak memantau kemasukan hasil pertanian yang boleh ditanam di Malaysia.
Sang Kelembai: Agak-agaknya Tan Sri Shamsuddin Osman sambung dua kali jadi KSN fasal dia "Awang Selampit" kerana yang kena berhenti wajib itu Napoleon. Antara Awang Selampit dan Napoleon, anda pilih siapa?

No comments:
Post a Comment