Tun Abd Ghafar Bin Baba sudah meninggal dunia dan yang terkubur bukan sahaja jasadnya tetapi khazanah sejarah negara dan UMNO itu sendiri. Ketika hidupnya sebaik sahaja selepas bersara dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO tidak ada satu pun intitusi yang berhubung dengannya untuk menjadikan beliau satu bahan rujukan kisah sejarah. Beliau hanya bersara dari jawatan dalam politik tetapi tidak politik dan sekarang betul-betul sudah bersara dari politik sebaik sahaja badannya disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. ~Al Fatiha~
Inilah "world class" Universiti - universiti kita yang berada di Malaysia, yang jarang sekali hendak mengambil perhatian kepada tokoh-tokoh yang berperanan dan saksi mata dalam perilaku pentabiran negara yang akhirnya dipanggil sejarah. Berbeza dengan Universiti di negara - negara maju, kebiasaan sudah menjadi tradisi mereka berlumba - lumba untuk mendapatkan seorang yang bertaraf negarawan berkhidmat dengan Universiti itu atau memberi ceramah kepada pelajar-pelajarnya. Itu sebab Tan Sri Musa Hitam dan DS Anwar Ibrahim di beri tempat di univerisiti - universiti Amerika dan British tetapi Universiti tempatan langsung tidak pernah memberi penghormatan kepada dua orang ini.
Sepanjang yang di ingat Tun Abd Ghafar Baba tidak pernah dipanggil sewaktu sihatnya untuk memberi ucapan dan tidak ada satu Universiti pun yang merakamkan sejarah pejuangangan beliau. Apa yang Univeristi tempatan buat, kita semua sudah tahu iaitu kerja-kerja mengampu dengan memberikan doktor kehormat kepada tokoh-tokoh tertentu. Ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang habis semua Univerisiti memberikan anugerah Doktor Ke hormat kepada beliau. Malangnya tidak satu Univerisiti yang menggalakan pelajar membuat "thesis" atau kajian terus terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed. Oleh kerana itulah Malaysia yang tidak mempunyai sejarah peradaban yang koperensif terhadap satu-satu tokoh.
Kematian Tun Abd Ghafar Baba diharapkan akan menyedarkan kealpaan semua orang termasuk Ibu Pejabat UMNO yang mendabit dada mengaku sebagai parti yang terkuat di Planet bumi ini. Apakah yang mereka buat dengan jutaan ringgit yang dibelanjakan setiap tahun. Mana dia buku-buku rasmi yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO terhadap gerakan perjuangan termasuk buku-buku tokoh yang pernah mendukungnya, jawapan "nihil" atau tak ada.
Tun Abd Ghafar Bin Baba adalah satu contoh yang patut dijadikan tauladan oleh semua orang politik khususnya dalam masyarakat UMNO itu sendiri. Beliau adalah antara puluhan mangsa UMNO yang tidak menghayati kata-kata Hang Tuah ia itu "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Penyakit yang beliau terima ada kekesalan dan kekesalan itu bermula dengan watak Tun Dr Mahathir sendiri. Beliau jika boleh berada kebelakang di tahun 1987, kemungkinan tidak akan berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan sebalik memberikan sokongan kepada Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, jika menyedari balasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1993.
Di tahun 1993 terwujudnya Team Wawasan yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim untuk mencabar Tun Abd Ghafar Baba. Sahabat-sahabat yang menyokong sahingga saat akhir hanya Tun Datu Mustafa Harun. Di saat akhir untuk membuat keputusan samada melawan terus atau tidak, satu rombongan dihantar berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (masa itu Datuk Seri) untuk mengetahui pendiriannya. Dalam perjumpaan hanya seorang yang dibenarkan berjumpa dan orang yang mempunyai hubungan darah dengan Tun Abd Ghafar Baba, menyatakan bahawa dalam perjumpaan di ruang dapor Seri Perdana, Jalan Damansara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memberi sebaris ayat yang lebih kurang membawa erti, "jika saya sokong En Ghafar, dibuatnya dia kalah, macam mana kedudukan saya". Itulah ayat Tun Dr Mahathir Mohamad, tak kurang dan tak tambah seperti yang diceritakan.
Beliau setelah di beritahu sedemikian , kemudiannya meminta pendapat mereka yang ada masa itu, kesemuanya meminta beliau supaya membuat seperti kata budak-budak sekarang "buat bodoh" sahaja ia itu jika DS Anwar Ibrahim menang biarlah DS Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menggugurkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, ditambah pula beliau telah bersetuju menarik diri dari bertanding. Tetapi beliau dengan tegas menyatakan perbuatan itu akan memalukan DS Dr Mahathir Mohamad dan UMNO akan pecah lagi. Akhirnya beliau meletakan jawatan satu persatu bermula sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan akhirnya meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Itulah Tun Abd Ghafar Baba dalam satu episod sejarahnya politiknya, jadi bila DS Tajul Rosli Mohd Ghazali menyatakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jangan campur urusan kerajaan dan jika itu bapaknya pun beliau akan tegur, itu bukan perkara baru kerana di waktu dia menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, bila ditanya arah sokonganya, dengan tegas beliau menyatakan bahawa jika bapaknya ia itu Tan Sri Ghazali Bin Mohd Jawi melawan DS Anwar Ibrahim sekali pun, beliau akan tetap menyokong DS Anwar Ibrahim.
Bayangkan macam mana punya jenis anak yang TS Ghazali Jawi dapat, sehingga anaknya sendiri tidak sedar kalau tidak di hujung namanya itu bernama Ghazali bekas Menteri Besar Perak, maka apakah beliau akan berada dalam kedudukan itu sekarang ini ? Itu sebab bila beliau menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri gerakan reformasi tidak dapat dikurangkan kerana "lembiknya dia" dan pro nya dia kepada DS Anwar Ibrahim. Dan percayalah jika DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri luar UMNO, beliau adalah orang yang pertama keluar dari UMNO seperti yang dilakukan oleh bapanya dahulu dengan Parti Kebangsaan Perak.
Rumusannya UMNO ini sebuah parti bukan boleh di rasuah oleh orang luar tetapi pemimpin boleh dirasuah oleh pemimpinnya sendiri. Akibatnya akan hilang budi bahasa dan maruah diri kerana kuasa, kerana antara mereka yang ada sekarang, nampak lebih menyokong dari penyokong DS Abdullah Ahmad Badawi adalah terdiri bekas-bekas yang mereka yang pernah menyepak Pak Lah di tahun 1993 termasuk orang yang bernama Mohd Tajul Rosli Ghazali, Shafie Afdal, Mustapha Mohamed dan yang menjadinya panglimanya DS Mohd Najib Tun Abd Razak, TS Muhyiddin Yassin, TS Muhamad Taib dan TS Rahim Tamby Chik tetapi mereka bernasib baik kerana Pak Lah kata "Pak Lah memaafkan tetapi Pak Lah tidak lupa".
Sang Kelembai: Jika tidak kerana kehendak Tun Abd Ghafar Baba nak tubuhkan UMNO di Sabah, tak ada UMNO di Sabah tapi waktu meninggal tak seorang pun pemimpin politik Sabah yang datang samada di rumah, di kubur termasuk yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri. Orang UMNO ini perlu diajar "mengenang budi jika tidak boleh membalas budi" oleh Datuk Rais Yatim.

1 comment:
Syabas kerana berjaya membina satu blog yang begitu baik. saya baru saja mengetahui tentang kewujudan blog ini melalui KMU.net. nampaknya selepas ini, saya akan sering berkunjung ke sini dan akan menjadi tempat persiggahan tetap saya.
Post a Comment