Sunday, May 14, 2006

Sang Kelembai 14052006


Di Indonesia pada zaman Presiden Sukarno terdapat satu mahkamah yang dikenali dengan nama MAHMILUB atau pengertian sepenuhnya Mahkamah Militer Luar Biasa. MAHMILUB akan mengadili sesaorang yang dituduh yang mana kesemua keputusan terhadap yang didakwa akan didapati bersalah. Dengan lain maksud, Mahkamah itu hanya sekadar untuk menyingkirkan dan menghukum mereka yang tidak sehaluan dengan Sukarno. Begitulah nasib yang akan diterima oleh Ahli Dewan Rakyat kawasan Jasin, Hj Mohd Said Yusof bila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Politik Luar Biasa - MahPoLub atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ADR-Parlimen dengan meminta Kastam menutup sebelah mata atas prosedur Undang-undang terhadap pengimportan kayu gergaji.

Soalnya, dengan barisan Menteri-Menteri kabinet yang mempunyai kelulusan undang-undang (sebenarnya setakat loyar mati stem dan pecah grant tanah sahaja) apakah mereka tidak boleh menasihatkan Perdana Menteri atau Timbalannya supaya memahami undang-undang Malaysia yang sudah mempunyai peraturan - peraturan yang mencukupi dalam mengadili isu Hj Mohd Said Yusof itu. Hanya dengan usul pembangkang berdasarkan berita surat khabar bahawa terdapatnya seorang ADR-Parlimen yang meminta Kastam tutup mata atas isu kemasukan barang import yang menyalahi undang-undang maka kes yang biasa - biasa ini menajdi besar. Sebenarnya isu itu dijadikan isu untuk mengalih pandangan daripada berbagai isu yang melanda negara sekarang dan Hj Mohd Said dipilih kerana sesuai untuk jadikan BBQ kambing hitam.

Sebenarnya Hj Mohd Said Yusoff bukan menggunakan pengaruhnya sebagai seoarang wakil rakyat kerana ini berlakunya di luar kawasan pilihanraya beliau dan orang yang disokong oleh beliau bukan seorang pengundi berdaftar dalam kawasan Jasin. Maka dengan itu dia tidak boleh dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang anggota dewan rakyat. Sebaliknya pegawai Kastam sewajarnya membuat aduan Polis kerana Hj Mohd. Said didapati menghalang seorang anggota perkhidmatan awam dalam tugasnya. Ini ada dalam peruntukkan kanun keseksaaan 183 -Tentangan terhadap pengambilan harta atas kuasa yang sah disisi undang-undang daripada seseorang penjawat awam sehingga ke fasal 190, Kanun Keseksaan mencukupi melindungi sebarang tindakan Kastam dan pihak berkuasa lain jika diganggu oleh sesiapa pun termasuk Perdana Menteri. Berdasarkan keadilan kepada semua kecuali dalam Kerajaan Islam "ada Had dan ada Hari" yang tidak memakai hadis Rasullah S.A.W bahawa "jika Fatimah mencuri pun tangan akan di potong".

Sepatutnya Kastam membuat aduan polis, supaya siasatan terhadap Hj Mohd Said boleh dibuat mengikut undang-undang dan sama-sama kita lihat keputusan siasatan Polis dan bukan dihadapkan kepada satu MahPoLub yang dianggotai oleh Perdana Menteri dan Timbalannya. Ini akan memperlihatkan kepada rakyat bahawa ada satu kelainan dalam kes ini dengan kes yang lain dari segi tindakan.

Seharusnya orang - orang UMNO yang didapati melanggar displin UMNO khasnya Politik Wang akan dihadapan ke Lembaga Displin tetapi dalam Kes Azman Mahalan yang sudah didapati salah oleh Mahkamah Undang-undang atas tuduhan rasuah politik wang, tidak pula digantung atau dipecat keahliannya. Begitu juga kes Kasitah Gadam yang juga sepatutnya keahlian UMNO beliau digantung, tetapi mereka berdua masih menikmati kedudukan sebagai ahli UMNO.. pelik tetapi benar.

Hj Mohd Said Yusof bukan orang pertama berkedudukan sebagai ADR-Parlimen yang menggunakan kedudukan sebagai ADR-Parlimen untuk meminta pihak berkuasa menilai atau mengkaji sebarang keputusan yang dibuat oleh Penjawat Awam. Hakikatnya semua ADR - Parlimen pernah atau ada menggunakan kedudukannya, baik dari Perdana Menteri sampailah kepada Ketua UMNO Bahagian yang tidak ada apa-apa kuasa tetapi biasa mengeluarkan surat sokongan bagi tender-tender tertentu.

Terbaharu ialah soal nombor kereta. Semua orang tahu bahawa seorang Menteri hanya berhak menukar kereta atau memiliki nombor setiap lima tahun sekali. Jadi persoalannya adakah nombor itu akan menjadi harta kerajaan jika sesaorang itu sudah bersara atau adakah nombor itu diberi kepada bekas Menteri secara percuma masih menjadi tanda tanya. Maka jika diberi percuma bermakna kerajaan tidak mendapat hasil seperti yang sepatutnya sekiranya nombor itu ditenderkan secara terbuka. Maka disinilah orang bertanya kepada Ketua Pengarah JPJ.., adakah nombor itu akan menjadi harta kerajaan dan adakah seorang Timbalan Menteri yang diangkat menjadi Menteri masih layak dapat nombor baru dan apakah status nombor yang lama sewaktu dia memegang jawatan Timbalan Menteri? Adakah nombor itu akan diserahkan semula kepada kerajaan?

Sekarang sudah secara terbuka dan diakui oleh Perdana Menteri, bahawa beliau suka memanjing ikan di tengah laut. Soalan rakyat sekarang adakah seorang Perdana Menteri layak menggunakan Jet Kerajaan jika mahu ke Langkawi, yang krew dan minyaknya ditanggung oleh wang rakyat. Ini tidak termasuk Polis Merin yang terpaksa mengawal laut untuk menjaga keselamatannya. Meniru cara Presiden Amerika pergi bercuti tidak salah, tetapi Presiden Amerika akan mengumumkan cuti pendeknya pada keselaluannya melalui Kem David sebelum bercuti. Namun di Malaysia, Perdana Menteri boleh memancing sehingga pagi buta dengan korni-kroni yang mempunyai berkepentingan tertentu khususnya dalam perniagaan tanpa memaklumkan cutinya pada rakyat.. Maka fikirkan, berapa jam dalam sehari beliau masuk ke pejabat bagi memikirkan soal orang - orang Melayu dan Malaysia ini. Apa nak jadi pada masa depan Melayu ini dan UMNO, yang mempunyai Presiden dan Perdana Menteri ber - retoriknya sama seperti 11 Mei 2006.

Menoleh masa lalu dan memandang masa depan sangatlah penting bagi seseorang kepimpinan untuk membuat perancangan dan arah tujuan negara ini. Kita hairan kenapa Perdana Menteri kita tidak menyoal ahli kabinetnya yang kehilangan RM 350 ribu, dari mana datangnya harta sebanyak itu?


Maka jangan hairan bila Nazri Aziz terjerit sana terjerit sini kerana dulu Dr Mahathir Mohamad sudah membantu supaya jenayah perdagangan yang melibatkan jutaan wang Talasco Berhad milik Pemuda UMNO termasuk tanah di Jalan Sultan Ismail yang ghaib begitu sahaja, hari ini dia jadi panglima Abdullah Ahmad Badawi pula.

Sang Kelembai: Teringat kata Soekarno "Kamu jamin dulu kepentingan umum sebelum kamu jamin kepentingan sendiri dan setelah kamu jamin kepentingan umum akan terjaminlah kepentingan sendiri". Ini berbeza dengan Pak Lah "Aku jamin dulu kepentingan anak dan menantu dulu sebelum aku jamin kepentingan umum dan setelah aku jamin kepentingan anak dan menantu akan terjaminlah kepentingan aku".

1 comment:

Anonymous said...

yang di rompak rakyat malaysia, yang dibelanya umno bahagian dia sampai bila pun penyamun ni boleh menyamun!!!!!!!!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia