Thursday, June 01, 2006

Sang Kelembai 01062006


Ada seorang pembantu Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku antara Abdulllah Ahmad Badawi dengan Dr Mahathir Mohamed adalah pertembongan antara dua order yakni Order baru dan Order lama. Persoalan ini, jika diambil kira sudah pernah berlaku dalam era Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman, yang mana golongan - golongan yang menganggap mereka bijak pandai bertindak mahu menyingkirkan Tunku sebagai Perdana Menteri. Tunku Abdul Rahman Putra menamakan mereka itu terdiri daripada Harun Idris, Mahatahir Mohamad dan Ghazali Shafie. Mereka inilah yang terlibat memainkan peranan menyingkirkan beliau bagi mempercepatkan proses Tun Razak Huseein menjadi Perdana Menteri.

Apa sekali pun, kalau tidak sekarang, di masa akan datang tetap diakui oleh ahli-ahli-ahli sejarah bahawa Tun Razak Hussein adalah perancang yang hendak menyingkirkan Tunku dan ini berlaku selama 14 (empat belas) tahun. Secara umumnya, kita lihat UMNO ni macam tak baca sejarah sehingga mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menteri ke lima Malaysia, sedangkan beliau sebenarnya adalah Perdana Menteri ke tujuh Malaysia kerana dari segi urutan sejarah Tunku Abd Rahman Putra menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Pertama tahun 1957 sehingga awal 1959 bila beliau meletakan jawatan Perdana Menteri untuk berkempen menjelang Piliharaya 1959 dan Tun Razak kemudiannya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke dua sehingga Pilihanraya 1959. Tunku Abdul Rahman memegang semula jawatan sebagai Perdana Menteri yang ketiga sehingga beliau meletakan jawatan semula pada tahun 1970 dan diganti oleh Tun Razak Hussein untuk kali ke dua menjadi Perdana Menteri ke empat.

Jika sejarah yang mudah itu UMNO berbohong, apatah lagi benda yang susah-susah. Itu sebabnya jika ada golongan muda-muda sekarang mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sebagai inspirasi golongan muda, jawapan itu adalah tidak betul. Jawapan yang betul adalah Abdullah Ahmad Badawi dikuasai oleh golongan muda dan mereka inilah yang berusha untok menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad dahulu dan mempercepatkan perletakan jawatannya. Golongan ini diketuai oleh anak menantunya sendiri yang bernama Khairy Jamaluddin dan seperti berlaku di zaman "Tiga Abdul" dimana pengarang akbar mainkan peranan untuk menguasai Tun Razak, ianya berlaku saemula hari ini.

Golongan muda bukanlah sekuat mana tetapi dia menjadi kuat kerana separuh atau mungkin semua kuasa Perdana Menteri berada di dalam tangan mereka. Sementara memegang kuasa yang dipinjamkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, golongan budak-budak muda ini termasuk anak Perdana Menteri berusaha memperkayakan diri kerana dalam benak fikiran mereka... inilah masa untuk mencari harta dan wang. Jika kita membaca sajak atau puisi lapok "Mencari Damai Abadi" dalam bait "aku tidak mencari wang berjuta" atau "harta bertimbun" kelompok inilah yang sebenarnya yang mencari wang yang bukan berjuta tetapi berbillion dan bukan harta bertimbun tetapi harta bergunung.

Itu sebab tersebar di mana-mana sekarang, yang mengatakan PM sekarang bukan bermaksud akronim biasanya ia itu Perdana Menteri atau Prime Minester, sebalinya maksud PM adalah Pesuruh Menantu.

Kerakusan bapak, anak dan menantu dapat dibuktikan, bila mana anak sendiri telah membeli Airod , satu syarikat GLC dibawah Kementerian Kewangan dan setengah pihak pula mengatakan bahawa perbuatan Scommi memiliki Airod sama seperti rompakan di siang hari.

Dan bagaimana pula anak menantu cuba mengenepikan peraturan FAM, yang menghendaki MyTeam supaya mengikut peraturan, sebelum Myteam boleh memasuki apa-apa pertandingan yang diurus oleh FAM. MyTeam hanya sebagai satu pasukan komersial yang mencari keuntungan dan bukan satu pasukan sukan yang berasaskan "majulah sukan untuk negara" kerana Menteri Belia Dan Sukan sekarang ini berkehendakan "majulah sukan untuk ringgit". Itu sebab dia ungkit perbelanjaan Sukma yang hanya sekadar RM 20 juta yang mana lebih murah daripada harga membuat ubah suai di Seri Perdana dan Sri Sastria.

Orang-orang UMNO diperingkat bawah, memang jenis tak kesah, Sebabnya mereka masih selesa. Dari hampir 20 ribu cawangan UMNO, cuba Ibu Pejabat UMNO buat kajian berapa Ketua Cawangan dari golongan profesional dan juga mempunyai pendapat atas RM 3 ribu sebulan. Jawapannya, sesetengah Ketua Cawangan yang ada tidak mempunyai pekerjaaan tetap kecuali menjadi Ketua Kampong atau Pengerusi JKK atau kontraktor Klas F dan di Kuala Lumpur terdapat Ketua-Ketua Umno Cawangan bertaraf penganggur.

Bila masa kelompok itu hendak berjuang demi kepentingan Melayu sebab kepentingan dia pun tak terjamin lagi. Itu sebab tersembur bunyi bahawa sungguhpun ribu-ribu yang bayar yuran UMNO tapi kalau mesyuarat tahunan cawangan yang datang cukup korum - 19 orang sahaja.

Maka berkatalah orang bahawa ahli-ahli UMNO termasuk pemimpinnya terutama yang pegang jawatan Menteri, melihat isu dalam UMNO ini bak " Pandang tapi tak nampak atau pandang tapi buat-buat tak nampak. Bagaimana isu rompakan siang hari dilakukan oleh keluarga Abdullah Ahmad Badawi kepada aset-aset negara, ahli-ahli UMNO boleh diam. Dan bayangkan bila Perdana Menteri atau Presiden UMNO yang memegang saham amanah UMNO link Company (ULC) tak tahu bahawa New Strait Times mengeluarkan Iklan arak. Ini membuktikan bukan sahaja rakyat mempunyai Perdana Menteri yang berpegang kepada ubur Islam ada had dan ada hari, tetapi mempunyai Presiden yang langsung tak baca Surat Khabar, dan jika Surat Khabar tak baca maka macam mana dia nak prihatin atau peka dengan masalah rakyat.

Sesudah inseden gambar menghina Islam dengan menyiarkan gambar nabi dan sekarang gambar iklan arak jelaslah Abdullah Ahmad Badawi dalam bahasa orang utara "tak ada teloq". Syarikat surat khabar NST,yang diusahakan oleh pemimpin UMNO dahulu mengambil alih dari pengurusan Singapura kini sudah kembali kepada milik asalnya Singapura. Walau pun Abdullah Ahmad Badawi mengaum disana sini katakan Kumpulann NST milik UMNO, sebenarnya UMNO sudah tidak berkuasa, itu sebab secara bergurau orang kata bahawa Abdullah Ahmad Badawi ini mempunyai dua penasihat yang penting dan akan di dengar nasihat daripada mereka. Yang pertama "Kali" ia itu nama tuhan Hindu dan kedua "Mullah" ketua agama dalam kumpulan Taliban.


Sekarang UMNO dalam persimpangan, kecuali mereka yang berkepentingan dengan UMNO. Ramai anggota UMNO bersetuju bahawa Abdullah Ahmad Badawi ini, berbeza dengan Dr Mahathir. Bukan sekadar parti pembangkang tetapi sekarang sama ada dia UMNO, Pas, PKR atau apa sahaja parti politik hingga membawa ke NGO termasuk orang Korporat sudah mula secara terbuka mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sudah jadi "Kepala Besar" dan tidak mahu mendengar cakap rakyat lagi. Mungkin dinasihatkan oleh Kali dan Mullah supaya jangan bimbang dengan apa yang dia lakukan kerana orang Melayu masih bergantong dengan UMNO dan akan tetap menyokongnya.

Golongan order baru yang di ketuai anak menantunya yang bernama Khairy Jamalludin yang terjerit sana terjerit sini nak jadi pejuang dan bercita - cita menjadi Perdana Menteri pertama bawah umor 40tahun, mengikut apa yang diberi tahu, walau pun dia hanya bertaraf Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Rembau, jarang sekali beliau hadir dalam mesyuarat UMNO Bahagian Rembau yang terdiri dari 36 AJK Bahagian dan sejumlah 11 orang bergelar Datuk. Belum satu lagi majlis-majlis UMNO Bahagian yang dia hadir kecuali majlis yang dia sendiri anjurkan. Ini sebabnya Ketua UMNO Bahagian dia yang bertaraf Menteri Besar dapat jawatan itu kerana pertolongan Khairy Jamaluddin dan sumbangan derma yang bernilai berjuta ringgit kepada isteri orang yang berkuasa, kerana wang yang berjumlah RM20juta itu sudah menjadi cakap-cakap dikalangan yang politik yang mengetahui.

Sang Kelembai: Doa-doakan supaya pilihanraya disegerakan, kerana jika UMNO atau BN kalah banyak kerusi, ada hujah ahli UMNO nak tukar Presiden UMNO.. kerana lagi lama dibawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co berkuasa banyak masalah kerana pegawai dan kakitangan kerajaan sudah mula tak tidor malam kecuali yang rasuah, kerana takut kerajaaan tak ada duit nak bayar gaji.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia