cyxcdDr Mahathir Mohamad hanya seorang yang sudah pencen, usia pun sudah menjangkau 80an. Bila beliau memperkatakan sesuatu terhadap Abdullah Ahmad Badawi serangan kepada beliau datang dari semua arah termasuk daripada Musa Hitam. Serangan itu menunjukan Dr Mahathir Mohamad masih lagi ada "ummmp" baik dalam UMNO mahupun impak dalam negara ini biarpun Musa Hitam mengatakan bahawa Dr Mahathir Mohamad mengalami penyakit "post power syndrome".
Kenapakah Dr Mahathir Mohamad tergamak bercakap sebegitu sekali kepada pengganti yang dipilihnya sendiri? Itu satu persoalan yang Dr Mahathir Mohamad perlu terangkan. Kalau beliau sendiri dituduh mengalami "post power syndrome", sudah pasti ada orang lain menghadapi penyakit yang dinamakan "pasca power syndrome", kerana itu maka ada pertentangan. Sebagai seorang lulusan perubatan dan mengamalkannya untuk beberapa tahun, Dr Mahathir faham sangat mengenai tindak balas, penawar dan akibatnya jika tersilap diagnosa penyakit tersebut.
Masalahnya yang berlaku sekarang seakan wabak "sampar ayam" atau nama barunya "selsema burung" yang melanda politik tanah air. Wabak ini tidak diambil tindakan macam tradisinya, ia itu membunuh dan menghapuskan semua unggas. Pada zaman dahulu sekiranya berlaku penyakit sampar ayam ini dalam satu kampung, dengan sukarela orang-orang kampung membunuh ternakan mereka namun ini tidak belaku sekarang ini, Jabatan Haiwan terpaksa pergi mengambil unggas atau ayam itu untuk dibunuh dan di bayar pula ganti rugi.
Penyakit seakan sampar ayam atau selsema burung ini berlaku kerana Abdullah Ahmad Badawi mengalami penyakit "pasca power syndrome". Ini dapat dilihat dalam tindakan terburu-buru yang telah diambil oleh beliau dalam merobah dasar-dasar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamed. Mungkin dalam "bundle file" yang diikat semasa penyerahan kuasa pada tahun 2003 antara Dr Mahathir Mohamed dan Abdullah Ahmad Badawi terdapat perkara-perkara yang diminta oleh Dr Mahathir Mohamad supaya beberapa dasar yang telah dibuat oleh beliau diteruskan, dengan harapan, perkara-perkara itu dianggap sebagai hadiah penghargaan kepada dia oleh Abdullah Ahmad Badawi, orang yang dikutipnya semula dan di angkat ke martabat yang tinggi.
Malangnya Abdullah Ahmad Badawi yang asalnya mengambil bidang Ekonomi di Universiti Malaysia kemudian bertukar ke bidang Pengajian Islam kerana mungkin sering gagal kertas ekonomi, tidak meneruskan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "janji". Dr Mahathir Mohamed mungkin tidak terkilan besar, kalau bukan kerana sandiwara semasa yang dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi di dalam Perhimpunan Agong UMNO 2002, yang awal-awal bangun walau pun tidak menerkam Dr Mahathir Mohamad, bila beliau mengumumkan perletakan jawatannya.
Cuba tengok balik rakaman peristiwa itu. Abdullah Ahmad Badawi adalah antara yang tidak bersetuju dengan pengumuman itu, yang lain belah bagi, ada perwakilan diam dan ada ikut terjerit tetapi perwakilan rata -ratanya tidak fanatik, kalau buat undi sulit, kemungkinan yang setuju Dr Mahathir Mohamad berhenti akan menang dan yang menentang yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi akan kalah.
Sekarang, para ahli MT UMNO yang dahulu menerkam mikrofon Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2002 sebok memberi komen semacam keldai hari ini, yang duduk relax-relax di kerusi MT semasa kelam kabut itu bukan tidak menyokong Dr Mahathir Mohamad tetapi mereka tak mahu jadi manusia berpura-pura. Namun sikap kepura - puraan ini kini seakan sinonim dengan kebanyakan pemimpin Melayu. Musa Hitam yang tergila sangat nak jadi Tun walau pun tidak layak kerana dialah yang menyebabkan peristiwa berdarah di Mamali kini berjaya mendapat anugerah "TUN" tersebut mungkin atas sumbangan menyebabkan kematian polis dan orang awam di Mamali. Bukankah ini suatu yang yang pelik?
Kemungkinan itulah kehendak Allah, dua sahabat. Musa dan Dr Mahathir yang di tahun 70an berkerjasama menjatuhkan Tunku Abd Rahman dan memanggil diri mereka Order Baru. Dr Mahathir kalau dilihat juga tidak mengikut janjinya dengan Tun Hussein Onn yang bercadang untuk meletakan jawatan dan meminta Dr Mahathir Mohamad setelah menjadi Perdana Menteri melantik Tengku Razaleigh sebagai Timbalannya. Sebaliknya sebaik sahaja berkuasa Dr Mahathir Mohamed menyerahkan kepada UMNO untuk memilih timbalan tetapi di dalam diam dia menyokong Musa Hitam.
Itu sebab untuk beberapa tahun Tengku Razaleigh dikekalkan dalam kabinet, sehingga peristiwa 1987 dan bila Musa Hitam tewas ditangan Abd Ghafar Baba. Beliau, Musa Hitam berucap secara merayu, meminta orang UMNO jangan menendang bola yang kempis, yang bermaksud janganlah dilayak dia, kerana sudah tidak ada kuasa dan jawatan. Tetapi sekarang dia sudah terlupa semua yang diucapkan oleh dirinya sendiri . Kemungkinan untuk bola yang kempis ditendang atau disepak lagi, itu ada, tetapi insiden bola yang kempis dipijak orang terlalu jarang berlaku, kecuali tujuan memijak itu adalah untuk memastikan baki angin yang ada didalam bola tersebut dikeluarkan. Jadi bila Musa Hitam bersungguh sangat mahu memijak bola yang kempis, maka Musa Hitam belum lagi layak digelar Negarawan kerana sikap keanakan masih ada dalam dirinya.
Sekarang pejuang order baru sudah jadi tua,mereka mengata sesama sendiri. Mungkin disebalik ini ada kebaikan yang akan berlaku kerana setiap musibah adanya hikmahnya. Setidaknya kedua mereka akan bercakap perkara-perkara yang tersembunyi bertahun-tahun dalam kerongkong mereka lantas perkara-perkara yang tidak tertulis akan diketahui ramai. Seperti juga isu Dr Mahathir vs Abdulah Badawi, pada ingatan UMNO dan rakyat jelata kedua mereka seperti abang dan adik tetapi setelah ada berbeza pendapat salah saorang akan bercerita perkara yang tidak tertulis dan akhirnya benang yang menjahit mulut-mulut mereka, akan terputus akibnat tindakan mereka sendiri.
Itu sebab dalam Islam, bukan Islam Hadhari, ada disebut "perkara yang batil akan lenyap dan kebenaran akan datang". Maka hari ini yang batil sudah nampak dan kebenaran semakin jelas. Kebenaran yang wujud kini adalah sesiapa yang menjual Melayu dengan harga murah akan menanggung akibatnya. Jika dalam Islam kita dilarang menjual ayat-ayat Al-Quran, begitu juga dalam perjuangan bangsa, jangan sekali dijual bangsa untuk kepentingan diri, jangan sesekali gunakan "bersatu melayu" kerana jika kita berpecah orang lain akan mengambil peluang. UMNO dilahirkan dengan air mata, darah dan keringat orang Melayu, sesiapa belot, mungkir janji dan khianat akhirnya akan menanggung sendiri akibatnya.
Abdullah Ahmad Badawi, semenjak isu Mahathir Vs Abdullah ini, walau pun dikatakan oleh Musa Hitam sebagai tenang tetapi amat jelas air muka beliau dalam berita TV berubah. Terdapat kerisauan mempertahankan kuasa yang ternyata dan Dr Mahathir Mohamad yang pada mula hanya sebagai satu tunggul kayu kini dipandang oleh Abdullah Ahmad Badawi macam hantu Sekarang yang disangka hantu sudah benar-benar menjadi hantu. Bacalah ayat kursi atau apa pun ayat, hantu ini tidak akan lari dan yang perlu adalah untuk muhasabah diri dan sembahyang tengah malam minta pertunjuk.
Sang Kelembai: Teringat kata Tan Melaka: Suara aku didalan kubur lebih kuat tempiknya dari atas bumi. Begitulah jugalah agaknya suara-suara Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein dalam kubur bila melihat cara ABDULLAH AHMAD BADAWI hendak memusnahkan UMNO.

1 comment:
Pak Sang Kelembai (PSK), saya suka amat dgn analisa politik terbaru PSK. Apa yang berlaku mutakhir ini di persada politik tanahair boleh tambah merancakkan senario politik post TDM.
Nama2 tersohor dalam politik UMNO khususnya akan tiba2 kembali ke dalam arus perdana politik tanahair - samada yang telah pencen, dipencenkan, atas pagar, luar negara ditambahrancak lagi dgn parti2 pembangkang, ngo2 dan orang2 perseorangan yang pernah menerima habuan politik. Dengan adanya pemain2 sebegini makin terserlah kematangan politik orang2 Melayu sehingga kita mungkin terlupa kepada perjuangan sebenar UMNO. Mungkin kita telah terlupa kepada asas dan tujuan UMNO itu sendiri ditubuhkan oleh datuk nenek kita dahulu.
DS Paklah bertungkuslumus pagi petang siang malam menjelajah seluruh negara hingga ke luar negara dengan membawa idea ISLAM HADHARInya, memberi fokus kepada sistem penyampaian yang mantap, bekerja bersama saya, ungkapan 3 LANG - cemerLANG, gemiLANG & terbiLANG sehingga kadang2 sampai beliau hiLANG suara dek kerana hulubaLANG2 yang lebih suka biLANG habuan yang bakal diraih, dan terakhir berjanji demi ALLAH untuk menjayakan RMK9.
Apa lagi yang kita hendak daripada seorang pemimpin yang kita sendiri 'ditunjukkan' oleh TDM. Kepada Paklah kami sentiasa berdoa agar Paklah diberikan kekuatan oleh Allah swt meneruskan kepimpinan negara. Jalankan program2 yang tersimpan di dalam bundle files yang diserahkan oleh TDM dulu.
PSK, saya rasa Paklah mesti diberikan ruang dan peluang untuk membuktikan kebolehan beliau untuk memimpin negara kita. Walau apapun kepada Paklah honeymoon period dan edah kemurungan kehilangan Kak Endon tersayang sudah berlalu, kini masa untuk menjadi kepala reformasi rakyat jelata tanahair ini...
PSK, selamat berjuang demi maruah ISLAM & Melayu.
Post a Comment