Saturday, June 10, 2006

Sang Kelembai 10062006


Akhirnya sangkaan semua orang telah menjadi kenyataan, bila mana Dr Mahathir Mohamad secara bertanggung jawab menyatakan bahawa dia sudah tersilap memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalannya dan seterusnya sebagai pengganti beliau. Beliau secara terang - terang tanpa berselindung mengatakan bahawa Abdulah Ahmad Badawi menyerang beliau dengan menikam dari belakang.


Dua isu itulah yang menjadi perdebatan awam dan menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah jawapan dan komen dari Abdullah Ahmad Badawi. Sayangnya pihak akbar khas NST yang diketuai oleh orang-orang yang berkiblatkan Singapura mengambil peluang itu dengan mencurahkan minyak agar bertambah semarak lagi api perpecahan kedua pihak dan sekali gus ia menandakan perpecahan Melayu.

Najib Tun Razak yang terkenal dengan "main selamatnya" dalam semua isu asal tidak terjejas dirinya menjawab dengan nada yang pasif, yang mungkin dibuat atas nasihat isterinya yang glamour itu. Dalam isu ini yang menyebabkan Najib Tun Razak tersepit ialah kerana beliau tidak berusaha untuk mencari jalan tengah dalam kemelut kedua pemimpin Melayu yang dilagakan oleh akhbar yang punya agenda tersendiri iaitu untuk melihat parti Melayu ini huru hara dan seterusnya akan menyebabkan permasalahan ekonomi.

Semua orang tahu, bahawa Abdullah Ahmad Badawi sedang bercadang membawa Musa Hitam (sekarang Tun) ke persada politik tanah air. Khabar yang terbaru beliau akan dicadangkan sebagai penasihat kanan yang bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri dan ini membolehkan Abdullah Ahmad Badawi mengenepikan Najib Tun Razak sebagai penganti beliau.

Idea dan cadangan itu datang dari pembantu-pembantu Abdullah Ahmad Badawi yang diketuai oleh anak menantunya sendiri bernama Khairy Jamaluddin. Mereka terlalu takut, jika Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara sudah pasti beliau akan membawa krewnya sendiri ke kapalnya macam Pirate Of the Caribeaan, ia itu kumpulan lanun dan penyamun baru yang pasti akan membunuh penyamun dan lanun yang pernah belayar dengan Abdullah Ahmad Badawi. Ini termasuk mengenepikan orang seperti Khairy, Patrick Badawi dan Kali Badawi yang akan dihumban ke laut oleh kumpulan baru Najib Tun Razak. Dengan nama Najib Tun Razak disebut oleh Mahathir sebagai pilihan utama beliau bagi menggantikan Anwar Ibrahim, Najib bertambah tidak gelisah.

Soalnya sekarang kesemua pemimpin UMNO tidak menjawab persoalanan yang menjadi isu utama, seperti mana Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Isu tersilap melantik Abdullah Ahmad Badawi dan isu tikam dari belakang tidak seharusnya dijawab dengan alasan penerusan wawasan 2020 atau semua keputusan dirujuk kepada kabinetnya.

Dari cara menjawab Menteri-Menteri UMNO itu maka jelas bahawa slogan UMNO "Memperkasa Minda Bangsa" tidak tercapai kerana cara menjawab begitu meletakan "Abdullah Ahmad Badawi" hanya sekadar ketua bertaraf Persatuan Khairat Kematian sahaja atau mungkin mereka lebih baik menjawab dalam isu ini.

Seperti selalu, kebanyakan orang hadir ke majlis Abdullah Ahmad Badawi tahu bahawa mereka tidak akan faham apa yang Abdullah Ahmad Badawi nak cakap kalau beliau tidak pakai teks. Jadi sesetengah orang lebih suka tunggu esok bila pihak akhbar melaporkan kerana melalui berita barulah mereka faham apa yang dicakap oleh Pak Lah dalam majlis semalam. Jadi sekarang penyakit itu sudah merebak kepada semua anggota kabinet beliau, yang mana rakyat dan orang ramai tak akan faham apa yang Menteri-Menteri cakap dalam berita Television dan menunggu sehingga esok bila tertulis berita dalam akbar.

Sepatutnya apabila Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri-Menterinya termasuk Najib Tun Razak sudah mengetahui Dr Mahathir Mohamad akan membuat paluan kepada gendang, sewajarnya mereka diam dan tidak menjawab terlebih dahulu. Sebarang jawapan kepada paluan itu, hanya menunjukkan bahawa "gelanggang sudah dibuka", dan kebiasaaannya orang yang akan masuk gelanggang terdiri dari mereka yang berkeris dan pandai bersilat.

Dr Mahathir Mohamad walau pun dia macam seekor harimau tua, ngaumnya masih ada walau kuku sudah tumpul. Abdullah Ahmad Badawi pula tidak dilahirkan sebagai Serigala yang boleh berhadapan dengan harimau, malah kalau dia seekor singa pun, walau pun dia mengaum dan berkuku tajam beliau tidak akan ditakuti orang. Ini kerana orang sudah tahu singa biasanya tak buat kerja secara persendirian sebalik secara berkumpulan, jauh bezanya dengan Harimau yang sudah dilahirkan menyerang mangsa atau musuh secara persendirian.

Sewajarnya kenyataan penyokong-penyokong Abdullah Ahmad Badawi bukannya untuk mengampu sebaliknya kalau Dr Mahathir Mohamad mempunyai keris hendak menikam Abdullah Ahmad Badawi, para Menterinya termasuk Najib Tun Razak harus berusaha untuk mengambil keris tersebut walau pun sudah menikam Abdullah Ahmad Badawi. Namun anehnya sungguhpun Abdullah Ahmad Badawi sudah terluka tindakan menteri - menteri dan penyokongnya tidak nampak hadir untuk membalut dan mengubati luka tersebut tetapi sebaliknya, perbuatan mereka semacam mahu mengubat luka yang berdarah tetapi mereka menambahkan lagi pedih luka bila mereka menggunakan air limau nipis untuk mengubat luka tersebut.

Sekiranya Abdullah Ahmad Badawi jenis orang yang membaca sikit, kerana dia terkenal sebagai Perdana Menteri yang tidak membaca, sudah pasti dia boleh menangkis isu yang dibawa oleh Dr Mahathir Mohamad. Tetapi malang kerana dia hanya sekadar PM (Pesuruh Menantu) dan kemungkinan dia minta nasihat dari Perdana Menteri yang sebenarnya bernama Khairy Jamalludin, maka cara Abdullah Ahmad Badawi menjawab hanya menunjukan bahawa dia tidak ada ilmu dalam pergurusan krisis dan hanya memikirkan bahawa dia kuat, walau pun dia sudah lihat bagaimana kerusi pembangkang di Sarawak sudah bertambah dan di Terengganu kemungkinan akan kembali ke Pas semula.

Ini semua boleh berlaku bila mana rakyat Terengganu sendiri melihat bagaimana Abdullah Ahmad Badawi membenarkan Patrick Badawi merogol tanah-tanah di Terengganu dan kemudian memberikan wang berjumlah RM 200 juta pula. Begitu juga dengan isu Jambatan Kedua di Pulau Pinang yang dihalakan ke tanah Partrick Badawi supaya kerajaan terpaksa membayar pampasan jutaan ringgit.

Maka Dr Mohamad Mohamad salah sorang yang faham teori Machiavelli dan pernah mengubah suaikan kata Machiavelli "Engkau harus cukup cerdik untuk terlihat baik, daripada benar-benar baik, kepada slogan "seorang pemimpim mestilah bersih dan dilihat bersih". Bagi semua penyokong Abdullah Ahmad Badawi, khasnya Khairy Jamaluddin yang menganggap semua orang termasuk Dr Mahathir Mohamad sebagai nyamok, maknanya Abdullah Ahmad Badawi tidak menghayati Islam Hadharinya kerana dalam Islam, nyamoklah yang menjadi senjata membunuh firaun dan nyamoklah juga diakui dunia sebagai musoh nombor satu kepada manusia . Sudah pasti akan tercipta sejarah baru bila Presiden UMNO yang Pertama diminta berhenti oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat akan memberi pertunjuk dengan Barisan Nasional dengan BN mengalami kekalahan yang banyak dalam pilihanraya umun akan datang.

Sang Kelembai: Singa jarang bertarung dengan Serigala, bukan kerana kekuatan hukum, tetapi kerana taring dan kukunya. Maka Machiavelli mengatakan "Jika manusia keseluruhannya baik, maka aturan tidak akan dipatuhi tetapi kerana manusia itu buruk dan tidak akan tetap setia padamu, maka engkau juga tidak terikat untuk menerapkannya pada mereka - The Prince"

2 comments:

Anonymous said...

ya aku sangat setuju sang kelembai...melayu akan terus mundur kalau ada pemimpin macam ni..

Anonymous said...

btol tuh... tapi siapakah yang akan memulakan langkah dahulu untuk menjatuhkan pemimpin yang sebegini? siapakah diantara ahli umno yang berani kerana benar? semuanya takut kerana benar....

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia