Monday, June 26, 2006

Sang Kelembai 26062006

Selama 60 tahun UMNO diwujudkan dan hampir 50 tahun kita kemerdekaan, kita sudah memiliki lima orang Perdana Menteri yang masing-masing mempunyai kualifikasi tertentu. Perdana Menteri pertama adalah prokmalator yang diiktiraf sebagai "Bapa Kemerdekaan". Perdana Menteri kedua adalah penyelamat negara ini dari isu perkauman dan ekonomi. Perdana Menteri Ketiga pula walau pun singkat cukup untuk membawa visi perpaduan dan ini disambung dengan perjuangan ke arah memartabatkan bangsa dan mendaulatkan negara oleh Dr Mahathir Mohamed yang menjadi Perdana Menteri ke empat.



Kesemua infrastruktur yang dibina puluhan tahun ini kini bergegar seperti diserang gempa bumi atau ombak Tsunami, bila Perdana Menteri yang Kelima yang tidak mempunyai ilmu, tidak pintar dan terlalu akur dengan dengan kehendak anak menantunya mentadbir negara ini. Kemelut pemimpin UMNO yang ini akan mendedahkan Malaysia kepada serangan dan penaklukan kuasa asing dalam bentuk baru dan orang - orang Melayu perlu disedarkan segera supaya tindakan dapat diambil bagi menghalang mala petaka ini berlaku.

Selagi Melayu bergantung dengan UMNO yang sedia ada, selagi itu Melayu akan mundur. Selagi Melayu terkurung dalam kepompong ini maka selagi itu orang - orang Melayu akan diperkudakan dan menjadi semboyan kepada UMNO untuk terus relevan dalam perjuangan,sungguhpun setelah 60 tahun, UMNO masih lagi gagal dalam membentuk perubahan dan peningkatan bangsanya.


Dr Mahathir Mohamad tidak perlu menyesal mahu pun mengatakan bahawa beliau silap memilih Abdullah Ahmad Badawi. Beliau dalam penjelasannya berkata "Saya menyerahkan kuasa kepada Abdullah Ahmad
Badawi tetapi saya tidak menyerahkan kuasa kepada Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan kuasa kepada orang lain".



Yang patut menyesal dan silap sekarang ialah orang Melayu khususnya orang UMNO yang menjulang cucu ulamak dan anak ulamak yang pernah bersekongkol untuk menubuhkan PAS sampai ke langit ketujuh itu.



Abdullah Badawi tidak seperti Dr Mahathir Mohamed dan Hussein Onn yang setidak - tidak pernah dicabar sebagai Presiden, malah Tunku Abd Rahman sendiri mengambil jawatan Yang DiPertua Agung UMNO dengan cara bertanding. Sebenarnya orang UMNO sudah mengesan Malaysia bakal mendapat seorang Perdana Menteri yang pasif dan tidak bijak lalu meminta agar pencalonan dibuka kepada semua. Cadangan membuka percalonan ini menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terlalu marah dan dengan kelunakan mulutnya beliau terus menipu orang UMNO sehingga calon yang menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden tidak dapat pencalonan dan Ketua UMNO Bahagian yang mencalonkan itu dibuang sebagai Ketua Penaja. Itulah wajah-wajah Abdullah Ahmad Badawi sebenar yang penuh dengan sifat pendendam.



Bagi menyedarkan Abdullah Badawi terdapat usaha dikalangan orang - orang tertentu untuk menasihatkan Abdullah Ahmad Badawi berhubong dengan isu anak menantunya tetapi semua mereka itu akan dan telah menerima akibatnya kerana Abdullah Ahmad Badawi tetap mempertahankan anak menantunya yang dianggap terbaik.



Sikap Abdullah Ahmad Badawi ini menyebabkan orang Melayu bercelaru, adakah Malaysia ini diperintah dengan sistem demokrasi atau sistem Presiden. Perangai yang dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi dengan mendengar nasihat kaum keluarganya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Ini sudah tersebar luas.



Kecelaruan ini diikuti sendiri oleh Musa Hitam yang dahulunya pernah bercakap mengenai masalah ancaman neo kolonialisma ia itu penjajahan bentuk baru tetapi malang sekali Musa Hitam terus memberikan sokongan ke atas tindakan-tindakan Abdullah Ahmad Badawi yang menjual harta-harta negara kepada Singapura termasuk AIROD yang menyimpan maklumat kejuteraan alat ganti kapal-kapal terbang termasuk kapal terbang pejuang milik TUDM. Tanpa ada maruah Abdullah Ahmad Badawi membenarkan anak lelaki melalui Scomi menyamun siang hari AIROD dan Musa Hitam terus diam menelan kata - katanya dahulu.



Maka berkokoklah para Menteri, Menteri Besar dan pemimpin UMNO memberikan sokongan termasuk Muhyiddin Yassin, Ali Rustam, Khaled Nordin, Nazri Aziz, Tajul Rosli Ghazali, dan di luar kabinet Shahril Samad pencacai Musa Hitam yang berangan mahu diangkat menjadi Menteri. Hairan melihat Shahrir Samad, setelah Ahmad Badawi membuangnya dari memegang jawatan Pengerusi BBC, beliau masih lagi masih menyokong Abdullah, tak tahulah apa jenis Shahril Samad ini?


Ketahuilah setiap sokongan yang diberikan oleh pemimpin UMNO dengan jelas membawa erti bahawa kesemua pemimpin UMNO itu memberikan sokongan kepada Khairy Jamalludin, Kalimulllah dan Kamaluddin untuk menyamun harta negera negara ini.



Alhamdulilah ada segelintir ahli UMNO yang sedar walau pun jumlahnya sangat kecil akan perbuatan mereka-mereka ini. Ketua UMNO Bahagian Seremban sekiranya diambil contoh, beliau berani mengeluarkan pendapat secara terang - terang kerana beliau boleh diandaikan sebagai Ketua UMNO Bahagian yang bersih. Bagaimana pula yang lain, yang hidup serba mewah, jelas akan hanya berpeluk tubuh kerana mereka ini adalah antara pemimpin UMNO yang bermasalah - yang bergelumang dengan rasuah lantas menjadikan mereka penakut dan mementingkan diri.



Orang-orang Melayu dan ahli UMNO sekarang jangan tertipu lagi dengan Abdullah Ahmad Badawi. Pemimpin-pemimpin Melayu dalam parti politik selain UMNO dan NGO Melayu sudah menerima Dr Mahathir Mohamed menjadi Panglima Perang dalam keadaaan Negara Vs Khairy ,Kamaluddin dan Kalimullah ini. Ini bukan soal PAS, soal PKR malah bukan soal DAP tetapi soal masa depan negara yang dihitamkan oleh Khairy dan Kalimullah dan negara ini asalnya kita bina bersama. Dengan Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu berhenti lebih awal sebelum pilihanraya, kita harus menggerakkan rakyat supaya monolak UMNO dan Barisan Nasional dengan niat menyelamatkan negara ini. UMNO sudah tidak relevan lagi dizaman Abdullah Ahmad Badawi.



Kalau Dr Mahathir Mohemad secara terbuka sudah bersetuju untuk berperang bagi mempertahankan kedaulatan negara dan maruah Bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, China, India dan Bumiputra Sabah dan Serawak, kenapa pemimpin tersebut, tidak boleh menggerakkan rakyat untuk menerangkan "apa dah jadi" pada negara ini dibawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, yang cakap tak serupa bikin.


Bersatulah kita bukan untuk berperang, membuat keganasan dan juga pembunuhan. Setiap rakyat Malaysia bersiaplah sekarang untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi secara demokrasi seperti dilakukan oleh orang-orang Melayu, China dan India di tahun 1969 yang memberi undi kepada parti pembangkang bagi mengeluarkan Tunku dari Residency Jangan ada perkauman disini, tetapi mesti ada perasan patriotisma kepada Malaysia.



Sang Kelembai: Tidak sependapat dengan pendapat Napoleon yang mengatakan "Pasukan Kancil yang dipimpin oleh Harimau lebih baik dari Pasukan Harimau yang dipimpin oleh Kancil" sebenarnya mesti kita mengatakan yang lebih baik dari itu, ia itu "Pasukan Harimau yang dipimpin oleh Harimau" supaya bertemu buku dengan ruas.

16 comments:

anti pmkjkk said...

sokong...apa ke jadahnya kita sayang kepada perdana menteri yg nak memusnahkan melayu...rakyat harus bangkit ...tukar perdana menteri ni

Anonymous said...

Ini keje gila, kenapa nak serang Pak Lah. Ko ingat Pak Lah bodoh ke nak dengar aje pendapat khairy atau anaknya. Mahathir pun tolong suku sakatnya ko tak sebok kata mereka rampas harta negara. Dah lah tu Sang Kelembai. Berani guna nama sendiri lah zarin

Anonymous said...

Mahathir , dok diam - diam lah. Ko dah tua nak mampus pun tak sedar lagi. Pak Lah cuma mahu membersihkan apa yang rosak dan ini perlu wang. Che Det itu dah habis belasah memunggah khazanah rakyat hari ini sibuk nak buat road show. Pi mampus

rocky said...

We must united behind a leader who is right regardless of our race. Pak Lah has not delivered his promises and is weak, LESU. Dr.M we should back him up cos he is asking relevant questions but they dare not answer. Instead do some tai chi and talk BS or elegant silence.

Siapa yang offer pasir kat Spura? Cakaplah? Siapa yang derhaka kepada negara?

tetulang said...

Hheeh..kalau sapa yg dok kata TDM tu perompak ke apa ke..paklah jangan tunjuk baiklah. Buat muka toyo lpas tu suruh balacinya jalankan kerja kotor untuknya. Mana pergi alghazali dsbnya??? Anak menantu belasah harta kerajaan buat bodoh...jawab pun macam bangang punya jawapan. Tentang TDM dia dah tak ada kuasa..apasal korang nak suruh diam...takut ke dgn soalnya tu? atau pun nak tengok juga satu lagi dinasti paklah yg menyembah singapork??...

AMLG said...

Perjuangan mesti diteruskan.

Megat said...

Woi anonymous, ko tu lagi pengecut langsung tak taruh nama. Kenapa? menyorok belakang baju Pak Lah ke?

Sebab Pak Lah bodohlah KJ control dia. Sebab Pak Lah bodohlah dia tak boleh jawab soalan Tun Dr Mahathir. Suku sakat Tun Dr Mahathir tu semua orang Melayu. Suku sakat Pak Lah dan KJ tu keparat macam ko ni.

rakyatmalaysia said...

apa nak dihairankan..baik pak ah @ dr m sama jer..dlm dunia sekarang ni..masing2 nak kejer harta duniawi..

yg susahnya orang ramai..macam kita ni..tak perasan ker segala2 nya dah naik harga..minyak,gula,electric,beras etc.

kalau tak perasan..tak tahu lah..itu baru 2-3 tahun perintah Malaysia..kalau 22 tahun..bangkrup kita semua...

seingat saya la..masa dr m dulu..tak der cam nie..kalau nak naik harga..dia bagi tahu siang2..2-3 bulan sebelum naik..nak inform orang ramai..kene bahas kat parlimen lagi..

sekarang ni..tak der dah..tau2 jer dah naik..siapa tak marah..kalau korang tak marah..tak tahu lah korang rakyat negara mana..

bukan nak sokong sesiapa pon..cuma beringatlah..bila mana pemimpin yang berkuasa yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyatnya..ALLAH akan sentiasa menjaga kebajikannya..dan sekiranya dia(pemimpin yang berkuasa) tidak mengikutinya lagi..maka turunlah segala bencana seperti dijanjikan oleh-NYA..

persoalannya sekarang..adakah bencana yang datang sekarang ini datangnya dari ketidakadilan seorang pemimpin yang diamanahkan oleh rakyatnya..yang memberikan segala sokongan padu semasa memilih beliau..

beringat2 lah rakyat Malaysia..sebelum terlambat..baik kepada Sang Kelembai mau pon kepada sesiapa yg membaca artikel ini..manusia dilahirkan sama disisi ALLAH..cuma nasib seseorang itu boleh dianggap baik sekiranya diizinkan oleh-NYA..hanya ALLAH saja yg Maha Mengetahui..

jadilah pemimpin yang berhati mulia..anda semua akan selamat baik di dunia maupun akhirat..

buat pak lah..anda telah diberikan amanah oleh rakyatmu..jalankan kewajipan anda sebagai pemimpin yang amanah dan kotakan segala janji yang telah diberikan kepada mereka..supaya sokongan kepada anda tidak berbelah bagi oleh rakyatmu..beringatlah..cuma ALLAH saja yang Maha Mengetahui..dan ALLAH sekarang memberi dugaan kepadamu dalam memerintah negara bernama MALAYSIA..

kepada dr m..anda adalah yang terbaik dari segala yg terbaik yg pernah dilahirkan di negara ini..bekerjasamalah dengan pemimpin yang diberi amanah..semoga dengan kecerdikan serta kepandaian anda..negara yg bernama MALAYSIA ini akan lebih maju serta makmur..

iniah harapan saya..dan mungkin harapan 25 juta lagi rakyat negara yg bernama MALAYSIA..

Anonymous said...

Pi mampus ler nga Mahathir tuh. Aku tetap sokong Pak Lah sebab ternyata lebih baik dari mamak mahathir tuh.

Anonymous said...

Pi mampus ler nga Mahathir tuh. Aku tetap sokong Pak Lah sebab ternyata lebih baik dari mamak mahathir tuh. Korang nak pilih mahathir balik ker sebagai PM? Memang betoi arrr melayu mudah lupa. Lupa ngan angkara mahathir jahanam tuh

Anonymous said...

Sila berikan nama yang sesuai kalau kita nak gantikan pak Lah sekarang? Najib??? Lagi ler bapak korupsi dia tuh.. Sapa????? Mahanthir???? Phewwwwwwwwwwwwww leh muflis Malaysia ngan dia nih.

Megat said...

22 tahun Tun Dr Mahathir jadi PM Malaysia ni muflis ke? Tapi aku puji juga Pak Lah ni, sebab sepanjang dia jadi PM negara kita semakin banyak anjing.

aminsyukur said...

PSK a.k.a zaharin md yasin sahabat seperjuanganku, nampaknya akhir2 ini blog kamu sudah ada peminat!!!

Sepertimana yang saya pernah utarakan sebelum ini bahawa politik orang2 Melayu kini makin rancak hasil dari asakan2 yang dibuat oleh TDM muttakir ini.

Saya rasa begini...TDM yang kita kenali masih semestinya menyimpan fakta2 berkaitan dgn apa yang beliau bangkitkan.

Bagi saya itu adalah hak mutlak TDM selaku rakyat biasa dah ahli UMNO khususnya untuk mendapatkan penjelasan kenapa ada 'deviations' kepada perkara2 yang telah dipersetujui bersama semasa dalam kabinet dahulu.

Tentu ada sebab2 yang munasabah kenapa 'deviations' tersebut boleh berlaku. Tentu TDM 'smells rats' di sebalik 'deviations' tersebut umpamanya dalam kes2 spt 'jambatan jembalang', pemberian AP dan penjualan MV Agusta.

Sekiranya 'deviations' tersebut 'valid', DS Paklah bertindaklah untuk menerangkan kepada rakyat bermakna termasuklah TDM perkara yang berlaku. Selesai masalah 'once and for all'. Taklah timbul bermacam2 spekulasi dari rakyat. Tak perlu bloggers mengetuk keyboard komputer lagi.

Saya tabik kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang jelas membuat pendirian beliau. Begitu juga dgn Bahagian Pulai, Tebrau dan Gelang Patah.

Persoalannya di manakah pendirian Ketua2 Bahagian UMNO yang lainnya? Mungkin sangkaan PSK terhadap mereka ada betulnya kerana nak jaga periuk nasi masing2.

Ada juga Ketua2 Bahagian yang selama ini senantiasa menghiasi dada akhbar2 mainstream tapi sekarang sudah menikus. Di mana salahnya sekiranya kamu orang 'speak up your minds?'.

Bagi mereka yang ada jawatan di dalam kerajaan, sudah pasti jelas di mana pendirian mereka. Mereka tidak boleh tidak mesti menyokong boss of the day!!!.

PSK, izinkan saya menyeru kepada semua ahli2 UMNO di peringkat cawangan masing2 to speak up their minds di dalam mesyuarat agong tahunan yang sedang diadakan sekarang ini.

Tidak salah rasanya kalau kita menyatakan pendirian kita. Kita mahu kebenaran. Pasti di suatu hari nanti, kebenaran akan mengatasi kebathilan.

PSK, teruskan perjuangan demi ISLAM dan bangsa.

Anonymous said...

mmmmmmmm......:)

rakyatmalaysia said...

baik TDM maupun AAB, dan seangkatan dengannya kene beringat..mereka semua dipilih semasa GE yg lalu..mendapat kekayaan dari hasil yg tak betul akan mengundang sejuta macam persoalan dari rakyat yg memilih mereka2 ini..

nak kata tak pandai..pandai..tapi pandai dlm bab membohongi rakyat yg selama ini amat mempercayai mereka..memilih mereka..agar negara bernama MALAYSIA ini terus makmur..

nak kata tak bijak..bijak..tapi bijak dlm memutarbelitkan segala janji manis semasa GE..

nak kata tak matang..memang betulah mereka2 ini semua masih agi tak matang..sebab semua rakyat MALAYSIA telah melihat perangai kebudak-budakkan mereka dalam mentadbir negara yg bernama MALAYSIA..

adakah orang2 seperti ini yg anda harapkan untuk meneraju negara kita..visi 2020 akan hanya tinggal visi saja..

fikirkanlah wahai rakyat MALAYSIA..fikirkanlah..betapa bodohya kita sebagai rakyat MALAYSIA memmilih mereka ini menerajui negara ini..

jika beginilah cara mereka2 ini mentadbir nagara ini..nama MALAYSIA akan hilang dalam peta dunia menjelang 2020..hanya ALLAH yg MAHA MENGETAHUI..

Anonymous said...

aku setuju dengan komen komen yg diberikan. semuanya betul. tapi kalau dibuat undian ala akedemi fantasia, siapa agaknya yg banyak dapat undi? aku rasa undi terbanyak akan menyatakan bahwa AAB lemah, lembik dan tak de bola. tak pandai mentadbir negara. elok adakan undi untuk melihat sejauh mana sokongan kepada TDM atau AAB.
ini anonymous yang lain drp anonymous yg itu - itu tak membuka minda

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia