Friday, June 30, 2006

Sang Kelembai 30062006

Nampaknya dibawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi jika berlaku krisis politik, cara terbaik menyelesaikannya adalah untuk pergi bercuti secara mengejut di luar negeri dan meninggalkan Timbalannya untuk berdepan dengan krisis itu.

Ini mungkin sebagai ujian kepada Timbalannya untuk membuktikan jujur, kesetian kepada Perdana Menteri.

Berbeza dengan cara Dr Mahathir Mohamed menghadapi sebarang krisis, yang mana beliau lebih bersedia menghadapinya atau mencari jalan cara membendung krisis dengan pendekatan "damage control" agar ia tidak menjadi satu musibah besar negara.

Hatta tindakan Abdullah Ahmad Badawi ini seperti , bila diberi tahu ada asap, beliau tidak mengambil peduli, jauh sekali untuk melihat adakah asap akan menjadi api. Bila asap bertukar menjadi api dan membakar, beliau juga tidak mengarahkan bomba untuk pergi memadamkannya sebaliknya yang berkejar ke tempat itu adalah bomba sukarela yang tidak terlatih.

Benar , bomba sukarela juga mampu memadamkan api dari merebak, tetapi dalam masa yang sama Abdullah Ahmad Badawi tidak melarang satu tanker yang sarat dengan minyak, yang dipandu oleh Mohd Nazri Aziz bertindak mencurah minyak kawasan kebakaran. Lantas trajedi kebakaran yang sepatutnya boleh dipadamkan bersemarak semula menjadi api yang besar.

Ironisnya bila api sudah menjadi besar, ada pula salah seorang ahli Bomba Sukarela ini yang berkata bahawa sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku yang menyebabkan kebakaran itu tetapi ada orang yang ketiga mencampuri hal rumah tangga kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sehingga melahirkan kebakaran besar.

Semua orang kini menumpukan perhatian kepada siapa yang membakar dan terlupa siapa orang ketiga yang menyebabkan kebakaran. Dua persoalan yang berbeza. Orang ramai dipesongkan kepada isu siapa yang membawa mancis atau pemetek api yang menyebabkan kebakaran dan tentulah yang dituduh ialah Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Dari segi pemerhatian, sudah pasti jawapan kepada sesiapa orang ketiga ialah Khairy Jamalludin. Dan bila Khairy Jamaluddin sudah sampai ke tingkat dia menjadi punca segalanya, maka "grand design" si tukang konspirasi untuk membawa seorang yang mempunyai kuasa mengatasi Perdana Menteri sudah berjaya. Maka berlaku satu episod baru yang boleh dipanggil dalam istilah baru "Mafia Politik" yang setaraf dengan Mafia yang bergerak di Chicago asal Sicily yang diketuai oleh Al-Capone.

Dan ini lah sebenar idea yang cuba dibawa oleh Aziz Shamsudin berdasarkan apa yang diucap oleh Dr Mahathir Mohamed. Kesemua peminat yang sensitif terhadap politik tanah air terperangkap dalam satu teka teki "Mafia Politik" ini . Disini timbul Mohamad Nazri Aziz yang dikira sebagai penyokong Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan serangan Dr Mahathir Mohamad. Sebenarnya Mohamad Nazri Aziz ini samalah tarafnya sebagai seekor Beruang yang menjadi "Bodyguard" untuk membunuh nyamok yang hinggap di muka Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin nyamok akan mati dengan tamparan Beruang tersebut tetapi setengah muka Abdullah Ahmad Badawi akan robek.

Begitulah sekarang, hebatnya Mohd. Nazri Aziz mempertahankan Perdana Menteri dan semua orang mengaku dia hebat tetapi kesannya terhadap Abdullah Ahmad Badawi lagi hebat dari itu. Ini kerana jelaslah bahawa tindakan itu tidak selaras dengan Islam Hadhari dan juga tidak berketepatan dengan slogan "Budi Bahasa Budaya Kita" yang menjadi asas pimpinan kerajaan hari ini.

Tentulah Mohamad Nazri Aziz, tidak sebodoh itu, dia kelulusan undang-undang dan arif sangat membaca senario yang ada tetapi apa yang penting bagi Mohamad Nazri Aziz adalah untuk mengalih fokus dari Abdullah Ahmad Badawi dengan dimulakan kebencian terhadap dirinya dan diakhiri dengan beliau terpaksa meletak jawatan bagi menyelamatkan UMNO atau Malaysia daripada Neo Kolonialisma.

Jika ini tidak dilakukan semua orang, baik Melayu ataupun bukan Melayu akan mengundi Parti Pembangkang seperti mana tindakan orang-orang Melayu yang juga ahli UMNO di Trengganu yang terpaksa mengundi Pas atau Parti Pembangkang bagi mengeluarkan Wan Mokhtar Ahmad yang fikir dia masih relevan dan lima tahun kemudian mengundi semula UMNO/BN.

Mohd. Nazri Aziz sedar akan budi Dr Mahathir Mohamed kepadanya. Dia pula lebih cenderung kepada Mohd Najib Tun Abd Razak dan ini semua orang tahu. Mohamad Nazri Aziz sendiri memperakui bahawa dia sudah sedia kaya sebelum menjadi Menteri, ini bermakna dia seorang ahli perniagaan dan bila dia jadi Menteri, sudah pasti dia menggunakan proksi-proksi untuk menyertai perniagaan dibawah jagaan dia di Kementerian Pembangunan Usahawan, sehingga terbuka isu penyelewengan di Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang mengakibatkan ratusan jutaan ringgit, hilang begitu sahaja.

Nazri sedar bahawa peluang untuk beliau berniaga sekarang hampir tertutup kerana perniagaan kini di kaut oleh suku sakat Pak Lah. Nazri juga sedar bahawa Mafia Politik juga sedang membentuk pengganti baru untuk menjamin kepentingan suku sakatnya dan Datuk Najib bukanlah antara yang menjadi keutamaan oleh Pak Lah dan mungkin oleh ahli Umno yang lain. Suku sakat Najib juga sedang menunggu giliran untuk mengaut pula harta negara. Akhirnya. yang pasti masaing - masing mahu peluang menyapu harta untuk diri mereka sendiri dan membentuk pengganti yang akan memastikan suku sakat masing - masing terjamin.

Dalam pergolakan "Mafia Politik" ini sepatutnya mereka-mereka yang berminat menganalisanya mengambil tumpuan apa yang dikatakan oleh Aziz Shamsudin itu. Siapakah orang ketiga itu? Ini tidak bermaksud bahawa persahabatan Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi yang intim kemudian bermusuh kerana ada orang ketiga yang membuat adu domba tetapi lebih kepada ketiga orang yang mencampuri urusan kerajaan.

Orang ketiga mungkin memberi maksud Khairy Jamaluddin dan kemudian Kalimullah M Hassan tetapi yang ketiga itu siapa ? Mungkinkah pengertian orang ketiga itu, mula-mula Musa Hitam, selepas itu Anwar Ibrahim dan ada orang ketiga. Yang nyata bahawa orang ketiga yang mencampuri urusan kerajaan ini sudah pasti bukan sebarang orang. Dia mestilah orang yang betul-betul rapat dengan Abdullah Ahmad Badawi atau orang yang betul-betul dihormatinya.

Bagi mencari orang Ketiga dalam Grand Design ini, ada tiga nama yang perlu disenaraikan. Pertama, adalah Kamaludin Abdullah ia itu anak Abdullah Ahmad Badawi sendiri, kedua ialah Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan yang mencadangkan nama Abdullah Ahmad Badawi kepada Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan terakhir adalah Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Konspirasi dalam grand design ini ialah soal kepentingan. Yang boleh menjamin kepentingan suku sakat Abdullah Ahmad Badawi jika dia bersara. Ada yang membuat culaan bahawa orang itu adalah Muhyiddin Yassin, mungkin benar tetapi beliau bukan orang ketiga. Konspirasi ini dibuat ialah untuk menjatuhkan Najib Tun Razak, dimana "Mafia Politik" dengan mudah boleh menjatuhkan Najib Tun Razak dengan berbagai isu yang boleh didedahkan.

Bila Abdullah Ahmad Badawi sendiri terlibat bagi memperakui bahawa Khairy Jamaluddin sebagai budak cerdik dan memarahi sesiapa sahaja yang menegur atau memberi nasihat mengenai Khairy Jamaluddin maka dengan sendiri nama "Mafia Politik" tidak menjadi perbincangan. Macam Mafia di Chicago walau pun segala pembunuhan, pelacuran, peras ugut berlaku, semua orang tahu ketua Mafia itu adalah Al Copone tetapi undang-undang tidak boleh mendakwanya kerana tidak ada bukti sehingga dia menjadi "untouchable " dan akhirnya Al Capone hanya dituduh kerana melarikan atau tidak membayar cukai pendapatan.

Mafia Politik ala Al Capone di Malaysia, tidaklah sampai membunuh atau mengendalikan rumah pelacur atau apa yang salah dari segi agama, tetapi mungkin Mafia Politik di Malaysia, Al Capone nya berkonsepkan Islam Hadhari, nampak lembut, tidak terserlah dan banyak menggunakan managernya Khairy Jamalludin dan Al Capone ini yang sekarang yang sedang menguasai kesemua ekonomi negara.

Dengan pertunjuk itu orang-orang poltik yang berminat mencari sendiri siapakah orang ketiga harus menolak Khairy Jamalludin kerana dia sekadar "Commission Agent" dan sebab nama beliau disenaraikan sebagai yang dekat dengan Perdana Menteri, banyaklah tokoh korporat hendak berbaik dan menjadikan dia payung, tetapi semuanya terletak kepada Al Capone ala Islam Hadhari untuk membuat keputusan bagi dilaksanakan oleh Abdullah Ahmad Badawi... Carilah dia.

Sang Kelembai: Bila tengok VCD mengenai Peristiwa 11hb September 2001, banyak pengajaran disana. Agaknya betul kata setengah orang, sebenarnya John F Kennedy dibunuh oleh CIA sendiri bagi menyelamatkan Amerika dari berperang dengan Russia. Pertanyaan kita adakah agensi perisik kita berkerja untuk kepentingan politik atau kepentingan keselamatan negara?

1 comment:

warisang tokku said...

Pak Sangkelembai, saya ingin berbicara begini : ada satu cerita penglipur lara yang disampaikan oleh orang2tua dulu. Seorang penjaja Cina Tiongkok yang menjaja baru keperluan harian di satu kampung tradisi Melayu.

Penjaja Cina menjual pelbagai sayur-sayuran termasuklah terung dan buah-buahan termasuklah limau Ipoh.

Maka riuhlah penjaja tersebut melaung2kan barang2 yang diperniagakan di dalam dailek pekat Cina-Melayu.

Bunyinya lebihkurang begini : tolong2 limau busat (terung2 , limau besar - limau Ipoh memang besar saiznya). Apabila kedengaran oleh orang2 kampung, maka berkejaranlah mereka untuk menolong penjaja Cina Tiongkok tersebut kerana pada pendengaran mereka 'tolong2 rimau besar'.

Moral cerita penglipur lara ini ialah (saya meminjam kata2 bijaksana matsalleh) : discretion is the better part of reading people, never be afraid of saying "I don't know", "I need your help" and "I was wrong, then". apart from common sense, the most important acumen is a sense of humor.....

Selamat menterjemah dan salam perjuangan.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia