Sunday, July 09, 2006

Sang Kelembai 09072006


Seorang Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengatakan bahawa dia hairan melihat Dr Mahathir Mohamed boleh duduk bersama dengan mereka yang pernah menuduh beliau sebagai Firaun. kehairanan ini mungkin disebabkan kerana Menteri tersebut malah Ahli Masjlis Tertinggi itu sendiri jarang membaca kitab dan mendengar ceramah agama. Kalau mereka rajin membaca dan mendengar syarahan agama sudah semestinya mereka tahu dari mana datangnya asal usul Firaun di muka bumi ini.

'Firaun' merupakan perkataan dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan Raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa, 'Rumah Besar', bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana dan Firaun sendiri sudah berkuasa sebelum kedatangan Islam. Tetapi dari mana asal sebenarnya Firaun?. Bukankah yang menjadikan Firaun itu, seperti dikatakan didalam buku seorang pujangga Mesir yang bertajuk "Qisyasyul Anbiya" adalah dirinya sendiri yang menganggap bahawa dia itu Tuhan dan bukankah ini juga satu kesalahan rakyat Mesir pada masa itu yang bertuhankan Firaun? Mereka tidak pernah mahu mengatakan "La"("Tidak") kepada pemimpinya. Ringkasnya Firaun yang berada di bumi Mesir wujud kerana rakyatnya yang berkehendakan dia begitu dan dalam perpektif UMNO pula, pemimpin UMNO sendiri yang bertanggung jawab menjadikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Firaun. Ini membuka dua senario berbeza, satu kumpulan manusia yang mencipta dan bertanggung jawab melahirkan Firaun dan PAS yang cuma duduk berbicara dengan mantan Firaun ciptaan UMNO.

Bila Menteri-Menteri UMNO khasnya Muhyiddin Yasin dan kepimipinan lain berkata, "dahulunya bila Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri kami memberikan sokongan kepada beliau dan kini Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Perdana Menteri sewajar semua pihak memberikan sokongan kepadanya" jelas membuktikan mereka-mereka inilah yang sebenarnya sedang membina dan melahirkan seorang ketua yang akan menjadi seorang Firaun.

Dr Mahathir Mohamed disalahkan kerana duduk bersama dengan kumpulan mereka yang pernah melabel beliau sebagai Firaun, tetapi sebenarnya orang yang mengatakan Dr Mahathir Mohamed sebagai Firaun adalah lebih mulia daripada orang yang membina, mewujud dan melahirkan Firaun itu sendiri. Pas bertindak "La" atau tidak kepada Dr Mahathir Mohamed semasa dia berkuasa dulu.

Pemimpin UMNO, tidak seorang pun yang berani berkata "selama tempoh dua ke tiga tahun berketuakan Abdullah Ahmad Badawi, kami pernah menolak beberapa cadangan beliau selaku Perdana Menteri, seperti mana juga kami pernah menolak cadangan Dr Mahathir Mohamed, jika kami anggota kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO memikirkan bahawa itu bertentangan dengan kepentingan agama, bangsa dan negara". Malangnya ini tidak berlaku.

Bila Syed Hamid Albar bercakap di Terengganu, mempertahankan sikap UMNO menyokong kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang dia nafikan menyeret negara ini ke arah kehancuran dan campur tangan negara asing, ini jelas membuktikan bahawa Syed Hamid Albar dan sekutu Menterinya serta pemimpin UMNO yang lain sedang menyediakan atau menyiapkan seorang lagi Firaun baru dan bila Nik Aziz Nik Mat selaku ulama PAS memberi tawaran PAS untuk memberi kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamed, dengan sendirinya PAS lebih memahami konsep kepimpinan Islam itu sendiri. Tindakan Dr Mahathir Mohamed berada di dalam dua kedudukan berbeza, satu bercakap secara peribadi atau sebagai warga negara Malaysia dan keduanya bercakap sebagai bekas Perdana Menteri.

Soalnya semasa dia bercakap secara peribadi dan membuat ulasan-ulasan yang diminta daripada beliau oleh media, kenapa tidak pula ada pihak yang hendak bercakap dengannya atau menerangkan isu itu kepada beliau. Tetapi apabila Mahathir bercakap pada 24hb Jun 2006 sebagai bekas Perdana Menteri, kenapa pula beliau diserang dari semua penjuru, sehingga Abdullah Ahmad Badawi, mengatakan dia tidak perlu menjawab kerana dia "ada kerja yang hendak dibuat" tetapi yang sebenarnya kerja yang dia hendak buat ialah pergi bercuti di Perth, Australia dan bagi menghalalkan percutian itu kerajaaan membuat kenyataan pembedahan mengenai pembedahan hidung.


Firaun kita, Dr Mahathir Mohamed dilihat kini sebagai Firaun dari segi projek mewah dengan pembinaan KLIA, Litar Sepang, Proton, Menara Berkembar Petronas dan macam-macam lagi yang ironisnya kini memperlihatkan hasil dari sudut pembangunan negara. Malah projek mewah pertamanya Jambatan Pulau Pinang menjadi contoh satu bentuk keperluan yang kerajaan hari ini akur dan bertindak membina satu lagi jambatan kerana yang ada sekarang tidak mencukupi. Maka bererti Firaun di Mesir mungkin begitu juga, dengan berbagai program kezaliman kepada rakyatnya, projek mewah membuat kuburnya yang hari ini mendatangkan hasil pertukaran wang asing dan pekerjaaan kepada keturunannya di Mesir.

Hari ini Dr Mahathir Mohamed bercakap atas isu yang dia perlu memberi penerangan kepada serangan yang diperbuat oleh bekas-bekas Menterinya yang menjadikan dia Firaun kerana Menteri-menteri dan pemimpin UMNO berkepentingan sedang menyiapkan seorang Firaun baru. Firaun baru ini tidak seperti Firaun yang yang menerima pandangan tukang nujum bahawa akan ada seorang lelaki yang menghancurkannya, maka diarahkan semua bayi lelaki dibunuh.

Firaun baru yang sedang dipersiapkan oleh UMNO sekarang, agaknya Firaun Hadhari kerana dia tidak membunuh lelaki tetapi dia dengar apa yang dikatakan oleh anak dan menantu dia yang lelaki. Firaun baru ini tidak seperti firaun lama. Dia lebih banyak mementingkan kepentingan anaknya, sebarang tender atau tawaran projek kesemua dibolot oleh anak lelaki atas nama Scomi. Akhirnya, sekarang ini semua Menteri-Menteri sudah tidak ada kuasa atas apa-apa tender, kerana itu Menteri terpaksa akur kepada tuhan baru, kerana mereka sedar mengingkari Firaun ini boleh menyebabkan kehilangan kehidupan yang mewah, pendapatan yang cukup lumayan....maka jawabnya "sokong sahajalah".

Bila kesemua UMNO diarah memberikan sokongan kepada Abdullah Ahmad Badawi, ini memberi pengertian bahawa UMNO membenarkan Abdullah Ahmad Badawi membuat tindakan mengikut seleranya termasuk memberikan apa sahaja perniagaan kepada anak dan menantunya. Begitu juga dengan tindakan menyerahkan kepentingan strategik ekonomi negara kepada Singapura. Dan jika berlaku jangan ada kekesalan kemudian nanti kerana dosa - dosa ini adalah dosa yang perlu dipikul oleh mereka yang melahirkan Firaun baru sekarang ini.

Dahulunya Firaun Dr Mahathir Mohamed bertindak kepada orang yang cuba mencerobohi koloninya tetapi dia tetap menjaga koloninya, ahli-ahli UMNO dapat juga sedikit sebanyak limpahan projek tetapi hari ini ahli-ahli UMNO sekadar menjilat jari. Contohnya yang terdekat di Terengganu, gelombang biru yang diharapkan memberikan indikasi kuat akan menjadi gelombang hitam, bila semua projek besar diberi kepada Patrick Badawi. Maka bertanyalah orang luar Terengganu kepada rakyat Terengganu, "paaa bendanyaaaaaaaa" orang Trengganu ini.

Sang Kelembai: Jika tidak kerana Firaun mengaku Tuhan, mungkin Musa dan Harun tak didatangkan Allah ke Istana Firaun, tetapi Allah mengarahkan Musa supaya bersikap lemah lembut terhadap Firaun. Tetapi Firaun Abdullah Ahmad Badawi, jika bukan dia yang menyerang tetapi menteri - menteri kabinetnya yang bertindak menyerang Firaun lama dengan cara yang biadap, kurang ajar dan betul-betul sebagai pencacai. Itulah agaknya Islam yang ada had dan harinya.

9 comments:

Anonymous said...

kelembai bodoh. Terjunlah kamu dgn Mahadead dan balaci2nya. Masa kamu dah hampir untuk mampus!

anti firaun said...

kelembai cerdik....teruskan usaha kamu yg mulia...dedahklan siapa salesman kepada singapura...pemusnah nasionalis malaysia....

hidup sang kelembai

Anonymous said...

Sebetulnya, isu yang sang kelembai nak jelaskan, mudah aje. tak perlulah berbelit-belit. Buat macam DrM je, dia bila bercerita mudah dan senang difahami. Kalau boleh sang kelembai buat cerita macam tu je. Senang difahami dan lebih cepat masuk otak.

Kelembai Taik said...

tulisan mengampu yang tak nampak kualiti pemikiran penulisnya.

nampak sangat blog ni diwujudkan semata2 nak mengampu mahathir, si tua kutuk yang memecah belahkan orang melayu. kesian betul aku dengan manusia bengap macam sang kelembai yang buta kayu ni.

sepatutnya hidup kita mencari kedamaian, mencari titik persamaan dan menjaga silaturrahim. Dan jelas mahathir ni kaki gaduh, kaki fitnah, menyalahguna kuasa dan lain2.

Memang betul aku tak nafikan banyak jasa Mahathir. Jasa Mahathir bukan sesuatu yang privilage yang dikurniakannya kepada rakyat. Jasa itu sebetulnya tanggungjawab.

Begitu juga dengan rasuah dan penyelewengan. Menjadi tanggungjawab Mahathir untuk membersihkan negara dari anasir2 korup. malangnya ini tidak dilakukannya. Pertuduhan2 rasuah hanya dipilih keatas orang2 tertentu, bukannya untuk menegakkan keadilan, lebih pada pilih kasih.

Taik2 kotor Mahathir berselerak sana sini selepas dia bersara. Menjadi tanggungjawab Pak Lah untuk membersihkannya. Hanya orang buta kayu macam ko je yang tak nampak2.

kuruksemangat said...

The truth will prevail. After a few damages, of course.

Jawa said...

Ini blog Sang kelembai. Hak dia untuk berkata-kata cara bagaimana pun......... Hak kita pula untuk membaca ataupun tidak....... Masing2 ada akal fikiran untuk mentafsirkan cara masing2....

tempua said...

Cerita yang baik tentang firaun-firaun di Malaysia. Satu firaun cerdik yang berpandangan jauh dan satu lagi firaun baru yang lembab dan pekak badak. Hidup Tun Dr Mahathir!

dukperati said...

ada patut tulisan ni dia kata mengampu..bodo betul...mana ada org mengampu org yang dah pencen bodo...nak ampu dapat apa....

aminsyukur said...

Sang K, naiyya org2 Terengganu awk kata gitu. Apa nak buat begitulah nasib depa tapi sekurang2nya gelombang biru udah diterjemahkan kepada money-making machine iaitu projek Monsoon Cup - lawan lumba boat waktu ombak bergelombang.....

Idea untuk Monsoon Cup tu datangnya bukan daripada calang2 orang. Dengar2 cerita daripada lalat dan langau sampai naik kecut akauntan negeri nak sign check untuk tanggung kos penganjuran Monsoon Cup pada tahun lepas. Nasib baik ada Patrick Lim dan Patrick Wan di Putrajaya. Kalau tidak malulah mana nak letak maruah org2 Terengganu.

Kepada YB Kemaman syabas kerana telah berjaya buat roadshow di Terengganu bagi platform yang baik untuk boss u. Jangan lupa jamu boss u dgn nasi bungkus lauk sata ikan tenggiri kelas wahid. Jajalah pekong TDM diserata cerok di Terengganu. Buatlah kerja lain yang lebih munafaatnya sebab rakyat2 le ning udah tau nak menilai mana berlian mana kaca. Jangan sampai depa kata ..... 'berayok mok mung' kami bukan buta, kami bukan tuli.

Pak K - teruskan perjuangan sambil2 tu intai2lah apa yang sedang berlaku di Wilayah Persekutuan yang berada di bawah dagu kamu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia