Tuesday, July 04, 2006

SangKelembai 03072006




Ini mungkin kesan secara langsung akibat pemilikan Hospital Swasta negara ini oleh Singapura. Mungkin kerana tidak mahu maklumat - maklumat perubatan dan kesihatan mereka menjadi spekulasi dan diketahui oleh Singapura yang kini memiliki saham - saham hospital tersebut maka tokoh - tokoh elit negara mungkin pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Sungguhpun kemungkinan kebenaran kenyataan ini boleh dipersoalkan tetapi setidak-tidaknya Pak Lah sendiri terbang beribu - ribu batu ke Perth, Australia untuk mendapatkan rawatan bagi resdung yang mana ini menunjukkan beliau gagal memberi kepercayaan kepada klihik - klinik dan Hospital tempatan yang mungkin jauh lebih baik.

Dalam keadaan rakyat Palestine ditindas dengan serangan bersenjata berat oleh Israel, Pengerusi OIC (Pertubuhan Persidangan Negara Islam) boleh bersenang lenang bercuti dengan keluarganya. Kemungkinan ini salah satu pengajaran Islam Hadhari atau beliau mahu melaksanakan erti sajaknya "Mencari Damai Abadi". Dalam keadaan rakyat Palestin berdepan maut, Pengerusi OIC nya boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh terbang ke Australia untuk "Mencari Damai Abadi".

Isu di Tanah Air sendiri ,jika tidak seberat sengketa Palestine/Israel tetapi masalah Mahathir/Abdullah juga sudah menjadi pertemporan terbuka yang perlu diselesai segera. Pak Lah tidak akan dapat menyelesaikannya dengan menggunakan alat kawalan jauh dari Australia untuk menangani isu ini. Dr Mahathir Mohamed yang keseorangan dan hanya bergantung kepada simpati tentera semutnya diperingkat akar umbi sedang berhadapan dengan Abdullah Ahmad Badawi yang menggunakan Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri sebagai benteng namun sehingga kini tidak nampak berjaya untuk mempertahankan isu tuduhan pencerohan dan campur tangan Dr Mahathir Mohamad didalam hal ehwal kerajaan.

Sebaliknya serangan yang bertubi-tubi oleh Menteri Pertahanan dengan sekutu pasukannya yang terdiri dari Muhyiddin Yassin, Syed Hamid Albar, Tajul Rosli dan Mohd Nazri Aziz nampaknya tidak berjaya mengurangkan atau mengundurkan pasukan pertahanan Dr Mahathir Mohamad, sebalik pasukan itu telah dapat menguasai kedudukan strategi diperingkat akar umbi hanya bersenjatakan rakaman peristiwa 24hb Jun 2006, untuk rakyat memahami isu yang sebenarnya.

Kerajaan, sungguhpun tidak mengangkat bendera putih, terpaksa mencari orang tengah bagi menyelesaikan isu yang semakin membengkak ini. Kenyataan Tun Mahathir untuk mencari sehingga ke lubang cacing menunjukkan cacing - cacing yang berada didalam lubangnya sedang kepanasan dan sesuatu harus dilakukan segera dan tindakan yang paling konsevertif ialah untuk mengadakan orang tengah bagi menyelesaikan kemelut ini.

Samada ada orang tengah atas inisiatif peribadi atau rasmi itu adalah soal yang kedua. Perkara yang diambil perhatian adalah usaha untuk menyelesaikan "misi keamanan" dalam konflik ini.

Dalam memilih orang tengah untuk menyelesaikan konflik ini, semestinya orang tersebut mempunyai kekuatan berbincang , berunding dan mempunyai karisma yang tinggi. Orang itu harus seperti jimmy Carter, orang yang sering diberi kepercayaan dalam menjadi pihak ketiga sekiranya ada pergeseran di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, orang yang akan memainkan peranan "arbitration" ini adalah orang yang dihormati oleh Mahathir dan disayangi oleh Pak Lah. Malangnya beliau tidak mempunyai sifat - sifat lain yang memberi indikasi kekuatan untuk memulihkan keadaan lantas ini tidak memberi keyakinan bahawa beliau akan berjaya untuk menyelesaikan masalah ini.

Penyelesaian isu ini boleh dimulakan dengan mengesan dan mencari siapa "miang keladi" nya dan siapa orang ketiga. Ini sebenarnya sudah diberi petunjuk oleh seorang Menteri. Seterusnya penyiasatan "political forensik" terpaksa dibuat untuk mencari pula dimana puncanya. Ramai antara kita telah dialihkan pandangan kerana secara kebetulan, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir Mohamed banyak bergantung kepada persoalan jambatan, Proton, Agusta, AP kereta. Maka penyemaraan isu itu dijadikan serangan yang bertubi-tubi tetapi sebenarnya tempat sepatutnya diserang jauh berbeza.

Dr Mahathir Mohamed sendiri dari segi ucapannya jika dihayati, hanya sekadar memberi penerangan kenapa dia tidak puas hati dalam isu yang dia mempunyai "Locus Standi " untuk membicarakannya. Tetapi tidak ada siapa yang tahu atau bertindak mengesan petunjuk yang sebenarnya menjadi punca perbalahan kedua orang ini. Bagaimana pun Dr Mahathir Mohamed sudah memberi "clue" atau petunjuk yang sebenarnya dan kenapa dia teramat marah kepada Pak Lah. Soalnya kenapa pihak yang kena serang tidak bertanya kepada Perdana Menteri , tentang jawapan mengenai tuduhan tikaman dari belakang serta tuduhan bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak menepati janji?. Apakah dia janji - janji yang telah dibuat oleh beliau dengan mantan Perdana Menteri Malaysia itu?

Bila Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu menjawab soalan - soalan tersebut dan mengarahkan Panglima dan Hulubalang beliau menjawab, maka disinilah timbul teka teki. Kenapa tidak ada seorang pun mahu bertanya apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir Mohamed dalam kenyataan sidang akbar pada 24hb Jun 2006 mengenai perjanjian itu, dengan kenyataan beliau "dia tahu saya tahu".

Perhatian rakyat jangan lagi ditumpukan kepada isu-isu remeh yang ada hubungkait dengan Jambatan, Proton, Agusta atau AP kereta itu. Isu ini sudah menjadi berat macam isu Israel/Palestine, dan tumpuan adalah pada kenyataan Tun Mahathir mengenai "dia tahu saya tahu" dalam konteks perjanjian dan tikaman dari belakang.

Soalnya dalam teka teki ini, siapakah agaknya yang akan membongkar atau memulakan pendedahan yang dimaksudkan "dia tahu saya tahu".

Dalam keadaan meraba mencari punca masalah ini, disinilah peranan orang tengah itu terbit. Orang tengah itu mesti tahu apa yang dikatakan "dia tahu saya tahu". Jika perkara ini tidak difahami oleh orang tengah, maka segala perjumpaan hanya sekadar "minum teh" sahaja dan tidak akan ada keputusan. Dr Mahathir Mohamad atau siapa juga yang berada dalam posisinya tidak akan membocorkan rahsia mengenai "gentlemen's agreement" itu. Begitu juga Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menjawab kerana jika dia menjawab secara terbuka maka akan terbongkarlah rahsia yang mengesahkan bahawa memang dia mungkir janji dan tikam dari belakang kerana tidak menepati janji.

Maka bersama-samalah kita menunggu akan apa yang terkandung dalam perjanjian kedua - dua mereka. Selagi "dia tahu saya tahu" tidak dihuraikan maka isu ini hanya boleh diselesaikan oleh Malaikat sahaja, kerana orang tengah yang dinafikan sebagai orang tengah rasmi itu, jelaslah dahulunya Panglima Perang Anwar Ibrahim dalam usaha menyingkirkan Abd Ghafar Baba ditahun 1993 dan dari segi reputasi dia tidak sehebat Jimmy Carter yang memang tidak berkepentingan dalam mana-mana pihak yang bertikai, walau pun dia seorang bekas diplomat. Perlu kita sedarkan bahawa orang tengah itu akan berhadapan dengan Dr Mahathir Mohamed seorang pengasas dasar luar Malaysia yang dihormati dan Abdullah Ahmad Badawi bekas Menteri Luar untuk beberapa ketika, agak-agaknya macam mana orang tengah nak bercakap bagi memulakan rundingan dengan latar belakang orang yang bertikai sebegitu?

Sang Kelembai: Macam mana pun kerajaan akan mengalihkan pandangan dari isu ini ke isu lain, pengalaman operasi lalang mengajar kita semua macam mana tiba-tiba datang Private Adam dalam kemelut perkauman dan tangkapan ISA beramai-ramai. Sama-sama kita tengok dan lihat dan siapakah pakar "political forensik" ini?

1 comment:

Anonymous said...

Doa-doakan supaya pilihanraya disegerakan, kerana jika UMNO atau BN kalah banyak kerusi maka itulah amaran awal atau suara rakyat di zaman sekarang..Rakyat sekarang bukan mcm di zaman 80an...semuanya dah matang dgn politik ala Mahathir...Kerajaan UMNO ala Mahathir telah melahirkan ramai Dato'-Dato' dan jutawan yang pendek akal fikiran sehingga lupa bahawa semua tu adalah keringat rakyat...Demokrasi konon...pirahhh....Amerika yg paksi kejahatan tu lebih demokrasi dari kita...boleh kutuk presiden bush dlm tv lagi...mana ada kerajaan Amerika tu masukkan rakyatnya dlm ISA...ISA tu dah menunjukkan betapa tidak demokrasinya Malaysia ni....Mahathir VS Abdullah adalah medan untuk rakyat mengetahui lebih terperinci senario politik Malaysia yang kebudak-budakan...Mahathir dan Abdullah tiada bezanya kerana kerana kedua-duanya bukan cerdik sgt pun hanya bijak menyalurkan wang rakyat untuk kepentingan peribadi...kalo bijak sgt Mahathir tu knp PROTON dan MAS terlingkup...Abdullah tu pun sekor lagi knp dia buat program bersemuka bersama dia di tv3...itu semua idea bodoh Khairy untuk memperbodohkan bapa mentua dia yang Mr. Nice Guy...terlebih 'Nice" la tu sampai kena belit dengan kabinet sendiri...Bukan itu sahaja ianya menjelaskan bahawa kerajaan UMNO telah banyak memerah keringat rakyat...Sebenarnya golongan melayu di peringkat pertengahan telah lama ditindas secara diam oleh kerajaan....
Rakyat Malaysia akan terus sengsara dibawah pentadbiran kerajaan UMNO kecuali mereka-mereka yg hidup bergantung harap dgn keupayaan politikus UMNO...UMNO go to hell...Lebih bagus tukar kerajaan lain...masa tu baru akan terdedah semua kejahatan kerajaan UMNO (terutamanya Era Mahathir) kerana menggunakan wang rakyat dgn cara paling tidak berkhemah...tidak ada satu pun pemimpin tertinggi dlm UMNO sekarang yang betul-betul Genius dan Ihklas mentadbir kerajaan.....Takbirrrrr

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia