Salah satu perkara yang tidak diambil peduli oleh orang yang betul-betul Melayu, ialah definasi Melayu itu sendiri. Melayu seharusnya mempunyai marga atau keturunan etnik Melayu yang terdiri daripada Minangkabau, Jawa, Rawa, Mendeling, Malanau, Bajau, Banjar dan bermacam-macam lagi. Mereka ini bolehlah diklasifikasikan sebagai Melayu Baku.
Tetapi sekarang yang banyak ialah Melayu Buku. Melayu buku membawa erti Melayu yang tertulis dan ditafsirkan mengikut Perlembagaan Malaysia. Melayu itu menurut perlembagaan mestilah Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam budaya Melayu. Hasilnya jika bapa atau sebelah ibunya Melayu dan memehui syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan, maka jadilah dia Melayu, walau pun samada ibu atau bapanya seorang Turki, Siam, Benggali dan Arab. Asalkan sudah menerima Melayu sebagai bangsanya walau pun sudah tidak Melayu gahara lagi mereka diistilah sebagai Melayu.
Bagaimana pun ada setengah pihak yang telampau cair atau tidak ada sedikit pun bapa dan ibunya datang dari keturunan marga Melayu. Contoh yang terdekat ialah orang - orang berketurunan Arab, yang bapanya atau ibu orang Arab yang dikenali dengan nama Syed dan Sharifah. Dalam peradapan Melayu, orang Melayu seperti ini sudah dinamakan Melayu pendatang dan ini dirujuk sebagai DKA ia itu Darah Keturunan Arab, sama seperti DKK, darah keturunan Keling.
Masalah hari ini orang-orang keturunan DKK dengan DKA sekarang sedang berperang, Abdullah Ahmad Badawi, yang ada sedikit Keturunan Arab dan Keling sedang diserang oleh Dr Mahathir Mohamed yang punya keturunan Keling. Kedua - duanya cuba mempamerkan sikap lebih Melayu dari Melayu itu sendiri. Dalam masa krisis ini yang sedang meningkat muncul pula Syed Hamid Albar, yang bapa dan ibunya adalah dari Arab Bogor, kaum pendatang Indonesia.
Orang-orang Melayu Baku ini, mengambil jalan mudah, mereka menyedari bahawa beribu tahun dulu, mereka sudah diberitahu akan perjanjian Sang Sapurba yang mewakili para pemimpin Melayu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak. Dalam perjanjian "tidak akan menderhaka mereka kepada pemimpin selagi kepimpinan itu tidak menderhaka kepada bangsa itu sendiri".
Inilah kenyataannya sekarang. Dalam saat kedaulatan negara tercemar, syarikat strategik negara telah bertukar tangan ke Singapura. Ini juga berlaku di Indonesia dan Thailand. Pengambilan syarikat strategik negara yang ditelan oleh Singapura adalah umpama kita ditelan oleh ular lidi.
Bila Syed Hamid Albar seorang Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berjuang untuk Melayu tetapi dalam badannya dia adalah seorang Melayu Buku, maka dia tidak menyedari sikap sebenarnya orang-orang Melayu terhadap pemimpin seperti perjanjian antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Oleh kerana hendak mempertahankan juga Perdana Menteri yang juga Melayu Buku dengan menganggap orang Melayu masih ditahap lama, malas berfikir maka pasti mereka akan menerima padahnya.
Dalam Majlis Penerangan dengan UMNO Selangor,sebaik sahaja Majlis Dialog dibuka, dengan lantang Melayu yang difikir sebagai spesis pengecut, yang bersikap seperti ular, bila kenyang dan perut membuncit akan duduk diam, tiba - tiba bangkit dengan sebilangan besar pemimpin UMNO negeri bersikap seperti ular naga, yang bukan sahaja menunjukkan wajahnya malah memuntahkan api.
Tanpa segan silu, berkatalah pemimpin UMNO bahawa jika Syed Hamid Albar bertanding MT kali ini, undi tidak akan diberi kepada beliau. Yang maksudnya undi tidak diberi, adalah miang keladi yang merosakkan Melayu baku adalah jenis Melayu buku macam Syed Hamid.
Walau dimana majlis penerangan soal persengkataan Dr Mahathir Mohemad dengan Abdullah Ahmad Badawi dibuat, orang ramai dan ahli UMNO sudah mampu membuat konklusi mereka sendiri. Itu sebab apabila seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata "biar rakyat menjadi orang tengah" maka semua akan bersetuju, kerana semua orang tahu dalam pilihanraya hanya ada tiga kelompok.
Kelompok itu terdiri dari putih yang menyokong, hitam yang menentang dan kelabu yang belum ada pendirian. Sesi penerangan kepada putih yang itu terdiri dari ahli-ahli UMNO yang dilakukan Syed Hamid Albar di UMNO Selangor mendapat tamparan hebat. Apa yang berlaku adalah sebalikny,a dari putih menjadi hitam.
Pada yang hitam dia tetap hitam, dengan kepandaian yang hitam ini akan membawa putih menjadi hitam dan kelabu pun ikut hitam, akhirnya membuat orang tengah akan bertindak untuk memberikan sokongan kepada Parti Pembangkang dan menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari Sri Perdana. Jika dia berkeras juga untuk menjadi Perdana Menteri lagi, maka akan berlaku seperti mana rakyat Terengganu lakukan ,yakni mengeluarkan Wan Mokhtar Ahmad dari pejabatnya di Wisma Darul Iman di tahun 1999.
Orang Melayu Baku ini adalah jenis orang yang suka menjaga airmuka lawannya, jarang sekali berlaku kepada Melayu Baku sampai ke tahap dia tidak berfikir panjang dalam menjaga air muka. Tetapi bila pemimpin UMNO macam Muhyiddin Yasin dan Nazri Aziz melebihi tahap yang dihadkan, orang Melayu mula berfikir dan menyebabkan mereka buat renungan semula (bila merenung mereka akan berfikir) dalam menilai semula sokongan mereka.
Bila mana Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan membela pendirian mereka, orang ramai dan kelompok yang berminat dalam isu jambatan tidak menjadi bingung sebalik bertambah cerdik dan faham akankedudukan perkara yang dipertikaikan oleh Firaun-Firaun yang diwujudkan oleh UMNO. Akhirnya masalah yang patut jadi persengketaan diplomatik antara Malaysia dan Singapura sudah menjadi persengketaan diplomatik antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan Abdullah Ahmad Badawi.
Jawapan pembelaan itu tidak mengikut standard Islam Hadhari, sebaliknya digunakan oleh Policy Centre Tingkat 4 untuk membelasah Tun Dr Mahathir Mohamed bagi kepentingan bossnya di Tingkat 5. Cara menjawabnya langsung tidak ada budi bahasa dan kalau tengok lengok ayat dan bahasanya jelaslah ini dibuat oleh budak-budak kerana jika dia dibuat oleh orang dewasa, sudah pasti dia tidak menjawab dengan memfokuskan kepada persoalan yang ditanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, sebaliknya mereka sepatutnya menjawab tanpa menyentuh nama Tun Dr Mahathir Mohamed, sungguhpun orang akan tahu ianya dituju kepada Tun Mahathir.
Apabila JPM menjawab secara begitu, jelaslah memang ada niat Abdullah Ahmad Badawi dan budak-budaknya (dahulu di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed, budak-budak macam ini dipanggil Leftenant) cuba nak mengikis nama Tun Dr Mahathir Mohamed dalam persada politik tanah air dan menimbulkan nama baru yang lebih hebat dan gah seolah-olah slogan Tradisi Membela Rakyat tidak membawa apa-apa erti sebaliknya yang penting Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Terserahlah kepada rakyat atau orang tengah, sama ada akan membuat keputusan kerana kepentingan perut, kerana kepentingan negara atau kepentingan pemimpin dia setelah mendengar jawapan dalam isu jambatan ini. Perjalanan ini tidak terhenti dengan keluarnya kertas jawapan itu. Air yang keruh, diharapkan semakin mendap untuk dijernihkan tapi nampaknya semakin gelodak kembali. Dalam keadaan keruh inilah maka ramai orang akan menangguk ikan kerana ikan di dalam air tak nampak tangguk. Jika Parti pembangkang mengambil peluang menangguk itu adalah langkah yang betul kerana orang tidak menanguk di air yang jernih, kerana ikan di air nampak tangguk itu.
Bagaimana pun rakyat jangan tersalah tangguk, kerana ikan yang sebenarnya yang hendak di tangguk berada di kolam yang lain. Isu dihadapan kita bukan soal jambatan sahaja, sebaliknya bagaimana anak Abdullah Ahmad Badawi yang bernama Kamaluddin berkuasa menangguk di air keruh, dalam saat orang membincangkan politik, dia sibuk menyamun, merompak dan mengambil semua bisnes termasuk yang dibumi dan dilangit. Dan yang terbaharu, perniagaan Scommi di Petronas. Khairy Jamaluddin yang sedang hebat bercinta sekarang sedang mendiamkan diri, mungkin tengah mengira beberapa banyak briefcase yang bertukar tangan seperti yang berlaku di Hilton Kuala Lumpur. Pergilah tengok CCTV di Hilton Kuala Lumpur, kita akan nampak - masuk berlegang tangan, keluar sudah ada Briefcase. Ada apa dalam Briefcase itu? Sendiri tanya, sendiri jawablah.
Sang Kelembai: Petua yang ada sekarang, kalau nak kaya cepat, pergilah ke Kepala Batas, kahwin dengan sesiapa, walau janda berumur 70an tetapi mesti ada hubungan keluarga dengan Pak Lah.. selepas itu, minta "sain" surat sokong tender daripada Pak Lah.. Insya-allah akan makbul permintaan itu.
No comments:
Post a Comment