Sunday, July 23, 2006

SangKelembai 23072006


Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang berkerja dirumahnya dia didatangi putranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu. Putranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar, lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakkanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Namun dalam era Islam ada had ada hari, Pak Lah membelanjakan wang rakyat yang dianggarkan bernilai RM 20,000 sehari dari tempoh 28hb Jun sehingga 17hb Julai 2006 untuk bercuti. Walaupun beliau sebagai Perdana Menteri ada hak untuk berbelanja sedemikian banyak wang rakyat tetapi wajarkah ini dilakukan dalam masa rakyat di gesa untuk mengubah gaya hidup akibat tekanan peningkatan harga barangan di negara ini? Mungkin dalam Islam yang ada had dan ada hari ini dibenarkan. Wallahu alam.

Hari ini heboh bahawa kerajaan telah menjawab semua soalan - soalan yang di kemukakan oleh Dr Mahathir. Ironisnya jawapan - jawapan mengenai "kepentingan awam" hanya ditujukan kepada Dr Mahathir dan tidak kepada rakyat. Ini mungkin membawa kesimpulan bahawa memang tepatlah rakyat itu akan menjadi hakim negara dalam melihat pergeseran antara Mahathir dan Pak Lah. Namun hari ini rakyat masih melihat dan berpendapat bahawa kesemua jawapan yang diberikan kerajaan tidak menjawab isu sebenarnya tetapi hanya memberi penerangan asas sahaja. Dalam masa rakyat lebih berminat kepada jawapan, tanpa disedari Abdullah Ahmad Badawi sudah memberi jawapan sebenar pembatalan Projek Jambatan Indah (penamaan Dr Mahathir) yang kemudian bertukar ke Jambatan Bengkok (penamaan Abdullah) adalah kerana kerajaan sudah menerima cadangan YTL (Francis Yeoh) bagi membuat Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Maka tepatlah, dalam pembelaan isu ini oleh Ismail Sabri Yaakub Ahli Parlimen Bera, Pahang. Dia mengatakan, " Kalau jambatan, wang kerajaan digunakan tetapi keretapi laju adalah duit YTL sendiri. Dia buat Jalan Keretapi, Dia Beli Keretapi dan Dia kutip tambang sedang kerajaan tak rugi apa - apa. Kerajaan cuma bantu percepatkan kelulusan pengambilan tanah & kelulusan lain. Harap faham keadaan ini".

Ini jelas membawa erti bahawa Ahli-ahli Parlimen sudah diberitahu cerita yang sebenarnya mengenai pembatalan itu kerana itulah Ahli-ahli Parlimen tidak segarang mana waktu mempertahankan projek jambatan itu.

Bagi pengundi atau ahli-ahli UMNO di Bera, penerangan ini mungkin mereka boleh terima kerana sebilangan besarnya adalah "orang asli" tapi macam mana Melayu yang prihatin. Tidakkah Ahli Parlimen Bera itu mengetahui apa yang telah berlaku kepada tanah-tanah KTM semenjak diswastakan dahulu. Lihat apa yang terjadi di Sentul, bila di serah syarikat bumiputra dan kemudian dijual kepada YTL, apa yang Melayu dapat? Nak dapat buat warung depan bangunan yang dia bina pun tak boleh . Belum lagi tanah-tanah di Jalan Syer, Bukit Tunku. Disitulah dibina rumah banglo harga berjuta-juta RM, yang tak mampu dibeli oleh bumiputra.

Disini Dr Mahathir Mohamed tetap salah dalam menjual tanah-tanah KTM kepada swasta tetapi sehingga sekarang tidak ada satu stesyen KTM yang berubah, setelah dijual tanah-tanah tersebut. Soalnya kenapa nak ulang perkara yang sama. Tanah - tanah KTM di Singapura berharga 18 B, kerana Kerajaan tak hendak rugi 1.6 B, Insyaallah negara akan kehilangan tanah-tanah tersebut termasuk tanah kiri kanan laluan KTM yang ada sekarang ini.

Oleh itu, kenapa nak buat polemik yang berpanjangan, jika dari awal, sudah dijelaskan kerana nak buat Keretapi Laju dan laluannya tidak boleh menggunakan Jambatan Bengkok kerana keretapi tak boleh korner baring sudah tentu rakyat boleh terima, Rakyat juga boleh terima mungkin dengan kecepatan itu akan membolehkan banyak lagi orang Singapura yang berjumlah hampir 4juta orang dan pelancung datang ke Malaysia khasnya ke Kuala Lumpur.

Betapa pun akibatnya nanti KLIA akan menjadi gajah putih kerana sekarang pun naik Express Rail Link makan masa 28 minit dan naik kereta 1 jam. Lebih baik terus ke Singapura hanya memakan masa 90 minit. Lagi pun Airport Changi banyak pilihan "airline" dan dengan 9 B kos pembinaan, keuntungan YTL akan hanya diperolehi selepas 50 tahun, tetapi sedarkah kita hakikat tanah-tanah KTM akan di "lease" selama 60 tahun atau lebih kepada YTL? Hasilnya orang-orang Melayu tidak boleh menyesal lagi bila KTM, yang dikenali Keretapi Tanah Melayu akan bertukar kepada Keretapi Tanah Multiracial, akronimnya KTM juga.

Kita lihat pun isu penasihat Pak Lah. Dalam bidalan: orang Melayu ada menyebut, "Kalau tak tumbuh, tak melata, jika tak sungguh, orang tak kata. Ini memberi pengertian , adanya anak menantu jadi penasihat sungguhpun bukanlah semua perkara dirujuk kepada anak menantu nya, tetapi semua orang khasnya orang-orang yang berhubung dengan soal-soal perniagaan mengatakan bahawa Perdana Menteri ada penasihat. Sebagai contoh, kononya masa di Perth, ada orang yang cuba melobi projek dan bila dapat berjumpa Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi minta mereka berjumpa dahulu atau berbincang dengan Khairy .. betul tak betul kita tidak tahu, tapi ini cerita dari mulut ke mulut yang ada. Maknanya kalau berjumpa Khairy, maka dialah akan menasihatkan setuju atau tidak untuk diluluskan. wallahu a'lam bisawab.

Ada pun hari ini Abdullah Ahmad Badwi dikenali sebagai The First Prime Minister 0f Malaysia yang jenis tidak membaca dan tidak mahu mendengar nasihat. Pak Lah hari ini mengatakan bahwa beliau tidak mendengar nasihat sesiapa. Ini hanya menunjukkan bahawa Pak Lah kononnya melaksanakan kerja - kerja bersandarkan atas kepentingan rakyat , atas nama rakyat dan atas nama kesenangan rakyat tapi malang rakyat tak senang dengan keputusan yang dia senang. Dalam satu hal, dia menyatakan itu keputusan kabinet, dalam satu hal lain, keputusan dia. Bukankah dia seorang pejuang Islam Hadhari, sepatutnya dia menyatakan bahawa penasihatnya mengikut kehendak-kehendak Islam berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Sunnah dan diputuskan secara musyawarah.

Betapa pun dia menafikan bahawa anak menantu bukan penasihat, ini masih boleh dipertikaikan sebab dia masih ada seorang penasihat lagi yakni Kalimullah, kenapa tak nafikan sekali. Itu menjadi tanda tanya.

Sang Kelembai: Kalau Pak Lah mencari Al Ghazali, pasti dia terjumpa perkataan ini: "Bahawa manusia memiliki kecenderungan untuk mencintai eksistensinya dan membenci hal-hal yang dapat menghancurkan, menidakan, mengurangi atau memutuskan kesempurnaan itu.

2 comments:

Azer Mantessa said...

"Pak Lah membelanjakan wang rakyat yang dianggarkan bernilai RM 20,000 sehari dari tempoh 28hb Jun sehingga 17hb Julai 2006 untuk bercuti. Walaupun beliau sebagai Perdana Menteri ada hak untuk berbelanja sedemikian banyak wang rakyat tetapi wajarkah ini dilakukan dalam masa rakyat di gesa untuk mengubah gaya hidup akibat tekanan peningkatan harga barangan di negara ini?"

i dun get it. what's the fuss? sepatutnya minta turunkan elaun percutian jer kan.

Anonymous said...

Mendidih darah saya membaca segala kebobrokan pak lah dan konco-konconya,encik kedembai sapa lagi yg boleh diharapkan untuk memimpin malaysia dgn cara islam tiada had dan tiada hari itu? Adakah samy vellu yg dicari , atau c nazri aziz yang tak sedar diri , atau c tajol rosli c pengampu perdana menteri,siapa sebenarnya yang kau cari ni?
Sakit hati dgn bajet 2007,pkerja swasta dpinggirkan!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia