Friday, October 06, 2006

Melayu yang pemaaf

Bila Lee Kuan Yew bercakap dihadapan tokoh kewangan soal peminggiran sistematik orang Cina oleh dua negara samada di Indonesia atau di Malaysia, dengan tiba-tiba kedua negara tersebut menjadi histeria tanpa sebab. Pada orang Indonesia mungkin mereka ada sebab yang munasabah memarahi Singapura atas kenyataan tersebut. Pada yang tahu, memang Indonesia terlalu marah dengan Singapura atas isu perjanjian extradisi yang tidak ditandatangani bagi membolehkan Indonesia menyeret beberapa orang Indonesia keturunanan Cina yang lari ke Singapura setelah terlibat dalam korupsi dan menjahanamkan ekonomi Indonesia zaman reformasi 1998 .

Tetapi menghairankan mengapa pula Malaysia tiba-tiba naik angin atas kenyataan itu. Bukankah apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew sebenarnya satu andaian dan provakasi kepada rakyat Malaysia keturunan Cina dan yang bercakap itu adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa apa kedudukan kecuali seorang Menteri Pembimbing (Mentor) selain dari bapak kepada Perdana Menteri yang ada sekarang.

Kita mesti melihat Negeri China dan orang keturunan Cina dari perpektif Islam. Nabi junjungan kita juga pernah mencadangkan supaya orang-orang Islam menuntut ilmu sampai ke negeri China serta negara itu yang juga sudah diketahui mempunyai jumlah orang Islam mengatasi orang Islam di Malaysia. Tertulis dalam Sejarah Melayu bagaimana China terselamat dari seorang Raja Perkasa yang hendak menakluk negara itu namun gagal kerana kebijaksanaan Perdana Menteri China, bila mencadangkan dihantar sebulah kapal ke Temasik yang dilengkapi dengan jarum yang berkarat, ditanam pokok yang berbuah dan dipilih segala orang tua-tua yang tiada gigi dan dihantar belayar ke Temasik.

Bila sampai ke Temasik ditanya oleh Raja itu sejauh mana negeri China dari Temasik, maka dijawab oleh pelayar Cina itu. "Tak kala keluar dari benua China, sekalian kami muda-muda belaka, baru dua belas tahun umur kami dan segala buah-buahan ini bijinya kami tanam. Sekarang kami pun tualah, gigi kami habislah tanggal, segala buah-buahan yang tanam ini pun habis berbuah, baru kami sampai di sini" Maka diambil jarum yang ada beberapa bilah dan ditunjukan kepada Raja itu, katanya "Besi ini, sedang kami bawa dari Benua China seperti lengan besarnya sekarang besi ini habislah haus. Demikian peri lama kami di jalan, tiadalah kami tahu akan bilang tahunnya".

Maka tidak diteruskan oleh Raja itu untuk menyerang China. Moral cerita tersebut yang ditulis dalam naskah 18 Sejarah Melayu daripada 32 Naskah yang disusun oleh sarjana Inggeris R.O.Winstedt berdasarkan Naskah MS Raffles, ialah bagi menggambarkan bagaimana sudah beribu tahun dulu orang China sudah menggunakan akal atau otak dalam satu keadaaan yang terdesak, malah dalam cerita lisan sebelum Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pernah ditinggalkan pesan kepada pemimpin Melayu supaya berhati-hati dengan orang-orang Cina kerana "Kalau nak mengaku orang Cina itu sahabat jangan mengaku sahabat sebaliknya hendaklah mengaku selepas dia mati"

Begitu jugalah Lee Kuan Yew, bila dia melihat Abdullah Hj Amad mudah dilemahkan, maka dia membuat kenyataan yang berbentuk provakasi yang akhirnya pancing Lee Kuan Yew ditelan dengan mudah oleh Abdullah Hj Ahmad dengan berumpankan satu perkara yang remeh. Sabenarnya kalau Abdullah Hj Ahmad buat kerja rumah sikit dan rajin membaca khasnya buku-buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yew termasuk buku "Perjuangan Untuk Percantuman" satu siri ucapan dia yang dibukukan, semua orang akan tahu apakah yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew mengenai soal perpaduan kaum 45 tahun dulu.

Di Malaysia, jika tidak kerana pemberontakan PKM selepas perang dunia kedua, kemungkinan soal perkauman Cina Melayu tidak menjadi masalah kerana beberapa abad sebelumnya hubungan Melayu-Cina sudah terjalin dengan baik. Kita lihat bagaimana masyarakat China di beberapa tempat seperti di Kelantan, Terengganu dan juga di Negeri Sembilan. Masyarakat Cina boleh berintraksi dengan masyarakat Melayu setempat dan menggunakan dialek Melayu tempatan. Di Melaka sendiri penyesuaian Cina dengan masyarakat Melayu begitu baik sehingga terwujud budaya Baba.

Ini memberi pengertian bahawa tiada masalah perkauman di Malaysia dan seperti berlaku di Sabah, yang mana rakyat pribumi di Sabah tidak melalui sejarah seperti mana yang ada di Semenanjung. Mereka telah hidup dengan aman damai antara peribumi dan orang Cina. Maka siapakah yang membuat isu perkauman ini sehingga hampir 50 tahun Merdeka, perkara itu masih tidak daapt diselesaikan. Jawapan adalah terlalu mudah. Sebelum merdeka isu perkauman dibawa oleh British tetapi selepas Merdeka ia disambung oleh UMNO demi Survival UMNO itu sendiri.

Semenjak Abdullah Hj Ahmad menjadi Presiden dan Perdana Menteri, cuba kita tengok lakunan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, bila dia menjerit-jerit macam seperti orang kena sawan "Hidup Melayu". Beliau kelihatan seperti seorang Perdana Menteri menjadi pemimpin Melayu dan bukan untuk semua kaum di Malaysia. Apakah perasaan orang Melayu, jika Ong Ka Ting bangkit dengan laungan "Hidup Cina" atau Samy Vellu dengan "Hidup India". Sudah pasti akan menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia.

Hari ini kita sudah nampak wajah-wajah anak Malaysia dari berbagai keturunan lebih matang dan berilmu. Soal perkauman pada diri mereka sudah perlahan - lahan dibuangkan dan kita menerima hakikat penerimaan sebuah negara bangsa yang diasaskan dari berbagai kaum. Sekarang kita boleh perhatikan dengan mudah murid dan pelajar perempuan bukan melayu dengan mudah berpakaian baju kurung yang bukan pakaian nenek moyang mereka samada pada hari Jumaat atau tidak. Begitu juga di pejabat terdapat gadis-gadis Cina terikut pada hari Jumaat berpakaian baju kurung. Dalam soal bahasa juga begitu, sudah terdengar di kaca TV, bagaimana orang Cina menuturkan bahasa Melayu yang baik. Berbeza bila kita dengar Abdullah Hj Ahmad atau Azmi Khalid bercakap Melayu yang kita boleh faham percakapannya pada esok hari - nya setelah membaca dalam akhbar dan ini berbeza dengan Chu Ah Lek, Menteri Kesihatan yang bercakap Melayu yang mudah kita faham dengan serta merta.

Itu sebabnya kita hairan mengapa Abdullah Hj Ahmad tergopoh gapah meminta Lee Kuan Yew untuk memberi penjelasan. Kalau Abdullah Hj Ahmad berfikir panjang sikit, sewajar dia tidak perlu masuk campur dan tidak semestinya atas nama Malaysia yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew mensyaratkan dia menjadi hulubalang negara ini. Bukankah Kerajaan Malaysia itu kerajaan campuran dan antara komponen yang ada adalah MCA. Kenapa tidak minta MCA untuk menulis surat kepada Lee Kuan Yew bagi meminta penjelasan atas tuduhan peminggiran itu? Didalam MCA sendiri ada seorang tokoh pernah menjadi Menteri dan memegang jawatan Setiausaha Agung yang bijak dalam soal perkauman dan etnik, malah dia bergelar doktor Phd berdasarkan kajian ilmiah "Hubungan Ras dan Etnik". Kenapa tidak minta sahaja Ong Ka Ting menulis surat dan meminta penjelasan jika dia hendak membela Barisan Nasional dalam kemelesetan tuduhan Lee Kuan Yew itu. Kenapa perlu Abdullah Hj Ahmad ke hadapan yang akhirnya memalukan dirinya sendiri bila Singapura memberi jawapan.

Sebenarnya UMNO sendiri mahukan isu tersebut dijadikan sebagai satu isu baru untuk melenyapkan isu yang tidak dapat dibendung oleh Abdullah Hj Ahmad. Telah tiba masanya orang-orang Melayu, dalam masa dia berbangsa Melayu dan beragama Islam melihat bangsa Cina dalam perspektif dunia yang berlandaskan perspektif agama. Al-Quran telah mengajar kita untuk kenal mengenal antara satu sama lain. Orang Cina di Malaysia menyedari bahawa mereka tidak dipinggirkan dari segi duniannya tetapi orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam tidak memahami orang-orang Cina yang sewajarnya dipanggil "orang kafir" mestilah dilihat dan dilayan sebagai mana perjanjian Madinah dan kafir dzimmi. Selagi dia tidak melanggar perinsip hidup dalam sebuah negara Islam, biarlah dia hidup dengan caranya dan kita mesti berusaha merubah cara pandangan kita dan memperbaiki kelemahan kita. Jangan jadikan alasan apa yang sedang berlaku pada Melayu adalah kerana Cina dan keturunan bangsa - bangsa lain.

Orang-orang Melayu khasnya generasi muda, mesti belajar dan memahami pembinaan negara bangsa ini. Sebenanya yang jadikan orang Melayu jadi begini adalah kerana ketidak sabaran kita menuntut kemerdekaan dahulu. Isu "Jus Soli" kesannya sampai hari ini masih tidak selesai. Kita bangga dengan ada Mara yang dahulu asalnya dari RIDA (Rural and Industrial Development Authority). Tahukah mereka bahawa CLC (Communities Liason Committee) yang disertai pemimpin UMNO dan pemimpin China, India sebelum wujudnya gabungan Perikatan telah bersetuju mewujudkan RIDA yang ditubuhkan secara rasmi 1950. Ini memberi gambaran bahawa penubuhan Mara atau Rida telah dipersetujui bersama sebagai bukti bagaimana serius pemimpin bukan Melayu hendak membantu orang Melayu, pendek kata MARA ditubuhkan oleh orang China dan India, dua puluh tahun lebih awal dari Dasar Ekonomi Baru.

Sama-sama kita fikirkan selama tempoh 56 tahun semenjak CLC mempersetujui empat perkara atau dahulunya dipanggil Formula dalam membantu memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu seperti yang terangkum dibawah ini.


1. Kerajaan harus menyediakan subsidi kepada perniagaan orang Melayu dan menubuhkan sekolah perdagangan untok melatih orang Melayu dengan kemahiran ekonomi.


2 Sektor pengangkutan harus dibuka kepada orang Melayu


3 Peluang pendidikan dan pekerjaan kepada orang Melayu harus diberi keutaman.


4 Peniaga dan majikan bukan Melayu harus meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam semua sektor ekonomi, saperti perlombongan timah, industri getah dan perniagaan runcit.


Kesimpulan apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew sebenarnya jika pemimpin UMNO hendak menjawab sewajarnya berkata begini. "Kami di Malaysia tidak pernah meminggirkan orang Cina secara sistematik tetapi jelas sekarang terdapat segelintir orang-orang Cina cuba untuk meminggirkan orang Melayu secara sistematik dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan politik." Dan ini jika diteruskan akan membahayakan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang aman dan sejahtera. Tetapi Malaysia melalui zaman gelapnya yang mempunyai seorang Perdana Menteri yang mementingkan tidurnya dan baju batik dan hanya sekadar minta penjelasan dan mencukupi sekadar dengan permohonan meminta maaf sahaja.


Sang Kelembai: Agak2-nya berapa banyak pemimpin UMNO yang tidak membuat perniagaan rakan kongsi dengan orang Cina? Pernah terlihat dalam masa tahun permilihan UMNO, saudagar-saudagar Cina lebih sibok dari calon yang bertanding dan bil menjamu perwakilan semua dibayar oleh mereka. Itu sebab dikatakan orang yang bahaya bukan Cina tetapi budaya mereka yang diterima oleh Melayu telah masuk ke rumah seperti makan bersepit dan pemberian ang pow.

59 comments:

Anonymous said...

Seakan akan P.M semakin ketandusan idea dan cuba membuat keputusan mi segera yg akhirnya memerangkap diri sendiri....

KIta dapat melihat betapa P.M mutakhir ini suka menjawaba segala soalan dan masalah dengan keputusan drastik yg 'segera' ..... Rasanya beliau sudah terpukul dengan kenyataan betapa sebelum ini beliau dilihats ebagai seorang yg tidak suka menjawab dan bertindak.....Masaalahnya sekarang, tindakan 'segera' yang cuba ditonjolkan oleh P.M adalah 'segera' yang timbul daripada pemikiran 'singkat' yg tidak kritikal dan berpandnagan melangkaui skop masa dan situasi....

Alahai A.A.B ....

Anonymous said...

Satu lagi MSG berharga yg perlu disebar luaskan kepada P.M yang 'paling dapat sokongan padu dalam sejarah Malaysia' ini --->>>>>>>> GOlongan muda yg berusia 18-29 tahun hampir 95% mmg tak selesa dengan yang berhormat P.M.........

Kesannya...tunggu sajalah....

The Eugenist said...

Salam..

Sebenarnya, isu ketandusan idea ini telah lama berlaku. Semenjak Pak Lah a.k.a the dumb PM mengambil tampuk kepimpinan daripda Tun Dr. Mahathir Mohamad. Oleh kerana dia ingin juga meninggalkan landmark seperti Perdana Menteri2 sebelumnya, dia mula mengemukakan cadangan yang agak naif - pemakaian baju batik tiap hari Sabtu, pengenalan Islam Hadhari yang Maha kurang Cerdik, bioteknologi yang tidak kemana arahnya, perjanjian FTA yang memang merugikan dan pelbagai lagi. Tun Dr Mahathir mungkin merasa terkilan kerana memikirkan Pak Lah a.k.a the dumb PM yang pada asalnya bertindak sebagai stop gap sementara menantikan Najib (mungkin) menjadi PM telah bertindak merosakkan keadaan, perancangan dan juga aturcara yang telah diletakkan oleh Tun Dr. Mahathir. Pak Lah a.k.a the dumb PM, undurlah atas nama kebenaran dan menyelamatkan keadaan dari membiarkan Singapura menelan Malaysia bulat2 seperti apa yang berlaku sekarang secara tidak langsung!

Anonymous said...

kepada fendy_ahmad...

sape kate 18-29 thn yg xsuka kat dollah? aku ni 32 dan klik2 ofis aku awal 30an pun SEMEMANGNYER dah meluat tgk gelagat dollah dan anak2 menantu...
hehehehe... tahulah kau PRU nanti!

kepada shah architectura...
ape judul buku tu? di kinokuniya tu kat section mane?
tq... same2 kite wat perubahan nanti!

Anonymous said...

pak Lah sama jer ngan Tun Mahathir...dipermainkan oleh Singapura. Cubalah tegas sikit...ni lembek jer. Takut sgt ke ngan Singapura. Tun Mahathir pun sama gak...bukan pak Lah jer. Hidup Brahim Ali!!!!

Anonymous said...

Saya tak bermaksud org diatas 30-an tiada yg ras atidak selesa dengan P.M kita ni sejak mutakhir ini....

Saya cuma bercakap di atas kapasiti saya sebagai org yg berada di angka 20-an.....

Speanjang pengamatan saya..para pengundi muda dan yg baru hendak mengundi mmg "PAYAH" untuk memihak kepada A.A.B...

PErsoalannya cukup menarik... 'KAmi sokong BN dan UMNo tapi tak sokong A.AB'

Anonymous said...

undurLAH...PAK LAH!

Saya sebagai rakyat yang pernah menikmati zaman kemasyuran Negara MALAYSIA di-mata dunia tidak berapa lama dulu ingin menyusun sepuluh jari memohon agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakan jawatan secara terhormat.

Saranan ini bukanlah mainan politik tetapi berdasarkan sepenuhnya kepada keadaan semasa di-akar umbi.

Akar umbi yang saya maksudkan bukan terbatas kepada ahli UMNO tetapi seantero rakyat Malaysia yang pernah bangga menjadi rakyat bumi bertuah ini.

Pak Lah, permasalahan yang timbul di-zaman kehancuran Anwar Ibrahim adalah berlainan sama-sekali dengan ketidak-cekapan Pak Lah sebagai pemimpin.

Walaupun pelbagai fakta mungkin menimbulkan seribu persoalan mengenai imej BERSIH Pak Lah ... mungkin Pak Lah masih mampu menjadi Imam dan bukan-nya seorang Perdana Menteri.

Kami rakyat Malaysia tidak perlu akan seorang pemimpin tertinggi yang DAYUS.

Pak Lah tolong kami rakyat Malaysia yang setia kepada Barisan Nasional.

Pada pilihanraya 1999 rakyat bukan Melayu menyelamatkan BN dengan sokongan penuh mereka ketika UMNO di-landa 'tsunami' tetapi senario politic, realiti ekonomi dan moral rakyat kini amat berbeza.

Pada ketika itu semangat rakyat Malaysia setelah berjaya menewaskan anasir2 luar yg cuba 'merogol' tanahair ini.

PEJUANG TULEN yang menerajui 'peperangan ekonomi' pada ketika itu di-beri sokongan tidak berbelah bagi oleh kaum2 lain.

Tetapi apakah suasana-nya ketika ini? Beranikah BN berhadapan dengan pengundi pada masa terdekat ini?

Pada tahun 1999 semangat rakyat bukan Melayu begitu tinggi untuk menentukan BN kembali berkuasa tetapi kini BN akan rebah jika gagal mencermin diri.

Pak Lah....tolonglah UNDUR sebelum nasi menjadi bubur.

Bayangan senario di-mana setiap kawasan bandar (urban area) di 'TANAH MELAYU" di-kuasai oleh DAP (kembar PAP) dan BN kehilangan beberapa negeri kepada pembangkang.

Ramai anggota Umno sendiri akan mengundi PAS atau tidak mengundi terus di-pilihanraya yang akan datang jika Pak Lah (dan keluarga-nya) masih berkuasa dan terus memperkota-katik-kan rakyat Malaysia ini.

p/s Pak Lah... tolonglah UNDUR secara terhormat sebelum anda di-maki hamun secara terbuka oleh golongan muda yang kurang tahap kesabaran.

PARAMESWARA FROM MALACCA

Anonymous said...

HIKAYAT PENYAMUN HADHARI - oleh Pendita Parameswara dari Melaka

Di-ceduk dari malaysia-today.net



Recently, they were at a loss as to how to siphon out more money. The year was about to come to an end and they needed to get their hands on the money before the accounts closed for the year. So they came out with a very clever plan.

On 26 June 2005, they set up an events management company called Premium Project Management Sdn Bhd (company number 692728-M). Then, on 9 September 2005, the name was changed to T-Best Events Sdn Bhd. The company’s paid-up capital is only RM2.00.

The company is supposed to be a Terengganu based company but its registered address is at no. 23A, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

The two shareholders of the company who hold one share each of RM1.00 are Saharuddin bin Abdullah and Suhami binti Kiman. The directors of the company are Wan Hisham bin Wan Salleh (Terengganu), Mohamed bin Awang Tera (Terengganu), Chew Kok Foo (Petaling Jaya), Peter William Gilmour (Australia), Chua Hooi Sian (Petaling Jaya) and Lim Poh Tiang (Petaling Jaya).

The name to note here is Wan Hisham bin Wan Salleh, a (EXCO) member of the Terengganu State Government, and the man behind the entire operation. Wan Hisham’s brother, Wan Mohd Farid, is the political secretary to the Minister of Home Affairs, Abdullah Ahmad Badawi, who, coincidentally, is also the Prime Minister of Malaysia. But Wan Hisham is only there to give the company political weight. The man running the company is Patrick Lim. And Patrick Lim’s job is to conjure up events that the state can embark upon -- which, of course, would require a couple of hundred million Ringgit to finance.

One very ingenious project they came up with was to hold a sailboat race from 29 November to 4 December 2005 called the Monsoon Cup. Instead of everyone running for the hills in fear of a Tsunami hitting this country like it did around Christmas of 2004, they would congregate on the beach to watch sailboats race against each other in the monsoon winds.

And the Monsoon Cup was given a budget of RM250 million, more than enough money to go around. Only in Loony Malaysia can a RM2 company, hardly a couple months in operation, get its hands on a RM250 million government job.

Anonymous said...

Zaak - ur so stupid...inilah yg TDM selalu kata ME-LAYU mudah lupa. cuba hang pi belek sejarah kesultanan melayu melaka tu sikit... lepas tu hang cuba ceqita siapa yang mengasaskan Melaka tu..
Hello brader... aku pun Melayu jugak ..tapi tak bodoh macam hanq.. NOW we NEED all the support we can...your RACISTS REMARKS is of no help. just SHUT UP if you have nothing to say.

Jalil Ramli

Hanturaya said...

Sdra Zarin;
Apa payah abang sebut pasal buku2 tu. Kita semua tahu PakLah is not a reader. Tak tahu apa pun. Yang dia tahu kepentingan anak-menantu. Mestilah dia tak marah kat singapura sebab itu main financier menantu dia.

Dengar citer sekarang tiap-tiap pagi main golf dulu sebelum masuk ofis. Mungkin Paklah nak jadi profesional golfer kot?

Saya sarankan KJ jadi manager, kamaluddin jadi coach dan Scomi sponsor. Oleh itu resignlah jadi PM. Apa kata bang?

Selamat berjuang bang!

Hanturaya said...

Sdra Zarin;
Boleh tak tolong nasihatkan pakHitam a.k.a zaak. Minister mentor Singapura namanya LEE KUAN YEW bukan Lim Kuan Yew. Mungkin sebab kedangkalan akalnya dia confius antara Lim Chong Eu dan Lee Kuan Yew.

Suruh dia baca dan belajar banyak-banyak sebelum menulis. Jgn jadi burung kakak tua asyik mengajuk jer.

Suruh dia pergi sekolah dulu. Salamz

Anonymous said...

To Zaak - OOOOOO u nie memang kaya pasai beli semua dan belanjakan untuk melayu 100 juta. Ada harta lebih 3000 juta, wwwwoo kaya, tapi sayang tahap pemikiran dan cara berbahas macam manusia yang sedang menghadapi konflik jiwa.

Peduli apa hang masuk dan berjuang lama dalam UMNO. Akhirnya kerana lama sangat berjuang dan jadi ahli UMNO maka sanggup bela den bersekongkol dangan haprak untuk menjahanamkan negara.

Negara nie bukan milik kau dan bapak kau seorang. Kau nak kaya sebanyak mana pun siapa nak peduli, orag nak minta subsidi apa kau peduli, orang punya pasal laa.. patutnya kau guna duit kau yang banyak tu untuk bagi ubat kat Pak Doll PM Malaysia berubat supaya dia tak tidur lagi, tak nanyok, tak pelupa. Atau gunakan duit kau yang banyak tue carikan ayam jambu dari mana-mana negara yang Pak Doll kau minat dan bekalkan kat dia.

zaharin mohd yasin said...

Assalamualaikum Pak Hitam @ Zainal Abidin Awang Kecik.
Saya memohon kerjasama Pak Hitam supaya jangan menggunakan blog saya standard chatting, disini kita memberi respond atau komen terhadap rencana atau artikel saya yang ditulis berdasarkan fikiran saya. sekiranya ada tulisan saya yang tidak boleh diterima oleh Pak Hitam dan lelain pelayar menghujjahlah secara berhemah. Saya sedar bahawa saya tidak terelak untok menggunakan perkataan yang mungkin menyinggong tetapi bukan ditujukan kepada pelayar blog saya sebalik kepada Abdullah Hj Ahmad, kerana dia sewajarnya dikatakan begitu, sebab pemecatan saya hanya dia saorang sahaja yang bersetuju tetapi menggunakan perkataan sebulat suara ahli Majlis Tertinggi dan jika ada pun yang bersunggoh nak pecat saya hanya Mohd Ali Rostam dan Muhyiddin Yassin, pada ahli MT yang lain, hanya ikut sahajalah kehendak Abdullah Hj Ahmad, dan tidak lebih dari satu minit dibincangkan. Itu sebab tidak ada seorang pun ahli MT yang mengulas pemecatan saya kecuali SUA. Dengan demikian untok keselesaan pelayar yang respond dan comment terhadap isu yang dibahaskan, mencukupilah Pak Hitam membuat comment, saya penuh percaya bukan sahaja Abdulah Hj Ahmad sudah tahu Pak Hitam membelanya dalam blogger ini tetapi kesemua yang berada ditingkat 4. Cetaklah comment ini untok membuktikan. Bagaimana pun saya berterima kasih kepada Pak Hitam melayari blog saya yang kepada Abdullah Hj Ahmad menganggap sebagai blog sampah, sampaikan salam kepadanya dan ingatkan dia, bahawa bila sampah masok ke mata baru tahu nilai sampah. dan rajin-rajin bacakan surah yassin kepada Endon Mahmood dalam bulan ramadhan supaya rohnya dilimpah rahmat kerana perbuatan dia menghina keluarga allahyarham Zakri Abadi diampun oleh Allah. Abdullah Hj Ahmad tahu insiden dirumah dimedang tandok itu. tkasih

Unknown said...

ramai lg yg x sedar...golongan yg nampak dan paham tu sket...apakan daya...
tp apa2 pun hadith kata cari ilmu sampai ke hujung dunia tu hadith palsu..sekadar peringatan..

A Voice said...

Lee Luan Yew is a racist with malice intentions on the Malays and Malaysia from long ago.

Download this Waspada Malaysia article series by a former PAP activist that was published on MalaysiaKini from the following web addrress:

http://www.savefile.com/projects/1018550

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Pak Zaharin dan semua.
Semoga di beri Hidayah dan Taufik oleh ALLAh Azza Wa Jalla setiap detik hidup kita.

Pak Zaharin menulis bahawa Nabi SAW menyuruh umat Islam menuntut hingga ke negeri Cina.Harap maklum bahawa kenyataan itu adalah dari hadith palsu. saya harap Pak Zaharin atau sesiapa saja yg nak 'quote' Nabi SAW pastikan hadith2 tersebut adalah sahih atau hassan untuk du jadikan hujjah.

Ramai bloggers yg mahu Pak Lah Badawi turun dari tampuk kuasa, tapi sudah adakah calun yg sesuai dalam UMNO/BN utk mengganti beliau.
Adakah akan jadi ' keluar mulut rimau masuk mulut buaya'

Pemerhatian saya, ketika ini hampir semua kepimpinan UMNO Pusat dan Negeri mempunyai acuan yang sama. saya pasti Pak zaharin tahu siapa menteri2 dan MB dan para EXCO yg mempunyai kepentingan dalam projek di kementerian dan negari masing2. Ada yg guna nama saudara mara ada yg guna nama proxy( drebar, gardener atau JKKK).

Adakah akan selesai kemelut politik yg kita hadapi kini dgn turunnya Pak Lah?

Mungkin akan ada perubahan jika Parti lain memegang tampuk negara( bukan UMNO)?

Memang kita semua beremosi dalam hal Pak Lah yg seakan-akan lelah, tetapi kita harus bertanya juga, siapa yg boleh ganti Pak Lah dan tak akan buat macamana Pak Lah buat( atau tak buat)?

Kita juga perlu bertanya kpd diri sendiri: Apa yg aku mahu atau dapat jika Pak Lah turun 'tahta'?Akan selesaikah masaalah yg kita hadapi sekarang? Adakah Najib atau Mahyuddin atau Ali akan lebih baik dari Pak Lah. Adakah mereka tak akan bolot semua hak keistimewaan hasil negara untuk keluarga dan kroni mereka?

I don't have the answers. Tapi kalau kita berdegar2 hentam mereka tanpa melakukan apa2 adakah akan berhasil? Mungkin kita rasa syok sendiri dapat kutuk/maki hamun mereka.Tapi kita tak tau samada mereka terasa apa2 bila membaca komen2 kita. Yang pasti mereka sentiasa peka tentang apa yg diperkatakan ttg mereka dan mereka sudah pasti sentiasa merancang( di tingkat 4?) bagaimana nak handle masaalah ini.

Apa2 perubahan yg ingin kita lihat mesti datang dari UMNO(buat masa ini kerana mereka yg berkuasa). Apa yg boleh dilakukan ialah sesiapa saja ahli UMNO perlu disseminate maklumat di peringkat cawangan atau bahagian agar lebih ramai ahli UMNo sedar dan tahu what is happening dgn ketua mereka.

Orang2 yg bukan ahli UMNo akan menunggu PEMILU akan datang untuk buat perubahan, InsyaALLAH.

Wassalam
ayub tulakang
( Look around us and we know the answer is NO).

Anonymous said...

Yang mahathir pi pilih pak lah tu buat apa kalo dah tau dia tu slow motion... lps tu dok kata silap pilih org... salah ka pak lah kalo bos dah pilih dia.. akibatnya muhyiddin yassin yg bekerja cemerlang dipinggirkan disebabkan mahathir maupun pak lah nak selamat bontot masing-masing..

Cuba kalo kombinasi najib pm muhyiddin tpm... takdela jadi begini

Itula akan jadi kalo perjuangan berteraskan bangsa bukan agama

TEGAK MELAYU KERANA ISLAM
TEGAK ISLAM KERANA IMAN
TEGAK IMAN KERANA ALLAH
BUKAN "KERANAMU MALAYSIA"

Anonymous said...

Dalam kemelut politik masakini, permasalahan timbul bila seseorang yang berada dalam wadah UMNO sudah lama berjuang tetapi tidak mendapat habuan seperti mana yang dimiliki oleh rakan-rakan yang lain.

Habuan dalam bentuk harta dan kuasa, maka inilah punca pertikaian yang berlaku apabila habuan ini hanya diberi kepada kroni dan ahli keluarga sahaja.

Hanya orang yang mendapat habuan saja yang diam membisu menjadi pak turut walaupun habuan yang diberi tidak tahu punca halal dan haramnya.

Ada yang baru menceburi politik setahun jagung, sudah menjadi jutawan kerana berada dalam kelompok kroni. Tetapi, yang berjuang bermati-matian berpuluh tahun hanya mendapat habuk sahaja. Dibuang seperti sampah.

So.. semua blogger's dan pemberi komen, anda di kelompok mana..??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bila dilantik jadi PM, si bahlol ni bermula dgn garang. Tangkap Eric chia, kasitah gadam, korek sana, korek sini. Lepas tu menang election dgn hebat skali sebab orang ingat dia ni bagus sangat, jujur sangat, mak dia mati pun dia imamkan sembahyang, warak habis.
Tapi itu adalah permulaan satu episod yang amat sedih.dlm episod inilah heronya mula berubah lalu menunjukkan rupa sebenar beliau. Beliau sebenar adalah seorang:

-bodoh
-tamak
-penipu
-rasuah
-kaki tidur
-takut bini
-lembu cucuk hidung
-bongkak
-sombong
-alim kucing kurap

kita semua dah tahu yang dia ni sebenarnya penyangak besar yang sanngup gadaikan malaysia hanya untuk kekayaan dia dan anak menantu dia.
saya sebagai orang islam, berdoa kehadrat Allah SWT supaya pengkhianat negara ini diberikan balasan yg setimpal dgn perbuatannya. Kita sebagai rakyat
kena pastikan yang election yg akan datang si penyangak ini dan semua bahlol(khairi,nazri,johari kbg pasu,shahidan,idris jusoh, brendan paria, shahrir samat,mahdzir mb,)dan paria-paria lain berkubur.....

oh ya sdr zahrin, satu soalan...

apa jadi dgn mamat yg sembur pepper kat Tun di kelantan hari tu?

diam aja........

love malaysia

Anonymous said...

saudara Ayub Tulakang,

salah satu mengapa ada hadis, selain dari sumber hukum ialah memberi pengajaran. kalau iya pun ia palsu, mengapa tak diambil sebagai salah satu bentuk pendidikan?

itu sahaja. yang penting akal yang diberi percuma jangan dibiar sempit.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

senada

saudara sudah banyak megata tentang buruknya umno dan zalim nya umno itu terutama apabila di pecat yang keduakali sewatu di zaman tun mahathir dan di zaman pak lah tapi saudara masih bersama umno apa lah bodoh sangat saudara ini ,dah tahu tak betul tapi masih mahu bersama umno saya blh rasa kan saudara ada udang di sebalik batu yang bahaya hi hi hi hi sory la kalau ini betul

Anonymous said...

Pakcik Kelembai,

Bila saya cakap yang pakcik ni tak ubah macam mengata dulang paku serpih, pakcik cantas komen saya.

Sibuk2 hentam AAB kerana memecat pakcik, di blog ini pula pakcik mencantas semua komen yang menghentam pakcik.

Andai katalah ditakdirkan pakcik menjadi PM, pastinya tindakan yang sama diambil oleh pakcik jika ada yang menentang pakcik.

Buktinya sudah jelas! Didalam blog picisan ini pun pakcik boleh mencantas mereka yang menentang, apakan pula jika pakcik menjadi PM. Konpem pakcik dah sumbat mereka yang menentang pakcik masuk ISA.

Saya nasihatkan pakcik, apa kata dibiarkan sahaja komen2 yang menentang pakcik, dan biarkan mereka yang melayari blog pakcik ni menilainya!

Saya jarang melihat blog2 yang mana pemiliknya mencatas komen dengan begitu banyak.

Jika pakcik bukan orang yang BACUL, saya cabar agar pakcik tidak mencantas lagi komen2 yang diberikan ...

Anonymous said...

Saya suka membaca komen yang di-'posted' pada jam 11.27pm. Kalau anda 'anak jantan' yang berani dan sentiasa betul, jangan 'cantas' komen-komen yang tidak berpihak dengan anda. Anda sepatutnya barani menerima hakikat bahawa bukan semua pro anda. Mungkin ramai atau lebih ramai yang anti anda dari mereka yang pro anda.

Saya salah seorang dari rakyat Malaysia yang anti anda. Saya anggap anda sebaga ahli politik yang 'wayward', 'discarded' and 'useless' kerana sikap anda yang menentang setelah anda digugurkan dari jawatan Setiausaha Bahagian BTR dan seterusnya dipecat dari UMNO. Pada masa anda masih memegang jawatan Seituasaha Bahagian BTR dan juga menjadi ahli UMNO, anda tidak 'berdendam'
seperti mana anda sekarang ini.

Sedarlah bahawa anda sudah tidak diperlukan lagi. Lebih sesuai anda bertaubat dan lebih kerap mengunjungi masjid dari membuang masa melayari dan menulis benda-benda yang karut marut.

SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin said...

Penjelasan Administrator

Tindakan "delete" komen bukan atas sebab menyokong Sang Kelembai atau tidak, secara peribadi. Apa yang perlu dibicarakan adalah pendapat terhadap isu yang dikemukakan. Sila ambil maklum bahawa apa yang diutara adalah pendapat dan diskusi mengenai isu yang diutarakan amat dihargai biar ianya menyokong atau menyanggah.

Untuk memudahkan kita berhujah dan memberi pendapat selaku adminstrator saya ingin memberi contoh seperti berikut : kata Sang Kelembai Sebenarnya UMNO sendiri mahukan isu tersebut dijadikan sebagai satu isu baru untuk melenyapkan isu yang tidak dapat dibendung oleh Abdullah Hj Ahmad.

Jawapan untuk hujah seharusnya menyangkal pendapat tersebut - dalam konteks ini, pendapat yang mengatakan bahawa isu peminggiran Cina dibiarkan berlarutan oleh Pak Lah untuk mengalih pandangan rakyat Malaysia mengenai isu yang lebih kritikal dalam Malaysia DAN BUKAN KOMEN seperti berikut untuk menjawab hujah yang dikemukakan :

Ala Sang Kelembai ..ko itu bukan baik sangat. Ko sendiri kalau aku bogelkan nanti maka muntah orang UMNO bila melihat ko.. ko itu jahat ...dan bla..bla...bla...

Komen seperti inilah yang kami "delete" supaya apa yang dibicarakan adalah mengenai isu yang dikemukakan. Adakah ini tidak munasabah untuk "administrator laman ini memadam komen seperti tersebut"

Harap maklum

Anonymous said...

Kenapa kita orang-orang melayu tak pernah nak berbaik sangka kepada pemimpin yang kita sendiri lantik dan sokong.

Anonymous said...

Sdra Zaharin,
Kau teruskan cara kau, sebab orang-orang berkepentingan sudah panas, panas, dengan komen kau, yang tulis pak chik tu, bukan2 budak-budak tapi orang tua. sebab bahasa dia bahasa "kurang ajar" Semua komen kau yang macam orang tak sekolah tu, dari hantu-hantu yang dipanggil "penembak curi" kalau berani daftarlah dalam blogger. pasti takut sebab boleh dikesan daripada mana datangnya. Kau jangan bimbang, lagi dia hentam, maruah kau tak jatuh, meruah sidolah kakitido tulah yang jatuh dan rosak kerana dollahkakitido minta khairy dan the geng, hentam kau. ada kawan aku cakap, kau punya blog hit sampai mencecah 200 ribu sehari. tahniah. selamat bersahur. delete jangan tak delete.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum saudara anonymous (yg posting time 9.25pm) yg mengatakan apa salahnya mengambil pengajaran walau pun dari hadith palsu.

Bagi saya apa-apa yg boleh memberi motivasi/pengajaran boleh kita ambil pakai, tiada masaalah.

Tetapi harus kita ingat Rasulullah SAW telah berpesan adalah menjadi satu kesalahan besar jika sesiapa berdusta atas nama Baginda SAW. Dalam perkara ini Pak Zaharin telah menisbatkan kata-kata motivasi tersebut atas nama Nabi SAW. Di situ kesalahan beliau. Jika Pak zaharin memang tak tahu itu hadith palsu lalu menggunakannya , kita dakan agar ALLAH ampunkan beliau dan kita semua.(Tapi sekarang dia dah tahu dan kita berharap perkara ini tidak berlaku lagi).
Alangkan hadith dhoif pun tak boleh digunakan sebagai hujjah inikan pula hadith palsu!

Wassalam.

Ayub Tulakang

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kalau nak baca apa yang sang kelembai tulis....bacalah....kalau tak mau pergilah blog lain...blog roslan ka...blog anwar ibrahim ka...apa susah....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

PM sekarang ni masih merasakan beliau seorang Pegawai Tadbir Diplomatik. Sebab tu segala tindakan beliau seperti Pegawai Daerah punya level sahaja.... Menantu sebenarnya yg memerintah kerana BODOlah jgn kata nak memerintah negara, memerintah keluarga pun susah... Semoga belia tidak menerima musibah yg lebih hebat akibat mempersendakan Islam dengan Hadarinya....

Anonymous said...

Saudara Zaak, yakinkan kami kenapa perlu terus menyokong pemimpin seperti AAB? Di kala kita semakin sukar dengan keadaan ekonomi (barang semua naik harga, ramai graduan menganggur) dan dengan keadaan sosial (jenayah makin rampant, Agama Islam dipersoalkan) yg semakin mendesak, AAB masih terus berdolak dalik. Tiada jawapan penyelesaian. Disamping itu anak beranak beliau semakin kaya (melalui Scomi) tanpa rasa malu. Kenapa biarkan org begini menentukan masa depan kita (terutama masa depan anak anak kita?). AAB tak perlu diumpamakan seperti nabi. Jauh dari itu. Beliau melakukan terlalu banyak kesilapan dan perlu diundurkan dengan segera. Jangan sampai keturunan kita kencingkan kubur kita kerana mendukung pemimpin yg lemah seperti AAB.

Hafiz dari Kuantan

Anonymous said...

WOI KHAIRY JAMALUDDIN KO INGAT KO TU PANDAI SANGAT KER. APA HANG INGAT KAMI NI SEMUANYA SEKOLAH ATAP NIPAH KE KO BOLEH BODOH-BODOHKAN. INGAT SIKIT KO TU DAH MENCANTAS RAMAI ORANG. KO TUNGGU JE LA NANTI MASANYA KO PULAK KENA CANTAS HABIS. GOLONGAN PEMUDA SEMUANYA DAH MELUAT GILA TENGOK KAU.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bagi aku senario yg berlaku dgn Sinapore amat memalukan. Ada ka patut bila LKY kata macam tu si dollah ni boleh kata dia nak minta penjelasan dari LKY. Apa dia ingat LKY tu menteri dia ka boleh arah2kan suruh buat penjelasan. Menantu dgn menteri dia pun tak buleh control inikan pula nak suruh mentor minister negara lain bagi surat tunjuk sebab. Dia sedar tak diri dia tu sapa banding dgn LKY. Patut hang belasah je la Singapore tu ni tak tak pasal je LKY balas surat dengan cara yang amat memalukan Malaysia. Lepas tu buleh bangga plak bila LKY kata Dollah ni la paling mesra alam tak macam PM yg dulu tuh. Tapi aku boleh bayangkan LKY senyum gelihati tepuk kepala Dollah sambil kata "Good ..." pastu Dollah terangguk2 bangga macam kena puji dgn tuan dia.

SO SILLY!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Perlu dilihat secara global, ramai pemimpin dunia yang menghentam cara pemimpin lain secara langsung atau secara tidak langsung mengenai hal hal pentadbiran. Tak de pun pemimpin yang kena hentam minta pemimpin yang buat provokasi tu minta maaf. Kalau minta maaf satu ribu kali pun perkara tu dah berlaku. Yang penting adalah tindakan susulan samada harus terus berkerjasama membuta tuli dengan singapura ke atau pun kena berhati hati. Cara pemimpin UMNO kebanyakkan nya membuta tuli. Main cakap je. Satu pemimpin bolih cakap lain dan satu lagi bolih cakap lain. Ini menunjukkan tidak menggunakan kewarasan fikiran dalam menilai sesuatu perkara yang dibincangkan ataupun yang dipertikaikan. Selain dari kewarasan kurang, respond pun lambat. Nak tengok sekeliling dulu baru nak respond. Bila berlaku macam ni kalau contohnya masak gulai dah basi dah. Baru nak buat penjelasan kenapa basi ke, salah campur kari ke, santan tak elok ke. Yang penting adalah bagaimana PM sekarang harus memperbaiki keaadaan ekonomi orang melayu supaya setanding dengan orang lain. Asik asik nak cakap ekonomi orang melayu masih rendah tapi tindakan susulan lambat atau kurang tindakan tak de guna. Yang penting berapa ramai anak melayu yang dibawah sana tu dapat dibantu , jangan dok asik yang duduk diatas saje dibantu. kalau macam ini seratus tahun lagi pun ekonomi orang melayu tak berkembang. Sebabnya ekonomi tu duduk dalam lingkungan kerabat saje. Yang tak kerabat hanya dapat tumpang makan gaji, macammana nak maju.

Anonymous said...

Assalamualaikum-Benarlah apa yg org cakap ttg Pak Lah "Pak Lah cepat melatah". Cepat melatah tukan tanda2 tak buat "homework". Tak tahulah kenapa tak buat "homework". Atas alasan itu eloklah Pak Lah resign dgn cara terhormat sebelum terlambat. Beliau mmg tak layak menjadi PM.

Bukan org UMNO saje yg telah meluat dgn Pak Lah, bangsa lain pun mcm tu juga. Itu sebabnya dalam pilihanraya Sarawak byk kerusi pergi ke DAP. Tak lama lagi byk le kerusi MCA/Gerakan pergi ke DAP.

Mrk tunggu aje pilihanraya umum utk tunjukkan perasaan meluat tsb pada Pak Lah.

Pasal melatah tu tak boleh nak nafi dah. Ini dah terbukti, bila cerita pasal perempuan kena telanjang dalam lokap, terus melatah sampai seorang Menteri kena pergi mengadap sembah Menteri China.

Bila ada sedikit kesilapan polis, lupa jasa anggota polis yg lepas2, terus minta polis terima cadangan penubuhan suruhanjaya. Mcm le tak mau pakai khidmat mrk lagi lepas ni.

Bila JAWI tersilap sikit buat serbuan-maklumlah JAWI tak dpt bugdet yg cukup utk dptkan proper training dan anggota pun kurang sbb dah byk kali mintak tambahan pegawai tapi tak dapat2 -terus melenting sakan-walhal kan bagus usaha amal makruf nahi mungkar dan sesuai dgn Islam Hadhari yg dilaungkan.

Haii byk lagilah yg u all semua dah tau. Nanti pjg pulak komen ni.

Pasal isu LKY pulak, sama ada nak larikan perhatian org dari isu terhangat semasa atau sememangnya Pak Lah seorang PM yg tak buat "homework" terlebih dulu.

Sedih rasenye bila melihat nasib negara yg tercinta dipimpin oleh seorang PM yg tak sepatutnye menjadi PM. Tak boleh juge nak salahkan TDM, sebab masa nak lantik tu semuanye nampak OK aje. Mmg benarlah kata TDM "MELAYU MUDAH LUPA".

Sama2lah kita renungi potongan kata2 di bawah ini "Kalau PM dulu boleh kumpul 1 bil sepanjang perkhidmatannya, PM sekarang boleh kutip 6 bil". Sama2lah kita renungi dan fikirkan berdasarkan kpd situasi skrg ini. "May Allah always with us".

Anonymous said...

antara satu fakta yg dikemukakan oleh elit elit melayu di Malaysia ialah.. orang melayu juga dipinggirkan di Singapura..
Jika fakta ini diterima pakai , tentulah orang Melayu Singapura akan berasa selesa utk berhijrah ke Malaysia , masakan tidaknya , ada hak istimewa , bole mendampingi politik perdana ,dpt projek dll.. tapi berapa keratnya Melayu Singapura yg berhijrah ke Malaysia ? Alahai, tepuk dada tanya selera.. kenape mereka tidak ingin berhijrah ke Malaysia ? Fikirkan..

-Pemikir-

zaharin mohd yasin said...

Sdra Jasni,

Kemasokan Dr Jeffry kePKR, mesti dilihat semangat "Donald Stephen" yang masih kental dalam masyarakat kedazan dusun. Ia hanya kesenambungan kepentingan kaum mereka jika berlaku apa-apa kelak dan susunan untok berperanan "ada wakil" mereka dalam apa situasi politik diSabah. Dan semua ini berlaku kerana UMNO telah gagal untok menunjukan sesaorang pemimpin "Kedazan/dusun" diperingkat negeri kecuali John Ambrose diPenampang selaku Ketua UMNO Bahagian. dan nampaknya usaha Triple "S" masih berterusan, berwaspada Sdra dan saya, dan memperingatkan rakyat, insyaallah akan menyelamatkan negara kita tetapi sebaliknya kita melihat ada pemimpin yang memberi carpet merah kepada neoklonialisma.terima kasih kerana menerima penjelasan saya dalam isu politik Sabah.

Anonymous said...

NI AKU NAK CELAH SIKIT PASAL PILIHANRAYA SARAWAK BILAMANA PEMBANGKANG MENANG BANYAK KERUSI BARU2 NI. SI DOLLAH NI BULEH BAGI KOMEN BEGINI
"SAYA MEMANG MENJANGKAKAN KEKALAHAN-KEKALAHAN INI"
APA JENIS KOMEN DARI PEMIMPIN YANG BAGI PELEMAH SEMANGAT ORANG BAWAHAN NI. TAKKAN YANG TU PUN NAK AJAR LAGI. HANG TU JADI PEMIMPIN DAH BERAPA LAMA TAKKAN TAK TAU NAK MENAIKKAN MOTIVASI ORANG BAWAHAN. KE NAK KENA TUKAR PEPATAH JADI "KEPIMPINAN DIPIMPIN"
MACAM TU BAIK BAGI AKU YANG SEKOLAH ATAP NIPAH NI JADI PEMIMPIN

Anonymous said...

Beginilah ... orang Melayu, khususnya orang Umno mesti membebaskan diri dari kongkong pemikiran yang kolot dan tak berwaras. Hakikatnya, masyarakat Cina memang, tak ragu-ragu lagi, dah lama di-pinggirkan. Ini adalah fakta dan kebenaran. Golongan fakir miskin bukan sahaja terdiri orang Melayu atau umat Islam sahaja.

Buat baik itu kena adil dan saksama ... itulah di-katakan buat baik. Kalau Umno betul-betul nak menegakkan martabat Melayu, dia kena ganyangkan segala pakatan dengan kongsi gelap Cina melalui MCA ... hentikan penerimaan wang dan sebagainya. Perbuatan menghunus dan meng-angkat keris itu satu tingkah laku keji jikalau orang Melayu sudah dipengaruhi gejala dan dikorupkan oleh amalan yang bertentangan dengan martabat dan maruah Melayu dan Cina. Maksudnya, apabila anasir jahat dibiarkan mantap dan terap dalam sistem kerajaan, misalnya polis dan makan rasuah dan sebagainya, termasuk jabatan agama negeri, maka ini-lah yang akan mernghancurkan orang Melayu. Dan petualangnya adalah Umno yang kononnya membela nasib Melayu "kamceng" de,gan anti-Melayu kongsi gelap Cina ya, maka itulah bukan semangat Melayu.

Fikirkanlah dan menjurus ke-arah kebenaran.

YAB MM Lee Kuan Yew telah ganyang dan memusnahkan anasir-anasir jahat seperti kongsi gelap Cina sejak bermula memerintah Singapura. Kesimpulanya, merekalah yang berbau perkauman seperti Umno yang anti-kaum sendiri, anti-Cina dan anti-Malaysia. Inilah kebenaran ...

Hidup Malaysian Malaysia!

Anonymous said...

KALAU NAK SOKONG PUN JANGAN LA "SOKONG MEMBAWA REBAH". SEMUA ORANG TAU PM KITA MELAYU DAN ISLAM TAPI TINDAK TANDUKNYA AMAT MERAGUKAN. SEUMUR HIDUP AKU NI LA KALI PERTAMA AKU DENGAR ISLAM "HADHARI". NAK SEBUT PUN AKU TAKUT MANA TAKNYA KALAU NANTI DALAM KUBUR MALAIKAT TANYA "APA AGAMA MU?" TAKKAN NAK JAWAB "ISLAM HADHARI"
SATU LAGI YANG ANAK DIA PI JOIN SISTER IN ISLAM TU BUAT APA. TU SEMUA PUAK2 ORIENTALIS. SISTERS IN ISLAM NI LINK DENGAN INTERNATIONAL ORGANISATION YANG TUJUAN UTAMANYA MEMURTADKAN ORANG ISLAM. KALAU TAK PERCAYA HANGPA PI LA FOLLOW LINK WEBSITE MURTAD SEDUNIA AND U WILL FIND OUT SISTERS IN ISLAM NI ASSOCIATED WITH THEM.

AKU TAK NAK SUBAHAT!!!!!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum semua,

Negara semakin berjerebu tapi semoga ALLAH sentiasa memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita setiap masa dan semoga hati, fikiran dan iman kita tidak berjerebu.

Dari responses bloggers saya dapati masih ramai dari kita yg mempunyai mentaliti feudalistik.Kalau zaman dahulu mentaliti feudalistik di tujukan kepada golongan istana tapi pada zaman selepas kemerdekaan mentaliti tersebut telah juga kita curahkan kepada pemimpin politik yang memegang tampuk kuasa.

Kalau dulu segala perintah dan titah dari istana adalah undang2 pemutus. Wakil2 raja ketika itu dari Bendahara sehingga ke Penghulu/Demang akan pastikan perintah Raja/sultan di laksanakan walaupun rakyat jelata di tekan. Cukai di pungut dan di naikkan bila istana hendak membuat 'projek mega'.

Sekarang, 'titah' pemerintah juga bagaikan kuasa pemutus. Jika pemerintah titah untuk di naikkan harga petrol/diesel rakyat tiada pilihan terpaksa menerima nya walaupun membebankan.
Bila pemerintah bertitah untuk di tukar bahasa pengantar pelajaran rakyat terpaksa mengikut walaupun amat kekurangan guru/pengajar yg mahir dalam bahasa pengantar yg baru.

Kalau pemerintah mahukan mana-mana syarikat atau individu di beri keistimewaan kontrak atau di bail-outkan, rakyat juga terpaksa menelan air liur melihat wang rakyat di gunakan untuk tujuan tersebut.

Namun atas sebab mentaliti feudal yg telah tertanam di fikiran orang Melayu dan ahli2 UMNO, tidak ramai yg berani bersuara untuk mempersoalkan ketika Perhimpunan Agung UMNO. Jika ada yg menyuarakannya beliau akan di pandang serong terutama oleh pengampu2 dan pembodek2 pemerintah.

Kita mengaku sebagai umat Islam dan umat Nabi SAW, tapi adakah kita dan juga pemimpin yg kita pilih benar2 mengikut manhaj Islam dalam kehidupan dan pemerintahan negara.Sejak 25 tahun lalu terutama selepas program penswastaan di lancarkan kita dapati konsep Islam yg perlu adil untuk semua semakin disisihkan. Pemberian kontrak kerajaan banyak meragukan dari segi pemberian tender. Pemilihan pemimpin di semua peringakat membabitkan politik wang. Seolah-olah wang telah menjadi 'titah' yang baru untuk UMNO/Melayu.

Jika pemimpin yg di pilih dgn cara yg jijik(politik wang/rasuah) can we expect ada keberkatan ke atas pemimpin tersebut.

Pemimpin Islam yg terbaik sesudah Rasulullah SAW adakah para Khulafah arRasyideen dan amat mustahil kita akan mendapat pemimpin seperti mereka semula. Tetapi jika ada pemimpin yg boleh menuju cara kepimpinan mereka yg penuh dgn ketakwaan dan amat adil dan tidak bersikap mementingkan ahli keluarga atau penyokong sendiri itu pun sudah memadai.

Bolehkah kita humban jauh-jauh mentaliti feudalistik dari kepompong kita?

Wassalam.
ayub tulakang

Anonymous said...

They wanted to be independent, we let them,
They wanted water 3000g at 3 cents, we let them,
They wanted KD Woodlands back, we let them,
They wanted to ATC control above 10,000ft commercial airspace, we let them,
Their Air Force planes had to overshoot into our airspace after take off, we said yes
Internet and call traffic are routed to S'pore, we allow them,
All businesses must be referred to regional office in S'pore..we are ok with it,
They want sand, to reclaim island for bigger ports to compete PTP, we are ok with it,
No bengkok bridge, so that ships will not use Pasir Gudang and PTP port, kita selamba dek jeerrr ok
Kuan Yew stirred our racial harmony..pon kita terima...???

Sebab tu Dr Mahathir was so very firm with S'pore. Fire with Fire!!

Anonymous said...

menyokong kerana menjaga kedudukan dan kekayaan yang melimpah ruah...

takut untuk menyatakan kebenaran dan bersubahat demi kesenangan dunia... itu yang berlaku dalam Umno sekarang....

betul tak zaak?

Anonymous said...

Pak Zaak,
Tak usahlah taksub sangat pada pak lah..dia tu manusia mcm kita juga, selalu buat silap..
Memang tak salah kalau kita mengagumi seseorang tapi pada saya biarlah dlm hati saja tak perlu nak luahkan dlm blog ini..nak termuntah teman dengo..
Kalau betoi mike sayang sesangat pada dia nasihatkan dia supaya segala salah laku yg dah berlaku atau belum berlaku suruh dia perbetoikan.
Lagi satu, teman nak nanye mike ni yg selalu sangat memuji-muji dia (sampai "terover") dlm blog ni ngape ?
Ada udang disebalik batu ke ?
Pada teman yg berhak sentiasa dipuji hanya Allah saje..tak gitu pak zaak ? jawab jgn tak jawab !

Anonymous said...

Sdra Zaak,
Memang semua pemimpin dilantik oleh Allah. Bush, Blair, Abe, LKY, Bambang, Arroyo dan semua. Tidak dapat dipertikai statement ini. Kalau sudah dilantik oleh Allah tu ingatlah Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pendirian saya seperti Hang Jebat, Raja Adil Raja di sembah, Raja Zalim Raja disanggah. Satu lagi sebagai pemimpin yang dilantik oleh Allah, saya tengok imej Paklah tak sesuai dengan Islam, ubahsuai rumah di Puterajaya, Pasang alat keselamatan 20 juta sedang dikampung masih lagi miskin melata-lata. Takcaya tengoklah Singgah sahur di TV3 dan laporan media.

Anonymous said...

Assalamualaikum-Ada org kata LKY sudah dpt info melalui bekas rakan seperjuangannye (DAP) yg duduk menetap di Malaysia bhw org China Malaysia sudah naik angin dgn Pak Lah.

Itu sbbnye LKY beri statement bhw org China di Malaysia dipinggirkan secara sistematik utk menunjukkan dia ada sikit "care" la dgn nasib mereka. Tak tahu le mungkin nak suruh org China yg dahulu menyokong MCA/Gerakan mengalihkan sokongan kpd DAP.

Itu juge le sbbnye knp Pak Lah melenting dan kata LKY cuba menghasut bangsa China di Malaysia.

Haiiii .. Tak tahulah .. Pak Lah buat2 tak tau ke ... atau sudah tahu ... sebenarnye sebab musababnye adalah pd diri Pak Lah sendiri.

KALAU sudah tahu Alhamdulillahlah bolehlah buat persiapan segera utk mengundur diri sebelum terlambat TAPI kalau buat2 tak tahu MasyaAllah krn sesungguhnya Malaysia berada dalam kerugian dan kecelakaan krn dipimpin oleh seorang yg sebenarnye tidak layak menjadi pemimpin negara. Ahli UMNO sendiri pun ramai dah naik angin dgn gelagat "Pak Lah and family". Fikirkanlah Pak Lah ....

Hanturaya said...

"APABILA KITA DI BERI KUASA,JANGAN ADA PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB" . . . dan inilah yang berlaku sekarang. Tanggungjawab diabaikan untuk main golf.
Tanggungjawab diabaikan dengan membenarkan menantu dibeli oleh syarikat Cina (ECM Libra) bagi mengambil-alih syarikat khazanah holding Avenue Capital.
Tanggungjawab diabaikan apabila "menipu" rakyat yang syarikat anaknya "tidak" mendapat kontrak kerajaan.
Tanggungjawab diabaikan bila menipu rakyat bahawa tidak ada syarikat negara yang dikawal oleh oleh kerajaan asing walaupun sudah ada syarikat yang dikawal oleh Temasik Holdings.
Ini bukti cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

How transparent one can be as a leader? until one looses control of the ministers under the leader? until one ministry can condemn another?

Transparency kenalah berjalan seiring dengan ketegasan. Dengan ketegasan, baru ada kawalan atau control. Jika ketelusan dicampur dengan "lembik", play safe, maka ianya akan mengundang sikap naik tocang, perkauman, dsb

Fikirlah!

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Zaak -sempena bulan Ramadhan yg mulia ini saya mendoakan Pak Zaak diberikan petunjuk oleh Allah supaya dapat menilai Pak Lah dgn sebenarnya. Ameeen ...

Kepimpinan dalam Islam sebenarnya berasaskan ketakwaan kepada Allah dan bukannya pada batang tubuh pemimpin itu.

Kalau pemimpin itu telah melencong dari landasan beliau wajib dibetulkan dan disanggah. Kepentingan umat Islam keseluruhannya di Malaysia ini mestilah diberikan keutamaan berbanding dgn seorang pemimpin yg ternyata tidak boleh memerintah dgn baik dan mementingkan anak dan menantunya.

Anonymous said...

Kepada penyokong-penyokong Pak lah, kuatkan semangat kita untuk memyokong dan mempertahankan pemimpin kita ini. Beliau dibenci kerana ingin membela rakyat kecil seperti kita. Mereka benci Pak Lah kerana Pak Lah ingin membawa kembali kepada ajaran Al Ghazali, Asshafie. Selamat berjuang Pak Lah, kami akan sentiasa dibelakangmu.

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Wahai saudaraku semua...jgn endahkan manusia seperti Zaak tu...anggap je dia tu org yg sedang mengalami masalah kemurungan...aku memang berharap golongan muda sama ada pro atau bukan pro sedar tentang kecelaruan pemimpin kita skrg...walaupun sukar kita nak mengubah tahap gaban kebodohan pemimpin UMNO aku harap kita sama2 buktikan majoriti kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang jatuh ke tangan pembangkang...itu je cara yang ada buat masa nie utk sedarkan pemimpin UMNO yang Maha Rakus...Takbir

Anonymous said...

kenapa midset orang melayu asyik ingin "berlawan" dengan kaum lain? nampaknya semangat asabiyah sangat terlalu kuat di kalangan masyarakat melayu.

Sagaladoola said...

Tak kira dia ni Melayu ke, Cina ke, India ke, kita mesti tahu bahawa yang MEMINGGIRKAN rakyat Malaysia yang biasa ialah BN

UMNO pinggir orang Cina biasa.
MCA pinggir orang Melayu miskin dengan pertolongan UMNO.
MIC pinggir balik orang India.

Ni lah, Budaya Pinggir-Meminggir Barisan Nasional.... Menjadikan Masyarakat Malaysia tidak lagi percaya satu sama lain, tidak lagi boleh bersatu.

Pilihlah kerajaan lain untuk kebaikan masa depan anak anda.

\

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia