Saturday, December 16, 2006

Jari jemari Islam Hadhari


Akhirnya akan datang kebenaran yang akan melenyapkan kebatilan. Sekian lama Abdullah Hj Ahmad diperkatakan mengenai sikap kepura-puraannya yang menjual Islam untuk kepentingan politik melalui sajak "Mencari Damai Abadi" dan "Islam Hadhari" yang lebih merupakan Islam yang dibuat ada had dan ada harinya, kini sikap itu nampak terserlah.

Tidak perlu menjadi paparazzi atau jurugambar yang kerja mereka mengambil gambar curi orang-orang tertentu kerana dengan tidak semena - mena dalam Moonson Cup ada paparazzi rasmi yang telah mengambil gambar Abdullah Hj Ahmad dalam majlis rasmi dan dimasukkan ke dalam website rasmi Moonson Cup yang memaparkan tingkah laku Abdullah Hj Ahmad mengusap bahu seorang selebriti anak Malaysia yang pernah berlakon dalam filem James Bond.

Perbuatan itu bukan sahaja salah dari segi Islam, bertambah salah pula kerana yang memegang itu bertaraf imam walau pun sekadar Imam Besar Islam Hadhari tetapi meruntuhkan dari segi moral orang Timor perbuatan mengusap dan memegang bahu seorang perempuan yang bukan sahaja tidak mahram tapi tunang orang.

Bagaimana hendak mengajak rakyat bersopan santun dan beradab, jika sendiri tidak mempunyai adab? Nasib baiklah tunang dia sudah tua dan yang memegang itu Perdana Menteri yang cukup dengan bodyguard yang terdiri dari UTK, yang baru-baru ini dua orang anggotanya di kaitkan dengan tuduhan terlibat dalam satu pembunuhan yang paling kejam diawal abad 21 ini.

Bukankah diwar-warkan bahawa Abdullah Hj Ahmad seorang anak ulama dan datuknya seorang ahli falak dan digelar sebagai ariffbillah dalam satu sajak sempena kematian isterinya. Bila dia kata "Kita Bongkar Rahsia Kitab Suci Cari Pedoman" dia tidak terbongkar Firman Allah dalam Al-Ahzab ayat 21 "Sesungguhnya telah ada pada (diri) rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (ia itu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia menyebut Allah dan bila dia mengajak "Kita Bongkar Rahsia Sunnah Nabi Cari Panduan" dia tak nampak atau buat nampak atau tak baca terus kerana dia malas membaca akan hadis rasul yang diriwayatkan oleh Bukhari " Rasulullah s.a.w. bersabda, kepada wanita (yang hendak hijrah dan berbai'ah setelah di uji), "Aku telah membai'ah mu secara lisan. Dan tidak, demi Alllah, tangan Rasul SAW tidak menyentuh tangan wanita dalam bai'ah. Apa yang dikatakan hanyalah perkataan."

Hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram dan ini juga telah disepakati oleh madzhab jumhur ulama ia itu madzhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Tak tahulah rakyat Malaysia yang berugama Islam yang sekarang ada setengahnya sudah bermadzhabkan Islam Hadhari yang imam besarnya Abdullah Hj Ahmad bukan sekadar membolehkan bersalam lelaki dan perempuan tetapi boleh mengosok bahu perempuan dan perempuan itu pula adalah tunang orang. Agaknya dia sekadar membaca Al Quran ayat 60 an nur "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa-dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya syarh shahih muslim dalam hadis Rasulullah s.a.w tidak menyentuh kulit wanita asing tanpa dharurat seperti mengubati, membekam, hijamah, mengeluarkan gigi dan lain-lain itu pun sekiranya tidak ada wanita yang boleh mengerjakanya, maka boleh bagi lelaki asing melakukan kerana dharurat. Ada pun bersentuhan tangan dengan nenek-nenek yang tidak menimbulkan syahwat dan aman dari fitnah, dibolehkan, Tetapi tidak melakukannya adalah lebih baik dan disimpulkan oleh At Thahawi dalam kitabnya Ad-Dur Al-Mukhtar "tidak halal lelaki menyentuh wajah perempuan dan tangannya walau pun aman dari syawat kerana lebih berbahaya, dan ini untuk wanita muda" Ada pun wanita tua yang tidak menimbulkan syawat maka tidak apa-apa berjabat tangan dan menyentuh tangannya jika aman dari syahwat."

Dalam hukum Islam tidak ada pula ukuran usia dan perkecualian kepada lelaki dihalalkan untuk membuat sesuatu yang dilarang dalam hubungan lelaki dan perempuan. Betapa Abdulah Hj Ahmad sudah berusia 67 tahun, seorang duda yang kematian isteri, tidak diketahui syawat dia ada ke tidak ada lagi. Persoalan disini Abdullah Hj Ahmad bukan Ismail Kerbau, seorang perogol bersiri atau kelompok Mat Rempit. Dia mengatakan dia "Perdana Menteri" jadi adakah seorang Perdana Menteri yang beragama Islam dan membawa mazhab baru Islam Hadhari memberi pengajaran segala yang tidak dibolehkan dalam hukum Islam, dibolehkan dalam Islam Hadhari? Kalau berani jawablah?.

Kebinggungan Abdullah Hj Ahmad amat sesuai untuk umat Islam di Malaysia mendalami apa yang dikatakan oleh Ahmad Hambal bahawa pilihlah seorang yang bermaksiat tetapi berani untuk Islam daripada seorang yang alim, hingga termasuk menjadi imam sembahyang tetapi penakut untuk Islam bagi diangkat menjadi Panglima Perang untuk Islam kerana yang bermaksiat, dosa yang dia tanggung sendiri atas maksiatnya tetapi Islam terpelihara daripada seorang yang alim, alim itu pahala yang dia seorang dapat tetapi penakutnya akan menyebabkan Islam hancur.

Bayangkan George Soros yang pernah dikritik sampai tidak lagi apa perkataan yang Tun Dr Mahathir Mohamed nak katakan, bersedia untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamed, seorang yang berbangsa Yahudi dan sikap ini lebih baik dari seorang Islam yang bernama Abdullah Hj Ahmad. George Soros dan Tun Mahathir Mohamed mengambil sikap buang yang keroh untuk mengambil yang jernih.

Tidak seperti Abdullah Hj Ahmad yang membuat perjumpaan tertutup dan tak mahu buat kenyataan akbar, sebaliknya Tun Dr Mahathir Mohemad dan George Soros membuat sidang akbar bersama. Bagai dikata dalam peribahasa Melayu, ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Begitulah Tun Dr Mahathir Mohamed, jika dia memohon maaf atau menerima penjelasan George Soros, orang yang dia kutuk dengan macam-macam perkataan, itu menunjukkan kebesaran jiwa dia. Dia tidak perlu menjerit dengan Islam Hadhari tetapi dia telah menunjukkan itu lah sikap Islam yang betul-betul telus dan terbuka atau dalam perkataan Abdullah Hj Ahmad..... transparency.

Maka berkata Abdullah Hj Ahmad, bahawa anak dia Kamalludin Bin Datuk Seri Diraja Maharaja Bendahara Abdullah kini sudah kaya raya. Maka bertanyalah orang yang mengetahui akan perihal sejarah keluarga Abdullah Hj Ahmad. Ditanya orang mengenai Hj Ahmad Badawi mengenai berapa banyak harta yang ditinggalkan semasa menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beberapa banyak tanah dia songlap atau mengenai Abdullah Fahim, berapa banyak derma yang dia tinggalkan sewaktu dia membuat kerja dakwah dulu dan jika ditanya kepada keluarga sebelah emak Kamalludin pula, berapa banyak Mahmood Ambak tinggalkan harta dan lombong bijih timah, kerana semua orang tahu Mahmood Ambak itu Merinyu Galian semasa muda. Selain syarikat anak pinaknya Mahmood Ambak and Sons atau ringkasnya SMAS Sdn Berhad yang ditubuhkan dalam pertengahan tahun 1975 berkecimpung dalam bidang membekal barang hardware dan pada hari ini yang tinggal nyawa ikan hanya Smas Travel Sdn Berhad yang masih wujud. Mahmood Ambak juga pernah mengendalikan perniagaan yang dikenali Nihonkan Club dahulu beroperasi di Jalan Raja Chulan dan sekarang di Jalan Ampang.

Kesimpulannya kalau dia mewarisi harta kedua datuknya untuk menjadi kaya, itu tidak mungkin berlaku tetapi yang mungkin berlaku adalah kekayaan dipeolehi semenjak Abdullah Hj Ahmad menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudian Perdana Menteri dalam tiga tahun ini. Sewajarnya kita bertanya.. mana datangnya kekayaan Kamalludin itu kalau bukan bapa dia Perdana Menteri. Dia mendapat Scommi pun kerana dia anak Timbalan Perdana Menteri walau pun ada orang lain memohon syarikat itu. Pergi tanyalah Nordin Mohd Noor yang pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Suhaimi Abd Rahman yang sekarang menjadi ADUN di Selangor. Bagaimana mereka berdua menjilat jari bila Kamalludin masuk sama memohon pembelian syarikat itu dan sebagai balasan yang memberi Scomi kepada Kamalludin sudah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Berhad dan bergelar Datuk Seri.


Sang Kelembai: Tun Dr Mahathir Mohemad berusia 81 tahun, Abdullah Hj Ahmad berusia 67 tahun. Maka berkatalah Abdullah Hj Ahmad "orang tua itu masukkan pasir dalam periok nasi menantunya. Maka rakyat Malaysia pun nak bertanya dengan orang tua berusia 67 tahun ini, adakah adik iparnya dengan cara merompak Hotel Sri Malaysia yang dikendalikan oleh beberapa usahawan hotel yang Melayu itu, tidak memasukkan pasir ke dalam periuk nasi mereka? Periuk nasi Khairy Jamaluddin berjuta-juta RM harganya tapi periuk nasi rakyat sama taraf dengan harga Tol.

24 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Agung, lagi Maha Mengasihani.

Dan mereka-mereka yang tamak haloba dan yang menganiaya umat-umatnya akan di seksa apabila tiba azabnya.

Umur seseorang itu panjangnya dan pendeknya adalah di tangan Allah, maka biarlah ia mendongak langit sehingga ia menerima panggilan kuburnya dengan suratan dari malaikat di tangan kirinya.

Sesungguhnya suburlah tumbuhan di atas kubur sesorang yang sombong lagi penganiaya umatnya, di dalam kuburnya hanyalah seksaan ular ular api yang bisa tidak dapat di bayangkan dan api api membakar panasnya tidak pula boleh di fikirkan.

Insya'Allah akan tiba masa untuk semua menemui Allah yang satu.

bujang senang said...

Sang Kelembai,

Khalifah Islam Ada Had Ada Hari itu tidak terkecuali juga syok tengok filem James Bond yang kita tahu mempunyai ramai heroin2 yang comei lotei belaka. Itu kalau tengok aja tak pa kut, tapi ini memegang bahu serta mendapat respond dari actress yang mungkin kesejukan terkena angin monsun kut.

Eloklah khalifah Islam Ada Had Ada Hari tu menikah la, saya merayu kpd anak menantu beliau atau dgn kerjasama Ketua Wanita UMNO cari la pasangan kepada Presiden UMNO ni. Malu jga kita bila melihat tingkah laku PM kita yang mungkin air dah melimpah itu.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Pak Lah yang ganyut tu ada tunggau...

suka main atas rumput kot; elok di sembur dengan 'round up'...

orang felda sure ada banyak stock round up ekk....

MALUKAN UMAT MELAYU AJE; DAH LAH MISKIN NAK AKSYEN PULAK!

Anonymous said...

sang sapurba,

Masihkah sang kelembai ingat dgn maharaja India akhbar d` great nah skrg kita ada abdullah hj ahmad d` great.

Anonymous said...

Salam buat semua,

Kalau hendak berinterpretasi negatif..ramai sudah menginterpretasikannya...

Kalau hendak menginterpretasikan positif...Ini telahan saya :

Ada kemungkinannya, Pak Lah pada asalnya hendak menyambut salam yang diberikan oleh Datuk ex- gadis James Bond itu tetapi secara tiba-tiba, ada sesuatu yang menarik perhatian Pak Lah dan Datuk ex gadis James BOnd itupun mengalihkan pandnagan mereka ke arah lain....Secara spontan itu yang terlihat seolah-olah Pak Lah menyentuh / mengusap lengan Datuk ex gadis James Bond itu.....

Apapun, berniat baik lebih bagus...

Kritikan terhadap Pak Lah saya lebih menyukai dari aspek kelemahan / ketirisan / kegawatan pentadbiran dan dasar....

Anonymous said...

Sang Kelembai

tengokkan si 'anonymous' yang no. 1 tu;

cakap cakap pasal si mamat Ada Had Ada Hari ni... agak2 macam mana rupa dia bila jumpa malaikat maut bila timing dia dah tiba???

macam rupa Dennis Craig atau Roger Moore...

kalau rupa Pierce Brosnan, mahu kot si Michelle Yeoh ikut sama...

dah rasa sedap nya, boleh jugak jadinya.... kan?

Anonymous said...

Assalamualaikum-telah dimaklumkan oleh orang Kuala Trengganu bhw sepanjang Monsun Cup berlangsung hanya satu hari shj ada angin yg kuat.

Terdetik di hati inilah akibatnya jika projek pembangunan dijalankan dgn secara tidak ikhlas iaitu utk menguntungkan org tertentu shj spt KJ, Patrick Lim dan Idris Jusoh dan bukannya rakyat Trengganu.

Dan juga akan menjadi tempat utama percambahan maksiat di Negeri Trengganu. Lihat shjlah Pemimpin Islam Ada Had ada Hari pun tergoda sehingga mengusap bahu wanita yg bukan mahramnya.

Terdengar cerita bahawa Sultan Mizan dilantik menjadi YDP Agung oleh krn Kerajaan Negeri telah tidak mempunyai wang lagi utk membayar gaji Baginda sebagai Sultan Negeri Trengganu. Tak tahulah cerita ini betul atau tidak ... sama-samalah kita fikirkannya.

Anonymous said...

Zahrin minta hubungi ahmad saabun di madbon05@yahoo.com (ada baikpun cerita...)

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Setiap manusia tidak terlepas drpd melakukan kesilapan kerana manusia tidak maksum spt Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi2 yg lain...

Namun begitu kesilapan yg dibuat oleh Paklah tersebut amat menjijikkan memandangkan dia adalah jaguh Islam Hadhari...

Paklah adalah seorang pemimpin yang bermuka-muka diluaran sahaja...Islam Hadhari konon...Sebagai seorang pemimpin dia sepatutnya lebih peka dgn budaya Islam khususnya budaya melayu kita...tapi semua itu tidak akan berlaku kerana Paklah seorang yang pemimpin yang telah 'lemas' dalam pentadbiran dan jawatannya....Go to hell Paklah...

Biar harta dan kekayaan Paklah serta sekutunya menghempap diorg dlm kubur nanti....dan aku berdoa agar Allah memberi balasan secara tunai dimuka bumi ini juga...kerana ramai jiwa rakyat yang teraniaya sedang berdoa sebegitu rupa...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Aku nak tambah lagi....aku berasa sgt malu melihat PM dan TPM kita 'mencemar duli" menghadiri majlis yang dianjurkan Bollywood Star baru-baru ini...sebelum itu kita tanya diri kita apakan pemimpin negara lain akan berbuat demikian...jawapannya tidak...ini menunjukkan tahap hampeh PM dan TPM kita semakin kronik..

Dah la pelakon-pelakon Bolywood tu bersikap kurang ajar konon diorg perasan yang diorg tu bagus dan popular giler ditambah pula dgn kehadiran PM dan TPM Malaysia maka bertambahlah ego dan takbur pelakon bolywood tu...

Malu beb...majlis tu memang amat memalukan dgn kehadiran mangkuk ayun 2 org tu....Malaysia Boleh!

A Voice said...

TERTARIK SAYA DENGAN UNGKAPAN TULISAN ANDA BERIKUT:

"Bayangkan George Soros yang pernah dikritik sampai tidak lagi apa perkataan yang Tun Dr Mahathir Mohamed nak katakan, bersedia untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamed, seorang yang berbangsa Yahudi dan sikap ini lebih baik dari seorang Islam yang bernama Abdullah Hj Ahmad. George Soros dan Tun Mahathir Mohamed mengambil sikap buang yang keroh untuk mengambil yang jernih."

SAYA ADA SOALAN-SOALAN NAKAL.

BAGAIMANA PULAK REAKSI TUN SEKIRANYA ANWAR INGIN BERJUMPA?

ADAKAH BELIAU SEDIA BUANG YANG LEPAS-LEPAS YANG AMAT KERUH ...?

Org Tanjung said...

Salam kepada semua pembaca,

Di dalam kita mengharungi Islam Ada Had dan Hari, ternyata Pak Lah juga mempunyai nafsu sebagai seorang lelaki. Dengan kematian isterinya, mcm mana nak tahan kalau melihat godaan mcm tu. Dapat pegang dan diusap pun dah kira lega le sikit pressure tu...

Pak Lah dengan Islam Ada Had dan Hari, maka bolehlah dibuat mcm tu, janji ada hadnya dan harinya sahaja..

Kepimpinan melalui tauladan..

Anonymous said...

zahrin, 41 mt amno tak setuju merger utusan dan nstp, demi meruah melayu, apake jadahnya yang mereka (mt) setuju mate dan sains diajar dlm bahasa inggeris

Anonymous said...

Assalamualaikum-geli geleman mendengar KJ mempertahankan bapak mertuanya semasa merasmikan mesyuarat Parti Progresif Rakyat pimpinan Kayveas.

Bila lagi nak membalas budi pd bapak mertua ... inilah masanya tapi platform yg digunakan oleh KJ tidak sesuai kerana yg mendengar hanyalah ahli Parti Progresif Rakyat termasuk presidennya Kayveas.

Ha.. ha ... ha itulah kalau dah pandai sangat, lulusan Oxford la katakan. Terpinga-pinga ahli Parti Progesif Rakyat mendengar kata-kata KJ ... dalam hati mereka berkata poorah ... hei tambi ... not relevant la.

Kenapa la KJ sibuk sangat mempertahankan bapak mertuanya ... ini tak lain dan tak bukan krn bapak mertuanya lah yg menjadi payung kpd beliau untuk mengaut harta kekayaan hasil mahsul negara dan juga wang ehsan rakyat Trengganu.

Pak Lah yg sdg melancung di luar negara tersenyum ... inilah menantu yg boleh diharapkan.

Tapi bila Pak Lah dijatuhkan tak lama lagi ... Pak Lah dgn muka masam cuka berkata inilah menantu yg menjatuhkan aku ... tak guna punya menantu.

Tapi KJ tersenyum sbb dah puas mengaut keuntungan dan berkata ... pak mertua aku tu bodoh sgt mcm luncai ... apa aku suruh buat dia ikut ... masuk dlm lubang tahi pun dia ikut ... padan muka dia.

Wassalam.

Anonymous said...

Mark said...
Hello pembaca semua. Kami rakyat Malaysia bukan bumiputra ingin bertanya berhubung ISLAH HADARI. Kami merasa hairan mengapa Presiden Parti UMNO boleh menentukan ISLAM HADARI di negara ini. Kami rakyat Malaysia berpegang kepada Rukun Negara dan bersetuju Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam negara ini. Persoalan kami kepada penulis YB Datuk Ruhanie Ahmad dan ahli UMNO, mengapa Presiden Parti UMNO mempunyai kuasa boleh menentukan agama rasmi negara ini ISLAM HADARI. Kami bukan bumiputra meminta Raja-Raja Melayu memberikan komen kerana banyak antara kami sudah tidak memahami agama rasmi sebenar negara ini. Kami seperti tidak percaya banyak kawan kawan kami golongan Melayu sendiri tidak faham agama Islam mana yang perlu mereka patuhi. Maaf kepada pembaca, banyak golongan bumiputra Melayu menukar ajaran agama kerana mereka bingung negara ini mempunyai Islam baru ISLAM HADARI. Kami menyeru Raja-Raja Melayu menjawap persoalan kami yang bukan bumiptra yang beragama Islam. Banyak saudara baru Islam dari golongan kami tidak boleh menerima Islam dan kembali kepada agama asal mereka.

Anonymous said...

Muhd Maulana said...
Itulah akibatnya terlampau banyak sangat Islam dengan berbagai-bagai jenama. Kalau orang lain dari golongan pemerintah (PM pulak tuh)yg membawa akan pembaharuan kpd Islam Hadhari seperti ni - aku ingat dah lama dah di cop sebagai 'ugama sesat lagi menyesatkan' - 'terpesong lagi memesongkan' - tentu akan jadi macam yg di bawa oleh Ayah Pin atau pun Hj Ashaari of ARQAM.

Tengok lah nanti bila PM si Imam Mazhab Islam Hadhari ni sudah tak berkuasa lagi (no more as PM) mesti tenggelam ghaib hilang lenyap akan segala jenama baru Islam Hadhari ni - berani potong jari punya .......

Apa kata sdr/sdri semua?

Muhd Maulana also said...
Imam Mazhab Islam Hadhari ni boleh di kategorikan sebagai Makhluk Perosak Ugama Islam yang sebenarnya.

Banyak yang mengelirukan - hinggakan bangsa lain pun mempertikaikannya, apalagi yang memang dah Islam pun. Maka akan bertambahlah jumlah bilangan murtad yg tak istihar nanti.
Ini yang dikatakan 'melingkupkan' umat Islam sebenar. Makhluk Pelingkup atau MAKHLUK PEROSAK ugama Islam.

Kalau gitu Islam Hadhari pun boleh membawa kpd murtad nya si pengikutnya yg mengikut secara membuta tuli dek kerana nak jaga hati pemimpin Imam Mazhab Hadhari mereka.

Kalaulah begini jadi seterusnya:
AKIBATNYA AKAN........

LINGKUP UGAMA
LINGKUP BANGSA
LINGKUP MALAYSIA

Anonymous said...

Rizal said...
Assalamualaikum YB Datuk Ruhanie Ahmad dan juga pembaca ruang ini. Saya merasa sedih sekali membaca komen saudara Mark. Menitis air mata ini apabila mengetahui perkara ini. Saya menyeru Raja Melayu sedar masalah ini. Benar seperti komen saudara Mark. Agama rasmi Malaysia adalah Islam kerana berpegang kepada Raja Melayu dan bukan hak kepada Presiden Parti yang memerintah. Apa jadi kalau bukan bukan Islam yang menjadi Presiden Parti memerintah.Tidak di nafikan sekarang ini banyak bukan bangsa melayu beragama Islam telah mengikut agama lain. Seperti contoh banyak golongan india muslim terutamanya wanita berkahwin dengan lelaki hindu. Mengapa perkara ini terjadi. Tidak di nafikan juga golongan bangsa melayu lahir Islam keturunan juga banyak menjadi bingung berhubung Islam Hadari di negara ini. Jadi tidak hairan saya menyokong kata Mufti Perak mengatakan telah banyak Islam murtad di negara ini. Salah harus kita persalahkan????? Mana perginya Raja Melayu... mana perginya ulama Islam negara ini... mana perginya pendakwah Islam dari JADIM... Mana..mana...mana... Adakah mereka ini tidak sedar dan lupa tanggungjawap mereka menentukan hala tuju sebenar Islam sepertimana amanah nabi kita mahukan Islam terus berkembang di dunia ini.. Ya ALLAH .. aku bermohon padaMU tunjukkan kebesaranMU dan binasakan Presiden Parti yang berselindung di sebalik alimnya rupanya adalah seorang yang munafik dan tidak jujur menjalakan tugas dan hanya mendengar kata menantunya yang terkenal amalan ilmu ilmu hitam di pelajari di beberapa bomoh yang terkenal. Sedarlah wahai semua saudaraku.. bukan dusta tapi adalah nyata. Kalau ragu dalam perkara ini.. tanyalah Tan Sri Mumamad Mohd Taib.. adakah benar menantu Presiden Parti UMNO berguru dengan bomoh yang beliau perkenalkan untuk perbodohkan bapa mertuanya...

Anak Selangor

Anonymous said...

Insan said...
A'kum dan salam perjuangan belum selesai.Saya mewakili rakan sekerja dari Telekom Msia merasa terpanggil untuk memberi komen menyentuh Islam Hadari. Saya juga tidak faham apa sebenar Islam Hadari sedangkan saya diajar dari kecil sehingga usia 53tahun ini hanya tahu Islam itu adalah agama yang Allah turunkan kepada nabi Muhamad saw. Adakah sekarang ini kita ada mempunyai nabi lain yang diutuskan oleh ALLAH swt untuk mengubah hukum didalam Al-Quran dengan adanya Islam Hadari. Tolonglah, sampaikan suara insan seperti kami ke Parlimen. Saya yakin dan percaya, suara sdr boleh menyedarkan YB ahli Parlimen yang lain dan memohon Raja Melayu diberi kuasa dan Menteri Agama dibawah Majlis Raja Raja dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri. Saya berharap sdr membawa perkara ini ketengah hingga ke sidang Parlimen. Kami doakan suatu hari sdr menjadi Menteri yang teruskan perjuangan bangsa Melayu demi agama dan negaranya. Kami warga Ibupejabat Telekom Malaysia menyokong tulisan rencana sdr. Wasalam dari kami.

Anonymous said...

salabu salabi said...

Andai katalah saya pelancong dari timur tengah datang kat Malaysia,saya pasti keliru dengan wujudnya 2 islam kat negara ini.
Yang satu Islam yg.dianuti seluruh dunia dan yg. satu lagi Islam Hadari yg baru dinamakan oleh PM & CO. kita,jadi macam mana hendak dijelaskan kepada pelancong/penduduk dunia tentang Islam hadari ini sedangkan penduduk Malaysia sendiri pun masih keliru?? Tolong bentangkan kat Parlimen datuk datuk Tan Sri Tan Sri, sbb. benda ini bukan boleh dimain-main.

Anonymous said...

Shah Bana said...
Imam Hadhari tu ingat dia tu Islamic Studies punya grad sudah boleh memandai-mandai meminda-minda akan agama Islam sebegitu mudah atau mengikut hati dan naluri nya sendiri.

Hendak jadi pelopor agama Islam yang baru lah konon konon nya.

Anak dan isteri dan menantu tak nampak ciri-ciri macam wanita Islam pun .......

Ooooppsss ....... ITUKAH DIA CIRI CIRI ISLAM HADHARI nya KUT? Mazhab baru lah nak dikatakan...... Hey berapa punya banyak MAZHAB daaaaa!!

Patut lah pun KEBAYA NYONYA yang diperkenal semula dalam PROMOSI-PROMOSI semasa arwah bininya masih hidup dulu tu semuanya menampakkan KETELUSAN (tranparent) - SIKIT PUNYA BERBAYANG KA BENTUK TUBUH KULIT dan POTONGAN BENTUK TUBUH SI PEMAKAI ...... ITU LAH HADHARI YG SEBENARNYA .......

KALAU BERTENTANGAN DGN PRINSIP ISLAM HADHARI PAKLAH - TENTULAH DIA MENEGURNYA - INI TIDAK!!!! DIA (Si IMAM HADHARI Mazhab baru) PUN TURUT SAMA MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS PERAGAAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA YG JARANG & KETAT lagi MENDEDAHKAN itu.

APA LAGI PIHAK MEDIA TV & MAJALAH & AKHBAR PUN BEBAS SEBEBASNYA LAH MEMPAMIRKAN SEGALA MODEL MODEL atau PERAGAWATI MEMPERAGAKAN PAKAIAN KEBAYA NYONYA JARANG KETAT SENDAT DGN BODY-SHAPE MODEL-MODEL, ARTISTE-ARTISTE, MALAH PENGACARA2 TV PUN TURUT SAMA TUMPANG SEMANGKUK.

APA NAK TAKUT?

BINI PAKLAH PUNYA PROMOSI APA?

KENA LAH TUNJUK RESPON YG BEGITU MENGGHAIRAHKAN.

AKU TAKUT NANTI USTAZAH-USTAZAH YG KERAP DOK APPEAR SEBAGAI PENCERAMAH UGAMA DI TV PUN TURUT SAMA MEMPAMIRKAN BAJU KEBAYA JARANG atau PAKAIAN YG GLAMOR YG BERKAIN JARANG SEMATA-MATA HANYA UNTUK MENJAGA HATI SI IMAM HADHARI, SAMBIL SAMBIL NAK TUNJUK GLAMOUR (GLAMOUR ka GELEMA? - APA KATA UZTAZAH SITI NUR BAHYAH?).

YANG Si PAKLAH TU SECARA TAK LANGSUNGnya seperti SELF DECLARED IMAM of MAZHAB ISLAM HADHARI pun).

Nampak nampak mcm nak create sejarah ugama baru nampak!!!! Malaysia Book of Records SURE MASUK !!!!! DAH TEMPAH SEJARAH DAH!!!

KALAH MAHA TUN DR MAHATHIR!!!!

Anonymous said...

"We are all something, but none of us are everything"

What do you get by digging faults of others and not correcting our own self?

Anonymous said...

Sesiapa dalam blog ini mempersoalkan dan mempertikaikan tentang adanya 2 Islam yang berbeza, the best thing to do is to get more information about Islam as a whole. Apa sebenarnya Islam Hadhari? Di mana dan dari siapa...tentulah orang yang lebih arif tentang agama, contoh; mufti, ulamak, etc. Kalau tanya orang yang tak arif, contohnya macam kita atau orang yang ada kepentingan, contohnya macam pemimpin kerajaan, tentu kita akan jadi lebih keliru. Islam tu hanya satu, tapi masalahnya sekarang rakyat beragama Islam telah lari jauh dari kehidupan sebenar Islam. Ia bukan setakat agama tetapi cara hidup. Rasanya semua orang Muslim tahu itu. Soal murtad timbul apabila seseorang itu sudah kendur iman di dada dan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap manis berdasarkan keperluan, contoh bantuan kewangan, cinta, etc. Itu sebab kita perlu berjuang atau jihad, pertahankan agama suci ini. Tahukah anda cara nak berjihad menentang anasir-anasir jahat ni?

Husin Lempoyang said...

Kalau ikut cecrita Masam Masam Manis, mungkin scene ini berbunyi:

Perdana Menteri suka teraba
Sekali2 Perdana Menteri teraba

Anonymous said...

Tapi aku pikir macam ni pulak:-

Pak Lah tu sebenarnya nak tunjukkan yang dia ni MESRA RAKYAT...tu yang tersasul pegang bahu instead of nak jabat tangan minah james bond tu...walau macamana pun dalam ISLAM bersentuh kulit dengan perempuan yang bukan muhrim TETAP HARAM... tapi aku tak taulah kalo dalam ISLAM HADHARI boleh????...

Aku masih lagi tercari2 makna ISLAM HADHARI tu...dah cari dalam mana2 kitab tak jumpe pulok!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia