Thursday, March 08, 2007

Dari BPR ke BSN dan Ordinan Darurat

Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Agaknya kenapa Tun Razak Hussein, membuat keputusan penjenamaan semula Badan Pencegah Rasuah kepada nama Biro Siasatan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan kenapa pula dalam tahun 60an dalam keadaan negara belum terdapat ramai cerdik pandai tiba-tiba setelah meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969 datang pula ilham mewujudkan Ordinan Darurat 1969 berdasarkan Ordinan Daurat 1948 yang memasukan berbagai perkara termasuk penghapusan rumah setinggan dan perintah kediaman terhad.

Mestilah disedarilah oleh rakyat Malaysia sehingga hari ini belum ada keputusan berasaskan undang-undang bahawa Darurat 1969 sudah dibatalkan seperti undang-undang pengisytiharkan darurat 1948 yang telah dibatal pada tahun 1960. Malaysia khabarnya dari segi undang-undang masih sebuah negara yang ditadbirkan secara pengistiharkan darurat 1969 tetapi soal ini biarlah orang yang pakar Perlembagan dan Undang-undang untuk memberi jawapan.

Kepada rakyat yang tidak tahu susun galur macam mana sesuatu itu menjadi undang-undang mereka hanya bertanya, kenapa masih menggunakan perkataan Ordinan, kerana Ordinan itu dibuat tidak berdasarkan kepada ke hendak Parlimen yang sepatutnya membuat undang-undang. Ini adalah kerana setakat yang diketahui, sekiranya darurat sudah ditamatkan, sewajarnya undang-undang itu dibawa semula ke Parlimen untuk bertukar menjadi Akta.

Pada asalnya, pertukaran BPR ke nama BSN secara organisasi dan objektifnya menggunakan format FBI atau "Federal Bureau of Investigation" yang ada di Amerika Syarikat yang mana jika ada satu perkara-perkara seperti perlakuan ancaman dalam negeri termasuk jenayah, maka ini membolehkan Biro Siasatan Negara membuat penyiasatan secara langsung dengan tidak mengindahkan kuasa-kuasa di peringkat negeri. Ianya juga tidak semata-mata untuk tujuan pencegahan rasuah sebaliknya meliputi semua aspek dan dengan nama sebagai Biro Siasatan Negara maka dengan sendirinya membolehkan beberapa pegawai dari PDRM dipinjamkan kepadanya sebagai pegawai sokongan.

Tidak seperti hari ini, walaupun PDRM dalam tugasnya adalah senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia tetapi masih lagi terikat dengan birokrasi. Apa yang dipanggil IPK-Ibu Pejabat Kontinjen PDRM adalah pusat yang mengendalikan semua perkara-perkara serta objektif atau fungsi PDRM dalam sesebuah negeri. Jarang terdapat kes-kes yang kita dengar adanya penyiasatan kes dilakukan oleh Ibu Pejabat PDRM atau kebiasaaan dipanggil Bukit Aman.

Jadi bila Ketua Pengarah BPR di siasat oleh PDRM, itu adalah satu perkara yang melucukan kerana berdasarkan apa yang dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri bahawa penyiasatan akan dibuat seadil-adilnya. Maka dia memberi erti bahawa pihak PDRM akan menyediakan panel seperti Mahkamah untuk menyiasat dengan menggunakan format "representasi". Jika didapati Ketua Pengarah BPR boleh menjawab dengan meyakinkan kepada pegawai PDRM maka dia akan dilepaskan dari semua tuduhan.

Sepatutnya Abdullah Hj Ahmad berkata "bahawa penyiasatan akan dibuat untuk mencari kebenaran tuduhan itu, jika terdapat kekuatan kes dan PDRM atau BPR diminta mendakwa dan saya tidak campurtangan". Jadi disiasat dengan seadil-adilnya dan bukan mencarikan kebenaran fakta, maka berkatalah pemimpin yang kena penyakit yang tidak dalam kamus perubatan tetapi diperkenalkan oleh P Ramlee ia itu "penyakit angau" dengan perkataan "tidak terlibat jangan "gundah gulana"... wah... macam orang bercinta bunyinya.

Persoalan kemuniti rakyat ialah samada Ketua Pengarah BPR itu sendiri sudah melanggar Perintah Am Bahagian 11-Kelakuan- dibawah Fasal 19 (1)(b)-Membuat Pernyataan Awam "Memberi apa-apa maklumat faktual berhubungan dengan jabatannya atau (c) memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya. Tetapi apa yang kita baca walau pun maksudnya membela diri sewajarnya Ketua Pengarah iu menyediakan laporan dan menghantar kepada Ketua Jabatannya iaitu Ketua Setiausaha Negara untuk dimaklumkan kepada Menteri yang bertanggung jawab menjaga BPR.

Sepatutnya dia sudah diambil tindakan tatatertib oleh JPA tetapi kerana ini Datuk Seri dan bukan pembantu tadbir, maka selamatlah dia dari tindakan tersebut. Insiden itu dari kaca mata rakyat menunjukkan Kerajaan Abdullah Hj Ahmad boleh dikatakan sudah hilang kawalan dan rasa hormati menghormati satu sama lain sudah terhakis. Insiden ini tidak pernah berlaku di zaman empat Perdana Menteri sebelum ini. Bila insiden adanya unsur rasuah yang melibatkan seorang Timbalan Menteri dan dalam sidang akhbarnya banyak menyebutkan ganti diri tindakannya merujuk kepada perkataan"saya" dan bukan "kerajaan atau Kementerian" maka jelaslah terdapat satu ikon baru selepas Hakim di Mahkamah selain dari Tuhan yang boleh mencabut nyawa manusia, maka terdapat seorang lagi yang hanya seorang Timbalan Menteri mempunyai kuasa untuk menyebabkan kebebasan manusia terlucut berdasarkan kepada cita rasanya atau boleh dibebaskan melalui surat atau panggilan telefon dari Menteri, Menteri Besar dan agaknya kalau dapat surat dari Yang Di Pertuan Agong pun dia tidak mengindahkan kerana dia tahu Yang Di Pertuan Agong hanya menjalankan tugas atas nasihat. Ini adalah petanda-petanda zaman Abdullah Hj Ahmad UMNO akan kehilangan kuasa, bayangkanlah soal keselamatan negeri termasuk soal ketenteraman awam yang hanya terletak pada orang politik yang berjawatan Timbalan Menteri dan berlatarbelakang seorang guru Pendidikan Jasmani keluaran Maktab Perguruan Harian-DTC.

Mohd Ghazali Shafie atau King Ghaz pernah menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dalam satu cakap-cakap tak berminit, mengatakan bahawa Ordinan Darurat adalah satu undang-undang yang berkesan meredakan Peristiwa 13 Mei bila beratus orang yang telah dikenali dalam rekod polis sebagai samseng dan gengster samada dia Cina, India atau Melayu dihantar ke Pulau Jerejak atau dibuang daerah. Dan pernah disoal kepada dia, adakah keadilan cara begitu, maka dia menjawab " Keadilannya ada dan jika tidak dilaksanakan cara itu, maka bererti kerajaan tidak adil kepada rakyat yang hendak hidup aman tenteram".

Mereka sudah disenaraikan sebagai orang yang boleh merosakkan masyarakat melalui sistem piawaian yang rapi. Polis mempunyai kepakaranya dan tidak timbul salah guna kuasa atau penyelewengan kerana setiap kes yang dicadangkan untuk tindakan sudah mencukupi bukti-buktinya secara "prima facie" tetapi terlalu sukar didakwa dan kemungkinan dia menang dalam mahkamah terbuka. Beliau menambah, "sebagai contohnya Ordinan itu mula dipakai semasa darurat kerana ancaman komunis. Bila pihak keselamatan sudah menangkap sama ada pengganas atau tali barutnya, beberapa penyiasatan akan dilakukan dan yang pasti akan ditanya siapakah yang membekal makanan atau duit. Katakanlah nama yang disebut itu seorang yang dikenali ramai dalam kampung itu maka susulan siasatan dan intipan akan dilakukan tetapi yang menanam beras, tepong atau ubatan termasuk duit bukan dia.. sebaliknya orang suruhannya. Maka orang itu ditangkap dibawah Ordinan Darurat dan satelah dia tangkap maka terputuslah logstik pengganas itu. Kesimpulannya bila Abdullah Hj Ahmad menyerahkan tugas itu kepada Timbalannya maka ini bererti dia tidak mahu bertanggung jawab atas jawatan yang dipegang kecuali perkara-perkara yang menguntungkannya dan antaranya yang menguntungkan ialah laporan Cawangan Khas yang dihantar setiap hari kepada dia.

Sewajarnya rakyat Malaysia menyokong supaya Ordinan itu dikekalkan demi keselamatan mereka. Yang salah adalah orang, keselamatan perlu kekal. PDRM akan terus dengan "core busines" nya menjaga keselamatan dalam negeri. Jangan kita korban satu undang-undang yang membantu kita hidup yang selesa ini. Kita kena belajar dari sejarah dan mengambil ikhtibar darinya. Kita ambil contoh dalam keluarga "Kuok Brother" yang mana Philip Kuok pernah jadi duta dan pengerusi TDC dan Robert Kuok orang paling kaya di Malaysia, hari ini
dilantik menjadi penasihat SJER... tetapi tahukah kita bahawa ada seorang adiknya bernama William Kuok menjadi pengganas komunis dan tembak mati di Kluang, Johor zaman darurat dahulu.
Sang Kelembai: Menjadi kebiasaan apa yang dicadangkan oleh PDRM untuk tindakan dibawah bidang kuasa Ordinan Darurat diluluskan sahaja. Perlu dimasuk dulu kemudian dia boleh buat rayuan dan itu agaknya fakta yang sebenarnya bahawa 85% orang tahanan tidak membuat apa-apa rayuan jika ditahan di Simpang Renggam atau dibuang daerah. Jika itu kes rasuah, kita perlu bertanya pada Abdullah Hj Ahmad dari jumlah itu, berapa tuduhan atau aduan yang tidak benar. Kalau 20 ribu, berapa agaknya jumlah 15 peratus yang kena tuduh?.. Teringat kartun akhbar berita harian tahun 60an-Dol Keropok.

2 comments:

Anonymous said...

nampaknya sang kelembai memperlekehkan johari baharom, timbalan menteri keselamatan dalam negeri dengan mengatakan beliau hanya lulusan day training college dalam bidang pendidikan jasmani. saya pernah terbaca dalam profil ahli lembaga pengarah kumpulan utusan melayu semasa johari dilantik meanggotai lembaga pengarah suatu ketika dahulu bahawa dia pernah memasuki universiti malaya dan mempunyai ijazah sarjana (master) dari australia. yang mana satu betul saya pun tak tahu, mungkin sang kelembai moden lebih tahu. kalau sang kelembai dahulu, dah lama johari kena sumpah jadi batu dengan sang kelembai.

mungkin sang kelembai boleh tanya johari, dia masuk universiti malaya atas apa urusan dan berapa jumlah wang yang dia bayar untuk beli master dari australia ataupun new zealand (saya pun tak ingat university mana?)

begitulah hebatnya timbalan menteri johari kerana tinggalpun di tropicana sejak jadi setiausaha politik dr mahathir lagi. banyaknya duit dia. tak tahulah pula kalau rumah di tropicana tu hadiah dari vincent tan, tuan punya tropicana kerana johari pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah beberapa buah anak syarikat kumpulan berjaya milik vincent tan.

Anonymous said...

sang sapurba wrote,

Teringat pada dato zaman khan dan dato yasin dr polis ke penjara.

Apakata kita lantik mami jarom KP Trafik Polis jadi KP JPJ hah baru JPJ boleh elokkkkkk......

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia