Tidak ada sebab dengan tiba-tiba Khairy Jamalludin, anak menantu kesayangan Abdullah Hj Ahmad, kabinet Kerajaan Tiga Beranak membuat kenyataan meminta Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung dengan isu Yayasan Masa Depan (Foundation Of Future) dan perihal isu skandal Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang akan berhenti pada bulan depan penglibatan Anwar Ibrahim mencadangkan kekasih teman rapatnya bernama Shahha Ali Riza yang juga kelulusan Oxford itu dipindahkan ke Yayasan yang beliau menjadi Pengerusi.
Bagi setengah orang, mereka memang tidak ambil peduli mengenai isu Wolfowit itu, sama ada dia berkongsi kekasih dengan Anwar Ibrahim atau tidak kerana itu soal dalaman Amerika. Terserah kepada kebijaksanaan Amerika selagi tidak melibat Malaysia walau pun terdapat anak Malaysia bekerjasama dalam usaha mahu menyelamatkan Wolfowit, orang yang agak pintar dan bekerja dengan Presiden G.W.Bush Jr di White House, dan kita tidak merasa hairan hubungan kedua mereka Wolfowit/Anwar, kerana Wolfowith pernah menjadi Duta Amerika ke Indonesia di tahun 1986/1989.
Pedulikan soal Wolfowitz terlibat atau sebagai dalangnya dalam serangan ke Afganistan atau Irag, kerana yang bercakap supaya Anwar Ibrahim menjawab persoalan itu pun sama di Malaysia. Kalau Presiden G.W.Bush Jr ada Wolfowitz, Abdullah Hj Ahmad di Malaysia ada Khairy Jamaluddin yang juga dalang memainkan peranan kalau tidak menyerang negeri, yang menyerang dengan mencadangkan orang ini digugurkan jadi Menteri dan naikkan orang ini, termasuklah mencadangkan ahli UMNO digantung dan ahli ini dipecat kepada Abdullah Hj Ahmad yang tak cerdik dan dilihat tak cerdik kerana mendengar cakap menantu.
Begitu juga jika Wolfowitz ada Shahha Ali Riza,dia juga ada hantu sundal malam dan sundal malam itu dijaga oleh orang lain dengan diberi berbagai perniagaan, bezanya yang menjaga sundal malam itu bukan orang politik.
Serangan Khairy Jamaludin itu kepada Anwar Ibrahim memang sesuai dibuat di Kelantan kerana di sana ada Mak Yong, ada Dikir Barat dan Wayang Kulit, maknanya negeri yang suka dengan drama tari, drama lucu dan senda seloka ini, memaksa orang untuk berfikir. Teori yang digunakan sebenarnya sedang digunakan sekarang. Dalam masa sibuk – sibuk Hishamuddin Tun Hussein baru mahu bercadang mengisi atau menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, dia telah mempersiapkan seorang musuh untuk menyerangnya. Maka bekas Exco di Negeri Perlis ini menjelajahlah ke seluruh pelosok negeri memaklumkan bahawa dia nak lawan Ketua Pemuda jika Khairy Jamalluddin bertanding. Dan ramailah khabarnya terpesona di kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO untuk mencalonkannya apabila tibanya masanya.
Maka tidak adalah seorang pun yang nampak akan menjadi calon lain selain dari bekas Exco yang diberhentikan secara persefahaman itu. Maka dengan sendiri ura-ura Menteri Besar yang satu negerinya pun tenggelamlah dan begitu juga kepada senarai nama-nama lain yang difikirkan sesuai. Bila bekas Exco ini bergerak satu negara, maka dapatlah dia akan maklumat siapa yang menyokong Khairy dan yang tidak. Dengan maklumat itu, disalurkan kepada Khairy Jamalludin dan bermula operasi "Turn Over" dengan memberi beberapa projek dan perniagaan dan juga elaun bulanan. Berkesudahan waktu tiba masa pertandingan Ketua Pemuda UMNO kelak, bekas Exco ini akan berbuatlah berbagai helah untuk tidak bertanding walau pencalonannya mencukupi, bertambah pula masa itu Khairy Jamaludin sudah bertanding menjadi wakil rakyat sama di Jempol atau di Rembau sendiri dan sudah pasti diangkat oleh bapak mentuanya sebagai Menteri atas kuota Negeri Sembilan atau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Besar yang ada sekarang akan dipindahkan ke Parlimen.
Berbalik kepada soal Anwar Ibrahim, itulah dia, kedua mereka yang datang dari kumpulan berlainan tetapi Mafia yang sama yang dinaungi oleh Amerika, satu mafia keluaran George Washington dan seorang lagi dari Oxford. Semenjak Berkeley Mafia kurang berfungsi untuk kepentingan CIA, penyusupan agen -agen CIA sekarang melalui yang dibentuk oleh Israel dan Israel menggunakan Singapura untuk menjadi pangkalan pemerhatian terhadap Malaysia. Kita mesti menerima hakikat bahawa seluruh wartawan The Straits Times yang ditugaskan di luar Singapura menetapkan kemestian mesti lulus dan boleh bekerjasama dengan SIS (Stationary Officer Singapore Intelligence Service). Sebab itu Derwin Parera yang pernah menjadi Ketua Biro The Straits Times di Indonesia, dinilai oleh inteligensia Indonesia sebagai salah seorang "bahagian" dari SIS. Dan hari ini Kerajaan Malaysia memberi tender berjuta RM kepada seorang Pereira yang pernah bertugas di New Straits Time, Malaysia sebagai agen media untuk Wilayah Pembangunan Iskandar@Singapore 3. Belum termasuk lagi seorang bernama Kalimulllah M. Hassan yang menjadi Timbalan Pengerusi NST Malaysia yang pernah dinasihatkan oleh Special Brand Malaysia supaya Ghafar (TUN) Baba meminta berhenti kerana terdapatnya maklumat hubungan ikrabnya dengan SIS dan hari ini menjadi salah seorang penasihat media dan dianggap rapat dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia.
Tidak ada mustahak Khairy Jamaluddin untuk membangkitkan isu Anwar Ibrahim melainkan bagi tujuan politik kedua-dua mereka. Dalam pilihan raya Ijok, Anwar Ibrahim telah menyerang habis-habisan Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaharibu. Dan semua maklumat terhadap perkembangan itu kesemua orang tahu datang dari Khairy Jamaludin sendiri. Tujuan ialah supaya Abdullah Hj Ahmad tidak diserang dengan berbagai isu. Maka kita melihat bahawa isu Anwar Ibrahim dalam isu pembunuhan yang dikaitkan kepada Najib Tun Razak tidak menguntungkan kepada sesiapa, jika Najib Tun Razak dikira terlibat, dia samalah dengan Mokhtar Hashim, Harun Idris termasuk Anwar Ibrahim sendiri dan macam-macam nama lagi yang dikaitkan dengan jenayah dan rasuah
Itu sebab dia cuba menyerang Husam Musa, orang yang pernah dirundingkan supaya menarik balik beberapa petition PRU 2004 termasuk kes Abdullah Hj Ahmad yang tidak menghantar penyata PRU 1999 yang membolehkan Suruhanjaya Pilihan raya membatalkan kemenangan Abdullah Hj Ahmad di Parlimen Kepala Batas. Tujuan dia pun sama, nak menggambarkan bahawa dia tiada hubungan dengan Husam Musa setelah kes yang di kompang seluruh Malaya nak menyaman Husam Musa dalam kes Ecm Libra yang sudah hilang dalam ingatan.
Kesimpulan Khairy Jamalludin membangkitkan isu itu hanya semata-mata hendak membantu Anwar Ibrahim yang bijak bertikam lidah untuk menjawab isu yang tidak ditanya orang, supaya membolehkan isu tersebut diterangkan sebelum Persidangan Agung Parti Keadilan Rakyat. Orang yang kenal Anwar Ibrahim tahu permainan politik yang agak bijak dan dia akan menggunakan siapa sahaja untuk meniti jambatan bagi mencapai matlamatnya.
Pada tahun 1987 waktu pertandingan Tengku Razaleigh Hamzah/Mahathir Mohamed, dialah orang yang membuat tekanan kepada Najib Tun Razak untuk membuat ikrar sokongan kepada Mahathir Mohamed (Tun) kerana dia hendak menggunakan Najib Tun Razak menang jawatan Naib Presiden. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik yang dipaksanya bertanding Ketua Pemuda untuk melawan Syed Hamid Albar yang kemudian menarik diri dan dialah orang yang memaksa Rahim Tamby Chik meletakan jawatan Ketua Menteri konon nya atas arahan Mahathir Mohamed.
Anwar Ibrahim selalu mengatakan dia masuk penjara kerana di aibkan, bukan di didapati bersalah di bawah Akta Badan Pencegah Rasuah yang dibuatnya sendiri waktu di memangku jawatan Perdana Menteri. Dan hari ini dia bawa kes perlucutan dia sebagai Timbalan Perdana Menteri (satu jawatan haram yang tidak ada dalam perlembagaan Malaysia) dan Menteri Kewangan. Tetapi dia terlupa bahawa waktu dia memangku jawatan Perdana Menteri, dia melucutkan jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Puan Zainab Abu Bakar hanya kerana akaun Pergerakan Wanita UMNO tanpa ada perbincangan dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO. yang sepatutnya hanya dibuat oleh Perdana Menteri.
Sang Kelembai: Kita kena bertanya dengan menantu Perdana Menteri ini, adakah dia sedar bahawa Singapura mempunyai perniagaan kelengkapan pertahanan dengan Israel melalui Singapore-Israel Industrial Research and Development(SIIRD) di bawah naungan Singapore Economic Development Board (SEDB) dan The Office Of The Chief Scientist(OCS) di Israel. Adakah tidak kemungkinan komponen persenjataan itu dibuat diWPI@Singapore-3 dan kemudian senjata itu digunakan menembak dan membunuh rakyat Palestine dan umat Islam lain. Mana yang patut kita kecam.. Wolfowitz atau BG Lee Hsien Loong? Tolong jawab.
4 comments:
Sang Kelembai,
Tidak perlu bertanya dengan menantu,buang masa, kerana ia adalah keluaran produk tersebut.
Sekadar ingin menyatakan bahawa stail politik yang terlalu peribadi, terlalu pentingkan diri sendiri, terlalu percaya kepada kehebatan sendiri, tanpa perjuangan bangsa dan negara yang tulus dan tulin, akhirnya tidak kemana.
Pun bagitu, ramai yang tidak sedar. Anwar sendiri masih percaya pada karismanya. Khairy terlalu muda untuk menyedarinya. Orang tua pun tidak sedar dirinya diusung dan disorong macam BolaSepak (?) Berapakalikah perlu pisang berbuah?
Assalamualaikum-alkisah Anwar Pelakon Terbaik Malaysia-dari kisah kena racun arsenik (tapi tak mati-mati pun), kena suntikan Aid (tapi sihat walafiat), mata lebam (yang memang sendiri minta kena tumbuk kerana takde sebab bekas mantan KPN hendak saje2 seronok tumbuk), sakit tulang belakang yang kena balut sokongan hingga ke leher (lepas keluar penjara balutan itu hilang entah ke mana) dan yang terkini lakunan bersama KJ untuk menjatuhkan Pak Najib.
Rasanya memang dah banyak babak terbaik beliau lakunkan, dikatakan terbaik kerana ramai orang percayakan beliau sehingga tidak boleh menerima pandangan atau pendapat orang lain mengenai beliau.
Setakat ini tak nampak pulak beliau mempertikaikan tindakan Pak Lah & KJ menjual maruah dan kehormatan negara dan orang Melayu kepada Temasek @ Singapura. Kenapa ya ... apa orang Keadilan yang berbangsa Melayu tu tak nampak dan sedar ke ... atau sudah dikaburi dengan isu-isu lain yang remeh temeh yang tidak berkait rapat dengan kepentingan negara dan orang Melayu.
Sedang PAS sibuk mempertikaikan tindakan Pak Lah & KJ, Anwar dan Keadilan nampaknya lesu dan lemah longlai untuk berbuat demikian.
Itulah lakunan yang terbaik buat masa ini dan kita lihat dan nantikanlah kesudahannya.
Sedang Thailand dan Indonesia (Utusan 25/5/07)sudah mengambil tindakan untuk mengekang monopoli Temasek @ Singapura, Pak Lah & KJ pulak sibuk untuk menyerahkan segala-galanya kepada Temasek @ Singapura. Pak Najib pun tak lama lagi akan menyertai lawatan ke Singapura anjuran ECM Libra (Utusan 25/5/07), walaupun kita semua tahu itu semua atas arahan Pak Lah supaya tak nampaklah sangatkah beliau seorang saje Pelakunnya, tapi Najib hanya Pelakun tambahan watak kecil aje. Pelakun Utamanya ialah Pak Lah & KJ. Kesihan Pak Najib ... tu semua hasil babak yang disunting oleh Anwar, Pak Lah & KJ.
Geli hati jugak Pak Lah semasa ditemubual oleh Pemberita di Tokyo boleh beliau kata tersilap sebut di pihak Singapura bahawa WPI melibatkan Singapura (Utusan 25/5/07), apa orang Singapura tu semuanya pekak badak ke, telinga berair ke. Takpe lepas balik Tokyo ni Pak Lah boleh beritahu pada Temasek @ Singapura, "I saje je cakap sebab dah kena tanya dengan Pemberita, jawapan I tu saje nak sejukkan keadaan" ataupun "Jawapan I tu tak betul sebab masa diorang tanya I tengah zzzzzz".
Lepas ini kita bolehlah calonkan Anwar dan Pak Lah menjadi Pelakon Terbaik dan KJ menjadi Pengarah Terbaik dalam Anugerah Filem Malaysia 2007.
Wassallam.
sepatutnya bukan anwar yang dikritik di sini wahai anonymous, tetapi org2 umno yang masih lagi jumud dah totok menyokong walau pun tau umno tu salah..
fikirkan..
Post a Comment